sokongan kepada IPCMC (Independent Police
Complaints and Misconduct Commission)
klik sini
dipetik dari
Malaysia kini : (antara lain) Era Anwar telah berakhir,
Anwar perlu menerima hakikat itu, tapi esok generasi baru
mungkin berlainan dan seperti yang kita tahu Masyarakat
Liberal dapat menerima " homoseks sebagai hak
Mahathir :
I think Anwar, like myself, must accept that
our days are over. I think Umno would reject him if he tries
to make a comeback, up to this point in time. Later on, I
wouldn't be able to say, a new generation might think
differently, because as you know, the most liberal societies
as the most advanced societies, accept homosexuality as a
right. So, we may even follow them and say, what is there?
Everybody does it anyway. You see, even if you don't do it,
they can still say that.
Maka perayaan UMNO ke 60 puluh tahun seharusnya membawa
kita kepada satu persoalan utama - Melayu sudah maju ke hadapan atau
menyusut ke belakang. Beri pendapat anda
Borang
makumbalas /
Borang
maklum balas1
email
editor1@umno-reform.com atau SMS 012-6544762
Mahathir khianat bangsa sendiri
Email
Penyedar bangsa
Terbuktilah kini, dalam masa kepimpinan Mahathir itu,
gembar-gembur pembangunan memang berlaku, akan tetapi hanya
beberapa kerat saja orang Melayu yang kaya-raya (kebanyakannya
kroni pemimpin Melayu), apakah boleh kita berbangga dengan
beberapa kerat itu, sedangkan 12 juta lagi bangsa Melayu
ketinggalan (jumlah rakyat Malaysia 22 juta, 12 juta Melayu,
apakah 2 juta orang Melayu menjadi ahli korporat, taukeh-taukeh
besar?
klik sini
Kerana terlampau memuji Dr Mahathir
Satu soalan yang 'valid' untuk "mengendorkan"
segala retorik pujian tersebut ialah, benarkah sebab utama
Malaysia semakin dikenali adalah TDM atau adakah Malaysia
semakin dikenali atas sebab-sebab pencapaian yang baik
ataupun sesetangahnya adalah juga sebab kerajaan TDM dahulu
melakukan perkara-perkara yang hanya 'pemimpin zalim' saja
tergamak melakukannya.
Ini mungkin adalah 'bad news' yang mengangkat martabat TDM dan
Malaysia di mata dunia.
Atau mungkin lebih baik kita tutup sahaja episod "penyenaraian
jasa-jasa" TDM ini sepertimana kenangan tentang Tunku yang hanya
dibuka sekali-sekala, sebagai artifak untuk generasi akan
datang.klik
sini
Jangan rakyat jadi alasan - isu
jambatan Singapura
Rakyat juga faham bahawa sesuatu rancangan
jangka-panjang itu mesti ada flaksibiliti dalam
perlaksanaannya, tetapi itu tidak bermakna sesuatu itu
boleh mudah bertukar dengan hanya pertukaran seorang pemimpin.
Kerajaan mesti ingat bahawa apa jua wawasan negara untuk
menjadikan Malaysia negara maju menjelang 2020 adalah
sudah hak-milik parti Barisan Nasional untuk
memperjuangkannya, bukan hak milik peribadi Tun lagi, Tun
hanya penyumbang dan pencetus kepada idea itu saja.
klik sini
MP JASIN - Kerajaan yang akhirnya bangkang
Kerajaan
Malu lagi memalukan
Raden Jowo
Sikap sombong dan bongkak kerajaan kembali
membawa padah. Ini adalah kerana tiada lah boleh dibangkang
setiap usul dan cadangan kerajaan kecuali sudah terkena
batang hidung sendiri. Ini adalah satu petanda yang jelas
bahawa Kerajaan sekarang sudah semakin tidak sempurna dan
sepatutnya bersedia untuk menerima sebarang teguran dari
pelbagai pihak termasuk rakyat.Oleh itu kerajaan sepatutnya
tidak terlalu sombong dan bongkak dengan kuasa yang ada,
melainkan memohon maaf dan mengaku kebodohan masing-masing .klik
sini
Pas Johor
UMNO yang ada hari ini adalah UMNO yang ditubuhkan
pada 1988 dan pengasasnya adalah Datuk Seri Dr. Mahathir
Mohamad ( sekarang TUN ). UMNO sekarang walau apa pun
hujahnya samada sama namanya, sama perlembangaannya atau
sama pemimpinnya tetap tidak akan menolak hujah bahawa ianya
bukanlah UMNO yang diasaskan daripada Kongres Melayu
Se-Malaya di Istana Besar Johor Bahru. Katakanlah apa saja.
klik sini
Isu ini mula kembali - Steven Gan
dari Malaysia Kini menulis mengenai perkara ini, Malaysia Today
melaporkan Kompas Indonesia mengatakan perkara yang sama .
Apa kata anda - Kenapa Pak Lah
dikatakan akan hanya menjadi Perdana Menteri 1 penggal sahaja
Borang
makumbalas /
Borang
maklum balas1
email
editor1@umno-reform.com atau SMS 012-6544762
Dr. Mahathir - a true leader
Perjuangan Melayu untuk membunuh diri sendiri
mansal damha
Seingat saya selepas Tun Dr M memegang tajuk
pemerintahan negara, khususnya bila beliau berjaya menangani
krisis ekonomi dan matawang yang melanda beberapa negara di
rantau ini pada tahun 1979, (dengan menolak pinjaman Bank Dunia
dan menambatkan nilai Ringgit dengan nilai dolar Amerika US$1 =
RM3.80) disamping dengan pembangunan beberapa buah prljek
meganya, barulah Malaysia mula di kenal dan "dihormati."
klik sini
Raden Jowo
Melayu UMNO tahu mereka dapat pembelaan, kerana
itu ramailah usahawan-usahawan UMNO dilahirkan, setanding dengan
bangsa lain dan setanding dengan mafia-mafia lain.
Tidak boleh dikritik dan tidak boleh dikomen. Kelak ketua nya
akan menyerang dan sekali lagi ada Menteri yang dilucutkan
jawatan.
klik sini
PENDAPAT TENTANG TINDAKAN DATUK SHAHRIR
Email
Pemerhati Politik, Perlis
Kerana itu, tindakan Datuk Shahir perlu
dihormati! Namun apa yang kita persoalkan, mengapa BN
mempunyai dasar bahawa seseorang itu tidak dibenarkan
menyokong pendapat yang benar dan adil daripada pihak
pembangkang? Mengapa? Apakah dasar itu sesuatu yang rasional?
Di manakah amalan sistem demokrasi yang dilaung-laungkan
oleh para pemimpin BN? Sesungguhnya, inilah suatu faktor
mengapa negara kita tersekat daripada mencapai taraf
keadilan sebeanr-benarnya!
klik sini
Parti
politik sebaliknya, dalam melaksanakan system whip ini,
mereka perlu menghormti suara rakyat yang memilih MP /
ADUN untuk memperjuangkan hak rakyat dan negara. Parti
politik harus memberi kelonggaran kepada MP dalam
memperkatakan isu-isu berkepentingan negara serta
memberikan imuniti kepada mereka daripada sebarang tindakan
disiplin kerana isu-isu seperti ini. MP perlu
diberikan kebebasan untuk memperkatakan apa sahaja, termasuk
mengumaka dan menyokong apa-apa usul berkepentingan
negara termasuk usul dari pembangkang.
klik sini
Jangan sesekali kita tenpengaruh bahawa Mahathir sudah
bertukar fikiran dan menjadi pembangkang kerana Mahathir
licik orang nya. Bijak menggunakan akal pembelitnya untuk
membelit rakyat Malaysia.
Jangan sesekali kita lupa bahawa Mahathir
telah secara tidak langsung menyebabkan harga elektrik bakal
meningkat dibulan Mei ini. IPP yang berada dibelakang TNB
adalah diantara syarikat kroni-kroni beliau.
klik sini
Menyatakan
ketelusan,kebenaran,keadilan
Pak
Lah memang pemimpin 1 penggal - Raden Jowo
Pusat Kajian Strategik Dan Pembanggunan
Global
Kita bercakap tentang ISLAM dan
keadilan,ISLAM dan ketelusan,ISLAM itu dan ini,tetapi dalam
masa yang sama kita cuba mencampur adukkan antara
kebenaran dan ketelusan ISLAM yg hakiki dgn kepentingan
peribadi. Bangsa dan negara ini mulia kerana kita berjaya
menjadikan ISLAM sebagai "garis perlaksanaan dalam
pentadbiran",tetapi dalam masa yang sama kita
berselindung atas nama ISLAM dan mengeruhkan keadaan dengan
meletakan kepentingan peribadi mengatasi kehendak ISLAM itu
sendiri.
klik sini
Pak Lah tidak lama menjadi Perdana Menteri. Ini adalah
kerana beliau sesungguhnya tidak layak dengan tanggung-jawab
yang besar ini. Beliau mempunyai tarikh tamat yang terlekat
di dahi beliau. Seperti botol makanan yang ada tarikh
luputnya. Namun beliau tidak terkecuali untuk menyapu bersih
peluang yang ada didepan mata. Peluang ini diambil dengan
menggunakan khidmat menantu beliau Khairi. Kekukuhan fakta
pemberhentian awal Pak Lah adalah merujuk sikap Khairi yang
cuba memonopoli peluang yang ada secara gelojoh.
klik sini
Awang ‘Kenit’ Kembar Siam Tok Nan di Sarawak
Itulah budaya yang dimaksudkan
Email
SH Alattas
Apa yang dia ni merepek ni? Bisik hati kecil saya “untuk apa
dia berkata begitu. Kenapa mesti menyindir? Kalau
tidak mahu di interview tak mengapa.” Dia tak baca ke
akhabar “Siasah” yang terbaru tentang Tok Nan dengan
berita “Tok Nan Hilang Akal”, ada di jual di Lawas?
Ada ke dia boleh kata, surat khabar tak sampai ke pendalaman.
Inilah perangai pemimpin, otak macam burung kasawari
‘Ostrich’, bila dia sembunyikan kepalanya dalam pasir
dia ingat orang tak nampak.
klik sini
komen artikel mengenai Datuk Wira Syed Ali Alhabshee
Bukan untuk membodek Perdana Menteri sekarang atau
mengejar kekayaan yang tiada kesudahannya. Beliau hanya
menyatakan, adalah lebih baik mengambil sikap berdiam
diri seperti Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah
Badawi dari terus berperang mulut dengan Tun yang tidak akan
ada kesudahannya.
Setelah
Timbalan Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan penerimaan
peletakan jawatan Dato Shahrir Samad dan setelah perkara itu
diterima oleh Perdana Menteri, Setiausaha Kelab Ahli
Parlimen Barisan Nasional mengeluarkan kenyataan bagi pihak
BNBBC tidak menerima peletakan jawatan tersebut. BNBBC
turut mempersoalkan kenyataan bahawa Ahli Parlimen BN tidak
dibenarkan bersetuju dengan usul - usul yang dikemukakan
oleh pembangkang kecuali ada perintah bertulis mengenai
perkara tersebut. Semua ini memberi indikasi yang agak
berlainan, apakah kini Ahli Parlimen lebih matang - berani
menentang. Persoalan intergriti turut di bangkitkan oleh
mereka.
Ahli Jawatankuasa BNBBC menolak
perletakan jawatan YB Dato' Shahrir
BNBBC | 4 Mei 2006
Ahli Jawatankuasa BNBBC telah mengadakan
mesyuarat tergempar di Parlimen tengahari tadi
dan sebulat suara menolak perletakan jawatan
Pengerusinya, YB Dato’ Shahrir Abd Samad.
Satu sidang akhbar telah diadakan di Lobi
Parlimen, sejurus mesyuarat itu selesai. Dalam
sidang akhbar berkenaan yang diketuai oleh
Timbalan Pengerusi BNBBC, YBM Datuk Raja Ahmad
Zainuddin Bin Raja Omar, BNBBC masih lagi
memerlukan khidmat YB Dato’ Shahrir dalam
mengetuai BNBBC.
Perubahan - perubahan memerlukan penerimaan
kepimpinan kita untuk dikritik secara terbuka. Apa
jua alasan - alasan yang di beri oleh kerajaan ia harus
dimaklumkan kepada rakyat dan apa juga kritikan dari rakyat
harus diambil dengan sempurna oleh kepimpinan. Ini dituntut oleh Pak Lah dalam pentadbirannya
tidak seperti
Mahathir yang menutup ruang demokrasi .
Bencinya saya pada Mahathir tidak menukarkan
pendirian saya bahawa keperluan untuk kita mengeluarkan pendapat,
mengkritik seperti yang dibuat oleh Mahathir seharusnya
terhalang. Saya percaya kritikan Mahathir membawa rakyat untuk
memikirkan sama ada justifikasi Mahathir atau justifikasi Pak
Lah yang layak diterima. Namun sekiranya perkara ini dilakukan dalam
kelambu maka dalam kelambulah urusan itu akan berakhir dan dalam
kelambulah kita selama - lamanya.
klik sini
PERJUANGAN BANGSA ADALAH LAWAK SEPANJANG ZAMAN
Perjuangan bangsa ahli politik adalah perjuangan sendiri-sendiri.
Perjuangan yang mahu nya hanya ditangga pertama. Tiada penyokong
kerana semua mahu jadi ketua. Untuk menjadi ketua, maka mereka
perlu menjadi kaya dan mampu membeli undi-undi. Mengamalkan
sikap binatang yang tidak kenal kawan dan lawan. Mengawan sana
dan sini untuk lahirkan jenerasi Melayu terkini.
Menjadi PEJUANG wajib ada projek disana dan disini, menipu itu
dan ini. Lantas kerana kesibukan maka, siapa yang berjuang hari
ini? Fokus mereka berubah dari perjuangan kepada cari kekayaan.
Contohi Pah Lah yang berjuang bermati-matian mencari Al Ghazali
dan As Shafie. Tiada usaha melainkan hanya berkata dan berkata.
Pak Lah tidak ketemui Al-Ghazali kerana yang ditemui hanyalah
Khairi. Cari As-Shafie yang ditemui juga Khairi. Khairi ada
dimana-mana, menebeng tunggu peluang tunggu janji.
klik sini
Senator Syed Ali - budaya itu apa?
Tanda Tanya Penggabungan ECM Libra - Avenue
Isu
jambatan ini wajar dipersoalkan dan oleh kerana yang
mempersoalkan itu adalah mantan Perdana Menteri maka heboh
mereka yang mencari ruang politik - menjawab untuk menunjukkan
sokongan dirinya kepada Pak Lah. ini termasuk Senator Syed Ali
yang dilanjutkan tempoh pegangan Ahli Dewan Negara. Dalam
membuat formulasi jawapan maka semua dibangkitkan oleh Syed Ali
- budaya - tidak menghormati pemimpin dan sebagainya. Asas utama
ialah untuk mencari ruang politik - itu sahaja.
klik sini
Justeru, orang ramai tertanya-tanya apakah
hubungan rapat Datuk Kalimullah (yang juga merupakan penasihat
editorial dan Timbalan Pengerusi The New Straits Times Press
Berhad) dengan YAB Perdana Menteri dan menantunya memberi
kelebihan maklumat tertentu? Orang ramai juga tertanya-tanya,
apakah terdapat maklumat-maklumat yang diperolehi secara tidak
sah sehingga mewujudkan satu cadangan (proposal) untuk
menggabungan anak syarikat MOF Inc ini dengan ECM Libra?
klik sini
Mentaliti Kelas ke berapa?
Najib terima peletakan jawatan Shahrir Samad
"Our principle is
that BNBBC will not support the opposition, not that we oppose
Shahrir. Therefore, we want him (Shahrir) to reconsider his
decision (resignation)," he said when contacted by Bernama
Friday. Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar
Apakah ini mentaliti kelas 1? Isu yang di bawa
adalah perkara utama yang perlu kita fikirkan bukan persoalan
usul itu
dibawa oleh sesiapa ? Adakah MP dengan pemikiran kelas 3 ini
layak untuk mewakili kita?
Borang
makumbalas /
Borang
maklum balas1
email
editor1@umno-reform.com atau SMS 012-6544762
Barisan
Nasional whip Najib Tun Razak said he had accepted Shahrir's
resignation based on the party stand which forbade BN MPs from
supporting an opposition motion.
Adakah ini apa yang Pak Lah
kehendaki, MP yang terkurung dengan prinsipal yang bukan - bukan.
Mungkin kita perlu perjuangkan - mentaliti kelas 1 bermula
dengan kepimpinan kita.
Shahrir's Breaking Ranks - Some quotes
Kenyataan Media PAS - Siasat MP Jasin
Usman
Bawang" <usmanbawang@googlemail.com>
Through this watershed turn of events happening in Parliament,
let us remember what a lot of people have said about a lot of
things. The Barisan Nasional leadership believes that it ought
to be policy that members do not break ranks.
No support to opposition motions, no matter the merit or
content. Even debating issues is highly restricted. This
arrogance and hubris will not only lead the Parliament and
country to destruction, it will only destroy Barisan itself.
The Ruling Government has the choice to reform itself. But
judging from the lack of willpower, is it really capable of
doing so?
Ustaz Haji Idris Bin Haji Ahmad
Demi menjaga integriti Parlimen keseluruhannya, DPP Pusat amat
merasakan BPR harus bertindak segera untuk memastikan nama baik
Parlimen Malaysia terpelihara serta Perdana Menteri Malaysia,
Dato’ Seri Abdullah Badawi yang begitu serius untuk menentang
rasuah juga mesti membuktikan matlamatnya walaupun ianya dalam
bentuk penyalahgunaan kuasa oleh Yang Berhormat.
Jangan hanya pesalah-pesalah yang terlibat rasuah ini kepada
individu-individu yang kecil sahaja tetapi harus semua golongan
di buktikan.klik
sini
... it's an opposition motion and we
usually reject their motions.
Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri
Nazri Aziz,
The Star 5 May 2006
Our principle is that BNBBC will not support the
opposition.
BNBBC Deputy Chairman Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja
Omar,
Bernama 5 May 2006
Based on our policy and practice, the
BN elected representatives cannot support a motion
tabled by the Opposition... under whatever
circumstances, they should not have supported a motion
from the Opposition.
Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Abdul Razak, who
is also BN Chief Whip,
The Sun
He [Sothinathan] is a member of the front bench and
should not have taken a stand like what he did,
criticizing his own Government... [this] is certainly a
breach of party discipline.
Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ,
The Star 23 June 2005
What happened is unprecedented but he
is at fault. That is why action has to be taken against
him
Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri
Nazri Aziz,
The Star 23 June 2005
He broke ranks. You cannot have your cake and eat it
too.
Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri
Nazri Aziz,
The Star 23 June 2005
The action against Tan Cheng Liang (Jawi)
and Lim Boo Chang (Datuk Keramat) was good enough to
serve as a reminder to the rest of the backbenchers.
BN secretary-general, Tan Sri Mohamed Rahmat,
MGG Pillai 6 January 2003
We are of the view that the final decision on this issue
should be made by Barisan. But as far as Umno is
concerned, we want them sacked.
Former Prime Minister and former UMNO/BN Chairperson, Dr
Mahathir Mohamad,
SNNI 29 November 2002
MPs are more free now, compared to 10
years ago, to voice their opinions and views.
Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri
Nazri Aziz,
New Straits Times 14 January 2005
On an objection by a leading backbencher] He may
disagree, but at the end of the day it is the Whip's
decision.
Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri
Nazri Aziz,
New Straits Times 14 January 2005
I am a loyal party member and will
obey. [if the government bill didn't go through] i t
would have meant trouble for me. Minister in the
Prime Minister's Department Datuk Seri Nazri Aziz,
The Star 25 December 2005
They are free to debate and speak their mind, but when
it comes to a vote they have to follow.
Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri
Nazri Aziz,
BBC News 22 December 2005
WE are not doves that can be tamed. We
did not intentionally support the Opposition. Our
intention was to protect the integrity of Parliament.
Datuk Bung Moktar Radin,
NST 5 October 2005
Each said that despite her conscience, "I am a loyal
party member and will obey." Suhaini Aznam,
The Star 25 December 2005
I was merely trying to help the
Barisan retain voters' confidence by bringing up the
issue at the state assembly. And I certainly did not go
against the Barisan. I love Barisan and was merely
trying to help it retain its voters' confidence. Tan
Cheng Liang, Jawi ADUN,
FAC News 27 November 2002
BNBBC.org.my akan bertindak sebagai platform untuk Ahli
Parlimen berkongsi pendapat mereka tentang isu-isu
semasa bersama rakyat dan membolehkan rakyat memberikan
pendapat dan komen-komen bernas yang akan membantu
meningkatkan lagi mutu perkhidmatan yang diberikan oleh
Ahli Parlimen terhadap rakyat yang mereka wakili.
BNBBC.org.my 5 April 2005
I urge MPs, particularly from Barisan
Nasional, to support the amendments to the two water
bills in the interests of the people and country. The
Barisan Nasional leadership should remove the whip and
allow BN MPs to speak and vote according to their
conscience. Opposition Leader,
Lim Kit
Siang 30 April 2006
Saya ada pelbagai cara untuk mendapatkan maklum balas
yang telah disampaikan kepada saya. Itulah cara saya
daripada dulu pun. Kalau saya nak buat sesuatu dengan
orang yang hendak membuat kerjasama dengan saya, saya
akan beritahu, kalau ada pandangan, kalau ada apa-apa
yang mereka hendak ingatkan, kut saya terlupa sedangkan
kita manusia ini lupa pun ada. Prime Minister
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, 9 February 2004
Blog
Sang Kelembai - sila beri pendapat disana
klik sini
Pautan Berita Malaysia
Esok UMNO dahulunya PEKEMBAR(Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) akan
berusia 60 tahun, yang dilahirkan di Istana Besar Johor, berbidankan
Sultan Johor pada 11hb Mei 1946. Kenapa Johor dipilih dan kenapa tidak
di Kuala Lumpur, tempat di mana idea gagasan penubuhan satu Parti
Politik Melayu dicadangkan? Jawapannya mudah, itulah kebijaksanaan Datuk
Onn Jaafar bagi membersihkan nama Sultan Johor yang telah membangkitkan
semangat Sultan-sultan dan Raja-raja Melayu menandatangan
perjanjianMalayan Union. Jika Sultan Johor pada mulanya tidak bersetuju
menandatangan perjanjian itu kesemua raja-raja akan tidak tandatangan
perjanjian tersebut.
Maknanya bukan kerana tekanan British keatas raja-raja Melayu untuk
memaksa mereka bersetuju dengan Malayan Union tetapi kerana Penghulu
Raja-Raja ketika itu Sultan Johor sendiri sudah menandatanganinya.
Raja-raja yang miskin kenalah ikut, kerana British sewaktu itu berkuasa
melantik Raja seperti yang berlaku di Selangor, Perak, Kelantan, Perlis
dan Trengganu, maka yang lain mengikut sahaja kerana jika tidak kena
sepaklah Raja-Raja dari takhtanya oleh British. Di tambah pula Raja-raja
melihat bagaimana gagahnya dan kayanya Sultan Johor yang berbaik dengan
British dan dapat pula berkahwin dengan perempuan orang putih.
Hari jadi UMNO kini akan diraikan dengan megah di tempat kelahirannya.
Bernasib baiklah kita UMNO dilahirkan di Hospital mewah, tetapi yang
lahir di perantara buluh bagaimana pula? Oleh itu jika UMNO meraikan
ulang tahunnya tidak perlu pergi ke tempat dia dilahirkan kerana di situ
akan mengundang banyak pertemuan baru. Kemungkinan generasi hari ini
akan berkata, bahawa UMNO ini ditubuhkan hanya semata-mata untuk
pertahankan sistem feudal, atau untuk orang-orang elit Melayu. Namun
sayang apa yang dilihat hari ini ialah , UMNO 1946 mempunyai masalah
yang berbeza dengan UMNO di tahun 2006.
Sewajarnya UMNO bersyukur atau muhasabah diri pada ulang tahun yang ke
60 ini. Apa yang telah dilakukan oleh orang yang menggerakkan UMNO
yang tidak bernyawa tetapi berjiwa itu? Jika setakat nak dengar ucapan
dan kemudian yang datang hanya sekadar di tangga bukan dalam
Istana, lebih baik buat di Stadium Merdeka, kerana itu kemuncak UMNO
dalam perjuanganya. Sebenarnya setakat nak dengar ucapan tanpa
penglibatan ahli-ahli UMNO, ini bukan zamannya. Masa sudah berubah,
ahli-ahli UMNO kecuali yang tua-tua sudah kehilangan apa yang
dinamakan "Falsafah Perjuangan UMNO". Banyak parti yang berusia lebih 60
tahun dalam seangkatan dengan era zaman UMNO sudah dikuburkan
sendiri oleh pengikutnya seperti Parti Kongres di India.
Sekarang UMNO dalam keadaan nampak sihat tapi berpenyakit. Bila Presiden
partinya sudah tidak menghiraukan lagi orang sebelumnya dan sudah tidak
mengendahkan perintah, maka ini adalah petunjuk bahawa UMNO sedang dalam
perjalanan pergi atau di hantar ke kubur dan menunggu masa untuk
ditalqinkan. Presiden UMNO dalam taklimat dengan beberapa kerat pemimpin
UMNO di PWTC 9hb Mei 2006 sudah bertindak seperti "gendang sudah
dipalu" dan "gelanggang sudah di buka" untuk berperang dengan bekas
Ketuanya ,Dr Mahathir Mohamed dalam isu pembatalan Jambatan Tambak
Johor. Presiden UMNO hari ini mencari jalan untuk menghalalkan
tindakannya dengan mengatakan bahawa Menteri kabinetnya semuanya setuju
dan sudah pasti mereka tidak bodoh.
Isunya bukan soal bodoh atau cerdik, isunya ialah kenapa dalam tempoh 47
hari berubah dari keputusan awal kabinet untuk bersetuju' kalau tak
boleh buat yang lurus (persetujuan di zaman Dr Mahathir Mohamad)
kerajaan akan membuat Jambatan Bengkok (Itu persetujuan Kabinet Islam
ada Had dan ada Hari) yang kemudiannya memberi nama Jambatan
tersebut sebagai jambatan Indah tetai akhirnya membatalkan terus
pembinaan tersebut.
Ini yang perlu penjelasan? Memberikan jawapan seperti Menteri kabinetnya
tidak bodoh.. adalah seperti jawapan peneroka Felda di kedai kopi, dan
ada masanya peneroka Felda ini nampak lebih cerdik dari Menteri kabinet
yang ada. Jika mahu dikatakan Menteri kabinetnya kelulusan peguam..
semua orang tahu. Syed Hamid, Nazri Aziz, Azlina Othman, Khaled Nordin,
Hishamuddin dll termasuk Radhi Sheikh Ahmad kelulusan undang-undang
tetapi mereka tidak sama dengan kabinet Tun Razak dan Tun Hussein,
kabinetnya bukan sahaja banyak berkelulusan undang-undang seperti Ahmad
Rithaudeen, Mohamad Yaakub, Hamzah Abu Samah, Abd Kadir Yusof dll tetapi
mereka semua pernah berkerja di Jabatan Undang-undang, ada bekas
Majistret, Pendaftar malah Peguam Negara.
Berbeza dengan "loyar-loyar" dalam kabinet hari ini, macam kata-kata
peneroka Felda semua mereka sebenarnya adalah loyar mati stem atau "loyar"
pecah geran tanah, kecuali Radhi Sheikh Ahmad yang pernah jadi DPP dan
Majistret yang lain semuanya macam budak-budak sekarang hanya ambil
kelulusan undang-undang sahaja tapi buat keje lain dan ada antaranya
terpaksa jadi GRO kerana tak ada kerja dalam kerajaan yang
Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.
Jadi tidaklah hebat mana "argumentasi" yang dibuat oleh Perdana Menteri
kononnya tidak timbul persoalan bahalul, pengecut atau bacul
tetapi hakikatnya Menteri kabinet yang ada ini semacam dailog P Ramlee
dalam fillem Labu dan Labi .. "ikut kamulah labu!!!!" kerana
dengan taklimat itu jelaslah bahawa UMNO bukan parti pemerintah yang
menguasai kerajaan tetapi sebenarnya hanya seorang sahaja yang
memerintah yakni Abdullah Ahmad Badawi.. jadi kalau kita nak tengok
bahalul, bodoh atau tidak pengecut ahli kabinet UMNO itu, cuba Presiden
UMNO mengarahkan supaya Khairy Jamalludin dicalonkan bagi jawatan
Naib Presiden UMNO.. ada tak Menteri yang juga Ketua UMNO Bahagian
berani untuk tidak mencalonkannya.
Kata muktamad kini sudah diputuskan. Semua usul pembangkang tidak boleh
disokong. Ini dijadikan doktrin kepada rakyat BN untuk menolak segala
usul yang dibawa oleh pembangkang tetapi dalam parlimen ada sejarah yang
mana kes usul pembangkang disokong kerajaan dan antara yang terbaru
ialah pada tahun lepas mengenai usul Selantan Thailand yang dibawa oleh
Salehuddin Ayub. Bagaimana kalau Pas atau DAP bawa usul nak iktiraf
Malaysia negara Islam dan kalau berdasarkan kata mulut ini mestilah
ditolak kerana usul pembangkang.... tetapi nanti akan ada alasan lain
oleh Perdana Menteri untuk menghalal sokongan itu.
Sang Kelembai: Pinjam kata Sanusi Junid "kenapa sekarang kita
berlumba-luba hendak berbaik dengan musuh dan dalam masa yang sama kita
berlumba - lumba bermusuh dengan kawan/sahabat kita" dan inilah yang
dilakukan oleh keluarga Empayar Badawi sekarang sebagai Misi UMNO dalam
alaf baru.
Penafian editor
Email yang di terima adalah pendapat pelayar dan bukan pendapat peribadi kami di www.umno-reform.com atau editor laman ini.
Kami tidak bertanggungjawab terhadap kiriman dan akan membuat pindaan terhadap artikel yang menggunakan bahasa yang melampau sungguhpun tidak akan mengubah isi atau intipati email tersebut.