Anuar Mohd Nor

editor1@umno-reform.com
Tel: 0126544762
 

 

 
 

sokongan kepada IPCMC (Independent Police Complaints and Misconduct Commission) klik sini

Polis and your basic rights ( Handbook pdf file ) click here

 

JAMBATAN PASIR, MEMPELAM BUSUK DAN KAYU GERGAJI

 

Email diterima

Begitulah juga pada  datuk Shahrir. Tidak mungkin bagi aku beliau bertindak begitu hanya  kerana isu Ahli Parlimen kayu gergaji, tetapi kemungkinanya akibat  rantaian kegagalan prinsip yang lain juga yang termasuk di dalamnya isu  jambatan itu. Beliau mungkin dah jadi bebal dengan segala insiden yang  berlaku di dalam dan diluar parlimen. Sebab itulah beliau mengaitkannya  antara perbahasan di dalam dengan yang berlaku di luar. Ini hanyalah  telahan aku yang juga semakin muak dan bebal dengan cara membuat  keputusan secara tergesa-gesa, kelam kabut, terburu-buru dan ad-hoc  dalam perancangan, kenyataan dan tindakan klik sini
 

 

 

 

Kenaikan Kadar Tarif Elektrik - Lim Keng Yeik


Inilah mungkin salah satu penjelasan terbaik yang dapat di berikan oleh Menteri Tenaga , Air dan Komunikasi, Datuk Seri Lim Keng Yeik. Justifikasi kenaikan kadar baru tarif Elektrik hanya menunjukkan : 


PUTRAJAYA 4 Mei - Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Seri Lim Keng Yaik membayangkan kadar tarif baru elektrik akan bermula bulan depan dan kenaikan itu sama dengan `harga sebungkus rokok sahaja'.

utusan 5hb Mei 2006 klik sini

 

satu penghinaan kepada tahap pemikiran rakyat Malaysia. Bagaimana mungkin kenaikan tarif elektrik boleh disamakan dengan kenaikan harga rokok kerana kenaikan harga elektrik akan menyebabkan kenaikan harga barangan lain - kerana peningkatan  kos - kos pengeluaran sedangkan kenaikan harga rokok ( akibat cukai ) hanya melibatkan peningkatan pendapatan buat Kerajaan. Kos tenaga akan memberi impak - mahu tidak mahu kepada kenaikan harga barangan - baik sikit mahupun banyak.
 

Dr. Mahathir diminta tidak campuri urusan negara

   Email diterima

mdamha@yahoo.com

Adakah ingin kita melihat perkara ini berulang lagi? Sampai bilakah kita benar-benar dapat bersatu? Bila akan kita kotakan cogankata negara " bersatu teguh bercerai itu rubuh?"

Kalau kita sesama Melayu/Bumiputra dan Islam sebagai tulang belakang kepada Parti yang memerintah tidak dapat bersatu, apakah harapan majoriti kaum lain di negara ini dapat bersatu dan disatukan?

Kan ini juga yang mahu dilihat dan dinanti-nantikan oleh pihak musuh-musuh kita - melihat kita berpecah belah dan bercakaran sesama sendiri?

Musuh-musuh kita cuba mengadu-dumbakan kita sesama kita dengan menyediakan suasana secara halus supaya kita menari mengikut rentak dan gendangnya. Kini tanpa disedari kita telah terperangkap olehnya. klik sini

 

   


Mohd Said Yusof (Ahli Parlimen Jasin) mengakui beliau meminta Kastam untuk menutup sebelah mata. Menurut www.malaysiakini.com beliau menganggap ini seperti merayu kepada polis yang menahan kenderaan apabila kita memandu melebihi had laju. Ini bukan perkara besar katanya. Kalau ini mentaliti Ahli Parlimen, maka sewajarnya kita berusaha menyingkir orang - orang seperti ini. Menyuruh Kastam menutup mata pada kesalahan yang telah dilakukan sebanyak 14 kali adalah perkara kecil baginya. Apa pendapat pelayar semua : Wajarkah orang seperti ini terus berada sebagai Ahli Parlimen? Borang maklum balas1 atau Borang makumbalas / email editor di editor1@umno-reform.com atau SMS 0126544762


 


Shahrir Samad letak jawatan sebagai Pengerusi BBC

KUALA LUMPUR, 4 Mei (Hrkh) - Ahli Parlimen Johor Bahru, Dato' Shahrir Samad bertekad mahu meletak jawatan sebagai Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) setelah Yang DiPertua Dewan Rakyat, Tan Sri Ramli Ngah Talib menolak usul Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang berhubung isu Kastam di Dewan Rakyat hari ini.

Shahrir meletak jawatan setelah permintaannya membahaskan usul yang dibawa Kit Siang tidak disokong majoriti ahli Parlimen Barisan Nasional (BN). Kit Siang dalam usulnya mahu Jawatankuasa pilihan khas merujuk teguran ahli Parlimen BN terhadap Jabatan Kastam

Hari ini Harian Metro mengeluar 2 artikel mengenai gangguan MP dan kenyataan Ketua Pengarah Kastam Di Raja Malaysia, Datuk Abdul Rahman Hamid

Edisi Nasional: Ganggu Kastam

Sumber memberitahu, Ahli Parlimen terbabit menemui Pengarah KDRM negeri dan Ketua Bahagian Pencegahan jabatan itu pada pertengahan bulan lalu, meminta diberi pertimbangan berhubung kes rampasan kayu bergergaji itu.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka menolak dengan alasan ia boleh menggugat kewibawaan jabatan selain boleh dipersoalkan jika undang-undang tidak ditegakkan.

Berikutan itu, KDRM mengemukakan aduan mengenai tindakan seorang Ahli Parlimen yang didakwa ‘mengganggu’ kes rampasan kayu bergergaji yang dibawa dari Indonesia di Sungai Linggi, Melaka, baru-baru ini.

Difahamkan, kayu bergergaji itu ditukar dengan gula. Bagaimanapun, tiada maklumat diperoleh berhubung kaitan Ahli Parlimen dan ejen terbabit.

Sumber berkata, laporan yang dikemukakan itu memperincikan rentetan pertemuan antara Ahli Parlimen dan pegawai KDRM terbabit.
  klik sini

    

MP Jasin Mohd Said Yusof di laporkan

mempunyai sebab yang tidak boleh di beritahu oleh Kastam kenapa beliau melemparkan tuduhan kepada Ketua Pengarah Kastam klik sini

 


 


 

Buat Datuk Norza Zakaria dari Anuar Mohd Nor

 

Wajah siapa yang bersalah!
Anuar Mohd Nor

 

Melayu dalam bahaya
Anuar Mohd Nor


Sebaik sahaja Datuk Norza Zakaria mengulas dalam RTM 1 mengenai isu Melayu pada 2hb Mei 2006, saya telah menghantar nota melalui Sistem Pesanan Ringkas kepada beliau mengenai apa yang dibicarakan oleh beliau dalam forum tersebut.

Saya tidak akan mengulas balasan dan pertukaran SMS yang berlaku antara saya dengan Datuk Norza tetapi saya ingin memaparkan kembali 2 tulisan yang pernah saya buat - khususnya mengenai Melayu. Berikut saya kembalikan artikel itu untuk siaran : Wajah Siapa Yang Bersalah dan Melayu Dalam Bahaya. Semoga usaha Datuk memartabatkan bangsa Melayu berjaya.

 


Datuk Najib Tun Abdul Razak pada tahun 1993 - Wawasan 2020 dan masa depan orang -orang Melayu,  berkata ;

- menyarankan bahawa kita harus melupakan sebenar hak - hak keistimewaan orang - orang Melayu - kerana selama ini kita harus mengakui dengan jujur - masalah yang sering membawa kegagalan kepada peniaga - peniaga Melayu - pengusaha - pengusaha Melayu : di sebab kan khayalan mereka sendiri.


Maka hari ini mungkin Datuk Najib boleh kembali memberi ulasan sama ada perlu atau tidak lagi tongkat Melayu, sewaktu kini beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri. klik sini

 


Saya nampak gambaran yang berlainan coraknya daripada gambaran yang sedia ada di hadapan mata kebanyakan orang - orang Melayu. Gambar yang ada di hadapan saya ialah apa yang akan di sertakan oleh orang - orang Melayu sendiri , ia itu gambar menunjukkan pendirian orang - orang Melayu dan gambar perbuatan orang - orang Melayu. Satu gambar lagi ialah gambar gelap yang tidak menunjukkan pendirian orang - orang Melayu. Perbezaan itu amat mustahak ia itu perbezaan yang boleh menentukan nasib orang - orang Melayu. klik sini
(laporan polis pernah di buat oleh Parti Keadilan Raykat atas program Melayu Dalam Bahaya dan susulan artikel ini)


Gambaran Datuk Onn 3/8/50 mengenai orang - orang Melayu dapat di lihat dalam tulisan beliau di Warta Negara 1950


 

Pak Lah - hanya satu penggal?


Demikian kata - kata editor malaysiakini yang kini menjadi jurubicara Tun Dr Mahathir Mohamed. Mingkinkah Pak Lah akan hanya dapat bertahan dalam tempoh 1 penggal. Kita perlu ingat dalam UMNO suatu yang tidak berubah ialah sokongan ahli mereka parti yang sedang memengang kuasa. Kalau dahulu Mahathir - apa sahaja yang dikatakannya baik maka baiklah ia untuk semua , kini Pak Lah. Maka hadirlah mereka menyokong Pak Lah selama Pak Lah masih memegang kuasa.

 

Malaysiakini - Steven Gan
One-term PM

Clearly, Abdullah can do without this fight. He already has enough on his plate - the setback over the independent police watchdog, his flagging battle against graft and now a sharp hike in the cost of living.

Malaysians are currently being hit with a double whammy - a hike in inflation (higher costs for basic necessities) and a hike in interest rates (higher repayments for housing and car loans).

With Mahathir rallying his troops within the party, Abdullah is likely to be a one-term prime minister. The challenge to Abdullah’s leadership is expected to come after the general election, which could take place as early as the end of next year.
 


 


extract from www.malaysiakini.com

After Nazri had ended his speech, parliamentary Opposition Leader Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) stood up and asked why the Mahathir’s cabinet - of which a majority comprise the present cabinet - had unanimously endorsed the decision to build the half bridge and later decided it should not continue.

Nazri said the decision to build the bridge was made by Mahathir alone before being discussed by the cabinet and the decision was a ‘conditional agreement pending further discussion’ including on Malaysia’s legal rights.

He said officially, no ‘memorandum’ was brought before the cabinet to make a decision on the bridge project. According to him, a memorandum is usually needed be tabled to the cabinet for any official decision.

 

Hari ini Datuk Nazri sudah berani menjawab bahawa keputusan untuk membuat jambatan sewaktu era kepimpinan Mahathir datang dari Mahathir sahaja tanpa sokongan sebulat suara kabinet pada waktu itu. Maka kini kita bertanya lagi, baru - baru ini keputusan untuk meneruskan jambatan itu adakah ianya datang dari Pak Lah sahaja dan bukan keputusan kabinet ? Keputusan saipa pula untuk meneruskan semula dan akhirnya terbatal sehingga terpaksa menanggung kos untuk pembatalan projek tersebut? Pelayar komen isu ini -  Borang maklum balas1 atau Borang makumbalas atau emel editor1@umno-reform.com . Bagi pesanan SMS 012-6544762
 


 

Sampaikan hasrat rakyat yang sebenar!

 

Melayu perlu berubah - idealis Datuk Norza Zakaria


Wahai pemimpinku, bangunlah dikau dari tidur dan mimpi yang indah-indah itu, dengarlah rintihan rakyat yang ingin berkatakan sesuatu kepadamu!! Negara yang tercinta ini bukan milik mu seorang, tetapi ia akan terus dimiliki oleh anak bangsa mu dari rumpun Melayu, Jauhilah diri dari membuat salah perhitungan. Padahnya akan diterima oleh generasi mu yang akan datang.

Untuk menjadi saorang pemimpin, seorang itu seharuslah bijak membaca padangan dan mendengar suara rakyat. Ini tidak bererti sesaorang pemimpin itu harus tuduk kepada setiap bantahan yang diterima beliau. Namun perasaan rakyat harus diambil-kira jika sesaorang pemimpin itu masih mahu dianggap sebagai pemimpin yang berjiwa rakyat. klik sini

 


Sebenarnya kondisi  - kondisi ini wujud   dalam semua struktur masyarakat  dan kondisi  - kondisi ini adalah realiti ada. Mengharapkan kondisi - kondisi ini untuk lenyap supaya boleh mengerakkan arah tamaddun dan peradapan Melayu bagi saya adalah idealis Datuk Norza yang juga diharapkan oleh semua tetapi tidak mungkin akan ada.klik sini
 

Email diterima

  • Pemilikan Celcom oleh Telekom Malaysia klik sini

  • Kerajaan dunia pertama tapi Menterinya dari dunia ketiga klik sini

  • Sekadarmembezakan Menteri Singapura dan Malaysia klik sini

 

Anwar dan janji - janji  Mei  

Email diterima

Anwar tidak akan kembali seperti yang sepatutnya. Politik Anwar Ibrahim hari ini berbeza dengan tahun - tahun kesegaran reformasi. Benar saya boleh memaafkan UMNO seperti yang pernah beliau kata - tetapi persoalan yang dikemukakan oleh beliau sewaktu itu "bolehkah rakyat memaafkan UMNO"

Hari ini yang nampak ialah Anwar Ibrahim telah memaafkan UMNO dan bagi para pejuang 1998 - bersedia untuk melihat politik itu diertikan tanpa nilai dan tanpa perjuangan. klik sini
 

 
  • Dato Norza kepimpinan masa depan klik sini
  • Bongkar Tembelang dan Temberang Tun Mahathir! klik sini
  • Malang Tun Mahathir bukan seperti Anwar Ibrahim. klik sini
  • Najib orang Mahathir - itu sebab dia diam klik sini
  • Keluhan Anak Perlis klik sini
  • Ini lah dia Abdullah Bedawi yang kita warisi.. klik sini

 

Gurindam 12 oleh Raja Ali Haji

   Surat Terbuka kepada Ahli Dewan Parlimen


Izinkan saya memetik salah satu gurindam Raja Ali Haji - Gurindam ke 11, kata beliau : Hendaklah berjasa, Kepada yang sebangsa, Hendaklah jadi kepala, Buang perangai yang cela, Hendaklah memegang amanat, Buanglah khianat, Hendak marah, Dahulukan hujah, Hendak dimalui, Jangan memalui, Hendak ramai, Murahkan perangai. Saya telah memaparkan keseluruan gurindam kerana bagi saya ianya banyak mengajar dalam kita mahu meneruskan perjuangan bangsa kita. Sungguhpun sajak Melayu oleh Usman Awang banyak mencerita keperibadian Melayu tetapi bagi Raja Ali Haji ianya lebih kepada nasihat untuk membentuk keperibadian tersebut. Bagi saya, pelayar harus membaca Gurindam tersebut dan memberi pendapat kepada www.umno-reform.com mengenai nasihat dan apa yang ada sekarang ini. Insyallah perjuangan Melayu terus diusahakan. klik sini 
 

 


Inilah sebabnya kami merayu anda supaya meletakkan air di tangan Kerajaan. Pendekatan terkini bagi pengurusan air akan membuka pintu kepada syarikat asing supaya masuk ke dalam sektor air. Akan tetapi, ini bukan sahaja berkenaan dengan hak menggunakan air dan pemilikan bersama kita yang berada dalam keadaan bahaya.

Di bawah Jentera Penyelesaian Pertikaian WTO, dewan yang agung ini, Parlimen, akan diteliti oleh, bukan rakyat Malaysia, tetapi syarikat multi nasional asing dan penguasa-penguasa WTO. klik sini

Selamat Hari Pekerja
Anuar Mohd Nor 012-6544762

Hari Pekerja. Tubuh -  lesu bangkit tengah pagi, Minta lewat pusingan masa ini, Merayakan - janji yang tidak pernah mudah termeteri, Berpesta sesama sendiri - Hari Pekerja kini kembali. Namun masih buta diri, buta hati, fikiran tutup dek jeriji besi, mengikat minda untuk menyedari  - esok seterusnya 364 hari lagi - pesta mereka pula kembali, Meratah untuk setahun lagi, sisa  - sia tubuh ini. Sementara buta ini - Selamat Hari Pekerja buat hamba yang tidak sedar diri "Saya turut bercuti"   01 Mei 2006
 

     

"Tuduhan rasis adalah senjata segelintir kepimpinan kaum  bukan bumiputera"

Bagi saya - itulah yang dimaksudkan oleh Zainuddin Maidin - sebagai "rasis" dan bagi saya adalah lebih tepat lagi kalau Zainuddin Maidin secara terbuka mengatakan segelintir golongan bangsa lain khususnya kepimpinan mereka sebagai "rasis" dengan tindakan mereka yang memperjuangkan bangsa tanpa mengetahui hak mereka sebenarnya. 

Mereka perlu ingat bahawa hak - hak yang sedia ada pada Melayu sekiranya dituntut secara rakus tanpa memikirkan sensitiviti kaum hanya akan mengeruhkan keadaan. . klik sini
 

Datuk Mohamad Norza Zakaria

Di beritakan kepada kami Datuk Norza Zakaria adalah antara nama - nama yang akan memainkan peranan hebat dalam Rancangan Malaysia ke 9. Nama beliau juga disebut - sebut sebagai bakal menerajui kepimpinan Pemuda akan datang. Beliau juga dibicarakan akan menyertai cabaran bagi menjawat jawatan kedua dalam Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Sehingga hari ini Datuk Norza Zakaria adalah antara 3 nama - nama yang akan memainkan peranan sebagai apa yang kami klasifikasikan sebagai elitis pemilik.  klik sini
 

 

Shahidan semakin kritikal?


Shahidan semakin di kritik. Akhir - akhir ini www.umno-reform.com menerima banyak email yang mengkritik Shahidan Kassim - MB Perlis. Semenjak rombakan yang dilakukan kami menerima pelbagai email yang terus menghentam beliau sebagai " samseng Perlis" . Kita siarkan semula beberapa email yang secara terang  - terang mengutuk beliau.

  • Shahidan akan di "checkmate" klik sini

  • Memang sepatutnya SHAHIDAN di "CHECKMATE" klik sini

  • Nilai rakyat Perlis cuma RM100 di bawah kepimpinan Shahidan klik sini

  • dan yang terbaru : Shahidan Kassim paksa guru jadi ahli Umno klik sini

Najib terus di kritik

 

Benar Najib seolah meng - amin - kan kesalahan Pak Lah


Artikel minggu sudah mempersoalkan Najib yang dikatakan tidak serius membela keputusan - keputusan Pak Lah dan se olah - olah meng - amin - kan setiap kesalahan Pak Lah. Beliau dikatakan tidak bertindak seperti mana Timbalan - Timbalan Perdana Menteri yang lain  - bangkit mempertahankan Perdana Menteri mereka dalam apa juga keputusan yang dicapai. Beliau dituduh sebagai membiarkan Pak Lah kesaorang dalam membela keputusan  - keputusan yang di capai oleh kabinet. Pelayar itu turut mengatakan bahawa seolah - olah terdapat gerakan menjatuhkan Pak Lah. Baca artikel tersebut klik sini. Dalam menerima respond mengenai artikel tersebut www.umno-reform.com agak terkejut kerana rata - rata pendapat menyelar kepimpinan Pak Lah. Ini adalah rumusan penerima respond yang di buat oleh kami. Klik Sini
 

Langkah menunjukkan sokongan kepada Mahathir?


Sambutan kepulangan Tun Dr Mahathir dari London

Mengambil kesempatan menggalakkan semua warga Malaysia untuk hadir ke Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA untuk menyambut kepulangan Tun Dr Mahathir dari London pada 1 hb Mei 2006 jam 5.00 petang. Ini bagi menunjukkan bahawa kita dari warga UMNO dan rakyat Malaysia masih terhutang budi terhadap segala pengorbanan yang beliau lakukan sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia. Inilah kepimpinan kepada generasi yang ada sekarang ini. Kepimpinan yang ada sekarang ini lahir sewaktu Tun Mahathir menerajui dan mahu tidak mahu harus berterima kasih kepada beliau.
     


 

  • Perjuangan bangsa Ketuanan Cina 11
  • Maka yang tinggal hanya alasan
  • Ketuanan Cina
  • Cara berbeza ARAH sama
  • Bak kata Melayu
  • Cabaran Pak Lah
  • Definisi Pak Lah 1
  • Definisi Pak Lah 2
  • Definisi Pak Lah 3
  • Masa
  • Elitis Pemilik
  • Lupa
  • Cerita2
  • Kemakmuran

 

Klik Sini
Klik Sini
Klik Sini
Klik Sini
Klik Sini
Klik sini
Klik Sini
Klik Sini
Klik Sini
Klik Sini
Klik Sini
Klik Sini
Klik Sini
Klik Sini

  Blog Anuar Mohd Nor


  

 

 

 

 
 

SMS 0126544762 atau Borang maklum balas

  Blog Sang Kelembai - sila beri pendapat disana klik sini
Pautan Berita Malaysia  


Parlimen Malaysia selepas menyambut ulang tahun ke 50 (1955-2005) telah mencipta berbagai sejarah. Banyak perkara-perkara yang berlaku di luar Parlimen telah dibawa masuk ke dalam Dewan Persidangan. Bermula dengan soal pakaian Ahli Parlimen, yang mana soal berpakaian ini sudah  berbangkit sejak tahun 1959 lagi, bila ahli-ahli Dewan Rakyat dari Barisan Sosialis telah memasuki Dewan Persidangan tanpa memakai pakaian yang sewajarnya. Walau pun tidak ada peraturan mengenai cara berpakaian pada waktu itu , Syed Jaafar Albar menentang pakaian yang dianggap tidak memuliakan Dewan, akhirnya Dewan terpaksa ditangguhkan sehingga ahli-ahli berhormat dari Sosialis Front menukar pakaian untuk memulakan persidangan. Itu hebat orang-orang dulu-dulu, bukan macam hari ini, yang mana ada ahli-ahli berhormat dari Barisan Nasional membuatkan Dewan yang mulia itu sebagai tempat "trial and error" sahaja.

Sejarah yang terbesar di Parlimen semenjak mengenali demokrasi berparlimen ialah Parti Kerajaan yang memerintah telah menjawab kritikan bekas Perdana Menteri, yang pada awalnya dijulang sebagai negarawan tetapi hari ini para Menteri Kabinet memandang beliau seperti "hantuwan". Sebagai orang yang pernah membuat dasar itu, beliau berhak untuk memberikan pandangan pada dasar-dasar yang diperbuat dan tinggalkan bagi dilaksana oleh penggantinya, kecuali perkara-perkara baru oleh kepimpinan baru.

Inilah yang ditakrifkan sebagai kesinambungan kepimpinan kecuali di zaman Tun Razak. Ini adalah kerana Tun Abdul Razak tidak bersara dari jawatan Perdana Menteri sebaliknya meninggal dunia dalam jawatan itu. Maka bila Dato Hussein Onn mengambil alih, tidaklah dapat Tun Razak untuk memberikan pandangan terhadap isu-isu yang dibuat oleh Hussein Onn. Mungkin Allahyarham Tun Razak tidak setuju dengan penangkapan Tiga Abdul yang dikatakan komunis yang telah menyusup masuk dalam kerajaan atau dia tidak setuju dengan tindakan mengeluarkan Pas dari Barisan Nasional dan tindakan mengenakan MAGERAN di Kelantan.

Nasib Tun Hussein juga agak baik kerana tidak berhadapan dengan sebarang dilema sewaktu beliau memegang jawatan. Malah beliau terselamat bila Tunku Abd Rahman Putra turut berpihak dengan keputusan yang diambil beliau untuk menangkap Datuk Harun kerana mungkin Tunku tidak menentang arus atas kesamaan latar belakang undang-undang dengan Hussein Onn.

Bagaimana Tunku setelah bersara pada tahun 1970, untuk satu tempoh yang tertentu beliau mengambil tindakan untuk tidak mencampuri hal kerajaan dan parti se hingga beliau balik ke tanah air selepas menghabiskan tugas sebagai Setiausaha Agong OIC.

Beliau selepas itu ada juga mengkritik dasar-dasar Tun Razak Hussein khasnya dasar luar berhubung dengan kehendak Tun Razak supaya diadakan hubungan diplomatik Beijing (dahulu Peking) - Kuala Lumpur. Tetapi walaupun begitu Tun Razak tidak pula menjawab secara terbuka, jauh sekali menjawab di Parlimen teguran-teguran Tunku , sebaliknya menghantar Tengku Razaleigh Hamzah atau King Ghaz (Mohd Ghazali Shafie) yang dikira rapat dengan Tunku untuk menerangkan satu-satu dasar yang tidak difahami Tunku. Maka tidak banyaklah orang mengetahui hubungan renggang antara Tunku dan Tun Razak.

Bila budak suruhan Abdullah Ahmad Badawi itu menjawab persoalan isu-isu awam yang hangat dibincangkan, mereka tidak perlu disalahkan kerana yang menyuruh itu  adalah Abdullah Ahmad Badawi sendiri, seorang yang diketahui tidak pernah konsisten dalam apa jua dan hanya bertopengkan nama bapak dan dia anak sorang ulama. Hakikatnya, Pak Lah berada dalam politik adalah kerana beliau dicadangkan Dato Sophiee Ibrahim untuk menggantikan tempatnya di Kepala Batas, kalau tidak, hari ini Abdullah Ahmad Badawi hanya manusia pencen kementerian.

Malah dalam rekod politiknya tercalit kekalahan sewaktu bertanding EXCO Pemuda UMNO. Namanya dalam politik kebangsaan mendadak naik bukan kerana kehebatannya, orang-orang UMNO memang tahu perangai aruah isterinya melayan rakyat samada di rumah atau di kawasannya. Kalau senang-senang bacalah buku Allahyarham Zakri Abadi banyak menceritakan hal itu.

Dia (Abdullah Ahmad Badawi) jadi hebat bila Anwar Ibrahim masuk UMNO dan bila ada berapa orang UMNO yang tidak merasa selesa dengan kemasukan Anwar Ibrahim. Ini ditambah dengan kejayaan Anwar Ibrahim memenangi jawatan  Ketua Pemuda UMNO dalam masa yang singkat yang membawa dia bertaraf Naib Presiden UMNO.

Akhirnya kelompok yang marah mengambil langkah untuk mengimbangi kuasa Anwar Ibrahim dengan meminjam (bukan menyokong) Abdullah Ahmad Badawi. Itu sebab rata-rata penyokong Abdullah Ahmad Badawi cuma mereka yang tidak suka dan tak menyokong Anwar Ibrahim. Inilah sebenarnya kekurangan Pak Lah. Itu sebab sekarang beliau melalui menantunya berusaha untuk meminang Anwar Ibrahim. Jika Anwar Ibrahim masuk UMNO..... maka beliau akan jadi bapa perpaduan Melayu. Dan sekiranya Anwar Ibrahim menolaknya bukan bererti Anwar Ibrahim tidak mahu menerima, tetapi Anwar Ibrahim sedang mengkaji untung ruginya kalau berada semula dalam UMNO seperti yang dibuatnya meninggalkan ABIM 25 tahun dulu.

Hari ini beliau harus bertanggung jawab bila Nazri Aziz menjawab di Parlimen secara "kurang ajar" terhadap Dr Mahathir kerana yang kurang mengajar beliau adalah Abdullah Ahmad Badawi sendiri sebagai bossnya. Sewajarnya ada budi bahasa bagi membalas teguran Dr Mahathir itu. Contoh yang paling retorik adalah dengan mengatakan, "bahawa kesemua apa yang diperkatakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dalam isu pembinaan Jambatan Tambak Johor tidak dinafikan tetapi selepas Nov 2003, setelah beliau meletakan jawatan, didapati ada beberapa penemuan baru dalam isu pembinaan tersebut. Kerajaan setelah mengambil kira semuanya bersetuju untuk membuat keputusan supaya kerajaan tidak meneruskan projek tersebut. Malangnya Abdullah Ahmad Badawi mengambil pendekatan berbeza dengan mengatakan bahawa semua "point" yang dinyatakan oleh Dr Mahathir tidak betul.

Itu sebab bila Dr Mahathir Mohamad mengumumkan secara terbuka dalam perhimpunan agong UMNO tahun 2002, Abdullah Ahmad Badawi lah yang jadi hulubalang meminta supaya Dr Mahathir Mohamad jangan meletakkan jawatan masa itu. Sebenarnya itu sikap berpura-pura atau hipokrasi Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau sebaliknya bergembira untuk menjadi Perdana Menteri, kerana bila Tunku hendak meletakan jawatan, Tun Razak tidak pula memujuk Tunku, begitu juga Hussein Onn, tidak dipujuk oleh Dr Mahathir kerana dua tokoh tersebut sudah bersedia menjalankan tugas sebagai Pemimpin Penerus. Pasti ada orang mengatakan itulah nasib yang terima oleh Dr Mahathir Mohamad kerana beliau pernah melakukan perkara yang sama dengan Tunku dan Hussein Onn. Tetapi kedua mereka di tegur oleh Dr Mahathir Mohamad hanya berkenaan urusan parti UMNO dan di zaman Tunku, Dr Mahathir hanya penyokong parti tanpa jawatan dan begitu Hussein Onn berbeza pendapat dalam perkara UMNO selepas UMNO diharamkan.

Jika Abdullah Ahmad Badawi tidak meminta maaf secara terbuka atas kebiadapan Nazri Aziz dan juga anggota kabinetnya terhadap apa yang di jawab oleh mereka di Parlimen, maka ini menggambarkan Abdullah Ahmad Badawi dan 21 kabinet lama ,seorang yang hanya mencari makan dalam Jemaah Menteri.Sekian lama mereka berkerja dengan seorang Perdana Menteri yang "out of date" atau "point yang semuanya salah" atau pendek kata Dr Mahathir Mohamad di zamannya menjadi Perdana Menteri yang bodoh, mengapa Menteri-Menteri yang bijak pandai seperti Abdullah Ahmad Badawi tidak mengambil tindakan menentang keputusan Dr Mahathir
Mohamad tersebut.


Jawapannya mudah.. kerana mereka semua gunakan jawatan Menteri macam jadi kerani swasta. apa kata boss... semuanya betul kalau tidak kena buang kerja. Dan jika kena buang kerja.. siapa nak bayar sewa rumah, makan dan sebagainya. Kalau tidak jadi Menteri.. hilanglah macam-macam keistemewaan terutama menjadi jutawanpetai dan pucuk paku. Inilah UMNO dan nasib Melayu Islam dibawah kepimpinan sekarang ini.

Sang Kelembai: Shahrir Samad menyokong ADR Jasin dibawa ke Jawatankuasa Keistemewaan Dewan.. tapi kes anak Nazri Aziz terlibat kes pembunuhan di Harta Mas, Effendi Narwawi yang menghina Mahkamah, Laporan Polis ADR Kuala Krai rogol amah.. tak pula dia nak bawa. Maknanya itu "tindakan terpilihlah" macam bossnya Abdullah Ahmad Badawi.



 

 
 
Sisipan Laman
 
 
 
Koleksi Arkib
 

 


 

 




 

 

 

Teruskan menghantar pendapat : Hantarkan pendapat ke  klik sini, email kami di editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762

 

 

 


 

 

 


Powered by TagBoard Message Board

Name

URL or Email

Messages(smilies)

Berdaftar dengan laman ini untuk memastikan ianya terus hidup untuk suara kecil rakyat Malaysia. TAIP UR NEWS REG hantarkan ke 36606

 

Search this site or the web powered:  FreeFind
  Site search Websearch | 


Email Login signup Password     

 Januari 2006 - one | two | three | four | Febuari 2006 - Feb1 | Feb2 | Feb 3 | Feb 4 March 2006 - Mac 1Mac06 two | March 3 | March 4| april 01| april 02 | april 03 | april 04 | mei 01

Penafian editor
Email yang di terima adalah pendapat pelayar dan bukan pendapat peribadi kami di www.umno-reform.com atau editor laman ini.

Kami tidak bertanggungjawab terhadap kiriman dan akan membuat pindaan terhadap artikel yang menggunakan bahasa yang melampau sungguhpun tidak akan mengubah isi atau intipati email tersebut.


www.umno-reform.com 
hubungi kami di 012-6544762 email editor1@umno-reform.com