editor1@umno-reform.com
Tel: 0126544762
untuk fax dokumen hubungi no diatas

 

 
 



 

5 perkara yang di kemukakan  ( Laman Blog Pak Di )


Tidak ada hasrat atau sedikit pun niat mana - mana pihak , mana - mana kaum bagi kami hadir untuk memporak - perandakan keharmonian dan keamanan khususnya perhubungan antara kaum. Memang Intergrasi Nasional  adalah matlamat dan tidak mungkin asimilasi kaum secara mutlak wujud dalam geografi masyarakat Malaysia yang terbentuk dari berbagai budaya.

Sungguhpun begitu suara - suara ketidakpuasan, suara - suara menuntut hak , suara - suara meminta keadilan pasti wujud. Menyapu dan menyorokkan bukan jalan atau bukan cara bagi menyelesaikan masalah ras. Suara - suara ini akan muncul dan harus ditangani sebelum ianya melarat dan berdetik menuju kearah kekusutan. Apa yang dipersoalkan oleh Melayu hari ini ialah struktur Melayu itu sendiri. Melayu itu sendiri mungkin terpisah antara sesama dan kepimpinan Melayu itu sendiri harus menentukan agar ini tidak berlaku.

Dua artikel www.umno-reform.com yang di pamerkan dalam blog arahkita banyak mencungkil suara - suara yang terpendam. Kepimpinan Melayu harus tahu, harus dengar dan tidak harus berdiam dalam menghadapi persoalan - persoalan yang dikemukakan. Artikel - Tanah Melayu Ketuanan Cina dan  Perjuangan Bangsa Tanah Melayu Ketuanan Cina 11 tulisan Anuar Mohd Nor kini telah mendedahkan suara - suara hati baik kaum Melayu mahupun Cina. Dalam melayari komen - komen yang diterima kita bersua dengan satu lagi laman ( Laman Pak Di ) yang turut mempamerkan suara - suara orang - orang Melayu. Pemilik laman tersebut telah mengikhtisarkan artikel Anuar Mohd Nor kepada lima perkara - kita lihat dan kita kaji juga komen  - komen pelayar pada laman tersebut - Laman  Pak Di

 

 

Memang sepatutnya SHAHIDAN di "CHECKMATE"

 

Dengar nasihat Tun Mahathir demi patriotisme


Banyak sangat projek-projek yang terbengkalai. Bangunan flat di  Kampung Bakau dah jadi gajah putih berapa lama. Rancangan nak buka  kawasan industri di Sungai Cucuh, terbengkalai. Insdustri kecil dan  sederhana, cuma tinggal nama. Yang besar sekali pembangunan kampus  KUKUM (Kolej Kerjuruteraan Utara Malaysia), sudah lima tahun tak  siap-siap. Dia buat kampus di seluruh negeri Perlis. Banyak  tempat-tempat itu dia yang kaut duit. Sebab itulah negeri Perlis tak  maju. Kami rakyat Perlis amat malu.
klik sini

 


Pak Lah tidak perlu malu dan segan untuk mendapatkan nasihat dan pandangan daripada Tun. Apa yang HENDAK Pak Lah takutkan.... dengan pandangan ahli politik lain yang mengatakan kalau Pak Lah jumpa Tun, nama Pak Lah akan jatuh... dan anggapan orang lain Pak Lah adalah bayangan Tun saja. klik sini

 

Perjuangan Bangsa - Tanah Melayu , Ketuanan Cina 11 klik sini

 

Email diterima


Laman Blog Jeffooi  dalam Malaysia Kini mengatakan blog arahkita adalah satu LAMAN MERBAHAYA. Artikel Tanah Melayu Ketuanan Cina dikatakan mengandungi unsur - unsur rasisme. Sebanyak hampir 152 komen di terima dan ini adalah kali pertama kita menyaksikan perbincangan mengenai isu Ketuanan hebat dibicarakan.

Apakah penulis dan juga editor laman web www.umno-reform.com  , Anuar Mohd Nor ini bersikap rasis? Apakah sebenarnya isu tersebut adalah hakikat yang patut diterima oleh orang  - orang Melayu?

 

 

SMS diterima

Keputusan Pak Lah akhirnya menyalahkan rakyat mengenai pembatalan jambatan Singapura. Soalnya kalau Malaysia tidak berkemampuan katakan sahaja, rakyat terima tetapi kalau tunduk kepada Singapura maka Malaysia akan selamanya di bawah jajahan mereka. Fikirkan

 

Jambatan Singapura, bangunlah bangsaku.

 

Kempen berbudi  bahasa, bagaimana dengan pemimpin negara?


Hari ini terlampau banyak desas- desus yang mengatakan bahawa kita telah  memberikan jawatan penting kepada individu yang rapat dan akrab dengan  kerajaan Singapura. Ada yang mengatakan kita beri jawatan editor dan  juga penasihat ekonomi. Mungkin ini tidak salah dan boleh  diputarbelitkan oleh media sebagai kerajaan kita lebih mementingkan  kecekapan dan kebolehan individu. Namun begitu, kalau boleh saya harap  bangsa melayu dapat di ingatkan semula dengan kenyataan oleh pemimpin  negara jiran tidak berapa lama dahulu. Orang melayu tidak boleh memegang  jawatan tinggi didalam tentera republik kerana kepentingan negara. Di  atas merit yang sama penulis ingin mencadangkan supaya bangsa melayu  membersihkan kerajaan kita dari anasir- anasir negara jiran. klik sini


Di sinilah di antara puncanya maka mengapa kalangan tersebut tidak  berbudaya kita lagi. Tegasnya: Pembangunan ekonomi, sains dan  teklnologi tanpa diseimbangkan dengan pembangunan budaya pincanglah  masyarakat! Punca utama kerosakan budi bahasa (budaya) kita ialah daripada para  pemimpin sendiri. Sekian ramai pemimpin yang terlibat secara langsung  memburu kekayaan dan kemewahan hidup. Mereka membuka korporat di  mana-mana.

Setelah itu berlaku pula rasuah, penyelewengan dan  kekurang ajaran monopoli hak dan pusaka rakyat. Dalam kalangan ahli-ahli  politik terutama sekali UMNO/BN rasuah dan penyelewengan ini berleluasa  daripada peringkat kampung JKKK, cawangan dan bahagian sehingga ke dalam  mesyuarat perwakilan di KL. Percayalah ketika mesyuarat tersebut  seratus-peratus perwakilan menerima rasuah! Apakah yang dilakukan oleh  BPR? Apakah kerajaan BN tidak menyedari hal ini? klik sini klik sini

 

Mengembalikan Integriti

 

Email diterima


Dalam hal ini kerajaan kepimpinan Pak Lah harus melakukan apa yang tidak berani dilakukan selama ini. Perkara tersebut adalah untuk membongkar semua perjanjian konsesi yang melibatkan secara langsung atau tidak langsung rakyat Malaysia. Kita tidak mahu lihat adanya perjanjian  - perjanjian jangka panjang yang akan merugikan rakyat dan menguntungkan beberapa kerat manusia khususnya yang lahir di bawa kepimpinan Dr Mahathir. klik sini

 

  • Kerugian 100 juta wang rakyat  klik sini
     
  • Mampukah Islam Hadhari pertahankan moral dan nilai budaya? klik sini
     
  • Seriuskah Umno mahu kepada Islam? klik sini
     
  • Jabatan Alam Sekitar perlu contohi MPS tangani masalah alam sekitar klik sini

 

 
   

Melayu Baru - generasi apakah yang ada kini (photo kiriman Abdul Jalil

 
Jam melewati 10.00 malam, di celah jalan keluar "MALL" berdiri seorang anak muda menjual pil - pil herba. Sekiranya kita tidak mahu membeli maka anak muda - atau lebih tepat lagi kanak - kanak itu akan memohon bantuan kewangan. Menggunakan strategi ini, mengambil kanak - kanak sekolah anak yatim untuk menjual produk mereka mampu melahirkan pendapatan yang lumayan. Mereka menggunakan simpati orang ramai terhadap budak tersebut yang tinggal dalam asrama anak yatim piatu. Itulah dia didikan moden anak - anak melayu kita.

Apa yang jelas ialah kita seakan mendidik mereka untuk menjadi tokoh peminta sedekah moden. Mereka kini sudah pandai memainkan sentimen kesian untuk mendapatkan wang dan ini adalah pra -syarat pengemis. Inikah hasil didikan Melayu Baru yang pernah menjadi cadangan sewaktu kepimpinan Tun Dr Mahathir.

Apakah ini bentuk Melayu Baru yang mahu dicapai. Apakah kerana "keadaan" maka  mereka terpaksa mengambil kanak - kanak untuk keluar mengemis .

Saya simpati melihat budak itu, anak melayu kita yang tanpa segan silu mengemis dalam mendapatkan bantuan bagi sekolah mereka. Melayu Baru 
 

 

   

PEMBATALAN MEMBINA JAMBATAN, MENGHARGAI SUARA RAKYAT


Demikian saranan dan pujukan Allah kepada Nabi Muhammad ketika menghadapi peperangan. Ayat-ayat tersebut juga boleh dijadikan pedoman dalam perjuangan kita mempertahankan hak, harga diri dan maruah dalam isu pembinaan jambatan itu. Hayati dan ambillah iktibarnya, mudah-mudahan kita dari kalangan orang-orang yang bebenar! klik sini

 



 

 

MENCARI ISTILAH KETUANAN


Untuk majukan Melayu mudah, untuk matikan Melayu lagi mudah. Setiap perancangan kerajaan, ada niat yang berlainan, ianya untuk kroni dan rakan-rakan. Maka kerana itu Melayu masih ada yang sengsara dan masih ada yang menderita. Menderita kerana bantuan tidak kunjung tiba dan malangnya, tiba-tiba kerajaan bersuara. ? Rakyat tidak boleh bergantung kepada kerajaan.? klik sini
 

SMS diterima  Little Napoleon

Sdra, Sekali lagi saya ingin menyokong kata - kata saranan YAB Pak Lah berhubung dengan "little Napolean". Saya bersyukur yang Pak Lah sedar ada banyak pegawai - pegawai kerajaan yang berkuasa berlagak seperti littele Napolean, angkuh dan  bongkak kerana kuasa ada pada tangan mereka. Contoh baru - baru ini CEO Guthrie Bhd Sebuah syarikat GLC telah berlagak Angkuh dan bongkak apabila memungkiri janji dengan sebuah syarikat Bumiputera yang setelah memenangi tawaran dengan Jabatan Immgresen sanggup memberi Data Card dari Negeri Cina sedangkan sebelum memasuki tawaran mengemukakan sample - sample dari sabuah syarikat Bumiputera Malaysia itu. Dimana letaknya semangat Malaysian sprit beliau? Rela menyalurkan wang keluar negara sedangkan banhan contoh yang di luluskan Jabatan Immigresen datang dari Malaysia. Little Napoleon seperti inilah yang menyebabkan peniaga peniaga bumiputera kita gulung tikar . Mereka inilah petualang kepada kenajuan kita orang  - orang Melayu. Saya harap satu tindakan sewajarnya harus diambil Terima Kasih



 

  • Perjuangan bangsa Ketuanan Cina 11
  • Maka yang tinggal hanya alasan
  • Ketuanan Cina
  • Cara berbeza ARAH sama
  • Bak kata Melayu
  • Cabaran Pak Lah
  • Definisi Pak Lah 1
  • Definisi Pak Lah 2
  • Definisi Pak Lah 3
  • Masa
  • Elitis Pemilik
  • Lupa
  • Cerita2
  • Kemakmuran

 

Klik Sini
Klik Sini
Klik Sini
Klik Sini
Klik Sini
Klik sini
Klik Sini
Klik Sini
Klik Sini
Klik Sini
Klik Sini
Klik Sini
Klik Sini
Klik Sini

  Blog Anuar Mohd Nor


  

 

 

 

 
 

SMS 0126544762 atau Borang maklum balas

  Blog Sang Kelembai - sila beri pendapat disana klik sini
Pautan Berita Malaysia  


Itu sebab setiap orang yang hendak menggelarkan dirinya ahli-ahli politik, mesti memahami sejarah sepenuhnya kalau tidak jangan pandai bercakap dan berkata, kelak nanti orang akan tahu, kita ini sebenarnya tidak membaca. Begitulah jika di ibaratkan perbuatan menyimpan fail-fail oleh pegawai kerajaan setiap keputusan kerajaan untuk dilaksanakan dikatakan sebagai tindakan  sebagai "Napoleon Kecik".

Ini adalah kerana semua orang tahu bahawa Napoleoan Bonaparte adalah seorang tentera yang terlatih menjadi pegawai tentera Perancis, dia bukan Lans Koperal atau Sarjan macam Hitler atau Idi Amin, dia Leftenant (Lieutenant) , dan dia berjaya hingga dapat menggelar diri dia sebagai "Maharaja" dalam kerjajaya sebagai Pegawai Tentera di Perancis.

Tidak pula tertulis bahawa Napoleon itu pernah berlagak macam pegawai kerajaan berkerja di bawah orang kemudiannya menyimpan ke semua arahan arahan perang. Sebaliknya Napoleon yang berkerja kuat dan genius dalan bidangnya.

Bila Napoleon dikatakan begitu, maka orang mula bertanya, apa yang disuruh kepada Napoleon oleh pegawai atasannya dalam zamannya sebagai pegawai tentera yang dia simpan sehingga kemudiannya Perancis menerima akibat buruk dan kalah dalam setiap peperangan.

Maka sebenarnya sikap menyimpan arahan atau bertindak bertentangan dengan kehendak pegawai diatas tidak boleh disamakan atau dirujuk dengan Napoleon Bonaparte. Sepatutnya semangat yang ada pada Nepoleon digalakan dan dijadikan contoh oleh pegawai kerajaan tetapi mestilah jangan sampai tak sedar diri dengan kuasa.

Ahli sejarah walau tidak bersetuju tetapi patut menerima hakikat bahawa kejatuhan Napoleon dalam zaman kemuncaknya boleh terbahagia kepada 2 sebab utama, sungguhpun banyak terdapat banyak sebab- sebab lain. Pertama kerana melantik kroninya iaitu adiknya sendiri sebagai Raja di Sepanyol dan kedua cita-cita atau perancangan membabi butanya untuk pergi menyerang Russia di musim sejuk.

Atas kedua sebab tersebut dan banyak lagi sebabnya lain, rakyat Perancis mula mengurangkan sokongan mereka kepada Napoleon sehingga British dapat mengusir beliau dan sehingga terdapat percubaan keduanya untuk berkuasa semula gagal dan menyebabkan dia buang ke Pulau St Halena. Itu adalah penjara British untuk pembesar-pembesar negara yang dia jajah dan di antaranya termasuk Sultan Abdullah dari Perak, turut juga dibuang disana.

Bagi pemimpin yang cuba menggunakan andaian Napoleon, cuba musahabah diri kerana sebenarnya kejatuhan Napoleon adalah disebabkan perangai membawa kroninya dalam beberapa perlantikan. Macam sekarang, pada mula dulu ada usaha anak menantu hendak diletakan menjadi CEO di Khazanah Holding, kemudian beralih meletakan pegawai-pegawai kerajaan yang juga kroni dan dengan anak menantu menamakan kroni untuk kesemua perlantikan CEO syarikat kerajaan berkepentingan. Ini juga termasuklah Menteri-Menteri yang pernah membakar jambatan dan anehnya ada Menteri berkerja secara berduet dengan isteri mentadbirkan Kementerian.

Soal berduet ini sudah dimulakan oleh Perdana Menteri semasa hayat isterinya hidup, tetapi sekarang dia berduet pula dengan anak gadisnya. Mata orang memandang dan otak mereka masih berfungsi.

Hari ini setelah hampir tiga tahun pentadbiran Era "Islam Ada Had Dan Ada Hari" belum nampak apa-apa dari perancangan fikiran Cemerlang, Gemilang Dan Terbilang. Sebaliknya terdapat pula perancangan macam Napoleon mengerahkan beribu askar Perancis menyerang Russia di musim sejuk. Di mana askar itu mati bukan kerana perang tapi kerana sejuk.

Begitulah jugalah sekarang ini, bila kerajaan hendak memajukan sektor pertanian dengan peruntukan wang berbillion dan cuba nak ikut cara negeri-negeri yang maju dalam sektor pertanian seperti Amerika, Jepun dan Thailand.

Disebabkan tanah di luar bandar masih lagi dikuasai oleh orang Melayu berbeza dengan tanah dibandar, di mananya asal tanah kerajaan tapi difaraidkan kepada orang bukan Melayu oleh pemimpin Melayu dan  kerajaan cuba untuk memenangi hati orang tua-tua di kampong dimana semua usaha itu tidak akan membawa mobiliti kepada mereka sebalik membazir dan gimmik sahaja.

Dikatakan membazir ialah semua negara yang maju dalam sektor pertanian telah dimulakan dengan memajukan sektor perindusterian dahulu. Dengan kemajuan perindusterian, keuntungan dari soktor itu dibawa memajukan pertanian. Masalahnya di Malaysia sekarang sektor Perindusterian seperti tidak diendahkan lagi sehingga Dasar Perindusterian Negara 1995-2005 sudah lama tamat masih belum dibaharukan.

Soalnya jika hendak dimajukan Pertanian hanya berdasarkan tanah sekangkang kera, apa hasil yang kerajaan dapat? Sepatutnya ahli fikir ekonomi di EPU sepatutnya sudah menyediakan plan pertanian dengan penyatuan tanah pertanian yang memakai konsep Felcra di luar bandar dan kemudian Kementerian Pertanian mestilah membuat R & D atau membeli benih dari negeri luar untuk dibahagian kepada petani-petani.

Soalnya kenapa Kementerian Pertanian tidak menyenaraikan import pertanian yang berjumlah RM 10 billion setahun itu. Jawapan mudah kerana jika ada AP yang dikeluarkan maka ada orang tengah dan orang tengah itu mesti ada pegawai kerajaan yang hubungan dengan orang tengah tersebut  dan lazimnya orang tengah ini serampang dua mata.. orang politik dia kenal, orang kerajaan pun dia kenal. Maka mudahlah AP itu dilluluskan macam AP kereta. Maka sampai kiamat pun dasar pertanian ini tidak akan tercapai selagi Kementerian Pertanian tidak memantau kemasukan hasil pertanian yang boleh ditanam di Malaysia.

Sang Kelembai: Agak-agaknya Tan Sri  Shamsuddin Osman sambung dua kali jadi KSN fasal dia "Awang Selampit" kerana yang kena berhenti wajib itu Napoleon. Antara Awang Selampit dan Napoleon, anda pilih siapa?


 

 
 
Sisipan Laman
 
 
 
Koleksi Arkib
 



 

 

 

Teruskan menghantar pendapat : Hantarkan pendapat ke  klik sini, email kami di editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762

 

 

 


 

 

 


Powered by TagBoard Message Board

Name

URL or Email

Messages(smilies)

Berdaftar dengan laman ini untuk memastikan ianya terus hidup untuk suara kecil rakyat Malaysia. TAIP UR NEWS REG hantarkan ke 36606

 

Search this site or the web powered:  FreeFind
  Site search Websearch | 


Email Login signup Password     

 Januari 2006 - one | two | three | four | Febuari 2006 - Feb1 | Feb2 | Feb 3 | Feb 4 March 2006 - Mac 1Mac06 two | March 3 | March 4| april 01| april 02 | april 03 | april 04

Penafian editor
Email yang di terima adalah pendapat pelayar dan bukan pendapat peribadi kami di www.umno-reform.com atau editor laman ini.

Kami tidak bertanggungjawab terhadap kiriman dan akan membuat pindaan terhadap artikel yang menggunakan bahasa yang melampau sungguhpun tidak akan mengubah isi atau intipati email tersebut.


www.umno-reform.com 
hubungi kami di 012-6544762 email editor1@umno-reform.com