editor1@umno-reform.com
Tel: 0126544762
untuk fax dokumen hubungi no diatas

 

 
 



 

Komen menarik mengenai artikel "Tanah Melayu Ketuanan Cina"
ulasan spontan editor1 umno-reform.com Anuar Mohd Nor

Membaca komen - komen mengenai artikel yang berjodol "Tanah Melayu Ketuanan Cina" telah memberi beberapa input yang agak penting untuk kita bahaskan. Penelitian mengenai komen - komen tersebut akan saya hujah dalam satu artikel lain yang mungkin berjodol Tanah Melayu Ketuanan Cina 11. Apa pun salah satu hujah yang dikemukakan menarik perhatian saya dan mungkin lain - lain pelayar yang melayari laman ini. Komen tersebut telah menyenaraikan hujah serta statistik yang menunjukkan betapa Melayu atau kerajaan yang ada sekarang ini melakukan diskriminasi terhadap bangsa lain. Apakah kita sebenarnya yang melakukan diskriminasi perkauman? Isu ini sebenarnya memungkinkan pelbagai definisi dan perdebatan tetapi satu persoalan asas wujud - kalau benar kita yang mendiskriminasi bangsa lain dan kita sebenarnya meragut harta kekayaan dan peluang di Tanah Melayu ini kenapa kita tersisih? Kenapa Melayu masih lagi di bawah carta - pegangan ekonomi negara ini? Siapa yang sebenarnya kaya?

Mungkinkan Melayu ada dua definisi bangsa - Melayu Elit dan Melayu rakyat biasa. Siapa Melayu elit dan apakah Melayu Rakyat ini yang menjadi mangsa. Apakah ini yang sedang disedarkan oleh komen yang saya pamerkan ini. Segelintir Melayu ada segalanya dan yang lain tiada. Segelintir Melayu yang menjadi kudis dalam masyarakat Melayu lain. Sementara kita terus membahaskan isu ini saya pamerkan artikel yang menyenarikan diskriminasi kaum yang  dilakukan terhadap kaum lain khususnya Cina.

 Apakah DAP bakal menggegarkan Negeri Sembilan ?

Apa yang perlu diberi tumpuan ialah daripada 11 kerusi yang dipertandingkan DAP di Negeri Sembilan ini, DAP menduduki 13 tempat teratas daripada peratusan jumlah undi yang diperolehi dari kalangan parti pembangkang di Negeri Sembilan ini, jauh meninggalkan PAS dan Parti Keadilan dibelakang. Malah calon India mereka di Bukit Kepayang memperolehi sebanyak 47.37% undi.

Maka tidak hairanlah DAP tidak begitu berminat untuk menyertai Barisan Alternatif memandangkan mereka boleh berdiri sendiri dengan kukuh di Negeri Sembilan.

Yang pasti sekiranya Barisan Nasional Negeri Sembilan silap percaturan mereka pada pilihanraya akan datang, silap menyusun strategi, lebih banyak lagi kerusi akan dirampas oleh DAP daripada Barisan Nasional dengan pengundi mereka yang sedia ada dan sedikit undi simpati daripada pengundi-pengundi PAS dan Parti Keadilan Rakyat.
klik sini

 

 

Senarai diskriminasi terhadap bangsa lain di Malaysia
 

List of racial discriminations in Malaysia, practiced by government as well as government agencies. This list is an open secret. Best verified by government itself because it got the statistics.

This list is not in the order of importance, that means the first one on the list is not the most important and the last one on the list does not mean least important. This list is a common knowledge to a lot of Malaysians, especially those non-malays (Chinese, Ibans, Kadazans, Orang Asli, Indians, etc) who were being racially discriminated. Figures in this list are estimates only and please take it as a guide only.

1) Out of all the 5 major banks, only one bank is multi-racial, the rest are controlled by Malays.

(2) 99% of Petronas directors are Malays.

(3) 3% of Petronas employees are Chinese.

(4) 99% of 2000 Petronas gasoline stations are owned by Malays.

(5) 100% all contractors working under Petronas projects must be bumis status.

(6) 0% of non-Malays staffs are legally required in Malay companies. But there must be 30% Malays staffs in Chinese companies. seterusnya
 

 

Komen mengenai artikel Orang Melayu yang bukan asli

 

Email diterima


Kita perlu kemukakan pandangan-pandangan serupa ini untuk mereform minda orang Melayu supaya tidak lupa akan asal usul mereka, disamping menyedarkan bahawa Melayu mempunyi ramai "musuh" di dalam dan di luar "selimut", khususnya Melayu sendiri sepertimana yang berlaku di zaman Melaku dulu. klik sini

 

 

"Tanah Melayu , Ketuanan Cina" semakin hangat diperbincangkan. klik sini

 

Email diterima

Salah satu komen dalam blog arah kita benar - benar memberi sedikit cabaran buat Melayu : Antara lain yang di sebut adalah, " if you think the Chinese has take away the rights of the Malays and the Chinese has invaded the land - it is the other way round" - "who are the ethnics that live in the land before it became Malaya", Be wise mate - you already deserved more than you should. Klik sini untuk membaca seterusnya - polimik dalam tajuk Tanah Melayu Ketuanan Cina klik sini

Bangkit sebelum parah - Mazlan Aliman

Dimanakah silapnya atas segala kemelut yang melanda masyarakat Melayu ketika ini ? Inilah persoalan sebenar yang perlu dilihat dan dikaji. Persoalan ini bukan sekadar perlu di fikirkan oleh kalangan mereka yang bergelar intelektual tetapi ianya perlu di fikirkan oleh semua masyarakat Melayu sebagai satu proses muhasabah diri bagi meluruskan kembali wawasannya. klik sini

  • MAHASISWA DAN KAKITANGAN MENENTANG PELANTIKAN RAZALI AGUS SEBAGAI NC UM

  • 30 DOKUMEN SALAH LAKU RAZALI AGUS

  • GERAKAN ANTI RAZALI AGUS?

  • RAZALI TERDESAK DAPATKAN SOKONGAN MENJADI NC UM

  • MAHASISWA MENENTANG PELANTIKAN RAZALI AGUS SEBAGAI NC UM

Semuanya di dedahkan dalam Berita Kampus klik sini
 

 

Sistem Subdisi Kesihatan Awam Tidak Akan Kekal - Dr Chua

SABAK BERNAM, 10 April (Bernama) -- Sistem subsidi untuk penjagaan kesihatan bagi rakyat Malaysia seperti yang  diamalkan sekarang tidak mungkin berkekalan untuk jangka panjang kerana kos bagi tujuan itu akan terus  meningkat.
 

SMS DITERIMA Kalau semua rakyat kena bayar , kerajaan yang kaya mahu buat apa ?

Minyak akan dihilangkan subsidi, tarif elektrik akan terus meningkat, air turut pun serupa. Kini - penswastaan ubat dan penghapusan subsidi perubatan. Semakin kritikal kewangan kerajaan negara ini.  Rakyat bukan sahaja dikerah membayar apa sahaja kemudahan yang disediakan malah terus di peras dengan peningkatan kos. Apakah erti kemajuan yang ada ini? Apakah kita sekarang berdepan dengan kemajuan atau berganjak ke belakang, menjadi miskin dalam erti kata sebenar sungguh pun kononnya kita semakin maju. Apa semua ini, inikah dia pembangunan , inikah dia kemajuan? Dapatkah Melayu bertahan ! Bangkit , kita bangkit menentukan nasib kita. Kita bangkit menetunkan negara ini, jangan ianya di pegang oleh segelintir yang tahu berbelanja wang rakyat.

 

 

Email diterima

Pak Lah tersalah pilih Mak Andam


“Tidak adil memberikan peluang kepada mereka yang tidak berkelayakan bukan mereka yang ada ‘merit’, macam mana Melayu hendak maju?” Sikapnya yang berterus terang mengenai “UMNO, PAS susah nak perjuangkan ‘agenda Melayu’ selagi mereka ada ‘agenda kepartian’ yang tersendiri.” 

Satu kritikan yang telus terhadap UMNO yang menjadi tulang belakang BN parti yang memerintah  negara, namun  dia begitu lantang, boleh membahayakan kedudukannya. Berani anak muda ini.  Hendak jadi Hang Nadim ke? klik sini

 

 

Mengenai Nabi Muhammad SAW - fikirkan

   RMK9 - rakyat tidak boleh kritik


SETIAP datang bulan Rabiul Awal dalam kalender Islam, umat Islam menanda bulan ini dengan bulan kelahiran Nabi agung akhir zaman, Muhammad bin Abdullah Rasulullah s.a.w. Kadang-kadang karena saban tahun majlis memperingati kelahiran manusia agung ini, seolah-olah 12 Rabiul Awal itu hanya satu hari sedikt istimewa sahaja.

Sekalipun disebut Muhammad Rasulullah s.a.w. sebagai manusia agung akhir zaman, bukanlah peribadinya melalui sejarah amat luar biasa pula. Malah sejarah kehidupannya pada waktu kecil melayakkan baginda disertakan dalam rancangan ‘Bersamamu TV3’. Tetapi Bersamamu TV3 lahir setelah kewafatan rasul itu hampir 1,500 tahun yang lepas. klik sini

 

 

Sekian banyak 'kritik' tentang RMK-9 itu. Kritik itu adalah untuk menyedarkan (sesuatu yang mungkin tidak sedar), menegurkan (sesuatu yang mungkin telah menyeleweng agar RMK-9, peruntukan daripada hasil negara sebanyak RM683,137,000 terpaksa berhutang sebanyak RM351.318.000 itu yang terpaksa ditanggung oleh rakyat), menyarankan (bagaimana untuk membetulkan sesuatu yang salah, jika sekian banyak kroni pemimpin yang banyak mengaut kemewahan).. klik sini

 

Orang Melayu yang bukan asli

 

Email diterima


Kita sedar bahawa bangsa Melayu sudah hancur dan kini kita keliru akibat ada orang yang mengaku berjuang untuk bangsa Melayu. Kita sebenarnya sudah sekian lama berharap pada yang tidak boleh diharap. Berharap agar ketua pemimpin Melayu berjuang untuk keluarga dan jenerasi Melayu, tetapi di dalam masa yang sama kita masih dengan kenangan dan pengalaman bahawa bangsa melayu adalah bangsa yang merosakkan bangsa. Perjuangan Melayu adalah perjuangan mencari makan dan perjuangan diri sendiri.klik sini

 

 
  • Sekadar bertanya - Najib lulusan Universiti mana? klik sini
     
  • Parlimen bubar PAS bersedia? Umno ? klik sini
     
  • Menjawab email dahulu Naluri seorang Melayu klik sini baca email Melayu Tertindas klik sini
     
  • Kit Siang lebih mementingkan perjuangan bangsa klik sini
     
  • Cina BN untuk yang rugi Melayu klik sini
     

 

 

Jeremy Clarkson memusnahkan Kelisa, sila rujuk video
berikut: -
http://youtube.com/watch?v=Tf3Rw8VW3aE

 


Memecahkan dengan tukul dan membetulkan dengan tangan

Menggunakan pemberat 1 ton

saksikan video - terima kasih RJ Jawo

 

 

Sekiranya anda berminat menyumbang kami sedia mempamerkan sajak - sajak kiriman anda khususnya mengenai Melayu dan kisah kehidupan bangsa kita. Sila hantarkan karya anda kepada anuarmohdnor@yahoo.com

 

Melayu Asli
kiriman Raden Jawo

Tiada guna mengaku Melayu
Jika jenuh merayu masih tidak dibantu
Tiada Guna Mengaku Melayu
Jika pemimpinnya terus sahaja menipu

Pulih ekonomi, agenda kerajaan
Agenda yang tidak penting untuk dilaksanakan
Akhirnya bangsa melayu ketinggalan
Sudah lah ketinggalan, keistimewaan cuma angan-angan

Pemimpin Melayu banyak berasuah
Tidak sedari, semakin hilangnya maruah
Jika dituduh, menterinya marah- marah
Marah kerana menteri tidak pernah mengaku salah
Bukti yang cukup masih dianggap fitnah

Anak kecil main api
Nyanyilah beribu-ribu kali
Lagu hanya untuk simiskin
bukan lagu untuk pemimpin

Orang Asli hidupnya tenang
Tidak maju tetapi mengembirakan
Tiada politik, tiada perbalahan
Kepada kaum, mereka perjuangkan
Berlainan dengan kebudayaan kerajaan
Buang anak buang saudara,
kerana kuasa dan harta, ku turuti jua.

Maju lah Melayu, maju yang berundur.
Perjuangan Melayu, Perjuangan yang terlalu kendur
Kendur pada semangat dan kendur pada perjuangan
Kendur kerana habuan ditengah jalan
AKhirnya Melayu tertunggu-tunggu
Pak Lah dan Najib sudah menjadi Samy Vellu

Melayu tidak buat kerja bodoh kecuali ada agenda
Melayu tidak jadi pemimpin jika tiada upah
Melayu tidak mahu berjuang jika tiada habuan
 

SALAHKAN RAKYAT ADALAH TABIAT KERAJAAN

 

Mungkin juga dengan menontonnya, jika boleh tersedar bahawa, selama ini kita tidak pernah mempersoalkan tentang kualiti kenderaan yang kita gunakan. Sejak Proton dan Perodua dihasilkan, kemalangan yang meragut nyawa semakin meningkat. Kita setuju bahawa kita tidak pernah mengambil berat dan mengikuti statistik kematian sebelum dan selepas kereta tempatan dihasilkan. Ramai keluarga yang kehilangan ahli mereka akibat memandu kenderaan kebanggaan Malaysia. Suasa riang hari raya yang patut kita rasakan segera bertukar sedih dan berkumpul dihospital dan rumah mayat adalah pengalaman yang cukup tidak enak ketika musim perayaan.klik sini

 

ISU TUNTUTAN TAMBAHAN SINGAPURA ; PENDIRIAN KERAJAAN MALAYSIA MASIH KABUR

 

Perjuangan Bangsa Cina - sebok menolak kononnya politikal perkauman


Rakyat hari ini tertunggu-tunggu apakah sikap kerajaan ketika ini. Bayangkan, pembinaan akan diteruskan tetapi isu tuntutan tambahan masih belum terjawab. Apakah setelah siap jambatan tersebut barulah kerajaan akan mengumumkan apakah keputusan kerajaan ini.  klik sini

 
 Email diterima

Komen mengenai RMK 9

Pesanan: Masalah RM9 adalah pelaksanaannya. Apa kah  kucing  dipertanggungjawabkan untuk menjaga ikan atau pun monyet disuruh menjaga pisang. Pernyataan tersebut dibuat berdasarkan  rekod  menteri ,exco dll. yang telah pun terbukti kesahihan dan kegilaannya.meccacatblack

 

 
DAP mempersoalkan kontrak sosial, membicarakan betapa dayus kononnya kepimpinan komponen Barisan Nasional kerana tidak menolak unsur - unsur Islam dalam Rancangan Malaysia ke 9.

DAP kononnya mahukan "Malaysian Malaysia" tetapi hakikatnya beliau hanya sebok  memperjuangkan Bangsa Cina. Apakah semua ini tidak dilihat oleh bangsa kita. Apakah perbezaan ekonomi antara bangsa kita dengan lain  - lain bangsa tidak boleh kita perjuangkan.

DAP kita sering membicarakan kononnya bangsa Cina tertindas, tidak ada keadilan dan kononnya diskriminasi ini semakin membengkak. Siapa sebenarnya bermain api? klik sini

Siapa yang sebenarnya tertindas - Melayu atau Cina beri pendapat maklum balas1 

 

maklum balas1 
 

   

MENGAPA ISLAM MENGGALAK KESATUAN SEKERJA


Sekarang mari kita perjelaskan satu suku kata yang dibenci dan ditakuti iaitu mogok. Tindakan mogok dilakukan oleh pekerja-pekerja apabila semua saluran untuk perbincangan sudah buntu. Jika Islam memberi muslimin hak untuk mempertahankan tuntutan mereka, maka Islam tidak menghalang tindakan pasif seperti mogok.Tiada siapa yang boleh menyatakan dasar Islam tidak mengiktiraf mogok di dalam konteks masyarakat kapitalis ini. Yang penting bukan tekniknya akan tetapi niat dan tujuannya untuk menuntut keadilan. Jika ianya menepati dengan keadilan, Islam bukan hanya membenarkan malah menggalak tindakan tersebut.

Mogok adalah pertikaian perusahaan yang boleh mengakibatkan kekacauan, kemusnahan dan kehilangan harta benda. Ianya satu hukuman terhadap golongan kapitalis. Dalam ketiadaan keadilan Islam, mereka tiada pilihan. Jika keadilan Islam diaplikasikan di dalam imdang-undang, mogok tidak perlu diadakan kerana keadilan Islam menjamin hak-hak para pekerja dilindungi. Jika ada percanggahan, mahkamah boleh memperbetulkannya. klik sini
 

   

Email diterima

  • Rupanya Melayu tidak pernah belajar dari kesilapan klik sini
  • Keadilan 7 tahun - suara rakyat semakin lantang klik sini
  • Setuju Ibrahim Ali cari ruang klik sini


 

 

 

SMS diterima


Apa yang dikatakan oleh Ibrahim Abd Rahman dalam sajak ringkasnya adalah satu cabaran kepada Melayu juga. Sampai bila kita harus bertelagah. Kita semakin ketinggalan bila mana Cina rakusmengambil alih bumi Tanah Melayu ini.

 

SMS diterima

Pak Lah telah melakukan perubahan besar dalam RMK 9. Beliau akan beri tumpuan kepada  perlaksanaan tanpa ketirisan. Saya percaya Pak Lah juga cintakan Melayu dan akan menjaga hak  Melayu. Kenapa kita perlu presimis. Kita sama - sama berusaha.

 



 

  • Maka yang tinggal hanya alasan
  • Ketuanan Cina
  • Cara berbeza ARAH sama
  • Bak kata Melayu
  • Cabaran Pak Lah
  • Definisi Pak Lah 1
  • Definisi Pak Lah 2
  • Definisi Pak Lah 3
  • Masa
  • Elitis Pemilik
  • Lupa
  • Cerita2
  • Kemakmuran

 

Klik Sini
Klik Sini
Klik Sini
Klik Sini
Klik sini
Klik Sini
Klik Sini
Klik Sini
Klik Sini
Klik Sini
Klik Sini
Klik Sini
Klik Sini

  Blog Anuar Mohd Nor


  

 

 

 

 
 

SMS 0126544762 atau Borang maklum balas

  Blog Sang Kelembai - sila beri pendapat disana klik sini
Pautan Berita Malaysia  


Jika berdasarkan kenyataan-kenyataan sebelum ini, orang yang berminat dengan "bahasa badan" sudah boleh meramalkan bahawa Perdana Menteri Malaysia seorang yang tidak konsisten dalam apa sahaja keputusan yang dibuatnya. Dalam usaha hendak menutup "jatuh kemaluannya" dalam bulan "april fool' ini maka mengambil keputusan untuk membatalkan projek yang di war-warkan akan diteruskan biarpun ditentang hebat oleh Singapura.


Jika Malaysia mempunyai seorang Perdana Menteri yang pada asalnya mengambil jurusan Ekonomi tetapi beralih kepada Pengajian Islam untuk membolehkan dirinya bergelar sarjana, kemudiannya membuat keputusan bodoh kerana mendengar nasihat mereka yang kononnya cerdik pandai di Pejabat Perdana Menteri maka biarlah kebodohan itu hinggap setakat pada diri Perdana Menteri tersebut dan jangan pula kebodohan itu terkena dan tersiram kepada rakyat Malaysia yang rata - rata cerdik.


Itu sebab bila ahli Parlimen mengatakan kenapa perlu dicemburui Hang Nadim, ini hanya membuktikan di dalam zaman Hang Nadim dari Sultan, Pembesar dan Penasihat Raja semuanya bodoh bodoh belaka. Dengan begitu hebatnya sokongan ahli Parlimen mempertahankan Hang Nadimnya yang juga menantu kepada Perdana Menteri ini, dengan sendirinya mengesahkan semua yang ada sekarang termasuk Perdana Menteri, para Menteri, ahli-ahli Parlimen sudah boleh dikira sebagai "Bodoh". Justeru itu  maka Hang Nadim pun bertindaklah seperti mana pernah dikatakan orang "dalam semua orang buta, dia yang mempunyai satu mata yang boleh memandang, maka dialah dianggap Raja".

Tetapi dia terlupa yang buta-buta itu hanya terdapat di Bangunan Perdana Putra, di dalam Majlis Tertinggi UMNO dan mungkin dalam Parlimen tetapi diluar, bukan mereka sekadar ada satu mata sama dengan Hang Nadim tapi mereka ada dua mata yang lengkap. Mereka memandang dan mengerti apa yang berlaku sekarang, hanya mereka sekadar menyanyikan lagu Si luncai Dengan Labunya.."Biarkan.. biarkan... biarkan... siluncai dengan labunya.

Sebenarnya sekarang cara kerajaan ditadbirkan sudah menjadi macam kata pepatah "yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran." Dalam seminggu dua ini seperti kata peribahasa modern "dipedulikan mati emak, tak dipedulikan mati bapak" berlaku dalam kerajaan Islam Had dan Ada Hari lakukan.

Bila BBC (Kelab Penyokong Kerajaan) di Parlimen sudah tidak menyokong pakaian yang dicadangkan oleh Menterinya), bila kenyataan seorang Menteri yang baru kehilangan suku juta menyatakan kerajaan akan tubuhkan Ombudman melibatkan Menteri-Menteri kecuali Perdana Menteri kerana dia ketua dan pemimpin, disanggah balik oleh Timbalan Perdana Menteri yang menyatakan belum lagi ada keputusan maka kerajaan pimpinan berslogan Cemerlang, Gemilang dan Terbilang sudah jkini menjadi seakan iklan dalam TV "macam-macam ada".

Berbalik kepada Isu "Jambatan Indah" yang dibatalkan itu, sebenarnya kalau kita lihat kenyataan-kenyataan Singapura jelas undang-undang bukan perkara penting. Jadi tak timbul impilikasi undang-undang seperti mana alasan Malaysia untuk membatalkan projek tersebut. Maknanya jika Singapura berjaya mendesak Malaysia memenuhi permintaan dia.. seperti memberikan ruang udara dan pasir, adakah Singapura dan Malaysia akan meminda perjanjian yang menjadikan sekatan perlaksana projek itu?

Soalnya kenapa Malaysia tidak memberi cadangan balas kepada Singapura untuk bersama mengkaji undang-undang tersebut kerana selama ini Malaysia tidak pernah membangkitkan isu undang-undang sebagai penghalang kecuali Singapura yang telah mendedahkan lebih awal dengan memberi amaran akan ada kesan undang-undang jika projek diteruskan. Oleh itu Malaysia kena bertanya pada diri sendiri, Kenapa sebelum projek itu hendak dimulakan tidak diteliti dalam segala aspek termasuk undang-undang.

Kesimpulan dari apa yang berlaku sekarang jelas menunjukan bahawa Kerajaan hari ini menyambung tempoh kerajaan macam orang sakit pergi hospital pakai sokongan hayat.. Dengan sokongan hayat dari isu ke isu yang dibuat sendiri oleh kepemimpinan kerajaan, maka jika berlaku sesuatu projek tak jalan atau tak terlaksana, kelak kesalahan akan dibalikkan kepada rakyat. Kerana rakyat terlalu banyak berpolitik.

Bukankah mudah dan tidak menjadi kontroversi dan seterusnya maruah negara terjaga dengan baiknya jika Perdana Menteri hanya sekadar memaklumkan bahawa "Perundingan dengan Singapura dalam isu pembinaan semula tambak Johor gagal dan menemui jalan buntu. Bersesuaian dengan itu maka Kerajaaan Malaysia membuat keputusan untuk membatalkan projek tersebut daripada cuba menunjukkan kelemahan sebagai Ketua Kerajaaan dengan menggunakan sentimen rakyat yang menentang pemberian ruang udara dan pasir ke Singapura sebagai alasan.

Sebenarnya rakyat Malaysia tidak pernah menentang Projek itu sebaliknya memberikan sokongan supaya diteruskan. Yang di tentang ialah syarat Singapura itu. Ini dua perkara yang berbeza. Maka kembalilah kita ke zaman Singapura Di Langgar Todak, kalau dahulu kita julang Hang Nadim kerana bijak memberi cadangan dari berkubu manusia lebih baik berkubu batang pisang, tapi zaman abad 21 ini, Singapura tidak lagi dilanggar todak tapi 'Todak-todak Singapura telah melanggar Malaysia.

Malangnya Hang Nadim tak beri apa-apa panduan bila sentimen rakyat digunakan untuk menghalang todak-todak melanggar Malaysia dengan cara lain sebaliknya agar semua orang tahu bahawa Hang Nadim modern ini sebenarnya berkerja sama dengan Singapura bagi menunjukan kepada Singapura ke mana todak-todak hendak di hala sasarannya..

Sang Kelembai: Ada orang tanya. Kalau Pak Lah macam pakai telefon prepaid, jika airtime dia ada RM50, agak-agak berapa baki airtime dia tinggal?


 

 
 
Sisipan Laman
 
 
 
Koleksi Arkib
 



 

 

 

Teruskan menghantar pendapat : Hantarkan pendapat ke  klik sini, email kami di editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762

 

 

 


 

 

 


Powered by TagBoard Message Board

Name

URL or Email

Messages(smilies)

Berdaftar dengan laman ini untuk memastikan ianya terus hidup untuk suara kecil rakyat Malaysia. TAIP UR NEWS REG hantarkan ke 36606

 

Search this site or the web powered:  FreeFind
  Site search Websearch | 


Email Login signup Password     

  Januari 2006 - one | two | three | four | Febuari 2006 - Feb1 | Feb2 | Feb 3 | Feb 4 March 2006 - Mac 1Mac06 two | March 3 | March 4| april 01| april 02

Penafian editor
Email yang di terima adalah pendapat pelayar dan bukan pendapat peribadi kami di www.umno-reform.com atau editor laman ini.

Kami tidak bertanggungjawab terhadap kiriman dan akan membuat pindaan terhadap artikel yang menggunakan bahasa yang melampau sungguhpun tidak akan mengubah isi atau intipati email tersebut.


www.umno-reform.com 
hubungi kami di 012-6544762 email editor1@umno-reform.com