
Rancangan Lima Tahun Malaysia yang dikenali dengan penjanamaan baru RMK9
telah dibentangkan sehari sebelum 1hb April 2006 yang sudah semua orang
tahu sebagai hari "April fool". Maka akan tercatat dalam sejarah bahawa
RMK9 ini adalah satu-satu Rancangan Lima Tahun yang telah dilancarkan
dengan kelewatan tiga bulan. Tidak seperti Rancangan Lima Tahun sebelum
dibentangkan sebelum tahun dilaksanakan.Sesuatu yang menarik ialah
rancangan itu dipanggil "Misi Nasional" seseolah RMK terdahulu tidak
mempunyai misi nasional. Sebenarnya sebutan yang lebih kemas bagi RMK9
bukan Misi Nasional tetapi adalah Misi Rakyat.
Semasa RMK yang pertama diperbuat oleh perancang-perancang ekonomi masa
itu, bukan sahaja dasar2 baru diperbuat tetapi juga pembentukan entiti
perbadanan dilahirkan. Jauh beza dengan RMK9 yang mana kedua-dua tidak
ada melainkan penubuhan universiti, dan antara yang dititik beratkan
ialah bagaimana dilaksanakan oleh jentera kerajaan. Maka dikeluarkan
buku merah dan fungsi pejabat daerah dikemaskan. Hasil dari penelitian
itu, maka dimaklumkan kepada pegawai kerajaan bahawa dalam setahun ada
365 hari dikali dengan lima tahun berjumlah 1825 hari tetapi waktu
berkerja setiap pegawai kerajaan dalam semua ketegori termasuk buruh
kasar hanya 1000 hari, selainnya dihabiskan kerana cuti am, sakit, dan
macam -macam lagi.
Maka RMK9 yang terlewat tiga bulan ini akan mengejar masa hanya 1000
hari untuk dilaksanakan dimana, lebih kurang 200 hari setahun, Itu belum
lagi dikira jumlah jam yang akan digunakan dalam seribu hari itu, kalau
semua berkerja 8 jam sehari maka bererti kerajaan ada masa 8 ribu Jam
dan jika dibagi kepada 24jam sehari maka bererti kerajaan ada hanya
333.3 hari sahaja.
Maka cabaran yang terbesar kepada Kerajaan, bolehkah kerajaaan menggesa
semua pegawai kerajaan termasuk Menteri2 dan Menteri Besar yang pasti
akan berkerja dalam setahun 66 hari sahaja setahun dimana lebih kurang
300 hari akan dihabiskan perkara-perkara yang lain.
Perlaksanaan RMK9 bergantung kepada Menteri-Menteri dan Menteri Besar
dengan sokongan implementasi oleh Pegawai Kerajaan. Jika berdasarkan
prestasi Menteri-Menteri sudah pasti jawapan sudah ada dihadapan mata,
bahawa RMK9 akan gagal, kegagalan ini bukan kerana rancangan tidak baik
tetapi kerana kerajaan punya Menteri yang tidak baik. Sebilangan besar
sudah tua, tidak punya innovasi dan yang terpenting kepada
Menteri-Menteri ini seperti Nazri Aziz ialah kekayaan. Dalam kes Nazri
ini wang RM350 ribu hilang macam hilang RM 3 sahaja. Menteri macam Azmi
Khalid sudah pasti sibok melayan isterinya janda yang glamor itu, Shafie
Afdal yang gagal itu tidak punya idea apa2 kerana percaya kalau Pak Lah
berhenti jadi PM, Datuk Najib akan kekalkan dia dan silap2 jadi Ketua
Menteri Sabah kerana dia mengaku dia "budak" Datuk Najib.
Belum hari isnin lagi, Menteri sama Menteri sudah berlaga, Menteri
Perlancongan kata caj kemasukan akan dikenakan RM20 tapi Kata Shafie
Afdal kata ini belum muktamat dan sepatunya diumumkan oleh TPM.
Bayangkanlah gila tak gila kabinet Islam Hadhari... dia sama-sama
Menteri pun tak seragam sebab macam pernah dikatakan bahawa masalah
Menteri-Menteri Islam ialah ada had dan ada hari, suka sangat ambik
kerja orang, kerja dia tak buat macam Shafie Afadal ini.. apa dia buat
di Kementerian dia dalam krisis yang melanda Kerajaan dan Parti UMNO ini,
dia tak kisah soal kedua-dua ini kerana dia seorang yang sudah kaya,
hilang jawatan atau parti kalah dalam pilihanraya umum akan datang,
peduli apa dengan UMNO, mereka boleh bersenang lenang dengan hasil
rasuah dan membuat kekayaan semasa menjadi Menteri. Itu sebab Shafie
Afdal layak hanya jaga perahu penambang kat Sempurna itu. Malang Pak Lah
dan D Najib Razak hendak orang macam ini, apa rakyat boleh buat.
Kesimpulan RMK9 satu cabaran yang besar oleh Perdana Menteri, dan
menjadikan rancangan ini bukan lagi "trial and error" sebaliknya harus
dipastikan berjaya. Zaman bersedih sudah tamat, begitu juga zaman nak
menangis, Rakyat bukan nak tengok pemnimpin yang menangis atau sebak
menyampaikan ucapan. Soekarno sebagai contoh yang baik, kelukakan dan
kesedihan dalam perjuangan untuk rakyatnya tidak pernah tunjukan dengan
menangis sebaliknya dengan perangsang dan keceriaan seperti tidak ada
apa-apa yang berlaku.
Oleh itu menggunakan air mata untuk menunjukan kesedihan atau apa juga
adalah minda budak-budak, jadi jika kita mahu rakyat memperkasakan minda
dan fikiran "world class" pemimpin mesti menunjukan contoh yang baik,
keberanian adalah penting. Tetapi yang dibenarkan didalam Islam ialah
menangis kerana kekesalan kerana melakukan dosa. Mungkin Perdana Menteri
sudah menyesali sikapnya yang tidak mahu mendengar nasihat kawan-kawan
yang dikatakan "tidak mencari kawan-kawan untuk berfoya-foya" tetapi
kawan-kawan rakan seperjuangnya akan perihal tingkah laku anak
menantu-menantu yang begitu berkuasa sehingga seorang Pegawai diDBKL
menjadi serba salah bagi membuat keputusan pemberian tender pembersihan
sungai di DBKL kerana surat yang disokong oleh anak menantunya itu
seperti memaksa untuk diberi kepada syarikat yang dia sokong, tak diberi
kena tukar, nak diberi syarikat itu tidak layak.. kata pegawai itu.
Sang Kelembai: Di Malaysia banyak contoh pemimpin-pemimpin
menangis dengan niat yang tidak diketahui, dengan berkesudahan meletakan
jawatan atau ditolak oleh rakyat.