
Didalam sejarah politik Malaysia orang yang menggunakan perkataan
biarlah saya tidak popular asal saya tidak berdosa adalah Datuk Hussein
Onn (kemudian Tun). Ayat ini digunakan khusus dalam isu-isu politik
semasa beliau menjadi Perdana Menteri antaranya ialah dalam isu
penangkap Datuk Harun Idris dalam kes rasuah dan Isu Mageran di Kelantan
selepas Pas dikeluarkan dari Barisan Nasional. Kedua-kedua isu tersebut
benar-benar tidak mempopularkan beliau dan beliau mengambil keputusan
tidak bertanding jawatan Presiden UMNO bagi membolehkan beliau
bersaradari politik dengan secara automatik terhenti sebagai Perdana
Menteri dalam tahun 1981.
Sekarang perkataaan itu " biar saya tidak popular" , walau diklasifikasi
sebagai peribahasa atau kata - kata bermadah, masih digunakan lagi oleh
pemimpin UMNO. Jika bahasa itu hendak digunakan oleh sesiapa pun biarlah
orang mesti macam Hussein Onn, sanggup tanggung risiko dan hilang
jawatan kerana memegang prinsip.
Apa pun tidak mahu meneruskan projek mega bukan bererti tindakan itu
mencari populariti atau tidak. Sepanjang ingatan pada zaman Tun Dr
Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri, beliau banyak membuat dan
mencadangkan projek Mega....kesemua projek Mega menjadikan beliau tidak
popular dikalangan rakyat dan menjadi asas penentangan.
Semasa beliau mencadangkan supaya di buat Jambatan Pulau Pinang dengan
kos hampir RM 1 Billion bukan sikit orang yang menentangnya. Sekarang
apa dah jadi projek yang menyebabkan beliau tidak jadi popular itu kini
menjadi keperluan untuk cadangan pembinaan jambatan kedua pula.
Bila beliau mencadangkan membuat kereta nasional, Tun Mahathir juga
menghadapi reaksi yang sama tapi sekarang Malaysia dah ada tiga syarikat
kereta nasional. Begitu juga beliau mencadangkan diadakan Lebuh Raya Tol
dari Johor Bharu ke Kayu Hitam, itu belum termasuk pembinaan KLCC dan
Komplek Sukan Bukit Jalil. Maknanya projek-projek Mega ini kesemuanya
telah menyebabkan Dr Mahathir Mohamad tidak popular tetapi bila semua
projek mega itu siap, fikiran bertukar daripada tidak popular Dr
Mahathir Mohamad kepada beliau disanjung dan dikatakan berfikiran
wawasan. Dan kesemua projek Mega itu menjadi warisan pembangunan negara
dan memacu kearah kemajuan untuk dinikmati rakyat.
Maka menjadi topik perbincangan dikalangan orang yang berminat dalam isu
ini, ialah satu persoalan, adakah dengan tidak berbuat apa-apa sesorang
itu memberi erti bahawa dia tidak mahu popular atau dia sengaja tak
berbuat apa-apa kerana dia tiada idea atau perancangan strategi ekonomi
negara macam Dr Mahathir Mohamad?
Jawapan yang mungkin semua orang bersetuju ialah Malaysia sudah tidak
ada keperluan lagi untuk membuat projek-projek mega kecuali projek yang
terlepas pandang yang belum dibuat dahulu.. Tetapi ada projek
pembangunan yang terpaksa diteruskan dan semasa mula-mula menjadi Ketua
Kerajaan..... sudah membuat keputusan tidak akan memberi projek secara
runding terus (nego). Namun kini projek runding terus tetap dilaksanakan
juga seperti contoh, projek Pasar Borong FAMA di Ipoh, dberikan secara
runding terus dan juga pojek MRSM Baling diberi kepada orang mendapat
sokongan surat Perdana Menteri.
Jadi kerajaan juga didapati banyak makan duit haram dengan mengeluarkan
tender yang akan dibeli oleh Kontraktor tetapi projek itu sudah
dipastikan siapa yang akan dapat.Bukankah ini satu pembohongan.
Bila Dr Mahathir Mohamad melaksanakan projek-projek mega beliau, projek
- projek tersebut akan menjurus kepada pembabitan beberapa sektor baik
dari akitek, perunding pembinaan, kejuteraaan dan lain - lain. Jelas
yang terpenting dalam peringkat pembinaan ini ialah, ia akan membantu
kontraktor-kontraktor dan dianggarkan tidak kurang 160 bahan binaan akan
terlibat dan akhirnya beribu-ribu orang akan mendapat nikmat dengan
wujudnya projek-projek mega ini.
Mereka yang menerima nikmat ini akan berbelanja maka nikmat ini sudah
pasti menyusup dan tumpah kepada rakyat lain termasuk yang berniaga di
pasar malam.
Sekarang, projek mega sudah tidak ada, projek ciput pun tak ada, jadi
bagaimana wang hendak berlegar. Bandar-bandar di Lembah Klang bolehlah
bertahan kerana sebilangan besar penduduknya bergaji bulan dengan
kerajaaan,agensi atau syarikat swasta yang kuat kewanganya. Maka pasar
raya dan kedai mamak bolehlah dimeriahkan oleh mereka ini, tetapi bila
kerajaan mencadangkan supaya rakyat berjimat kerana kenaikan harga
minyak, bayangkanlah apa akan terjadi kepada industri makanan, dan
kedai2 yang dibayar tunai ini.
Orang yang tak faham ekonomi pun mengerti, jika tak berbelanja mana
datangnya keuntungan, yang berniaga perlu belanja dulu untuk beli barang
seperti bahan mentah untuk perniagaan, supaya mendapat modal untuk
meneruskan perniagaan dan keuntungan.
Jadi jika kerajaan macam orang berniaga, tak beli bahan mentah, macam
mana dia nak buat barang jualan, yang boleh dijual supaya dia untung.
Jika kerajaan tidak berbelanja, syarikat-syarikat tutup, orang
diberhentikan kerja, macam mana kerajaan nak dapat macam-macam cukai.
Jadi kita tak faham cara apa ekonomi tidak popular diuruskan oleh orang
yang tidak mahu popular ini.
Sang Kelembai: Memang tidak mahu popular kerana tak mahu jadi
macam nasib gerabak (wagon) keretapi barang, barang dibawa nilai
berjuta-juta tapi setahun sekali gerabak tak pernah di cat semenjak beli
sampai jadi besi berkarat tetap jadi hamba kepala keretapi.