editor1@umno-reform.com
Tel: 0126544762
untuk fax dokumen hubungi no diatas

 

 
 


 

Itu dia Prowaris dan ini dia www.umno-reform.com

oleh Anuar Mohd Nor
editor1@umno-reform.com
012-6544672

Mungkin ada yang tidak bersetuju, tetapi dalam senario politik hari ini yang memang  semakin mencabar - baik bagi pembangkang mahupun UMNO dan rakan Barisan Nasional  namun  ukuran yang sepatutnya dibuat ialah dengan mengadili kami baik www.umno-reform.com , Prowaris mahupun mana - mana organisasi lain dengan apa yang dilakukan bukan mengadili kami dengan anggapan. Setidak - tidaknya sekiranya ada kontribusi kami walaupun sekecil kuman ianya adalah untuk merancakkan apa yang kami harap - memperkasakan Melayu sebagai salah satu agenda. klik sini

 

 
 

Segmen mempunyai 27 file yang mengandungi perkara - perkara asas kekurangan dan apa yang perlu diperjuangkan. Kami telah mengambil initiatif untuk mempamerkannya buat tatapan SEMUA MELAYU

Di petik dari Kongres Kepentingan Bangsa

KLIK SINI

 

Email yang diterima

  • Pemuda UMNO NS gagal bagi penjelasan isu Minyak klik sini
  • Memohon maaf kepada Prowaris klik sini
  • Keluar dari sekadar bercinta dengan bangsa dan bahasa klik sini
  • Apa lagi Cina Lim Kit Siang mahu klik sini

Kongres Kepentingan Melayu

Melayu perlu tahu bahawa mereka ketinggalan. Melayu perlu tahu kenapa mereka tertinggal. Kita harus bangkit membuang hipokrasi dalam perjuangan bagi orang - orang Melayu. klik sini

Mengenai ProWaris

Malah mungkin ProWaris tidak segan silu mengatakan bahawa platform perjuangannya untuk kembali kepada asal-usul perjuangan bangsa Melayu kini telah dan sedang mendapat sokongan hangat setiap lapisan masyarakat di seluruh Malaysia dan luar negara, yang ingin melihat kedaulatan dan agenda Melayu dimertabat dan ditempatkan di persada perjuangan yang telah dipelopori oleh datuk nenek dan moyang mereka. klik sini

 

 
Demonstrasi dan nilai   Mengkritik bukan hak pembangkang sahaja


Semua kena jujur melihat demontrasi sebagai aktiviti sejagat dalam menyatakan  rasa terkejut oleh masyarakat yang tidak mampu berbicara secara formal dengan  pihak penguasa. Jika Datuk Johan mengatakan demontrasi bukan nilai Asia, hari ini  di kota Bangkok dan Manila menyaksikan ribuan rakyat di sana berdemo sebagai  respon tidak puas hati. Jika mengatakan Melayu marah dengan diam atau geram saja,  maka padamkan saja catatan sejarah yang orang-orang Melayu berdemontrasi  menentang gagasan Malayan Union.
klik sini


Prowaris lahir kerana kesedaran yang terlalu ramai org melayu seperti  penulis email ini, pandai mengkritik dan menghentam, mencari yg tersirat  dari yg tersurat dan akhir nya pun tiada satu pun dapat di selesaikan.

Sempit sekali pemikiran penulis yang melihat hanya pembangkang layak  mengkritik kerajaan. Individu2 di dalam Prowaris melepasi pemikiran  sempit parti2 politik dan tidak menjadikan parti sebagai halangan kepada  permesyuarakatan
klik sini


 



 

Jangan menipu ! Nazri baru balik sekali untuk isu Minyak di SM Teknik Padang Rengas, untuk orang UMNO sahaja. Baca komen ringkas pelayar www.umno-reform.com mengenai kenyataan Datuk Nazri klik sini


 

Kenyataan Dato' Nazri Aziz di parlimen semalam benar-benar  sesuatu yang mengecewakan klik sini

Nazri bukan mahu selesaikan masalah, malah beliau menjadikan  keadaan bertambah huru hara klik sini

Bila Menteri perlekeh rakyat klik sini

Nazri Aziz cermin2 diri,jangan bercakap ikut sedap mulut serta ampu boss. klik sini

Nazri the bow tie boy - mula besar kepala dan angkuh klik sini

 

Perkhidmatan Melayu atau Malaysia

 

PROWARIS alat politik dalaman BN.

 

 Lain lain email


Sebagai majikan terbesar dalam negara, kerajaan sepatutnya menetapkan contoh dalam mencapai salah satu objektif Dasar Ekonomi Baru (DEB) iaitu bagi menghapuskan hubungkait kaum dan ekonomi. Namun, perkara sebaliknya berlaku berkaitan komposisi kaum dalam perkhidmatan awam Malaysia. Sebelum dilancarkan DEB dalam tahun 1971, pecahan kaum dalam perkhidmatan awam terdiri daripada 60.8% Melayu, 20.2% Cina, 17.4% India dan 1.6% lain-lain. klik sini

 


PROWARIS, nama yang agak baru, mula menunjukkan taring. Mereka bukan dari golongan pembangkang.

Mengikut bentuk pakaian dan cara mereka berdepan dengan media, jelas menunjukkan mereka ini penyokong kerajaan, lapisan ke 2. dalam membuat perancangan.

Jika dilihat dari umur dan ketrampilan, maka sesuailah jika dikatakan bahawa mungkin Khairi Jamaludin (menantu PAK LAH) terbabit dalam penubuhan PROWARIS.  klik sini


 

klik sini   

 

Minyak naik - mahasiswa mana?

 

 MRR2 - CRIMINAL NEGLIGENCE? klik sini

 

Demonstrasi pasti gagal - Nazri


Kenapa peranan Universiti sebagai pusat untuk mencari ilmu dan kebenaran telah bertukar menjadi kilang yang mengeluarkan produk untuk dijual kepada pasaran walaupun beratus ribu graduan sekarang menghadapi masalah pengangguran?

Mahasiswa juga menghadapi bala pengangguran yang sedang menunggu mereka, tetapi kenapa Mahasiswa masih tidak lakukan sesuatu? klik sini
 



Mohd Nazri said the government would not give in to the demands of street protestors "even if they stage 100 demonstrations".

Each week I return to my constituency, it has not become a big issue because they understand it.

Apa kata anda? Borang maklum balas1
 

 


Bantahan kenaikan harga minyak oleh pekerja melarat ke Parlimen

Bagaimanakah kerajaan mahu memberi penerangan sedangkan sehingga kini UMNO dan kerajaan dari semua peringkat gagal meyakinkan atau tidak langsung membuat penerangan mengenai justifikasi peningkatan harga minyak baru - baru ini.

Semua penjelasaan yang diberikan oleh kerajaan sebenarnya tidak dapat di terima bukan sahaja oleh rakyat malah oleh UMNO sendiri. Kerajaan hari ini terus di hentak atas keputusan menarik balik subsidi minyak oleh MTUC dengan memorandum mereka kepada Pak Lah. Mereka dalam memorandum tersebut menyebut :

" JANGAN MENGIMBANGI BAJET DENGAN MEMBEBANKAN GOLONGAN PEKERJA" . Di parlimen hari ini para - para pekerja bangkit menyuarakan ketidakpuasan mereka terhadap peningkatan harga minyak TANPA JUSTIFIKASI dan membebankan mereka.

Berikut adalah imbasan dokumen Memorandum yang dihantar ke Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi dari Kongress Kesatuan Sekerja Malaysia dan Kesatuan sekerja gabungan , persatuan penduduk, organisasi bukan kerajaan dan parti politik.

JANGAN MENGIMBANGI BAJET DENGAN MEMBEBANKAN GOLONGAN PEKERJA

pembukaan | muka 1 | muka 2 |muka 3 | muka 4 | muka 5 | muka 6 | muka 7 | muka 8 
 

 


Golongan pekerja bangkit

Isu minyak masih tidak selesai. Najib yang pernah memaklumkan bahawa era isu kenaikan harga minyak telah berakhir kini berhadapan dengan kebangkitan pekerja di bawah MTUC. Demonstrasi 26hb March 2006 jam 10.00 pagi di KLCC menunjukkan bahawa golongan pekerja menuntut agar harga minyak tersebut dikurangkan kerana golongan pekerja adalah antara mereka yang merasai impak kenaikan harga tersebut. Sejak jam 8.15 pagi pihak polis telah mula mengepungi KLCC dan telah memberi amaran kepada Presiden MTUC bahawa sekiranya diteruskan maka tangkapan akan di buat. Wakil - wakil kesatuan - kesatuan  sekerja bertindak secara aman untuk terus melakukan demonstrasi atas nama pekerja.

Polis bertindak selepas itu dalam lingkungan jam 10.30 pagi untuk mula melepaskan pancutan air ( water cannon) dan bertindak memukul mereka yang tidak mahu beredar dari tapak demonstrasi. Namun apa yang jelas ialah - isu minyak tetap menerima bantahan dari rakyat. Apa pun kata kepimpinan - ubah cara hidup, perlu naik untuk pembangunan namun pekerja bangkit untuk menunjukkan bantahan. 

Hari ini kita lihat kebangkitan golongan pekerja dan golongan ini adalah golongan terbesar komposisi dalam masyarakat. Kebangkitan mereka menunjukkan bahawa isu bantahan harga kenaikan minyak ini bukan isu politik semata - mata. Isu ini adalah isu yang melibatkan pengurangan pendapatan rakyat. Ini juga melibatkan kesedaran rakyat bahawa dengan kenaikkan harga minyak maka kenaikkan harga barangan lain turut akan berlaku. Isu peningkatan tarif elektrik dan air akan menyusul. Kehadiran mereka yang memprotes menunjukkan bahawa rakyat khususnya pekerja kini peka dengan isu - isu semasa dan tidak semudah itu kerajaan menolak tepi tanpa justifikasi yang menyakinkan dalam menerangkan isu ini.

 

Perbincangan topik utama Era Pemerintahan Pak Lah  ini semakin hebat dan akan diteruskan

 

 

 

 

   Email baru
 
  • Maklum balas : Usaha Pak Lah tidak dapat kerjasama kabinet beliau? klik sini
  • Gerakan jatuhkan Pak Lah bermula - sokong IPCMC klik sini
  • Nasib baik bukan aku yang mati klik sini
  • Melayu terlena dan terus ketinggalan, salah siapa klik sini
  • Sikap usahawan sendiri klik sini
 Penubuhan NGO baru - jawapan kepada Mohd Azahar, azharampage@hotmail.com


Sebenarnya pada masa penerimaan email tersebut saya berserta beberapa orang rakan yang sama - sama mengasaskan www.umno-reform.com pada tahun 2001 telah bermesyuarat dan bersetuju untuk mengambil satu langkah kehadapan dengan cadangan penubuhan NGO Melayu - yang meletakkan matlamat asas sebagai satu usaha kolektif bagi menyuarakan cadangan - pendapat serta langkah untuk menjaga kepentingan Melayu.klik sini

 

Saya percaya tujuan pengambilan saya adalah untuk mencukupkan syarat supaya apabila ada pegawai-pegawai kerajaan yang hadir, saya ditolak untuk melayan mereka walaupun bidang saya tidak mempunyai kaitan langsung dengan mereka. Saya telah lihat mereka bukanlah seperti yang digembar-gemburkan di dada-dada akhbar malah mereka adalah lebih teruk daripada Melayu bila berbahasa Inggeris. klik sini

 

Minyak naik tu sebab dia orang naik kuda

Demo hari ini menyaksikan kehadiran secara "massive" pasukan berkuda yang hadir untuk mengawal dan mengambil tindakan drastik menyuraikan himpunan pekerja pada demo pagi tadi - 26hb March 2006. Komen yang menarik di keluarkan oleh salah seorang yang hadir - "tengok itu pasukan FRU pun tak mahu bawa water cannon jauh  - jauh , harga minyak naik jadi mereka guna kuda." "Inilah kesan bila harga minyak naik. Entah esok sebab harga minyak mahal - dia orang keja penjenayah dan pembunuh guna kuda aje...."
 



Layari www.prowaris.org Isu hebat mengenai MRR2 - Bagaimana Menteri mendahulukan kontraktor dari keselamatan awam

 

Privatisation VS Public - Public Partnership in Malaysia ( corporate Agenda , Retreat of the State and Shaping of a Water Crisis ) by Dr Charles Santiago - Monitoring Sustainability of Globalization (MSN)

Introduction
Background
Demand of Supply of water
Water Demand
Water Shortages
Inter - States Water Transfers
Privatisation, Logic of Privatisation
Retreat of the State
Access to water as Human Right
Water Barons and the privatisation Landscape
Public - Public Partnership
Public - Public partnership base on best practice : An Alternative Strategy in Water Management
Ownership
Management Strategy Accessibility and Affordability with economic Efficiency
Political Process and accountability
Learning from the best practice
Tariff Comparison

Kami akan menyiarkan topik demi topik mengikut kemampuan kami - sila nantikan dan klik sekiranya ada indikasi bahawa capaian sudah terbentuk
 

 

  • Maka yang tinggal hanya alasan
  • Ketuanan Cina
  • Cara berbeza ARAH sama
  • Bak kata Melayu
  • Cabaran Pak Lah
  • Definisi Pak Lah 1
  • Definisi Pak Lah 2
  • Definisi Pak Lah 3
  • Masa
  • Elitis Pemilik
  • Lupa
  • Cerita2
  • Kemakmuran

 

Klik Sini
Klik Sini
Klik Sini
Klik Sini
Klik sini
Klik Sini
Klik Sini
Klik Sini
Klik Sini
Klik Sini
Klik Sini
Klik Sini
Klik Sini

  Blog Anuar Mohd Nor


  

 

 

 

 
 

SMS 0126544762 atau Borang maklum balas

  Blog Sang Kelembai - sila beri pendapat disana klik sini
Pautan Berita Malaysia  


Maka berkatalah seorang Menteri yang berkelulusan undang-undang dan diberi tugas menjaga Parlimen, bahawa, biar 100 kali diadakan demonstrasi kerajaan tidak akan menurunkan harga minyak dan demonstrasi yang diadakan itu  tidak menggambarkan perasaan rakyat di Malaysia yang berjumlah 26 juta orang. Kadang-kadang kala ada masanya Menteri Kabinet Islam ada Had dan ada Hari ini bila bercakap dan membuat kenyataan terlupa membuat kerja rumah.

Kalau diambil kira semasa British mencadangkan Malayan Union pada 1hb April 1946, jumlah yang berhimpun  di anggarkan seramai 10 ribu orang. Apakah ini juga bererti bahawa perhimpunan itu tidak cukup untuk menggambarkan hasrat orang - orang Melayu yang pada masa itu berjumlah 2 juta orang untuk menentang Malayan Union?

Hasil dari demonstrasi itu lah yang menyebabkan gagasan Malayan Union itu dibatalkan dan boleh juga dikatakan UMNO sendiri ditubuhkan bermula dengan tunjuk perasaan. Ini secara relatif menunjukkan bahawa budaya demonstrasi ini sebenarnya dibawa oleh UMNO sendiri dan UMNO itu sendiri tertubuh dengan berlaku tunjuk perasaan orang Melayu di Batu Pahat yang baru2 ini diperingatkan semula dengan Presiden UMNO sendiri hadir.

Bagi sebuah negara Maju samada di Amerika, Australia dan Jepun mereka telah menerima hakikat bahawa demonstrasi adalah satu sistem demokrasi yang diamalkan oleh rakyat masing-masing bagi melahirkan manifestasi mereka. Kesemua demonstrasi yang dilakukan oleh rakyat di negeri masing - masing tidak pula dijawab oleh Menteri-menteri mereka bahawa itu "tidak menggambarkan rakyat yang sebenar". Yang berbeza di luar negera para demonstrasi melibatkan semua orang dan akan menjadi lebih terkesan bila demonstrasi tersebut melibatkan ahli-ahli Parlimen sendiri, tetapi di Malaysia ahli Parlimen Pro Kerajaan sudah pasti tidur di rumah dan yang pembangkang hanya berani di dalam Parlimen.

Kesan setiap demonstrasi bukan bergantung kepada jumlah yang datang tetapi bergantung kepada sikap keperihatinan mereka. Semasa Queen Elizabeth melawat Singapura, terdapat seorang individu yang ber-demo berpakaian beruang yang menentang pembunuhkan beruang bagi tujuan membuat topi askar penjaga Istana Buckingham, tidak pula kerajaan British buat kenyataan bahawa individu tersebut yang ber-demonstrasi itu tidak menggambarkan rakyatnya yang berjuta-juta. Ini perbezaan yang dikatakan orang, yang pandai tidak semesti bijak dan yang bijak tak semesti pandai tetapi yang perlu dan penting ialah "bijaksana".

Di Malaysia itulah kemelut besar dalam kepemimpinan negara ini. Malaysia terlalu kurang kepimpinan yang bijaksana. Bertindak tegas memanglah satu sikap yang terpuji tetapi mestilah diseimbangkan dengan keadaan. Cuba perhatikan satu cara yang sama tetapi tindakan berbeza. Di Bangunan Parlimen, yang mana di bawah jagaan Daerah Polis Sentul. Ketua Polisnya seorang India dan sudah pasti tidak beragama Islam, mengambil pendekatan berunding dengan Ketua kumpulan itu dan hasil dari perundingan itu ialah penyelesaian untuk bersurai kerana tidak dibenarkan masuk ke Parlimen. Mereka  sebaliknya membuat keputusan untuk berkumpul dan berjalan ke Suhakam yang jauhnya dua kilometer. Segalanya berjalan agak lancar, tetapi bila masuk ke Jalan Raja Laut, di mana ianya dibawah jagaan Daerah Polis Dang Wangi, mereka berdepan dengan truk "water cannon" untuk tujuan perang saikoloji. Sebenarnya mereka-mereka yang membuat bantahan aman ini jika tidak diganggu, adalah manusia biasa dan setelah selesai mereka akan bersurai dengan baik.

Hari ini adalah soal kenaikan harga minyak disebabkan pengurangan subsidi cukai telah masuk satu bulan dan ianya masih belum reda. Tunjuk perasaan akan terus diadakan dan yang berdemonstrasi sudah tahu jawapan kerajaan yang akan tidak menarik balik pengurangan subsidi cukai minyak.

Kerajaan Barisan Nasional akan terus tergugat dengan isu ini dan demonstrasi isu minyak ini akan berjalan terus sehingga kerajaan dapat meyakinkan rakyat keperluan pengurangan subsidi cukai minyak tersebut. Soalnya, bagaimana kerajaan hendak meredakan isu itu sedangkan jawapan dan penerangan oleh para Menteri dan pegawai parti lebih banyak kearah kenyataan provakasi seperti yang dinyatakan oleh Menteri yang jaga undang-undang itu.


Isu harga minyak sebenar dah boleh disenyapkan jika kerajaan mengambil pendekatan mengimbangi pengguna minyak seperti yang dilakukan dengan penurunkan harga kereta yang mana sepatutnya diturunkan khusus untuk kereta-kereta yang berkuasa kuda bawah 1500, supaya penggunaan kereta berkuasa rendah akan meringankan mereka daripada menanggong kos pembelian minyak yang tinggi. Malangnya kerajaan tidak mempunyai satu pertunjukan sebenar harga kereta yang diturunkan. Kerajaan  juga sewajarnya menurunkan cukai jalan kereta atau dihapuskan seperti yang dilakukan kepada motorsikal di bawah kuasa kuda tertentu.

Soalnya sekarang... adalah lebih baik kerajaan melantik seorang sahaja jurucakap dalam isu-isu semasa dan orang yang paling sesuai adalah Menteri Penerangan sendiri. Tidak seperti sekarang ini,  ada Menteri yang bercakap dalam isu yang bukan portfolio beliau sehingga menimbulkan salah tafsiran. Pihak media juga terpaksa di beri panduan bagaimana berita isu ini harus ditulis supaya rakyat dan pembaca faham, tidak seperti sekarang, apa yang di lihat dan di dengar dalam berita TV jauh beza jika di baca di dalam akhbar.

Sang Kelembai: Bercakap dengan ahli -ahli UMNO bolehlah mengatakan mereka tak kisah, cuba buat rapat umum dan terangkan isu itu, tengok berapa banyak yang mendengar dan hadir.


 

 
 
Sisipan Laman
 
 
 
Koleksi Arkib
 

 

 

 

 

Teruskan menghantar pendapat : Hantarkan pendapat ke  klik sini, email kami di editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762

 

 

 


 

 

 


Powered by TagBoard Message Board

Name

URL or Email

Messages(smilies)

Berdaftar dengan laman ini untuk memastikan ianya terus hidup untuk suara kecil rakyat Malaysia. TAIP UR NEWS REG hantarkan ke 36606

 

Search this site or the web powered:  FreeFind
  Site search Websearch | 


Email Login signup Password     

  Januari 2006 - one | two | three | four | Febuari 2006 - Feb1 | Feb2 | Feb 3 | Feb 4 March 2006 - Mac 1Mac06 two | March 3 | March 4

Penafian editor
Email yang di terima adalah pendapat pelayar dan bukan pendapat peribadi kami di www.umno-reform.com atau editor laman ini.

Kami tidak bertanggungjawab terhadap kiriman dan akan membuat pindaan terhadap artikel yang menggunakan bahasa yang melampau sungguhpun tidak akan mengubah isi atau intipati email tersebut.


www.umno-reform.com 
hubungi kami di 012-6544762 email editor1@umno-reform.com