Forum
E-Grup
Maklum balas
Email percuma 
Arkib
Sisipan
Hubungi kami
Khas
 

    editor1@umno-reform.com

    H/P 012-6544762

    




Email / SMS ringkas 

YB Jeneri Sik Kedah, tolonglah bekerja!

karen_bakarin@yahoo.com.my
Bakri b. abdullah

Saya sebenar dari Kedah Dalam daerah SIk, Mukim Jeneri.

Masalah saya dan juga pengundi2 lain ialah mengenai YB. yang dipilih.....(wakil rakyat) tak buat kerja.....sekarang ni jarang2 ade kat kawasan kami dengar cerita Yb ni kerap ke istana negeri...tak tau lah ape yg dibuat dan ape yang dicari sedangkan masalah dalam kawasan sendiri tak ambil tahu. Kami penduduk disini dah mula rasa menyampah dan booring ngan perangai YB Jeneri ni

harapan kami pihak tertentu tolong lah ambil tindakan

pengundi kecewa.


99 juta untuk ubai suai Parlimen
Nasrul Hisham

Saya terbaca dalam kenyataan utusan Malaysia  yang mengatakan bahawa 99 juta di belanjakan untuk kos ubahsuai parlimen. Saya agar terkejut membaca jumlah yang begitu banyak di belanja untuk ubahsuai dan ini semuanya melibatkan wang rakyat. Saya hari ini membaca kenyataan Samy Vellu yang akhirnya mengakui kos ubah suai terseut menelan belanja 99 juta yang bagi saya agak melampau dalam keadaan kita bergelut dengan peningkatan kos - kos bahan utama dan keperluan asas.

Saya ingin menyarankan agar senarai ubah suai dengan harganya buat pertama kali di pamerkan untuk melihat apakah kerja - kerja yang di lakukan dan kepada siapa anugerah kerja di buat dan justifikasi harga. 

Saya percaya Samy Vellu tidak menjawab soalan Lim Kit Siang dan penjelasan kos yang terlibat tidak memuaskan. 

Klik untuk membaca kenyataan Samy Vellu KLIK SINI


He said the government's decision was going to "be tough and unpopular but if it is for the good of Malaysia, then I will do it". kata - kata Pak Lah 5 Mei Bernama

Seg1 wrotes: 

Untuk Pak Lah, be tough and unpopular  - untuk hapuskan rasuah dalam kabinet sendiri. Jangan berani  hanya kepada  rakyat marhain kononnya ia baik untuk rakyat. Buktikan dalam kabinet sendiri, tegur dan ambil tindakan ke atas mereka yang mengamalkan rasuah.  


Baha_zed@yahoo.com

Ulama ulama dalam UMNO memang mudah lari jauh dari fahaman mereka tentang agama sebelum masuk UMNO. Jadi tidakhairan ulama ulama  UMNO ini sering dipanggil "ular dalam semak" kerana mereka sering  berselindung dalam isu isu yang berkaitan dengan agama. Jika sebelum masuk UMNO mereka berceramah agama mengikut hukum hakam dalam syariat Islam, tetapi bila masuk UMNO dan pegang jawatan tertinggi dalam Parti mereka terkebil kebilmenjawab soalan yang dibangkitkan kerana harus menjawab dalam istilah yang sesuai dengan pandangan UMNO.Pernah suatu ketika seorang ulama UMNO tidak mahu menjawab soalan apabila dibangkitkan soalan pemimpin tertinggi UMNO pernah menghina Nabi  Muhammad S.A.W. Penceramah tersebut mula merepek dengan mengatakan akhbar silap tulis, pemberita silap dengar dan bermacam macam lagi alasan  untuk jaga hati pemimpin tersebut.Jadi tidak hairanlah kini ramai orang  orang Melayu tidak lagi menghormati ulama ulama UMNO ini, hanya orang  orang UMNO "totok" sahaja yang terhangguk hangguk bersalam dengan mereka. Andainya ulama mahu dihormati kerana mereka mempunyai ilmu agama mereka  harus berkata benar walau pun pahit sekiranya UMNO dan pemimpinnya melakukukan kesilapan  mengenai agama.

awangeuren@yahoo.com

Saya fikir Datuk Firdaus hendaklah mempunyai keberanian untuk  mengatakan yang benar. Janganlah kerana takut kakwan-kawan dalam UMNO  tersinggung maka Datuk ini takut mau bercakap. Datuk kena ingat rezeki dunia ini ketentuan Allah seperti yang Datuk selalu khutbah didepan  jemaah dulu..Datuk Iman besar, janganlah sampai pangkat dan kedudukan  menggelapkan pandangan Datuk.

 

Sudahlah tu Pena Suasa
Mustafa Taha
Semakin hari semakin nampak pembelaan tanpa asas. Khir Toyo tidak erlu menyorok lagi, Kenapa tidak laporkan kepada polis mngenai fitnah Mohamad Rafi?

Teruskan pembongkaran najis perbuatan Khir Toyo
Johari, Shah Alam

Pembongkaran mengenai Khir telah lama ada, tetapi setakat ini BPR dan penguasa lain tidak berkuasa mengambil tindakan. Siapa sebenar di belakang Khir Toyo. Apa kabar Dr Mahathir?

 

UIA, SIS dan Amina Wadud

Pesanan: Dr Amina ni mengajar di UIA dan dibawa masuk semasa Anwar jadi Presiden UIA. Rector masa tu Abdul Hamid Abu Sulayman dan Dekannya pada  masa itu Prof Kamal Hassan yang sekarang jadi Rektor ganti Abdul Hamid. Ramai pelajar kurang setuju dengan Dr Amina sebab semasa mengajar UIA lagi dia banyak timbulkan banyak isu termasuk hal perempuan jadi Imam. Tetapi tidak ada tindakan yang diambil oleh UIA. Yang ada cuma pengharaman pakai kopiah putih dan melabel kakitangan yang dianggap orang PAS dan anti kemajuan Islam ala Anwar Ibrahim masa itu. Walaupun  secara lisan sahaja. Sememangnya Dr Amina dapat PhD pengajian ISlam dari Universiti Michigan dengan tesis tentang Quran dan status wanita. Tetapi UIA sendiri tidak pernah menyemak tesis tersebut. Cuma sijil dan transkrip dari Universiti Michigan sahaja yang ada pada UIA.Sekarang orang buka mata sebab isu ini dan saya nak tunggu bila pulak semua ahli Sister in Islam nak umumkan mereka nak jadi Imam di mana-mana masjid. Kita tunggu. Saya khuatir kebanyakan ahli Sister in Islam sendiri tak percaya solat wajib, macam pakai tudung itu juga tidak wajib, dan amalan plogami itu amalan tidak sesuai dengan abad ini. Dan ada pula akhbar macam New Straits Times dan Berita Harian yang memberi ruang untuk mereka ini memfitnah 

Kamal Yan
Pesanan: Tuan Editor,

Saya merasa terpanggil untuk memberikan sedikit komen terhadap isu Khairy Jamaluddin atau KJ yang hangat siperkatakan sedikit waktu dahulu,dan masih suam-suam pada masa ini.

Pertamanya, senario politik semasa di Malaysia, terutama bagi orang Melayu masih berasaskan kepada fahaman feudalisme. Ini bukanlah  bermaksud bahawa anak-anak ataupun menantu ahli politik mewarisi jawatan daripada bapa, emak atau mentua, tetapi, mereka diberikan kelonggaran oleh ahli-ahli untuk berada di laluan fast-track (dengan izin) kerana  hendak mengampu bapa, emak atau mentua mereka.

Keduanya, ramai yang mengatakan KJ sememangnya hebat. Saya tidak pernah bertemu dengan beliau, tetapi mungkin ada kebenaran dan ketidakbenarannya kenyataan-kenyataan media ini. 

Saya rasa faktor utama yang membolehkan KJ mendapatkan laluan selesa di dalam Pemuda UMNO dan UMNO adalah faktor Pak Lah. Ini adalah mudah untuk dibuktikan. Cuba bayangkan senario ini, saya lulus daripada Oxford ataupun Cambridge  ataupun Harvard, dan seterusnya mempunyai idea-idea bernas untuk Malaysia, adakah saya akan diberikan layanan seperti yang diberikan kepada KJ?. Saya rasa, KJ juga, sekiranya bukan menantu Pak Lah tidak akan dapat berbuat demikian. Jadi jelas, KJ menduduki kerusi no. 2 Pemuda UMNO adalah kerana faktor Pak Lah. 

sekian, hingga bertemu di lain kali.

Kamal Yan Yahya

Four months after it was launched, the National Courtesy and Noble Values campaign has shown positive results, Culture, Arts and Heritage Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim said Sunday - petikan dari bernama

SMS di terima - Bagaimana sebenarnya ukuran Dr Rais Yatim yang membuat konklusi di atas. Jangan mengarut - jangan menipu. Ukuran dia pakai apa dan apa yang sebenarnya berjaya .

Tolak kepimpinan Mahathir
Bazhadijal

Pesanan: Sejak Mahathir memerintah kuasa orang Melayu dalam politik tanah air kian lemah. Pilihanraya 1999 menunjukkan ramai calon dari UMNO kalah manakala yang menang pun kerana undi orang Cina,India dan orang Asli.Orang orang Melayu menolak kepimpinan Mahathir setelah beliau menyingkirkan Sdr Anwar Ibrahim dengn begitu kejam dengan sokongan polis dan bidang kehakiman. Justeru itu dengan mudah bangsa lain meminta apa yang mereka hendak  termasuk Mahathir meluluskan University Tunku Abd Rahman (MCA).Pemuda UMNO pernah menentang isu ini dengan hebat tetapi kerana gulongan pemuda UMNO kebanyakannya adalah gulongan "gurkha" maka ujudlah University TAR diatas kelemahan kepimpinan Mahathir.Kini Mahathir kena jawap kepada  rakyat bagaimana dia boleh menggunakan wang Petronas sebanyak 2.5  billion untuk menyelamatkan syarikat anaknya (Mirzan)yang kini hidup  senang di Kanada dengan memiliki rumah bernilai 9 juta.Disamping itu  rakyat berketurunan Melayu masih jauh ketinggalan hasil kerakusan Mahathir untuk membina namanya sebagai orang yang terhebat.Orang Melayu  tidak lupa diatas kezaliman ini dan orang Melayu tidak lupa kepada Mahathir yang menghina Nabi Mohammad dan orang yang mempersendakan Al  Quran, Saya dan keluarga menolak kepimpinan Mahathir kerana saya menganggap orang yang menghina Nabi dan mempersenda Al Quran adalah  orang yang tergelincir Aqidah dan hampir kepada murtad, Kami sehingga  kini menolak Mahathir kerana tidak mahu termasuk dalam gulongan yang  rosak aqidah.

Khir kenapa takut
fariena2003@yahoo.com

Pesanan: tak takut tetapi yang peliknya mengapa mengarahkan pihak polis 
menghalang pengedaran buku tersebut.pelik kan??????

Persoalkan Khir bukan penulis buku itu
Ikhwan2005@yahoo.com

Pesanan: Kenapa harus persoalkan siapa penulis buku ini? Kenapa harus  persoalkan tentang tangan-tangan ghaib? Yang paling penting adakah  kandungan buku itu benar? Itu yang perlu didebatkan? Kenapa Khir Toyo guna polis untuk rampas buku itu? Masuk dalam kilang? Polis pula kerja untuk siapa? Untuk Khir Toyo ke ataupun untuk rakyat Malaysia? Saya baru membaca buku ini dan jelas tulisan kepada buku ini adalah berdasarkan fakta yang ada dan sebagai penulis baru, saya tabik kerana berani  membongkar sebahagian lagi kerakusan Khir Toyo. Penulis-penulis handal  tak berani menulis tapi penulis ini mengambil peluang tersebut untuk  memberi cermin baru kepada Khir Toyo untuk melihat wajahnya sebagai Menteri Besar.
Setelah baca buku ini, saya buat kesimpulan bahawa Khir Toyo memang pengkhianat kepada amanah yang rakyat Selangor berikan. Saya rasa anda  juga setuju dengan saya bahawa sudah sampai masanya Khir digantikan dengan orang lain sebelum beliau lebih banyak merosakkan negeri selangor. Terima kasih kepada penulis kerana berani berkata benar


Ganti saja Khir Toyo
mahadir@yahoo.com

Pesanan: Gantikan saja Khir Toyo dengan orang lain tapi Pak Lah tak berani. Takut kerana Khir Toyo budak suruhan Mahathir.Patutnya dedahkan  banyak lagi skandal khir toyo.


Khir berhadapan dengan satu lagi masalah moral
hjrozman@hotmail.com

Pesanan: Penerbitan buku ini membuktikan bahawa Khir Toyo sedang berhadapn dengan satu lagi masalah moral sebagai seorang menteri besar. Penulis ini berani walaupun mungkin akan ada risiko.Kita tidak perlu  persoalkan siapa penulis ini tetapi apa yang dipaparkan harus dilihat dari sudut positif. Sebagai rakyat Selangor, saya makin menyedari bahawa Menteri Besar kita ini sebenarnya sedang mengumpul kekayaan peribadi.  Rakyat Selangor miskin tetapi Khir hidup bermewah-mewah. Dalam masa tidak ada penulis lain yang berani kecuali Ahmad Lutfi, penulis baru ini membongkar satu lagi tentang Khir yang seharusnya menjadi panduan kepada BPR ataupun Pak Lah untuk menentukan tindakannya.Syabas dan  tahniah.


Berita Khairy sudah sejuk
waksaga@yahoo.com.sg
abdul alif ahmad


Pesanan: mujur sejak akhir-akhir ini berita tentang khairy sudah sejuk.Tak ada lagi cerita yang boleh merusakkan imej baik beliau. nampaknya manusia Melayu di malaysia ni sudah matang dan tidak terikut-ikut dengan tulisan buku gila yang dijual itu. alhamdulillah saya bersyukur kepada tuhan kerana menyedarkan masyarakat Malaysia khasnya melayu tidak  tertipu untuk menilai sesorang itu. Banyak lagi manusia serupa Khairy berada di negara kita ini. marilah sama-sama kita jaga mereka,beri mereka semangat untuk terus berjuang,tegur mereka secara membina,tunjuklah jalan yang baik untuk mereka terokai  bagi mengelak kehancuran melayu dimasa akan datang.

Kita bercakap takut kuasa melayu hilang,kita bercakap bangsa melayu akan hancur kalau tidak ada perpaduan sesama melayu. dan pada masa yang sama ada penulis cuba menghancurkan masa depan bakal pemimpin melayu.  Penulis pula Melayu,yang dengki pun melayu. kalau lah allahyarham Tan  Sri P.Ramlee masih hidup maka kita akan menyaksikan satu wayang gambar  melayu yang akan mengisahkan seorang penulis nama saja melayu tapi  hantunya tidak berjiwa melayu.

Betul kata penulis dalam ruangan ini, sebenarnya khairy jadi mangsa  kerana orang tidak senang hati dengan Pak Lah. Kalau Khairy tidak menjadi menantu pak lah mungkin nasib Khairy tidak sedemikian. 

 

Bahasa Inggeris untuk Matematik dan Sains - satu kesilapan johny@yahoo.com

Pesanan: sukatan pelajaran kita ada subjek bahasa inggeris oleh itu UMNO(melayu) tidak perlu risau akan ketidakfahaman orang melayu terhadap bahasa Inggeris.  Kerana subjek tersebut boleh dipertingkatkan atau cari kaedah supaya ia mudah difahami. Jangan campur aduk bahasa inggeris dgn subjek matematik dan sains kerana melayu perlu perkasa matematik dan sains tanpa dicampur aduk dgn BI.

18,000 graduad menganggur adalah kerana kurang peluang pekerjaan bukan kerana bahasa.

Bangsa Cina (MCA) akan maju lagi kehadapan kerana dapat pelajari matematik dan sains dengan Bahasa Ibunda mereka, UMNO (melayu) tewas dalam mendesak mereka menerima dasar belajar matematik dan sains dalam BI, mereka akan maju dan maju lagi.

Orang Melayu tidak lemah Bahasa Inggeris kerana mereka belajar BI dari darjah 1 hingga ke universiti iaitu kira-kira 18 tahun. Dasar pendidikan negara tidak pernah menghapuskan subjek BI di sekolah rendah hingga  universiti, oleh ia sudah cukup mantap tanpa perlu diragui atau membuat  dasar cacar marba yang rugikan melayu(UMNO).

DASAR PENDIDIKAN UTAMAKAN BAHASA MELAYU PERLU DIPERKASAKAN KERANA KITA  PERCAYA ORANG MELAYU SUDAH BOLEH KUASAI BAHASA INGGERIS. cuma peluang kerja terhad yang belaku sekarang bukan soal bahasa inggeris. SAYA YANG PAKAR BAHASA INGGERIS DAN PUNYAI IJAZAH DAN DIPLOMA MASIH MENGGANGUR.

Pasti tuhan juga marah pada Pena Suasa kerana tulisan  sombong beliau
brotherhood of mankind

Pesanan: Saya rasa kalaulah Tuhan bencikan orang orang yang sombong seperti kata Pena Suasa, saya percaya yang Tuhan sedang membenci dia kerana tulisan nya yang sombong itu.

Saya adalah warga KL dan saya tahu bahawa Kg Sg. Udang dah ujud diawal 70an lagi, iaitu lebih dari 30tahun dan hampir mencecah 40 tahun. Allah  menyuruh kita bertebaran diimuka bumi ini mencari rezeki dan bukan tindas menindas antara satu sama lain. Penduduk Sg. Udang telah hadir di KL lama kerana terpanggil oleh pihak Kerajaan untuk berhijrah dan  membangunkan KL. Mereka hadir sebagai penyapu dan pengangkut sampah, menjaja dan melakukan berbagai bagai kerja buruh. Pada ketika itu Kerajaan tidak dapat menyediakan penempatan bagi mereka kerana kekurangan dana, dan mereka dibenarkan mendirikan rumah yang kita  panggil setinggan. Mereka sebenarnya boleh dikategorikan sebagai peneroka bandar dan tanah yang didiami telah diterokai oleh mereka terlebih dahulu. Kalau Datuk Pena Suasa dulu meneroka hutan, saya pasti  tanah yang diterokai kini milik keluarga beliau...dan begitu juga denganramai rakyat Melayu yang terdahulu. Penduduk Sg. Udang juga dalam hal ini berhak untuk menyuarakan kepentingan mereka. Dalam hal ini, saya pasti pihak DBKL tidak mempunyai masaalah dengan penduduk Sg Udang, tetapi mesalah timbul apabila ada campurtangan politik. Kuota Wakil Rakyat, Kuota Parti Pemerintah...bukan lah perkara asing dan sudah sering didengar. Tetapi kuota kuota ini  jika tidak diagihkan kepada yang sepatutnya menerima, pasti akan  menimbulkan masalah. Justeru pihak DBKL tidak boleh dipersalahkan dan salah bagi pihak DBKL jika enggan berbincang dan menimbang syarat syarat penduduk kerana mereka juga berhak sebagai peneroka bandar. Mereka  bukan setinggan baru dan ini adalah berbeza dengan kedudukan mereka  sebagai peneroka bandar.

SMS di terima

A'kum kenapa masih bersungguh2 p'tahankan UMNO sedangkan UMNO jelas mperalatkan Islamdan penuh dgn noda, rasuah dan kezaliman. Siapa zalimi Anwar Ibrahim,bukankah UMNO?

Pena Suasa - Kalau Ghazali nak tahu siapa Pena Suasa hubungi saya pada talian 019- (di sekat) biar saya ceritakan siapa dia ini. tulisan beliau mengenai setinggan bagi saya sepatutnya En Ghazali tarik dan buangkan jauh -jauh. Sombong betul

Kesatuan sekerja - tahniah kerana kesedaran tuan mengenai betapa perlunya kesatuan sekerja. Banner yang tuan letak tersebut menunjukkan tuan juga prihatin nasib pekerja khususnya Melayu yang di tindas Melayu.

SMS di terima 

Tertarik dengan topik mendefinisikan Pak Lah - boleh buat forum web log diskusi mengenai topik tersebut.

SMS di terima

Mendefinisikan Pak Lah harus tidak menolak peranan Khairy kerana beliau bakal menghancurkan Pak Lah dengan mainan tidak matang budak ini.

 

siasah_2004@yahoo.com
siasah

Pesanan: pada aku la...berlambaknye setingan kat Lembah Klang ni berpunca dari pimpinan UMNO sediri, macam di tempat aku, boleh di katakan semua EXCO Pemuda UMNO bahagian mendapat 2 ke 3 unit rumah kos  rendah, rumah yang di buat untuk perpindahan setingan, macam mane boleh jadi macam tu...? kalo setakat ahli UMNO cikai dapat rumah tu tak pe la jugak, ni sampai Naib Ketua Pemuda pun dapat apa hal..., Naib Ketua tu  anak DATO pulak tu, rumah di jual dengan harga jauh lebih murah dari di  jual kepada penduduk setingan. mungkin saudara pena suasa tidak melihat  penyelewengan yang berlaku, aku tak menyalahkan penduduk setingan tu, Kalo rumah kos rendah, paling cikai pun berharga 32 ribu, mane nak gagau duit sebanyak tu, korang kena pikir, yang duduk setingan tu bukanya  orang yang bergaji 1,500 keatas, Kalo yang bergaji 1,500 keatas, anak  ada 5 orang semua bersekolah, pun tak mampu nak beli, saudara pena suasa kena ingat, mane ada orang yang tak nak hidup selesa dalam dunia ni, 
semua orang nak selesa hatta saudara pun sendiri, tidak ADIL untuk saudara menghina penduduk setingan tu, mungkin Allah memberi sedikit kesenangan kepada saudara, tapi tidak kepada penduduk tu,  ngat lah orang miskin  tidak hina seperti yang saudara tulis kan itu, yang hina adalah orang  kaya dan pemimpin yang tidak mahu menolong orang yang miskin dan  membolot semua harta yang sepatut nye orang miskin dapat.


Anak Kacukan

Pesanan: Para Menteri Malaysia kini cukup membosankan! Sentiasa  memberikan jawapan bodoh: "..saya tidak tahu..", "..kita akan ambil  tindakan..", "..kita akan siasat..", "..tidak membimbangkan.." dll.  Seperti Khir Toyo: Dia pengerusi pkns, dia sendiri taktahu apa pkns buat! begitu jugalah Isa Samad. dia Menteri Wilayah, dia sendiri taktahu apa  belaku dalam wilayahnya. Menteri apa ni?

Email dari ahli Parti Keadilan :formmail.to: umnoreform From_Email: ikhmal1@lycos.com From_Name: ikhmal

Pesanan: A'kum, Saya ahli parti Keadilan.Report polis oleh Parti Keadilan amat dikesali  oleh saya. Saya percaya ahli parti Keadilan lain bersetuju dengan pendapat UMNO REFORM. Dan disini saya ingin nyatakan dengan tegas..tolonglah Peminpin Pemuda Keadilan...berpijaklah dibumi nyata. Kalau macam ni  sikap anda..tidak mustahil saya akan keluar dari parti. Saya anak Melayu sangat sayangkan Islam dan bangsa saya. Saya akan ucapkan selamat tinggal Parti Keadilan kalau kamu (peminpin) masih mementingkan undi tanpa mengira Kedaulatan bangsa dan agama Islam

 




muka 2 | muka 3 | muka 4 | muka 5 | muka 6 | muka 7 | muka 8 |

lebih besar angka - merupakan email yang terbaru

 






SILA KLIK DI ATAS
Cara TERMUDAH untuk membeli reload card melalui kad kredit, Maybank2U dan RHB online -24 jam




 





 


Laman ini diselenggara oleh Rais Yassin dan Ghazali Mat Dom. Hubungi kami di talian : 012-6544762 
www.umno-reform.com