BALIK KE MUKA UTAMA

 


 


Usaha pencerahan Parti Keadilan Rakyat Malaysia belum berakhir

Zamil Ibrahim antara Bekas Kepimpinan EXCO Angkatan Muda Keadilan yang mendapat pencalonan Pengerusi Tetap Angkatan Muda dan turut mendapat pencalonan untuk Majlis Kepimpinan Tertinggi tetapi menarik diri atas dasar prinsip tetap akan berusaha agar pencerahan dalam Parti Keadilan Rakyat Malaysia dapat segera dilakukan. Ini perlu dilakukan agar tuntutan reformasi yang di laungan tidak kaku dalam arus politik kronisme dan lebih buruk lagi tidak demokratik.

Bercakap kepada www.umno-reform.com  , sungguhpun Kongres Keadilan 2007 telah berakhir tetapi apa yang jelas tamat ialah demokrasi dalam parti itu. Pemilihan melanggar teras demokrasi sehingga tata cara perjalanan mesyuarat menunjukkan bahawa laungan demokrasi total yang mahu dilaksanakan oleh Parti Keadilan Rakyat hanya satu retorik semata – mata.

Kita selama 7 tahun lebih dalam perjuangan reformasi tidak diajar untuk sujud pada kehendak kepimpinan apa lagi kalau kepimpinan sudah mula menoleh dari pegangan demokrasi dan mengamalkan tuntutan kronisme, nepotisme dan korupsi.

Kongres kali ini adalah kongres yang meruntuhkan demokrasi dan ketelusan sehingga mesyuarat membenarkan Anwar Ibrahim, calon Presiden pada waktu itu berceramah sebelum kongres ke peti undi untuk memancing undi melobi isterinya Datin Seri Wan Azizah yang sewaktu itu dicabar oleh Rahman Othman. Ini tindakan yang agar bertentangan dengan nilai – nilai demokrasi yang kita laungkan. Kita kini terpesong dengan menganggungkan kepimpinan lantas kini Parti Keadilan Rakyat Malaysia jelas milik seseorang – Anwar Ibrahim.

Parti Keadilan Rakyat Malaysia hari ini lebih kritikal selepas Anwar Ibrahim keluar dari penjara. Percanggahan dan membelakangkan demokrasi kini semakin nampak dan Anwar Ibrahim gagal dalam mengotakan sumpah perjuangan. Hari ini ahli kecil adalah sampah yang dibuang dan tidak signifikan. Ini bukan satu yang palsu, malah ramai lagi ahli yang menganggap bahawa teras demokrasi yang mahu dipimpin dan diajarkan oleh Anwar Ibrahim semakin menipis.

Isu yang meragukan sewaktu pengiraan undi, kertas undi yang mempunyai nombor siri adalah laungan kita dalam membantah proses mengundi Suruhanjaya pilihan raya, kini wujud dalam cara Parti Keadilan Rakyat menjalankan pemilihan.

Kita terpanggil dengan kesucian perjuangan reformasi tetapi kita tidak mahu nilai – nilai murni perjuangan terobek dengan hasrat individu lebih – lebih dengan konsep matlamat menghalalkan cara.


 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762