BALIK KE MUKA UTAMA

 


 

Anwar Ibrahim - Hormati Perlembagaan Parti Keadilan Rakyat !

Fasal 7 : Hak dan kewajipan ahli dalam perkara 7.1.4, Tanpa menghiraukan apa-apa peruntukan lain dalam Perlembagaan ini, seseorang ahli tidak boleh dicalonkan atau bertanding untuk memegang sebarang jawatan (jika telah dipilih atau dilantik,maka dengan serta-merta terlucut dengan sendirinya) jika dia dilarang oleh undang-undang daripada memegang jawatan di dalam Pertubuhan atau jika dia dikenakan hukuman disiplin yang melarangnya memegang jawatan.

Hormati perlembagaan parti, menurut Zamil Ibrahim yang sebelum ini menerima pencalonan kedua tertinggi sebagai Pengerusi Tetap, Angkatan Muda Keadilan  dan MPT dengan 18 pencalonan. “Kalau saya tidak boleh bertanding atas alasan muflis dan menerima hakikat itu atas menghormati perlembagaan parti kenapa tidak Anwar Ibrahim turut menghormatinya perlembagaan parti dan mengundurkan diri dari menerima pencalonan dan bertanding untuk jawatan Presiden kerana dilarang oleh undang - undang. Ini adalah peruntukan dalam perlembagaan parti. Ini perlu dihormati oleh kita semua sebagai ahli Parti Keadilan Rakyat.

Saya kesal dengan perkara ini dan kekesalan ini turut dirasai apabila timbul isu tekanan oleh Anwar Ibrahim ke atas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan, SD Johari supaya dipastikan kekalahannya dalam pemilinan jawatan Timbalan Presiden. SD Johari telah menerima pencalonan terbanyak untuk jawatan Timbalan Presiden telah menarik diri setelah diberitakan bertemu dengan Ezam Mohd Nor, bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan.

Sehingga hari ini, kedudukan Angkatan Muda Keadilan bergolak dengan kritikal dan pemangku Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mat Akin diberitakan gagal untuk membendung kemelut Angkatan Muda.

Kami difahami kemelut ini dikatakan berpunca dari mainan politik keterlaluan oleh pemangku Angkatan Muda Keadilan. Kami juga difahamkan bahawa beberapa lagi “senior” Angkatan Muda Keadilan akan menarik diri sebagai tanda protes.

Selain dari pergolakan dalam Angkatan Muda Keadilan, kami turut dimaklumkan bahawa terdapat satu sidang media bagi tujuan pengumuman keluar parti akan diadakan dalam masa terdekat. Surat panggilan sidang media tersebut diberitakan sudah diedarkan.

Pergolakan ini sebenarnya mencacatkan kedudukan Parti Keadilan Rakyat dalam persiapan mereka untuk bertembung dengan pilihan raya.


 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762