|
Yayasan Bagi Masa Depan – Anwar Ibrahim
Persoalan mengenai penglibatan Anwar Ibrahim dalam
Yayasan Bagi Masa Depan yang melibatkan Paul
Wolfowitz, orang yang dikatakan menjadi dalang besar
pencerobohan Amerika Syarikat (AS) ke atas
Afghanistan dan Iraq masih lagi menjadi persoalan.
Khairy Jamaluddin yang mendesak Anwar Ibrahim
menjawab beberapa persoalan mengenai pembabitannya
berkata:
‘‘Jika betul ada
penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dalam skandal
Wolfowitz dan teman wanitanya, Anwar perlu jawab
kepada rakyat Malaysia kerana ia turut melibatkan
kedudukannya selaku pengerusi yayasan berkenaan,”
kata Khairy.
kini senyap bila Anwar Ibrahim memberi jawapan
mengenai persoalan yang ditimbulkan dalam laman
blognya sendiri. Asasnya Khairy Jamaluddin gagal
diusik Anwar Ibrahim mengenai isu pembabitan Anwar
dengan Paul Wolforwitz untuk memperoleh sedikit
loncatan politik di Malaysia.
Walau bagaimanapun rakyat Malaysia khususnya PAS
seharusnya mengkaji semula perhubungan mereka dengan
Anwar Ibrahim yang mahu tidak mahu mempunyai kaitan
dengan Paul Wolfowitz, orang yang terlibat dengan
pencerobohan Amerika ke atas Afganistan dan Iraq dan
kini mungkin berhutang budi dengan penubuhan dan
pembiayaan Yayasan Bagi Masa Depan dengan Anwar
Ibrahim dilantik menjadi Pengerusinya.
Mahu tidak mahu PAS yang dikatakan kuat dengan
prinsip perjuangan Islam hari ini nampak gugup bila
mereka gagal mempersoalkan hubungan Anwar dengan
orang yang sebenarnya terbabit secara tidak langsung
dengan pembunuhan dan pencerobohan negara Islam.
Malang PAS teragak – agak kerana niat dan hasrat
politik. Mungkin ini hakikat perjuangan PAS.
Akhirnya tunduk pada hasrat politik dengan
mengetepikan tuntuan Islam yang sepatutunya.
Tidak hairan kalau Abu Bakar Bashir – ulamak
Indonesia mengkritik Anwar sebagai berkata:
Anwar
ialah seorang yang tidak memahami Islam sepenuhnya.
Macamana dia boleh bercakap mengenai dailog dengan
Amerika dan Barat ? Dailog apa ? Dengan mereka yang
membunuh orang-orang Islam ? Anwar silap akan
pandangannya terhadap Barat dan Yahudi. Orang Yahudi
tidak boleh dipercayai, sepertimana disebut dalam Al
Quran. Pada ketika ini Amerika hanyalah sebagai
keldai tunggangan Israel.
Akhirnya mungkin Khairy mempersoalkan Anwar Ibrahim
dengan soalan remeh sungguhpun kita sepatutnya
mendesak agar PAS mengkaji semula perhubungan dengan
orang yang sebenarnya duduk bersama – sama dan
mungkin terhutang budi dengan manusia yang
bertanggungjawab dengan cubaan memusnahkan tamadun
Islam dan bertindak membunuh saudara Islam kita
secara tidak sengaja.
Dan mungkin kata – kata Abu Bakar Bashir ada
benarnya bila di tanya mengenai kepimpinan ulung
negara. Jawab Abu Bakar Bashir
Satu-satunya pemimpin Islam yang masih ada semangat
juang ialah bekas Perdana Menteri awak Mahathir
Mohamad, yang telah menyarankan agar memboikot
matawang US dan matawang negara barat. Benar apa
yang dia katakan, iaitu negara-negara Islam
sepatutnya tidak menggunakan matawang US dan
berurusniaga dengan matawang sendiri. Kenapa kita
perlu guna matawang US apabila kita berurusniaga
sesama kita ?
|