|
Warga Myanmar,
Pengundi Hantu?
a'kum..
Merujuk tulisan Rudin X "PRU 12: Darihal 70,000
Pengundi Haram" (
http://www.tranungkite.net/modules.php?name=News&file=article&sid=3887&mode=&order=0&thold=0
) tentang pengundi hantu warga Myanmar dibawa masuk
ke Kelantan bagi digunakan sebagai pengundi hantu,
bagi saya, ianya bukan suatu pekara baru... lihat
artikel saya di tranukite.net yg bertajuk "Apa
kaitan MyKad, Myvi, mungkir janji, warga asing dan
pengundi hantu, .???"
http://www.tranungkite.net/modules.php?name=News&file=article&sid=722
Sebelum mereka ini di hantar menetap di perlis dan
langkawi, batch pertama yang dibawa masuk oleh
Sanusi Junid semasa menjadi menteri besar Kedah
ditempatkan di Terengganu sebagai peralihan untuk
menyesuaikan dengan bahasa serta budaya negara ini (ada
kelas untuk bercakap dialek utara/pantai timur).
Di Perlis, kehadiran mereka dirasai selepas
pilihanraya tahun 2004. Jadi terengganu
mungkin telah dimenangi oleh UMNO dengan undi orang
myanmar ini.
Bayangkan.. mereka ini mencetuskan masalah sosial
dengan penduduk tempatan di langkawi dan perlis.. Di
langkawi, bila diaju masalah ini kepada MP Langkawi,
beliau berkata beliau pun tak boleh berbuat apa apa,
kerana ini adalah kerja orang atas... Siapa
orang atas ini kalau bukan menteri besar atau
menteri kabinet/PM??
Jika mereka ditangkap atas kesalahan kecil, kalau
orang tempatan, akan dikenakan tahanan reman 4 hari
untuk siasatan, tapi bagi mereka orang Myanmar ini,
hanyalah 4 jam tanpa siasatan... Ini
menyebabkan ramai penduduk Langkawi menganggap
mereka adalah "anak emas" kerajaan...mereka mendapat
menyewa rumah murah di Taman Nilam tanpa perlu
membayar apa pun sedangkan semasa taman Nilam baru
dibangunkan, warga tempatan terpaksa beratur sejak
jam 6 pagi di pejabat daerah Kuah dan membayar
RM10.00 Sedangkan selepas kebakaran di Bukit
Malut kali pertama, warga myanmar ini tidak perlu
membayar 1 sen pun untuk mendapatkan kemudahan
tersebut. serta borang perumahan kos rendah
diberi secara percuma.
Kenapa mereka mendapat segala keistimewaan ini
berbanding warga tempatan Langkawi??.. ini adalah
kerana mereka dibela oleh BN sebagai "anak emas"
untuk digunakan dalam pilihanraya kelak... iaitu
sebagai pengundi hantu...
Sekarang ini, pihak tentera sedang membina rumah
mereka yang terlibat dalam kebakaran di Bukit Malut
awal tahun ini berhampiran Taman Nilam. Berdasarkan
insignia unit yang terdapat pada trak tentera yang
boleh dijumpai di sekitar Jalan Air Hangat, Kilim,
Kisap dan Taman Nilam, 6 Brigade melalui Rejimen 504
dan kor jurutera terlibat dalam projek ini.
Tentang kebakaran tersebut, beberapa pekara perlu
dihalusi tentang status mereka. Sila rujuk Utusan 23
Feb 2007 dengan tajuk berita "Mangsa kebakaran Bukit
Malut dipindah ke Kota Tani"
http://utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=0223&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_10.htm
sila perhatikan
didalam berita ini yang mengatakan mereka akan
diberikan MyKad dan berita ini juga mengatakan "sebahagian
besar daripada penduduk di penempatan itu
adalah warga Myanmar yang telah tinggal di pulau itu
lebih sedekad lalu dan kini memiliki taraf penduduk
tetap"
Tetapi lihat pula berita ini yang bertajuk "Mangsa
kebakaran terima bantuan RM300" yang disiarkan pada
keesokannya yang mengatakan "daripada 298 keluarga
itu, 296 keluarga adalah warga Malaysia sementara
dua keluarga lagi memiliki status penduduk tetap,
dengan jumlah keseluruhan mangsa adalah 1,331 orang."
http://utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=0224&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_09.htm
Lihat terdapat perbezaan tentang status
kewarganegaraan mereka dan bagaimana media cuba
memperbetulkan berita yang disiarkan sebelumnya agar
tembelang mereka tidak pecah.
Jadi, adalah diharapkan parti pembangkang terutama
BA perlu menyiasat dan menangani masalah ini yang
juga merupakan satu betuk pengkhianatan kepada
negara oleh UMNO/BN selain menjejaskan peluang BA
untuk menang dalam pilihanraya di Malaysia secara
sah kerana pilihanraya itu sendiri adalah satu
penipuan yang dilakukan oleh UMNO/BN untuk terus
merompak khazanah negara.
Anak perelih
|