|
From_Email:
m-wan76@yahoo.com
From_Name: wan abdullah
Kenaikan gaji yang
diminta oleh kesatuan kerja dari kerajaan amat perlu
kepada rakyat waktu ini.
Jesteru saya mencadang dan memberi komen di sini
pertama kerana saya merupakan seorang
kakitangan sokongan yang sedang berkhidmat dengan
kerajaan ketika ini.Saya amat tertekan dengan sikap
peniaga yang suka-suka mengaut keuntungan setiap
kali berlaku kenaikan gaji contohnya tahun
2000,kenaikan minyak petrol dan gas,dan sehingga
waktu ini belum lagi naik gaji 1.2 juta kakitangan
awam harga barang telah naik lima hingga sepuluh
peratus di pasaran.
Masalah ini tidak
habis-habis berlaku.Saya menyeru kepada pihak agensi
kerajaan yang bertindak tentang soal ini(khususnya
hal ehwal pengguna dan menteri kabinet nya)sila
jalankan tugas anda sebaiknya inilah masa yang
sesuai melakukan tindakan yang drastik.
Kekebalan peniaga ini
hanya terletak kepada tangan anda yang
bertanggungjawab tentang permasalahan ini.
Gunakanlah kuasa yang ada bukan hanya berharap tapi
bertindak. Bersesuaian dengan dasar kerajaan ingin
membasmi kemiskinan tegar soal kenaikan harga barang
di pasaran oleh peniaga amat perlu dihapuskan segera
kalau tidak hidup rakyat di negara yang kita cintai
ini akan tergadai dan pasti menghadapi masalah
kemiskinan yang berterusan tanpa kesudahannya dan
yang kaya terus kaya yang miskin terus miskin!!!
sebagaimana di negara jiran kita ketika ini yang
mana rakyat amat susah untuk mencari nafkah hidup
seharian.yang kaya dah tentu sukar nak tolong yang
susah dan ini lumrah hidup. Jesteru banteraslah
masalah ini tak perlu naikan gaji setinggi gunungpun
untuk masa akan datang yang penting masalah kenaikan
harga barang keperluan sentiasa dikawal
seketat-ketatnya.!!!!!!!!!.
walasam........
|