BALIK KE MUKA UTAMA

 


 

Lagi penarikan diri kerana protes dalam Angkatan Muda Keadilan

Protes terhadap Pemangku Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mat Akin dan campur tangan Anwar Ibrahim dalam pemilihan Angkatan Muda Keadilan semakin kritikal dengan penarikan diri Wan Mohd Anies dalam pemilihan EXC AMK. Wan Mohd Anies yang mendapat pencalonan tertinggi untuk jawatan EXCO turut memaklumkan bahawa Azmin Ali adalah dalang yang memecahkan keharmonian perhubungan dalam Parti Keadilan Rakyat. Nama Azmin Ali adalah antara nama yang dikaitkan sebagai punca Ezam Mohd Nor melepaskan semua jawatan dalam parti dan menumpukan perhatian kepada GERAK.

Perlepasan jawatan oleh Ezam Mohd Nor kemungkinan adalah sebab Angkatan Muda Keadilan kini berada dalam kancah pergolakan. Angkatan Muda dijangka lumpuh dan ini juga mencalarkan kredibiliti Anwar Ibrahim sebagai penasihat parti dan Wan Azizah Wan Ismail sebagai Presiden parti.

Parti Keadilan Rakyat dijangka menyaksikan perpecahan tersebar khususnya di kalangan AMK dan dengan runtuhnya sayap kanan parti itu mereka dijangka sukar untuk bertembung dalam pilihan raya akan datang.

 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762