|
Mengapa Melayu mundur -
Mansal Damha
Assalamualaikum,
Memperkatakan sudut pemikiran Melayu, kita jangan
lupa bahawa ia adalah berteraskan kepada pemikiran
Islam. Budaya Melayu adalah bertunjangkan Islam.
Kalau mengikut pemikiran Islam jumut ia akan
terbayang diminda kita akan siafat-sifat
fatalismenya sepertimana yang terkandung di dalam
beberapa "falsafah" yang sdr senarikan.
"Falsafah-falsafah" ini memang ditekankan oleh para
penjajah Barat dan di kalangan rakyat Yahudi mereka
ketika menjajah beberapa buah negara Timur Tengah
untuk memudahkn mereka memerintah. (Perintahlah
mereka supaya mereka ikut cara hidup kita).
Pendekatan psikologi inilah yang telah menjadi
senjata serangan mereka terhadap penghapusan dan
penghakisan Islam di dunia ini, disamping serangan
pecah dan perintah (divide and rule) mereka, yang
sehingga kini masih diamalkan.
Falsafah dan fahaman-fahman ini telah di bawa
bersama para penyebar Islam ke negara kita dan ke
negara-negara sebelah sini dan dijadikan "budaya"
pengajaran Islam.
Yang penting di sini, bukannya orang-orang Melayu
yang memeluk Islam tidak tahu bahasa Arab, tetapi
mungkin disebabkan kelemahan mereka menterjemah dan
mentafsirkan maksud sebenar yang terkandung di dalam
Al-Quranul Karim.
Malah sehingga kini kita masih menghadapi masalah
penafsiran Al-Quranul Karim. Penguasaan bahasa
memerlukan pemahaman budaya bangsa dan bahasa yang
hendak diterjemah/ditafsirkan.
Baru-baru ini saya telah mengikuti musabaqah
antarabangsa yang ditayangkan di tv kita dan
memerhatikan terjemahan ayat-ayat suci Al-Quran ke
dalam bahasa Inggeris. Kalau diamat-amati, ia amat
jauh maksud dan tafsirannya sepertimana yang
terkandung di dalam terjemahan dan tafsiran Inggeris
Yusof Ali.
Saya mempunyai berbagai jenis terjemahan dan
tafsiran Al-Quran baik yang berbahasa Melayu (dua
jenis), Indonesia, (tiga jenis) Inggeris (tiga jenis)
dan termasuk berbahasa China (Mandarin - sabuah)
untuk saya membuat perbandingan dan kajian, guna
mendapatkan apakah tafasiran atau terjemahan yang
boleh dianggap tepat diantara kandungan Al-Quran
tersebut.
Bukan mudah berkomunikasi dengan berkesan, walaupun
secara bertulis. Malah secara lisan juga kekadang
kita tidak faham di antara satu sama lain.
Bahasa dan komunikasi merupakan masalah besar dunia
yang kurang disedari ramai.
Banyak komunikasi yang "distorted" (yang disalaherti
dan tafsir) hingga menjadikannya terkeluar daripada
maksud asal yang ingin disampaikannya.
Jangan lupa juga, bahawa Islam adalah sebahagaian
besar daripada budaya kita. Kalau kita salah tafsir
Al-Quran, lebih-lebih lagi mengikut tafsir yang
ditunjuk Barat, maka tidak dapat tiada kita akan
terkeliru mengikut ajaran-ajaran "sesatnya".
Misalnya, mengikut ajaran dan tekanan tunjukan Barat
dan penjajah, kita diajar supaya menumpukan
perhatian lebih kepada bentuk (form) ajaran Islam
yang bersifat ritual, daripada substance (isi
sebenar) ajarannya.
Maka itulah, kebanyakan kita khususnya yang telah
berumur senja, tidak begitu gemar dengan dunia,
dengan lebihkan ajaran hidup akhirat dan membiarkan
kehidupan dunia dipolon oleh manusia bukan Islam.
Hairankah kita, misalnya, Brunei yang di suatu
ketika mempunyai sebuah wilayah termasuk Sabah,
Sarawak dan Selatan Filifina, memberikannya kepada
Inggeris? Dan kita memberikan Singapura kepada
pemerintah sekarang tanpa mereka bersusah payah
mengambilnya?
Dunia mana yang dengan mudah memberikan tanah tumpah
darahnya kepada orang asing tanpa berperang
mempertahankannya?
Sekarang mereka tidak perlu berperang secara fisikal.
Mereka mengambil dan merampas negeri orang secara
halus, melalui "usahasama" pembangunan perniagaan,
melalui "economic trojan horse." Kecuali sekiranya
mereka dapati sukar melakukannya, seperetimana yang
dilakukan di Afghanistan, Palestin, Iraq, dan
mungkin di tempat-tempat lain lagi.
Satu cara lagi ialah dengan menghakis budaya asal
anak negeri atau decultrualisation. Tanpa disedari
kita, sedekit demi sedikit, telah terasuk juga
dengan racun penaklukan minda mereka sehinggakan apa
yang dilakukan ke atas kita diterima tanpa melihat
apa yang tersirat di dalam hati dan benak mereka.
Tun Mahathir salah seorang negarawan yang dapat
melihat riak ikan di dasar laut yang amat berani dan
lantang. Seperti katanya, tidak ramai di kalangan
kita yang berani dan kritikal terhadap apa yang kita
lihat yang kalau kita tidak berwaspada akan jadi
senjata memakan tuan?
Kita akui bahawa di waktu pemerintahan beliau banyak
juga "left to be desired" atau tidak begitu
sempurna.
Kata-kata Melayu "pengecut dan tidak berani" ini
juga pernah dilontarkan oleh mantan Timbalan Menteri
kita dulu, Tun Musa Hitam, dalam nada lain. Beliau
telah menggesa supaya Melayu bersikap "kurang ajar"
kalau hendak kekal memerintah negara beretuah ini.
Agaknya kita perlu "retooling"kan (memetik kata-kata
Sukarno) minda kita. Kita perlu mencari Bahaman, Mat
Lela, Dol Said, Tok Janggut, dan para pejuang bangsa
tulen yang lainnya di kalangan kita?
Kalau di China "retooling" (mencerna dan menjana
pemikiran baru di benak kita) itu disebut sebagai
"Cultural Revolution" (Revolusi Budaya). Di Malaysia
apakah perkataan yang cocok dengan maksud itu bagi
mencetuskan idea-idea baru menjana manusia yang
benar-benar kasihkan bangsa, agama dan negaranya
tanpa berbelah bahagi?
Kita tidak mahu manusia Melayu yang menjadi Musang
berbulukan Ayam. Masanya sudah tibah untuk mencari
manusia yang kasihnya terhadap bangsa, agama dan
negaranya tidak berbelah bahagi.
Bilakah agaknya dapat kita menjana semangat Melayu
Malayan Union, semangat Melayu sejati yang memkirkan
bahawa bumi ini bumi yang tidak akan mudah dijajah
lagi dengan apa cara juapun?
Uncle M
|