|
Pemimpin UMNO akui
kegagalan mereka membela orang Melayu
Akhirnya UMNO mengakui bahawa mereka gagal untuk
menjadi suara pembela orang Melayu. Dominasi UMNO
dalam isu yang melibatkan umat Melayu telah diambil
alih oleh PAS pada masa ini.
Dalam temubual bersama wartawan Berita Harian
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob,
berkata Umno semakin takut untuk menyuarakan perkara
sensitif, termasuk isu yang mencabar kepentingan
orang Melayu sehingga ada pihak lain berani
melakukannya secara terbuka.
Umno penakut nak bersuara (isu sensitif seperti
Dasar Ekonomi Baru) dan apabila kita tak bersuara,
orang lain akan menjadi jaguh dan lebih berani. Kita
takut kononnya nak jaga perasaan orang lain...kenapa
DAP berani," katanya lagi pada sidang media selepas
mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di bangunan
baru RTM di Jalan Kamunting, dekat sini, semalam.
Berdasarkan pengakuan ini, jelaslah bahawa umat
Melayu pada hari ini harus memikirkan semula
kedudukan parti ini dalam menerajui negara.
Isu-isu seperti DEB, Murtad, Perobohan kawasan
setinggan yang kebanyakkannya didiami oleh penyokong
UMNO, Maksiat dan jenayah kalangan generasi muda
Melayu, isu penjualan tanah di Johor, kemiskinan
orang Melayu khususnya kaum nelayan dan petani di
pantai Timur dan Utara tanahair dan sebagainya.
Pemimpin UMNO hanya goyang kaki dan menutup mata
tehadap isu-isu yang melibatkan orang Melayu. Malah
ada kalangan pemimpin UMNO sediri bersekongkol
dengan mereka yang cuba menjatuhkan Islam dan hak
keistimewaan orang Melayu seperti Nazri Aziz, Zaid
Ibrahim, Rais Yatim dan beberapa orang lagi.
Rasuah kalangan pemimpin UMNO juga gagal dibendung.
Malah dalam Pemilihan Kepimpinan Tertinggi UMNO pun
ada rasuah. Antara perasuah yang terkenal adalah Isa
Samad dan Astaman Aziz dari Titiwangsa. Berdasarkan
laporan GERAK, ramai lagi pemimpin UMNO yang korup
tetapi tidak disiasat.
Mereka dirikan rumah banglo mewah dan membiarkan
rakyat tidur dibawah khemah. Mereka bersandiwara
dengan Islam Hadhari, dan membiarkan ramai umat
Islam Murtad. Mereka mengadakan perkampungan Hadhari
dan dalam masa yang sama mereka biarkan masalah
sosial kalangan belia berleluasa. Mereka tahan orang
yang belum pasti bersalah melalui akta ISA tapi
pimpinan mereka yang disyaki melakukan Jenayah
rasuah dan pembunuhan dibiarkan bebas tanpa siasatan
dan bicara.
Harga barang kini dinaikkan dan UMNO sebagai
Kerajaan hanya mampu memantau dan buat bodoh.
Masyarakat peniaga dan pengguna dibiarkan berperang
sesama sendiri.
Ke mana UMNO nak bawa orang Melayu. Tanah rizab
Melayu ditengah-tengah kota banyak yang gagal
dipertahankan. Tanah-tanah ini dijual kepada
konglomengrat besar dari dalam dan luar negara.
Kononnya mereka akan membantu bangunkan negara, bina
bangunan cantik-cantik, kondominium, shopping
complex, pusat hiburan dan sebagainya untuk tarik
pelabur dan pelancong. Rakyat asing hidup mewah dan
duduk di kondominum ditengah-tengah bandaraya, orang
Melayu yang hidup di setinggan dihambat keluar dari
bandaraya dan merempat tanpa perhatian.
Wakil-wakil rakyat UMNO hanya tahu jaga poket
masing-masing. Inilah dia nasib orang Melayu yang
tergadai dinegeri sendiri, melukut ditepian gantang.
Kepada umat Melayu diseluruh negara, PAS menjadi
alternatif anda. PAS berjuang untuk Islam dan
kepentingan orang Melayu disamping kita menjalinkan
hubungan dengan bukan Melayu. Dasar kita adalah
kebajikan untuk semua dan hak orang Melayu harus
dihormati oleh semua termasuklah dalam aspek amalan
dan kepercayaan agama.
Kerjasama dan permuafakatan semua bangsa adalah
penting, tapi perjuangan untuk membela umat Islam
dan bangsa Melayu adalah nadi perjuangan PAS.
Jika ada pihak yang menganggap PAS sebagai golongan
pelampau kerana perjuangkan hak orang Melayu dan
prinsip Islam, itu adalah hak mereka dan kita
sesekali tidak akan berundur dari jalan yang dipilih
ini.
PAS sering difitnah oleh UMNO dan mereka yang
bencikan Islam dan mahu jatuhkan orang Melayu. PAS
dituduh sebagai kumpulan pemecah belah.
Walaubagaimanapun kita berjaya buktikan
ketidakbenaran pembohongan ini melalui pemerintahan
Kerajaan PAS di Kelantan. Kita buktikan bahawa orang
Melayu dan bukan Melayu boleh hidup ditanah yang
sama dan saling hormat menghormati tanpa adanya
perasan curiga dan membenci.
Inilah corak pemikiran politik PAS. Prinsip tetap
prinsip dan kita akan teruskan usaha memartabatkan
IslaM dan bangsa Melayu walaupun UMNO sering
memfitnah PAS.
Terima kasih atas pengakuan ikhlas dari Datuk Seri
Adnan Yaakob. Semoga orang Melayu dapat berfikir dan
membuat keputusan dengan bijak pada Pilihanraya akan
datang - Herman Samsudeen
|