BALIK KE MUKA UTAMA

Bumi dipijak milik orang komen dari Umar


 

formmail.to: umnoreform

From_Name: umar

Subjek: Request for Proposal

Segera: Yes

Pesanan: Assalamualaikum,

Selama ini tidak terlintas dihati bahkan tidak terfikir di dalam minda walau setiap hari melintasi bangunan-bangunan kedai 2 tingkat yang tidak seberapa indah. Mungkin kerana tidak indah, maka tidak menarik minat minda ini untuk mengambil tahu mengenainya. Hari ini, aku ambil separuh hari kerja sebab nak uruskan hal-hal yang selalu diuruskan setiap hujung bulan. Aku singgah di kedai 2 tingkat yang aku maksudkan tadi untuk membeli pili paip bilik air yang telah rosak.

Pulang ke rumah terus aku memasangnya. Selepas menunaikan solat Zuhur, maka aku pun duduk di depan PC dan jariku terus menghidupkannya lalu aku melayari internet. Tangan ini terus klik pada url www.umno-reform.com. Aku sememangnya setiap hari akan mengjengok laman ini. Apabila aku melihat artikel bertajuk 'Bumi dipjak Milik Orang' yang telah dipamerkan selama lebih kurang seminggu yang lalu, entah macam mana aku teringatkan deretan kedai 2 tingkat yang aku singgah untuk membeli barang tadi. Mengapa? kerana aku teringatkan sederetan panjang kedai-kedai tersebut lebih kurang hampir 20 buah kesemuanya, usah kata 2 buah atau 3 buah, bahkan sebuah kedaipun tiada orang Melayu yang memilikinya. Tak kiralah samada sewa ataupun kepunyaan sediri, tetapi malang sekali tiada langsung walau sebuah kedai.

Otakku meninjau ke kawasan yang sama tetapi dideretan kedai berdekatan, lebih kurang dalam 30 buah deretan kedai lain juga tidak satupun dimiliki oleh orang yang berbangsa melayu. Hairan mengapa boleh berlaku sedemikian. Mana perginya parti yang memperjuangkan bangsa Melayu? Mana perginya jantan yang memegang keris apabila berhimpun bersama-sama mereka di dalam sebuah dewan yang kesemuanya adalah dikalangan melayu belaka? Mana perginya Ketua Menteri Melaka? Mana perginya Perdana Menteri Malaysia? Kesemua mereka adalah melayu belaka. Mengapa hanya dikalangan mereka ini yang kaya raya? Mana golongan pertengahan melayu yang sekurang-kurangnya memenuhi 2 atau 3 ruang-ruang kedai yang berlonggok itu? Adakah masih wujud golongan ini? atau hanya tinggal melayu bawahan yang hanya berkerja makan gaji di syarikat-syarikat swasta mahupun kerajaan.

Sungguh sedih bila mengenang nasib melayu. Nak dikata bodoh, semuanya berakal. Mengapa hanya dengan setiap kali pilihanraya mereka diberi sehelai kain pelikat atau telekong atau lebih hina lagi dengan duit RM10, maruah mereka tergadai, harta bumi mereka terjual. Bilalah melayu ini akan sedar? Bilalah melayu ini akan bangkit? Nak tunggu sampai melayu akan meminta-minta? Pakcik, Makcik, Abang, Kakak, nasib kamu semua mungkin masih boleh diteruskan, tetapi kamu lupa generasi kamu yakni anak-anak kamu suatu hari nanti akan merempat dibumi sendiri.

Sedarlah wahai bangsaku, binalah kekuatan untuk menghalang daripada ia berlaku. Jangan ambil remeh, jangan dilalaikan dengan pembangunan-pembangunan yang hanya menambah hutang bangsa dan rakyat marhaen. Fikirlah sewarasnya, DEB 'Dasar Ekonomi Baru' itu hanyalah untuk mereka-mereka yang telah kaya-raya, untuk sekerat melayu sahaja.

Apa yang kamu ada?



 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762