BALIK KE MUKA UTAMA

 


 

Kenyataan rasmi.
Syed Nazarudin Syed Aziz – Naib Ketua Bahagian / bekas exco AMKM


Merujuk kepada email saudara Mohd Hanapi Ali Murtada pada 07/16/2007 yang dihantar  kepada semua bahagian di Selangor. Saya ingin menyatakan secara rasmi dan menyenaraikan ahli jawatan kuasa bahagian Sepang yang mengistiharkan melepaskan jawatan dan keluar dari PKR. Tindakan ini juga di suarakan oleh ramai ahli dibahagian Sepang yang secara terus  Menyatakan sokongan untuk bertindak keluar dari PKR.

Saya ingin menyatakan disini tindakan keluar dari parti adalah bedasarkan beberapa sebab dan diharap pimpinan  tertingi serta pimpinan peringkat bawahan supaya jangan lari dari kenyataan sebenar bahawa ramai lagi ahli sudah  muak dengan sandiwara semangat pejuangan yang dimain .Bagi Kami semangat perjuangan 98 sudah lama mati, semenjak anwar keluar dari penjara ramai diantara mereka mula Mengendeng, membodek, berpolitik secara  keterlaluan sementara orang- orang (istilah patung) ini tak mampu untuk mengerakkan jentera parti. Memang tepat  sekali lagu angguk agguk geleng geleng tunjuk tunjuk Ikut telunjuk sesuai untuk mereka. Kita dilahirkan didalam  Semangat perjuangan 98 untuk menyatakan kebenaran dan ini yang kita tekankan dalam parti. Tetapi tahun 2007  semuanya berubah.


Saya mengambil contoh saudara Ezam telah meninggalkan parti keadilan dan memberi teguran terhadap pimpinan, lantas beliau dianggap sebagai pengkhianat oleh pimpinan separuh masak, kaki bodek dalam parti. Tidak cukup dengan itu ramai teman yang rapat dengan Ezam juga di singkirkan. Kami tidak sedikitpun merasa gundah gulana bila  meninggalkan parti. Kami rasa puas dengan pembabitan dalam perjuangan selama 8 tahun yang telah mengajar kami untuk lebih memahami apa erti perjuangan sebenar. Tidak semestinya duduk didalam parti untuk berjuang dan  bukan hanya Parti Keadilan sahaja boleh dianggap sebagai parti pejuang. Masih ramai pejuang pejuang yang tak  duduk dalam parti Keadilan pun.

Saya serta teman teman ingin menyatakan disini semangat perjuangan kami tetap seperti biasa. Kami sedikitpun tidak lari dari asas perjuangan 98. Cuma tidak bersama PKR yang sudah hilang halatuju dan corak kepimpinan ala pemerintah yang korap. Persoalannya adakah PKR merupakan parti perjuangan? Setelah rakyat  diajak bangkit dan bersama melakukan reformasi demi memerangai Korupsi. Saya menerima sms dari ketua AMK  selangor atas arahan dari DSAI kpd amk selangor “Saya minta agar sdr KAM bhg memastikan tidak ada yang hadir  dlm setiap program GERAK yang diadakan”. Apa maknanya ini Dato’ Sri Anwar Ibrahim ? Mana kesunguhan DSAI  memerangi rasuah mana….. Mana…. Mana….. Yang ada cuma kaki bodek mengampu mengelilingi beliau ( termasuk KETUA BAHAGIAN SEPANG) atau  DSAI cuma tunggu masa untuk masuk u...m…n…o

Demi soladiriti terhadap saudara Ezam , saya dan teman teman dalam Jawatankuasa Bahagian Sepang mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan dan keluar dari PKR. Kami mengambil keputusan menjadi ahli dalam  Gerakan Demokrasi dan anti Korapsi – GERAK

Senarai keluar Parti Keadilan Rakyat

1- Mohd Khairudin Karno - Timbalan Ketua Bahagian Sepang
2- Syed Nazarudin Syed Aziz – Naib Ketua Bahagian / bekas exco AMKM
3- Ahmad Yunus - Setiausaha Bahagian Sepang
4- Ahmad Murad - AJK Bahagian Sepang
5- Sohaini samson – AJK bahagian / AJK AMK
6- Sharulnizam – AJK Bahagian / AJK AMK
7- Nasuha Akhiri - Setiausaha Wanita Bahagian Sepang
8- Norfaizah Abdul Wahab - Bendahari Wanita Sepang
9- Mohd Supinar othman – Bekas Setiausaha Bahagian Sepang
10- Husaili Maarof – AJK AMK
11- Mohd. Fazli Saradan - AJK AMK
12- Fauzi Saad - Melepaskan Jawatan
13-Norlela Ibrahim - Bekas AJK AMK
14- Supian Razali – Bekas AJK AMK
15- Zolkarnian Shafie – Bekas AJK AMK
16- Emir Yazid Azman – Bekas AJK AMK



 


 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762