BALIK KE MUKA UTAMA

 


 

ISLAM HADHARI MENYEMAI BENIH BUDAYA RASUAH DAN SAMSENG

Islam Hadhari, nama yang indah tapi banyak berteka-teki. Kemana hala tuju dan kemana fokus sebenar Abdullah Badawi dijulang rakyat kini dengan jolokan CUCU ULAMAK, Abdullah Fahim, Ulamak yang dikatakan tersohor satu masa dulu. Dengan ISLAM HADHARI ini lah maka nama datuk beliau itu rosak. Bukan kerana nila setitik rosak susu belanga, tetapi kerana cucu ulamak dan menantu dia.

Adalah tidak menjadi perkara yang pelik jika Abdullah dan Kerajaan Malaysia tidak bersungguh-sungguh untuk menangani masalah rasuah dan gangsterism di Malaysia memandangkan mereka sendiri sedang MENYUBURKAN budaya tersebut di kalangan anak-anak muda kita. Menyemaikan budaya tersebut di dalam setiap aktiviti demokrasi di Malaysia termasuk ketika setiap pilihanraya.

Ijok adalah satu bukti hala tuju kerajaan sebenar. Bercelaru dan bersetentangan dengan apa yang mereka ucapkan selama ini. Menjadi bukti kenapa masalah RASUAH tidak pernah selesai malah bertambah subur dari hari ke hari. Begitu juga dengan budaya SAMSENG yang turut luas dipergunakan disana disini. Dijulang, menjerit, mengugut, mengecam dan mendabik dada seperti lagak seorang perwira tetapi jauh di dalam hati, beliau seorang pondan gila yang cuba menangkan ayah mertua.

Usaha KOTOR ini nampaknya telah dipupuk dari awal pembabitan Pak lah sebagai Perdana Menteri. Menyuburkan PEKIDA (Gangster Melayu) yang ternyata banyak yang melencung tanpa kawalan kepada aktiviti yang ganas. Sementara menantunya cuba untuk mempergunakan MAT REMPIT untuk tujuan politiknya. RASUAH POLITIK yang secara terang-terangan digunakan ketika pilihanraya dan menjadi amalan keluarga pemimpin merosakkan lagi cita-cita ISLAM HADHARI selama ini.

IJOK turut membuktikan kita, kuasa melebihi dari hidup ‘beragama’ mereka. Samseng kelihatan di mana-mana. Ini bukan cerita karut tetapi diceritakan sendiri oleh penduduk kampung IJOK, disaksikan sendiri oleh ribuan pengunjung yang datang kesana selain kita dapat tonton sendiri melalui rakaman video di TVPAS dan WTV8. Keganasan samseng BN yang diketuai oleh Khairi (Menantu IMAM ISLAM HADHARI) telah menjejaskan keharmonian pilihanraya di Malaysia. Beliau kelihatan membakar semangat untuk GEMPUR apa jua yang berada di depan mata. Memulakan insiden membaling botol, kayu dan batu ketika penamaan calun, memukul jentera PKR disebuah perkampungan dan menghalang lawatan rumah ke rumah peraih undi dibanyak kawasan.

Akibat insiden tersebut, ramai juga tercedera, lebam dimata, patah tulang rusuk, luka di sana dan di sini sehingga ada yang dihantar ke hospital untuk rawatan. Semua berita ini ditutup untuk kaburkan rakyat Malaysia, bahawa Islam Hadhari itu, aman damai dan hidup harmoni.

Dengan hanya diberikan wang saku dan belanja untuk bekerja di bawah bendera BN, maka mereka dilindungi dari tindakan undang-undang dan diberikan sokongan kerajaan untuk melakukan apa sahaja pada waktu pilihanraya. Media yang terang-terangan menyebelahi dan memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada mereka dengan kaedah memutarbelitkan fakta dan bukti yang sudah sedia ada. Ini lebih memberikan semangat untuk terus BERLAGAK SAMSENG kerana Pihak Polis sendiri seperti tunduk kaku dan sujud dengan kehebatan SAMSENG tajaan BN ini.

Rasuah sudah menjadi perkara lumrah di dalam pilihanraya. Rasuah dilakukan di depan mata dengan menyediakan kaunter untuk membeli undi. Sesiapa sahaja yang mengundi BN, pasti boleh meminta peruntukan hanya dengan memberikan nombor siri kertas undi mereka kepada wakil yang bertugas dibilik gerakan. Rakyat diRASUAH dengan mesin jahit dan basikal. Rakyat tidak sedar, di dalam menerima, mereka sebenarnya telah bersetuju dengan RASUAH yang selama ini HARAM pada ISLAM.

Jalanraya ditar, pembangunan dilakukan, cerucuk bangunan ditanam, hanya kerana PILIHANRAYA. Rakyat menerimanya dengan tangan terbuka, kerana mereka tidak sedar, ia menjadi satu budaya ketika pilihanraya. Selepas piliharaya, rakyat daif, pemimpin hilang. Kaedah pilihanraya ini juga bakal merosakkan nama penduduk IJOK walaupun mereka tidak menerima sogokan. Lantas kerana itu, maka BN telah meraih kemenangan.

Sekian hari, kita semakin dijelas dengan hala tuju Perdana Menteri dan Pemimpin di Malaysia. Di dalam membenteras sebenarnya niat mereka lebih kepada menyemai dan menyuburkan budaya rasuah dan samseng di kalangan masyarakat Malaysia. Selepas ini, pastinya anak-anak muda akan terbiasa dengan budaya ini dan menjadikan ianya satu bentuk usaha cari makan. Tanpa disedari, semakin hari, jenerasi bertambah dewasa menjadi sebuah negara yang dipenuhi dengan pelbagai kegiatan jenayah dan kekerasan memandangkan ianya direstui oleh Pemimpin Negara dikala ini.
Apabila subur nya budaya ini, 10 tahun akan datang, tiada siapa lagi yang datang ke negara ini kerana Malaysia bakal menjadi negara yang MERBAHAYA UNTUK DILAWATI. Ini bukan cerita kosong, jika perkara begini tidak dihentikan, malah disokong. Kita akan menerima padanya. Tunggu…

Ini adalah sebahagian dari tugas kita, Bukan untuk turut serta tetapi untuk berwaspada. Pemimpin negara yang kelihatan sahaja dewa tetapi syaitan yang berkepala dua. Nampak sahaja wajah bersih berseri-seri tetapi ada syaitan mengawal diri. Wajah hitam menjadi putih. Bukan untuk menjadi cantik tetapi untuk tutup keburukan di dalam diri.

Merekalah bertanggung-jawab merosakkan negara, mereka bertanggung-ja