|
Sd Johari tarik diri
- satu persoalan yang perlu diketahui sebab.
Setiausaha Angkatan
Muda Keadilan, SD Johari yang menerima pencalonan
terbanyak untuk jawatan Timbalan Ketua Angkatan Muda
Keadilan telah menarik diri dari bertanding. Beliau
yang sebelum ini turut menerima pencalonan untuk
jawatan Ketua Angkatan Muda dikatakan menarik diri
berpunca dari pergolakan Parti Keadilan yang semakin
kritikal.
SD Johari adalah kepimpinan yang sifatkan sebagai
reformis, telah difahamkan bertemu dengan bekas
Ketua Angkatan Muda Keadilan En Ezam Mohd Nor
sebelum membuat kenyataan terbuka untuk menarik diri
dari bertanding. Tindakan ini menimbulkan pelbagai
persoalan dalam keadaan Parti Keadilan Rakyat yang
kini dilanda pergolakan yang hebat.
Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Ezam Mohd Nor
dalam kenyataan beliau sewaktu meletakan semua
jawatan dalam parti beberapa bulan sebelum ini telah
memberi amaran kepada Anwar Ibrahim bahawa keadaan
pemilihan dalam PRKM sudah sampai ke tahap yang
kritikal dan ini perlu dibendung segera sekiranya
Keadilan masih mahu menjadi parti yang relevan.
Peletakan jawatan Ezam Mohd Nor yang merupakan ikon
perjuangan reformasi menimbulkan berbagai-bagai
spekulasi yang belum dapat dijawab secara
keseluruhan.
Dikatakan juga terdapat perselisihan antara Ezam
Mohd Nor dengan Azmin Ali. Sungguhpun begitu kini
ura – ura hubungan Ezam dan Anwar Ibrahim retak
semakin kuat kedengaran. Kami difahamkan bahawa
Anwar Ibrahim sebagai penasihat Parti Keadilan
Rakyat bertindak mencampuri urusan Angkatan Muda dan
dikatakan telah memberi arahan kepada Pemangku
Angkatan Muda, En Shamsul Iskandar untuk memotong
kehadiran SD Johari dalam Angkatan Muda sungguhpun
pencalonan beliau adalah antara pencalonan yang
terbanyak untuk jawatan Timbalan Ketua Angkatan Muda
Keadilan.
Kami difahamkan bahawa penolakan Setiausaha Angkatan
Muda Keadilan oleh Anwar Ibrahim dan lobi untuk
tujuan itu oleh Shamsul Iskandar meletakan Parti
Keadilan Rakyat dalam keadaan yang lebih dahsyat.
SD Johari dijangka akan membuat kenyataan menyeluruh
sedikit masa lagi untuk menyatakan sebab musabab
kenapa beliau bercadang untuk tidak bertanding.
Spekulasi turut wujud bahawa selain dari SD Johari
dan beberapa kepimpinan senior AMK akan bertindak
menarik diri daripada pertandingan dan ini akan
memberi tamparan hebat kepada PRKM yang semakin
nampak uzur.
www.umno-reform.com semakin hari semakin banyak
email dan SMS mengenai kemarahan ahli terhadap Anwar
Ibrahim yang intim dengan Azmin Ali.
www.umno-reform.com akan cuba melaporkan mengenai
Kongres seperti mana pembangkang dengan hebat
melaporkan berita – berita pemilihan dalam UMNO.
|