BALIK KE MUKA UTAMA

 


 


Warisan - Sudirman

Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan
 

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan


 


 

 

Superbikes Association Malaysia telah memulakan missi sambutan kemerdekaan dengan Konvoi Malaysia Gemilang 50 tahun.

Konvoi yang telah berlepas pada 18hb Ogos 2007 adalah antara gerakan semangat patriotisme yang ingin ditanamkan kepada ahli-ahli dan juga kepada semua amnya.

Ini benar - benar bersesuaian dengan 50 tahun negara kita merdeka. Ini adalah cara bagi menunjukkan semangat partriotisme kita dalam kita menyambut kemerdekaan.

Ibrarat kata Allahyarham Sudirman Hj Arshad dalam laginya Warisan :

" Aku bukanlah seorang perwira, gagah menghunus senjata, namun hati rela berkorban ,walau dengan cara sendiri demi cinta ini"

Akan menyusul, program - program yang Superbikes Assosiation Malaysia lakukan sekitar konvoi mereka! Kita juga berharap mereka akan dapat mengirim gambar-gambar sekitar program mereka untuk menunjukkan kepada rakyat Malaysia apa yang ada diseluruh negara kita ini.

Selamat Menyambut 50 tahun merdeka kepada bikers kita. Semoga dapat membawa obor kemerdekaan ke seluruh pelusuk negara.

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762