|
10 DALIL KENAPA
MOHD SABU TIDAK LAYAK MENJADI
PIMPINAN PAS
Oleh : Abu Ezzadi (abu_ezzadi@yahoo.com)
1. PEGANGAN/AMALAN SYIAH
Mohd Sabu dikenali ramai sebagai salah seorang yang
begitu meminati dan mengkagumi perjuangan Hizbullah
di Lubnan dan revolusi Islam Iran sejak dari dulu
lagi. Minat, sokongan dan kecenderungan beliau
diterjemahkan dengan kerapnya beliau berkunjung ke
Lubnan dan Tehran dan seringkali menggunakan contoh
perjuangan mereka di dalam ceramahnya. Namun
sedarkah kita bahawa minat, sokongan dan
kecenderungan beliau telah mula bertukar kepada
pegangan agama dan aqidah? Tanyalah beliau tentang
aqidah ataupun amalan orang Syiah, nescaya beliau
akan dapat menghuraikannya dengan panjang lebar dan
begitu terperinci. Tanyalah orang-orang syiah di
Malaysia nescaya mereka akan menganggap Sdr. Mohd
Sabu adalah sebahagian daripada mereka. Mungkin atas
sebab itulah kita jarang melihat beliau solat jamaah
bersama-sama kita. Malah diakui oleh pimpinan
peringkat tertinggi bahawa mereka juga tidak pernah
melihat beliau solat jamaah bersama (walaupun
diimamkan oleh Tn Guru Hj Hadi). Dan yang lebih
malang sekali, beliau telah mula menyebarkan fahaman
ini kedalam parti, terutamanya ke atas golongan
pemuda kita. Pernah dilaporkan apabila beliau
membawa petugas-petugas Kuala Kedah melawat
Thailand, mereka telah berhenti solat
dimasjid-masjid yang dikenali ramai sebagai masjid
orang syiah di sana.
Mungkin ada yang masih ingat beberapa siri
demonstrasi di hadapan keduataan Amerika Syarikat
dan Wisma Denmark sewaktu ketika dahulu. Ingatkah
anda ada satu golongan syiah yang datang membawa
sepanduk dan poster besar Imam Khomeini/Khameini
sambil membaca selawat cara Iran dengan lahjah Iran.
Dan tahukah anda bahawa semua itu ditaja oleh Sdr.
Mohd Sabu dan di dalam kelompok tersebut juga
terdapat beberapa pemuda PAS daripada Kuala Kedah!
Bukan setakat itu sahaja, malah ahli-ahli
perhubungan negeri P.Pinang dan kebanyakan
jawatankuasa kawasan di Pulau Pinang juga telah mula
diresapi pengaruh syiah. Mereka cukup kagum dengan
Mohd Sabu dan syiahnya.
Secara nyata Mohd Sabu telah menggunakan pengaruh
dan jawatannya untuk mengembangkan ajaran dan
pegangan syiah dikalangan ahli PAS. Sebab itulah
tidak hairan kenapa beliau kerap berkunjung ke
Lubnan dan Tehran dan seringkali beliau membawa
ahli-ahli kita dan pemuda bersama-samanya. (Kadangkala
kita tertanya-tanya daripada mana mereka memperolehi
wang yang banyak untuk kerap berkunjung ketempat
tersebut.) Dan seringkali juga beliau menolak dan
mengelak untuk melawat ke Lubnan dan Tehran
bersama-sama pimpinan PAS yang lain, kerana mungkin
dikhuatiri tembelangnya akan pecah.
Suasana ini bukan lagi menjadi rahsia kepada ahli
dan pimpinan PAS yang lain. Semoga satu tindakan
yang tegas dapat diambil untuk membendung gejala ini
yang kalau tidak disekat akan menjadi barah dan
nanah yang bisa memecahbelahkan perpaduan di dalam
Parti.
2. MENYAMAKAN PIMPINAN PAS DENGAN UMNO
Di dalam Ijtimak Jihad Pemuda PAS Kedah, sewaktu
memberikan ucapannya, Sdr. Mohd Sabu telah
menyamakan Pimpinan PAS dengan UMNO melalui
kata-katanya :
Sekarang perangai pemimpin PAS dengan UMNO sama.
Beza di antara Pemimpin PAS dengan Pemimpin UMNO 3
perkara sahaja - pemimpin PAS tak minum arak,
pemimpin PAS tak berzina, pemimpin PAS tak main judi.
Lain pada tu sama! Berebut harta, rasuah, nepotisme,
pembaziran? sama!
Ucapan dan tindakan ini amat keterlaluan. Sekiranya
ianya datang dari ahli UMNO mungkin masih boleh
diterima dek akal walaupun biadap. Dan sekiranya
datang dari ahli PAS memang sah biadap dan tidak ada
wala terhadap pemimpin. Tetapi, apa yang menyedihkan,
ianya datang dari seorang pemimpin PAS sendiri yang
berjawatan Naib Presiden suatu jawatan yang amat
tinggi yang sudah menggambarkan pemimpin pelapis dan
masa depan PAS. Cuba kita bayangkan wajah Tuan Guru
Nik Aziz, Tuan Guru Haji Hadi, Ustaz Nasharudin,
Hussam Musa, Dato Hassan Ali, Ust Harun Taib dll,
adakah wajah mereka sama seperti yang digambarkan
oleh Sdr Mohd Sabu? Apakah mereka berebut harta,
mereka rasuah atau mereka nepotisme? Astaghfirullah?.
Kalau kita bercakap mengenai pemimpin UMNO, ada
logiknya juga, kebanyakannya sudah ada bukti mahupun
pertuduhan/perbicaraan. Tetapi, dengan menuduh
kepimpinan ulama PAS sedemikian rupa tanpa sebarang
bukti, adalah suatu dosa yang sukar diampunkan.
Apa sudah jadi dengan Sdr. Mohd. Sabu sehingga
beliau sanggup dan tergamak untuk meletakkan taraf
pemimpin PAS begitu rendah dan hina, serendah dan
sehina pemimpin UMNO. Ataupun, mungkin juga pemimpin
PAS yang beliau maksudkan itu adalah diri beliau
sendiri?
3. PENGGUNAAN BAHASA YANG TIDAK MENCERMINKAN AKHLAK
ISLAM
Tidak dapat dinafikan bahawa beliau adalah crowd
puller bagi PAS. Ceramah beliau seringkali mendapat
sambutan orang ramai, baik ahli PAS mahupun UMNO.
Tetapi seringkali juga ceramah beliau menjadi fitnah
kepada PAS. Umum mengetahui, beliau sentiasa nampak
hebat dengan gaya bahasa yang kasar dan kesat,
kadangkala mencarut dan selalunya mencerca dan
memaki pihak lawan sesuka hati. Ramai orang suka (terutamanya
ahli PAS) tetapi terlebih ramai yang benci dan
meluat (terutamanya dikalangan orang awam dan ahli
UMNO). Sebab itulah beliau dilarang berceramah di
kebanyakan tempat yang menjadi kubu kuat UMNO
termasuk di dalam beberapa pilihanraya kecil kerana
dikhuatiri menjadi fitnah kepada parti dan ramai
orang akan lari dari mengundi pembangkang. Ceramah
beliau bukan membawa kepada kesedaran Wai Islam
ataupun pembentukan Syakhsiyah Islamiyah tetapi
hanya menyemai dan menyubur perasaan benci dan marah
kepada mereka-mereka yang sepatutnya menjadi madu
kepada kita.
4. FITNAH KEPADA IMEJ ISLAM
Sesungguhnya kita memerlukan saf kepimpinan yang
mencerminkan akhlak dan syakhsiyah Islam supaya
jamaah kita senantiasa berada di atas landasan yang
betul dalam mengejar suruhan dan keredhaan Allah.
Janganlah disebabkan oleh hanya seorang yang tak
sepatutunya berada di dalam saf kepimpinan, Allah
tidak merahmati jamaah dan parti kita. Sebab itulah
kalau kita perhatikan sirah dan sejarah perjuangan
golongan terdahulu, mereka amat menitikberatkan soal
akhlak dan syakhsiyah pemimpin. Mana-mana pemimpin
yang ada walau syubhah dalam peribadi dirinya akan
ditolak dan diturunkan daripada jawatannya.
Kalau hendak mencungkil dan mendedahkan segala cela
keperibadian Sdr. Mohd Sabu, dikhuatiri akan
memalukan dan mengaibkan diri kita sendiri. Cukuplah
kita mengingati kembali peristiwa khalwat beliau
sewaktu menjadi ahli Parlimen di Kelantan. Kes
tersebut walaupun dibuang oleh Mahkamah Syariah atas
sebab-sebab teknikal, semua orang tahu tentang
kebenarannya. Kalau tidak masakan Al Marhum AlFadhil
Ust Fadhil Nor memarahi beliau pasai apa nak pi cari
penyakit?. dengan membenarkan perempuan bukan muhram
memasuki bilik hotel beliau??
5. KEHIDUPAN MEWAH
Beliau seringkali menyarankan kita didalam
ceramahnya supaya sentiasa hidup sederhana. Tetapi
sayangnya beliau sendiri tidak dapat melakukan apa
yang disarankannya sendiri. Mungkin kita boleh
bertanyakan beliau tentang rumah banglo di Bukit
Merah, sebuah kereta Naza Ria dan sebuah kereta
Perdana apakah ini corak hidup sederhana yang
dimaksudkan? Dalam keadaan beliau tidak ada
pendapatan tetap, bagaimana mungkin beliau dapat
memperolehi kesemuanya itu? Bayangkanlah kehidupan
sederhana yang bagaimana beliau akan zahirkan
sekiranya PAS memerintah dan beliau adalah salah
seorang daripada Menteri Kabinet?? Patutlah beliau
menyamakan pimpinan PAS dangan UMNO kerana
rupa-rupanya pimpinan PAS yang beliau maksudkan itu
adalah diri beliau sendiri!
6. KUAT MELOBI & BERMAIN POLITIK
Tidak salah untuk dipilih sebagai pemimpin. Tetapi,
jika sehingga lobi melobi, mengatur strategi dan
menyusun langkah semata-mata untuk memastikan
kemenangan diri sendiri, ini adalah sesuatu yang
menjengkelkan dan merupakan amalan yang tak dapat
diterima sama sekali bagi sebuah Jamaah/Parti Islam.
Sepatutnya usaha dan tenaga ditumpukan untuk
kemenangan parti bukannya kemenangan individu di
dalam parti.
Kita tahu bagaimana Sdr Mohd Sabu berusaha
bersungguh-sungguh untuk memastikan dirinya
dipanggil semaksima mungkin untuk merasmikan
mesyuarat agung kawasan, dengan harapan dirinya akan
dicalonkan untuk sekurang-kurangnya Naib Presiden.
Kita juga tahu bagaimana beliau menggunakan
orang-orangnya untuk turun kawasan melobi perwakilan
untuk diberi undi kepadanya kelak. Orang-orangnya
juga faham bahawa undi mereka untuk Naib Pesiden PAS
hanyalah untuk beliau seorang dan tidak perlu bagi
mereka mengundi calon yang lain.
Dan kita terlebih tahu bagaimana beliau menggunakan
wartawan harakah untuk mengangkat dirinya dan pada
masa sama melakukan serangan peribadi terhadap
pimpinan yang lain yang bukan didalam kelompoknya.
Budaya ini adalah budaya UMNO yang amat merbahaya
dan mengundang bala. Semoga anasir seperti ini dapat
kita padamkan sama sekali tanpa diberi peluang untuk
berkembang dimasa hadapan.
7. TERLALU INGIN KEPADA JAWATAN
Sesiapa yang ada kesempatan bertemu dengan Sdr. Mohd
Sabu kebelakangan ini (terutamanya perwakilan) pasti
mendengar cakapan beliau tentang pemilihan Muktamar
kali ini. Secara terbuka beliau menagih simpati
meminta untuk diberi undi kepada beliau sebagai Naib
Presiden. Dan apa yang kita sebutkan di atas sudah
cukup untuk menggambarkan betapa beliau
meminta-minta jawatan Naib Presiden untuk diri
beliau.
Sedangkan amalan tersebut adalah dilarang dan dicela
di dalam Islam. Sepertimana sabda Rasulullah SAW
dalam satu hadis :
Dari Abu Musa r.a. katanya: Aku dan dua orang lelaki
dari kaumku telah masuk kepada Nabi s.a.w.. Salah
seorang daripada dua lelaki berkenaan berkata:
Lantiklah kami menjadi ketua wahai Rasulullah!. Yang
seorang lagi juga berkata demikian. Lalu baginda
bersabda: "Sesungguhnya kami tidak melantik dalam
urusan ini sesiapa yang memintanya atau bercita-cita
untuk mendapatkannya"
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Di dalam hadis yang lain (riwayat Al-Bukhari dan
Muslim) Rasulullah SAW menasihati sahabatnya Abd
Rahman Bin Samurah : "Wahai `Abd ar-Rahman! Jangan
engkau meminta jawatan pemimpin. Sesungguhnya jika
engkau diberikannya dengan pemintaan maka engkau
ditinggalkan (tidak ditolong). Sekiranya engkau
diberikannya tanpa pemintaan maka engkau dibantu"
Tuan Guru Hj Hadi juga (seolah-olah menyedari
senario yang sedang berlaku) telah menegaskan di
dalam wawancaranya bersama harakah pada 21 Mei, 2007
: Mereka yang konsisten dan istiqamah dalam parti,
boleh berada dalam kepimpinan dan syarat yang
terpenting ialah seseorang itu tidak boleh meminta
jawatan. Dalam Islam kita tidak boleh meminta
jawatan...
8. GAGAL SEBAGAI PESURUHJAYA P.PINANG
Pulau Pinang adalah diantara negeri yang malang
mempunyai Sdr. Mohd Sabu sebagai Pesuruhjaya mereka.
Harapan untuk melihat P.Pinang maju dan bersatu
dalam mengerjakan amal jamai hanya tinggal harapan.
Kenyataanya, perhubungan negeri P.Pinang hampir
lumpuh. Ramai ahli perhubungan negeri sudah hilang
thiqah dan telah nekad untuk tidak menghadiri
sebarang mesyuarat perhubungan. Timbalan
Pesuruhjayanya juga telah bertindak meletakkan
jawatannya. Bagi mereka Badan Perhubungan PAS Negeri
P.Pinang hanya dikuasai oleh golongan pro-syiah.
Beliau seringkali gagal menghadiri mesyuarat
perhubungan negeri dan selalunya menyerahkan
kebanyakan tugasan kepada Setiausaha Perhubungan
tanpa penglibatan Timbalan Pesuruhjaya yang
sepatutnya lebih berperanan besar. Setiausaha
Perhubungan dilihat lebih berkuasa dalam banyak hal
dan seringkali gagal menjemput ahli perhubungan yang
bukan dari kelompoknya untuk menghadiri mesyuarat.
Mohd. Sabu juga dilihat lebih banyak menghabiskan
masa dengan ceramah diseluruh pelusuk Negara tanpa
mempedulikan nasib negerinya yang sepatutnya menjadi
amanah daripada Jamaah. Kadangkala kita pun hairan
kenapa beliau lebih mementingkan ceramah daripada
urusan negeri (mungkin juga untuk pengaruh peribadi
dan duit poket beliau!).
Sebab itulah nasib PAS P.Pinang diibaratkan oleh
ahlinya sebagai parah menanti rebah akibat dari
penyelewengan, kelemahan dan salahguna kuasa yang
telah dilakukan oleh Mohd. Sabu dan rakan-rakannya.
Kini, rungutan dan sungutan kedengaran di sana sini
supaya P.Pinang diberi Pesuruhjaya yang baru supaya
mereka boleh kembali bernafas dengan segar dan
nyaman. Dan yang pastinya udara itu mestilah udara
Ahl Sunnah Wal Jamaah!
9. BOCOR MAKLUMAT RAHSIA PARTI
Adalah menjadi prinsip amalan bagi pimpinan untuk
melaksanakan konsep kerahsiaan dan keterbukaan dalam
gerak kerja harakah. Ada perkara-perkara yang perlu
dirahsiakan daripada pengetahuan umum mahupun ahli
parti atas dasar maslahat umum terutamanya hal-hal
berkaitan penyusunan dan perancangan. Namun konsep
ini seolah-oleh tidak dimengerti oleh Sdr. Mohd
Sabu. Jika tidak masakan maklumat rahsia Parti boleh
bocor ke tangan pihak ke tiga. Beberapa kali
dilaporkan orang syiah P.Pinang terlebih dahulu tahu
mengenai beberapa keputusan di peringkat pimpinan
daripada ahli parti sendiri! Sedarlah bahawa suasana
ini amat merbahaya dan menjadi ancaman kepada parti
dan gerakan Islam keseluruhannya.
10. TIDAK AMANAH
Di antara ciri-ciri terpenting yang perlu ada dalam
diri pemimpin ialah sifat amanah. Tetapi, sayangnya
sifat ini sudah mula terhakis dari diri Mohd Sabu.
Kalau tidak masakan ada ahli-ahli PAS di Pulau
Pinang yang begitu nekad dan sanggup menulis surat
kepada Presiden PAS untuk menceritakan perbuatan
Mohd Sabu yang telah menyelewengkan wang perhubungan
PAS Negeri P.Pinang.
Di dalam surat tersebut, Mohd. Sabu telah dituduh
menyelewengkan wang Perhubungan PAS Negeri dan wang
Badan Khairat Kematian PAS Negeri untuk kegunaan
peribadinya. Beliau juga dituduh menyelewengkan wang
Tabung Mangsa Tsunami dan Dana Pilihanraya yang
telah disumbangkan oleh PAS Pusat. Mungkin atas
sebab itulah kenapa beliau tidak dapat menyediakan
dan membentangkan laporan kewangan negeri dan gagal
melantik Bendahari Badan Perhubungan Negeri
P.Pinang. Dan tidak hairanlah kenapa orang ramai
sudah mula hilang kepercayaan terhadap PAS P.Pinang
hinggakan mereka tidak mahu lagi menyumbangkan wang
ataupun infaq kepada perhubungan negeri.
Ketahuilah, pertuduhan ini amat serius. Ianya adalah
pecah amanah. Dan jika sesiapa membawa kes ini ke
pihak polis, nescaya ianya akan menjadi kes jenayah
yang amat berat. Mudah-mudahan kes ini tidak akan
berpanjangan sehingga ke peringkat tersebut. Jika
tidak, nescaya PAS akan hilang mukanya dibumi
Malaysia!
KESIMPULAN
Saya sayang Mohd Sabu....tetapi saya lebih sayangkan
kesucian Gerakan Islam.
|