Lirik begini tak menghina lagi?
ROSLAN SMS
(Terima kasih walkman)
Saya baru menerima lirik sepenuhnya lagu rap
Negaraku yang dinyanyikan oleh anak Cina biadap
dari Muar itu. Berikut saya berikan bahagiannya
yang saya sebagai seorang rakyat Malaysia yang
beragama Islam menanggap sangat menghina dan
biadap terhadap agama saya:
Pukul 5
pagi
Malah ada
yang memanggil untuk gerakkan aku diwaktu pagi
Kadangkala
mereka menyanyi beramai-ramai
Bila
didengar, macam duet lagu cinta
Suaranya
bagaikan lagu R&B
Walaupun
kadangkala nyanyiannya sumbang
Walaupun
kadangkala mereka menyanyi sehingga pecah-pecah
suara
Ada yang
macam bunyi kokok ayam jantan, tetapi mereka
bangun lebih awal (dari ayam jantan)
Lalu kita
boleh tahu bila untuk bersiap sedia untuk ke
kerja
Kalau laungan azan disamakan bagai orang
menyanyi, menyanyi sumbang, macam ayam berkokok,
ini bukan lagi ekspresi realiti seorang anak
muda, ini kenyataan biadap dan kurang ajat.
Tidak layak seorang warga Malaysia tidak
menghormati agama sesama rakyat Malaysia.
Saya tidak pernah mendengar seorang Muslim
Malaysia mempermainkan atau menghina agama
Hindu, Buddha atau Kristian, dalam apa cara
sekali pun lalu menganggapnya sebagai kebebasan
bersuara dan ekspresi. Tetapi anak Cina dari
Muar ini dipertahankan, dilindungi seolah-olah
kita membuka pintu pagar untuk maki hamun dan
mencaci sesama agama dan bangsa!
Saya difahamkan ada anak muda Melayu yang
beragama Islam dari sebuah parti politik
mengeluarkan kenyataan menyokong lagu biadap ini
dengan menanggap bahawa nyanyian itu
mencerminkan luahan hati seorang anak muda
terhadap realiti hidup di negara ini (anak Cina
Muar ini dijemput pula menyertai partinya).
Harap telitilah lirik lagunya baik-baik sebelum
mengeluarkan kenyataan tanpa usul periksa.
Esok adalah hari Jumaat, saya harap akan adalah
orang Islam yang prihatin bangkit membuat
laporan polis terhadap sibiadap ini. Siapa lagi
yang tinggal untuk mempertahankan maruah agama
ini?