|
Mayday for Justice!
ROSLAN SMS
Akhirnya Peguam
Negara membuat
penjelasan mengapa
pasukan pendakwaan
dalam kes bunuh HIGH
PROFILE Altantuya
Shaaribu ditukar
serta-merta.
Menurut Tan Sri
Abdul Gani Patail
ianya dilakukan
kerana:
DPP Salahuddin
Saidin yang
mengetuai barisan
pendakwaan telah
dilihat bermain
badminton dengan
hakim kes itu, Datuk
Mohd Zaki Md Yassin
(Utusan Malaysia)
Tambah Tan Sri Gani
lagi:
Situasi seperti itu
mungkin akan
ditafsir dan
dieksploitasi untuk
faedah tertentu oleh
pelbagai pihak bagi
apa jua tujuan yang
mungkin menarik
persepsi negatif ke
atas intergriti
Pejabat Peguam
Negara dan mahkamah
dan perlaksanaan
perbicaraan secara
adil (Utusan
Malaysia)
Saya
mengucapkan syabas
kepada Tan Sri Gani
kerana tindakan
pantas beliau itu.
Di dalam pengamalan
undang-undang
terdapat dictum atau
amalan yang berbunyi:
Justice must not
only be done but it
must be seen to be
done
Keadilan itu bukan
hanya perlu
dilaksanakan tetapi
ianya juga perlu
dilihat dilaksanakan
Walaubagaimanapun
dalam hal ini
sekiranya DPP
Salahuddin dilihat
bermain badminton
dengan Hakim Datuk
Mohd Zaki saya kira
bukan hanya DPP
Salahuddin yang
patut diganti tetapi
juga hakimnya! Dalam
hal ini saya
teringat
bekas Ketua Hakim
Negara Tun Mohd
Salleh Abbas dalam
satu ucapannya pada
tahun 1988 dahulu
pernah menyebut(The
Role of the
Independent
Judiciary: Tun
Salleh Abbas (Percetakan
AZ Sdn Bhd 1989)):
We judges
must act with
responsibility and
dignity and we must
not conduct
ourselves in a
manner which exposes
us and the system
with which we
operate to
unnecessary
criticism.
Kita para hakim
mestilah bertindak
dengan penuh
tanggungjawab dan
bermaruah, dan kita
tidak boleh
mengamalkan apa
sahaja yang mungkin
mendedahkan diri
kita dan sistem yang
kita kuasai pada
kritikan yang tidak
sepatutnya.
Saya yakin
pendedahan Tan Sri
Gani ini telah
sedikit sebanyak
mencetuskan kerguan
dihati rakyat
apalagi keluarga
Altantuya terhadap
hakim yang ada.
Tindakan Tan Sri
Gani mengarahkan
pertukaran serta
merta pegawainya
sangatlah
dialu-alukan, tetapi
Hakim Datuk Zaki
bagaimana?
Sebagai seorang
hakim saya pasti
beliau akur dan
faham akan adab dan
peraturan yang perlu
beliau amalkan demi
mempertahankan
integriti dan maruah
institusi kehakiman.
Tun Salleh semasa
beliau Ketua Hakim
Negara dahulu pernah
menyebut hatta
majlis-majlis sosial
dan keraian yang
melibatkan pimpinan
negara pun para
hakim perlu
berhati-hati apabila
melibatkan diri
inikan pula
bersosial seperti
bermain badminton.
Mudah-mudahan Majlis
Peguam Malaysia atau
apa sahaja badan
yang berkaitan akan
bertindak terhadap
pendedahan terbaru
ini. Selagi ianya
tidak ditangani maka
selama itulah sistem
kehakiman negara
akan terus
dipertikaikan dan
selagi itulah kisah
sebenar disebalik
pembunuhan mendiang
Altantuya akan terus
menjadi buah-mulut
orang-ramai.
SILA KE BLOG
ROSLAN SMS
|