|
Teori penipuan di
Ijok
ROSLAN SMS
Pihak SPR mengumumkan bahawa dari 10,195 undi yang
dikeluarkan oleh pihaknya dalam Pilihnaraya Kecil
Ijok Sabtu lalu, 143 kertas undi tidak dipulangkan.
Dan menurut mereka bilangan itu merupakan jumlah
tertinggi dalam rekod. Menurut Setiausaha SPR adalah
merupakan satu kesalahan berdasarkan Seksyen 3(1)
Akta Kesalahan Pilihanaraya 1954 untuk tidak
memulangkan kertas-kertas undi yang dikeluarkan.
Apabila ditanya bagaimana kejadian ini boleh berlaku,
Setiausaha SPR menurut BERNAMA berkata:
The EC is unable to do
anything. The booth to mark the ballot paper is a
private place. If the voter keeps the ballot paper
as a souvenir, there is nothing we can do.
SPR tidak dapat
berbuat apa-apa. Petak mengundi adalah tempat sulit.
Sekiranya pengundi memilih untuk menyimpan keras
undi itu sebagai cenderamata, tidak ada apa yang
boleh kami lakukan.
Apa reaksi anda apabila membaca berita ini? 143
kertas undi yang dikelaurkan pada hari mengundi,
kepada pengundi yang hadir, tiba-tiba boleh berlaku
ianya tidak dikembalikan. Apa yang boleh anda baca
dari kejadian ini?
Saya tidak tahu dengan yang lain tetapi berikut
bacaan saya (berdasarkan kepada audio mengenai
pembelian undi yang terpapar dalam laman sahabat
saya Sdr Anuar Md Nor di http://www.umno-reform.com/
):klik sini
Terdapat satu sindiket besar yang terlibat
memperalatkan 143 kertas undi ini, bagaimana?
PERTAMA 143 kertas undi ini samada telah siap berada
dalam tangan PEMBELI UNDI atau dikeluarkan oleh 143
pengundi.
KEDUA Sindiket akan memangkah BN pada kesemua 143
undi yang dikeluarkan ini.
KETIGA Sindiket akan mendekati melalui kakinya
sejumlah para pengudi yang dikenal pasti. Jaringan
143 orang kaki sindiket ini akan mengunakan para
pengundi yang dikenal-pasti iaitu dengan menyerahkan
kertas undi yang bertanda BN ini kepada mereka untuk
dibawa masuk ke bilik mengundi.
KEEMPAT Pengundi akan masuk ke bilik mengundi,
menerima kertas undi baru tetapi memasukkan dalam
peti undi kertas yang telah sedia dipangkah
sedangkan kertas mereka akan dibawa keluar tanpa
pangkah
KELIMA Kertas undi yang dibawa keluar tanpa pangkah
akan diserahkan kepada sindiket dan pengundi tadi
akan menerima habuan, kalau mengikut audio dalam
Umno Reform sogokannnya adalah tunai RM150.00
KEENAM Seterusnya kertas undi yang dibawa keluar itu
akan dipangkah pada ruangan BN dan proses di atas
diulang kembali. Sekiranya kitaran atau cycle ini
berulang 10 kali bermakna BN telah terjamin dengan
1,430 undi (soalnya berapa kalilkah cycle ini telah
diulang-ulang di Ijok Sabtu lepas?)
KETUJUH Cycle ini akan berakhir apabila waktu
mengundi tamat dengan 143 kertas undi yang divbawa
keluar oleh jaringan pengundi terakhir diserahkan
kepada sindiket.
Mungkinkah ini yang sebenarnya telah berlaku di Ijok
Sabtu lepas?
Anda mungkin bertanya apakah pengundi itu tadi tidak
boleh berpaling tadah dan melaporkan kejadian ini?
Jawapannya ia tidak mungkin berlaku kerana pengundi
telah menerima habian dan keduanya pengundi nanti
akan diingatkan oleh sindiket bahawa mereka pun
boleh didakwa di bawah Akta Kesalahan Pilihanraya di
atas jika sampai kepengetahuan pihak berkuasa, oleh
itu semua pihak diam membisu.
Apalah sangat RM150 satu undi bagi mereka jika
hadiahnya adalah memenangi satu kerusi dan
menewaskan pihak pembangkang.
Ini cuma teori saya, ia mungkin benar dan mungkin
juga tidak. Tetapi tindakan yang mengakibatkan 143
undi tidak dikemablikan di Ijok adalah sesuatu yang
tidak rasional, tidak masuk akal, mustahil boleh
berlaku kecuali sesuatu sebesar teori saya ini
dirancang oleh pihak-pihak yang tidak
bertanggungjawab!
Kenyataan SPR bahawa kononnya kertas-kertas undi ini
dikeluarkan oleh mereka yang mahu menyimpannya
sebagai cenderahati adalah kenyataan yang paling
tidak masuk akal, takkanlah setakat itu sahaja
kemampuan SPR untuk memikirkan rasionalnya tindakan
ini.
Apa pun pihak-pihak yang memiliki kepentingan perlu
melihat perkara ini secara serius dan menuntut agar
suatu penyiasatan diperingkat tertinggi segera
diadakan. Jika teori saya ini ada asasnya bermakna
pilihanraya di Malaysia sudah tidak telus lagi malah
telah diperkosa dengan penipuan paling besar yang
akan meruntuhkan institusi demokrasi dan pilihanraya
yang sama-sama kita dokong selama ini.
Mohon disiasat!
SILA KUNJUNGI BLOG ROSLAN SMS CORNER
http://n32.blogspot.com
|