|
Pada 13 Mac lepas Mahkamah Rayuan telah menolak
rayuan R. Subashini seorang Hindu dengan memutuskan
bahawa Mahkamah Sivil tidak boleh menghalang
suaminya Muhammad Shafi Saravanan yang telah memeluk
agama Islam daripada pergi ke Mahkamah Syariah untuk
membubarkan perkahwinannya dan mendapatkan hak
penjagaan ke atas anak-anak mereka.
Semasa menolak rayuan Subashini, mahkamah juga
memutuskan bahawa walaupun Subashini bukan seorang
isteri beragama Islam, beliau boleh pergi ke
Mahkamah Syariah untuk mendapatkan hak penjagaan
anaknya yang diperoleh suaminya.Hakim Mahkamah
Rayuan Datuk Suriyadi Halim Omar dan Hakim Hasan Lah
menolak rayuan itu manakala Hakim Gopal Sri Ram
memberikan penghakiman bertentangan.
Itu keputusan Mahkamah rayuan, dan menurut amalan
kita sebarang kritikan atau cabaran ke atas
peghakiman tersebut dikira satu penghinaan ke atas
mahkamah (an act of contempt). Walaupun kita mungkin
tidak bersetuju dengannya namun sebagai seorang
warganegara yang berpegang teguh kepada amalan
Rukunegara kita sewajarnya menghormati keputusan itu.
Sejak kebelakangan ini kita perhatikan dalam kes ini
banyak pihak, individu, kumpulan termasuklah seorang
Menteri Pusat secara terang-terangan menyatakan
bantahan terhadap keputusan ini. Dalam akhbar THE
SUN di mukadepannya Menteri di JPM Datuk Bernard
Dompok dilaporkan berkata:
It unreasonable. Non Muslims should not submit to
Syariah Court.
Ianya tidak patut. Seorang bukan Islam tidak harus
tunduk kepada Mahkamah Syariah.
Yang memeranjatkan Dompok bukan sekadar menyatakan
bantahnnya itu secara terbuka malah turut mengungkit
kembali isu 10 orang Menteri Pusat yang pernah
menyerahkan memorandum kepada Perdana Mneteri satu
ketika dahulu memohon semakan semula ke atas
peruntukkan perlembagaan berhubung hak bukan Islam
ekoran kes kontroversial Allahyarham Sarjan Moorthy.
Kita difahamkan semua menteri berkenaan akhirnya
telah menarik balik memorandum mereka itu atas
nasihat PM (kerana tidak pernah dalam sejarah
malaysia Merdeka menteri-menteri bukan Islam
bertindak secara kolektif begitu). Rupa-rupanya
Dompok dengan tegas menyatakan bahawa beliau
terkecuali.
Akhbar berkenaan dengan jelas melaporkan:
Except for Dompok the others later withdrew the
memorandum
Melainkan Dompok yang lainnya (menteri-menteri
berkenaan) telah menarik balik memorandum tersebut.
Kata Dompok:
As a matter of principle I stand by it
Dari segi prinsipnya saya berdiri teguh padanya
Saya kira sikap mencabar dan menghina mahkamah
seumpama ini perlu dihentikan serta-merta. Ia nanti
akan hanya mencetuskan pergeseran sesama rakyat
Malaysia dan akan mengundang ketegangan yang hanya
akan merugikan semua pihak. Contohnya apa maksud
Presiden Majlis Perundingan Buddhism, Kristian,
Hindu, Sikh dan Tao iaitu Datuk Chee Peck Kiat
apabila beliau mencela salah seorang hakim Mahkamah
berkenaan iaitu Datuk Suriyadi Halim Omar kerana
telah memetik ayat-ayat al Quran dalam menyampaikan
hujah kehakimannya.
Kalau beliau mengambil masa mengkaji penghakiman
hakim-hakim di negara ini sejak zaman penjajahan
lagi beliau akan dapati bukan hanya al Quran malah
ayat-ayat dari Bible pun pernah dipetik oleh hakim,
mengapa dalam hal ini beliau mensasarkan
ketidakpuasan hatinya terhadap al Quran?
Dan lebih-lebih lagi sikap Dompok jelas menunjukkan
yang beliau tidak tunduk pada nasihat Perdana
Menteri untuk menarik balik memorandum itu, malah
dengan bangga membangkitkan kembali isu ini dan
secara terang-terangan mencabar keputusan mahkamah.
Apabila kita mendiamkan diri, maka akan lebih
ramailah pihak yang akan bersuara dan akhirnya
mencetuskan suasana tegang seolah negara ini berada
dalam anarki.
Saya merayu semua pihak agar menghormati keputusan
mahkamah kerana itulah yang kita dididik kepada
semua warganegara kita. Mengkritik secara terbuka
seumpama ini akan hanya mengundang ketidakpuasan
hati pihak lain dan akhirnya yang rugi adalah kita
semua. Dompok dan kuncu-kuncunya boleh memilih untuk
tidak bersetuju tetapi beliau perlulah menggembeling
kuasa politik bagi membuat perubahan dan meminda apa
sahaja peruntukkan yang ada yang telah digunakan
untuk menurunkan penghakiman ini.
Dompok, Datuk Chee, WAO (Womens Aid Organaisation),
beberapa kumpulan Gereja yang tertentu bolehlah
bergabung tenaga membentuk kekuatan politik untuk
mendapat mandat rakyat, itulah saluran yang
terhormat, jika tidak, lebih baik terima sahaja
keputusan ini dan jangan menjadi dalang membakar api
ketegangan antara kaum dan agama.
http://n32.blogspot.com
|