|
Berakhir matlamat perjuangan Umno?
ROSLAN SMS
Kalau kita selak perlembagaan Umno kita akan
terjumpa maksud asal dan tujuan perjuangan parti
Melayu ini iaitu pada Fasal 3 perlembagaannya yang
berbunyi:
UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang
mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi
mengekalkan maruh dan martabat bangsa, agama dan
negara.
3.1 Mempertahankan
kemerdekaan dan kedaulatan negara.
3.2 Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan
Negara, Perlembagaan Negeri-negeri dan Raja
Berpelembagaan.
3.3 Menegak, mempertahan dan mengembangkan
Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip
kebangsaan beragama.
3.4 Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan
sosial dengan mengamalkan Sistem Pemerintahan
Demokrasi Berparlimen serta memajukan ekonomi rakyat
Melayu dan Bumiputera khasnya dan rakyat Malaysia
amnya.
Dari sejak dahulu lagi kita diasak saban hari bahawa
nasib dan masadepan bangsa Melayu adalah merupakan
agenda perjuangan Umno lantaran peruntukkan di atas.
Umno akan bingkas bangun apabila sahaja ada usaha
untuk mengahakis atau menganggu-gugat status quo
yang telah diasaskannya itu.
Malah yang terakhir kita pernah dipertontonkan
betapa Ketua Pemuda Umno Hishamuddin Tun Hussien
menghunuskan keris dalam Perhimpunan Pemuda Umno
sebagai simbol betapa bersedia dan beraninya Pemuda
Umno menggadai nyawa untuk mempertahankan martabat
bangsa Melayu ini.
Lalu saya agak terkejut apabila membaca laporan
akhbar hari ini bahawa rupa-rupanya Umno kini sudah
mula bersedia merongkaikan ikatan dirinya terhadap
asas perjuangan asal partinya itu dahulu.
Dua berita dipaparkan oleh akhbar saluran perdana
hari ini adalah:
PERTAMA bahawa kerajaan akan mengecualikan
syarikat-syarikat yang melabur di Wilayah
Pembangunan Iskandar atau WPI dari syarat-syarat dan
peraturan Jawatankuasa Pelaburan Asing (FDI).
Peraturan dan syarat FDI ini adalah berkenaan syarat
penyertaan Bumiputera dari sudut hak milik dan
tenaga kerja.
KEDUA adalah kenyataan bekas TPM Musa Hitam
yang juga ahli lembaga Penasihat WPI bahawa sudah
tiba masanya Umno menjelaskan kepada ahli-ahlinya
bahawa hayat Dasar Ekonomi Baru atau DEB khususnya
dalam kes WPI ini sudah berakhir.
Memang pelbagai hujah dan alasan diberikan oleh
pimpinan semasa dalam Umno akan betapa perlunya
perkara-perkara kritikal yang membabitkan survival
bangsa Melayu khasnya dalam ekonomi ini perlu
dipergadaikan. Demi kemajuan WPI, demi kemajuan
negara, apa salahnya bangsa Melayu mengalah dan
bersedia bersaing secara kompetitf.
Mereka yang mungkin bukan ahli atau pemimpin Umno
pasti akan melihat perkembangan ini dengan penuh
hairan dan takjub. Apakah ekonomi bangsa Melayu yang
diperjuangkan oleh Umno sejak lebih 50 tahun
kebelakangan ini sudah hebat, kukuh dan ampuh
sehingga sudah tiba masanya untuk kita membuka pintu
pagar bagi mencetuskan suasana FREE FOR ALL tanpa
kuota, tanpa peruntukkan khas, tanpa apa-apa lagi
perlindungan dan bantuan?
Ahh kita sudah kini memeluk dasar jiran kita
Singapura rupanya. Ayuh bawa masuklah para pelabur
dan rakyat Singapura, ayuh masuklah pelabur dan
rakyat China, Taiwan, Amerika dan Eropah, kami sudah
bersedia memeluk anda semua tanpa sebarang prejudis,
sekatan atau apa sahaja, kerana kami bangsa yang
sudah maju dan kukuh.
Belilah hartanah kami, belilah rumah kami, bangunan
kami, tanah kami, apa sahaja asalkan kami maju, anda
senang, kami juga senang. Warga asing kini sudah
boleh membeli hartanah kediaman melebihi RM250,000
iaitu nilai haratanah yang biasanya dibeli oleh
rakyat Malaysia dan orang Melayu kelas pertengahan.
Tiada lagi sekatan.
Sudah pasti ramai yang bimbang melihatkan
perkembangan baru dalam sikap dan pendirian Umno ini.
Ternyata langkah-langkah terbaru ini terlalu laju
sedangkan kenyataannya bangsa Melayu yang
benar-benar telah berjaya masih kecil bilangannya.
Kata Musa Hitam:
Now there are even Alis who are using the Babas not
as sleeping partners but as equals (Kini sudah ada
Ali yang menggunakan Baba bukan sebagai rakan pasif
tetapi rakan perkongsian yang setaraf)
Berapakah bilangan Ali itu? Kalau pun ada barangkali
termasuklah usahawan-usahawan segera dari kalangan
pimpinan Umno juga yang bilangannya kecil dan tidak
mencerminkan langsung keadaan orang Melayu secara
keseluruhannya yang masih bergelut mahu mencuri
nafas lantaran dicekik oleh kenaikan kos hidup yang
sangat membebankan.
Berapa ramai orang Melayu yang ada duit lebih
sehingga boleh menaja sekerat dua Mat Rempit untuk
terjun dari langit di Kutub Utara berbanding dengan
begitu ramainya orang Melayu yang bermasalah kini
untuk membayar pinjaman rumah, pinjaman kereta,
pinjaman pengajian anak-anak, berduti utnuk beli
rumah, bangunan dan gedung.
Bagi saya langkah terbaru Umno ini yang dibuat dala
ekadaan terburu-buru akan akhirnya merugikan bangsa
Melayu itu sendiri.
Kalau Umno dahulu mula menghirup nyawa di Johor
nampak- nampaknya di Johor jugalah ianya nanti akan
mula semput, nazak dan dikebumikan oleh bangsa
Melayu sendiri.
|