|
Riwayat Melayu Tamat -
Bermula di Wilayah Pembangunan Iskandar
Kerisauan Melayu terhadap strategi kerajaan dalam
melaksanakan Wilayah Pembangunan Iskandar juga
mendapat perhatian dari Melayu diperantauan. Rata
rata mengikuti perkembangan ini melalui lama-laman
blog selain dari akhbar-akhbar harian yang tidak
berapa telus. Mereka juga turut bercerita sesama
mereka, cuma suara itu tidak sampai ke bumi bertuah,
Malaysia.
Di Timur Tengah, mereka yang telah melihat
pembangunan pesat di Negara seperti UAE, Bahrain,
Qatar dan Oman tidak pernah terbaca, negara-negara
ini menggunakan khidmat negara lain secara langsung
membangunkan negara mereka seperti yang dilakukan
oleh Negara Islam Malaysia.
Mereka juga tidak pernah mendengar atau terbaca,
pembangunan di kawasan-kawasan tertentu dikhaskan
untuk menampung mana-mana negara dalam dunia ini.
Memang diakui mereka terbuka dewasa ini tetapi
kawalan masih berada 100% di tangan mereka.
Tidak pula Negara ini melepaskan kepentingan bangsa
mereka atas nama pembangunan. Mereka dengan tegas
mengatakan strategi yang digunakan di WPI, dengan
menjemput Singapura berada bersama-sama dalam
pasukan perancangan WPI adalah satu strategi gila.
Mereka sudah tidak mahu berbincang panjang mengenai
Wilayah Pembangunan Iskandar tetapi kata mereka,
kalau pemimpin sendiri iaitu Perdana Menteri
Malaysia sudah tidak tahu memacu negara, jiwanya
seperti lalang semasa berhadapan dengan dunia luar,
kata-katanya tawar dan tiada pengisian, maka Wilayah
Pembangunan Iskandar akan membuktikan ia adalah
detik permulaan tamatnya riwayat hak-hak bumiputera
di Malaysia.
Ia adalah tapak eksperimen kepada pembubaran dasar
dasar Bumiputera yang lain dan ini dibuktikan
apabila Perdana Menteri akur dengan penghapusan
ekuiti 30% Bumiputera di WPI. Malah lebih
menghancurkan apabila Perdana Menteri memberi
isyarat ia akan diteruskan di
pembangunan-pembangunan lain. Canang sudah dipukul
dan bunyinya teramat sumbang dan menyakitkan telinga.
Yang bersorak sorai adalah Singapura. Dari mana idea
ini datang kalau tidak ada yang menasihatinya atau
paling tidak ada orang yang menyebutnya. Melobi
sudah pasti berlaku.
Kalau ada pelaburan dari Timur Tengah pun, ia akan
melalui syarikat usahasama dengan Singapura dan
masih di bawah kawalan Singapura kerana mereka
berpengkalan di sana.
Kata putus Suara Melayu dari Timur Tengah adalah;
Kekalkan hak Bumiputera, perkuatkan dan pertambahkan
hak Bumiputera. Kedudukan Singapura dalam WPI adalah
setaraf Perdana Menteri dan ini adalah Haram.
Singapura tidak boleh ada apa-apa kaitan atau suara
dalam WPI melainkan sebagai pelabur seperti
pelabur-pelabur lain dari India dan Cina yang
menurut tatacara pelaburan.
Akhir kata, mereka menyuarakan.
"Bersuara bukan membangkang"
"Kami boleh memikirkan diri kami sendiri tetapi kami
memilih untuk memikirkan Agama, Bangsa dan Negara
kami"
"Wahai umat Melayu yang percaya, pada hari ini Allah
s.w.t telah menganugerahkan kepada kamu satu peluang.
Peluang untuk mempertahankan hak kamu. Oleh itu
bangkit dan bersuara lah atas nama Agama, Bangsa dan
Negara"
"Wahai umat Melayu yang tidak percaya, yang tunduk
kepada nafsu syaitan, membenarkan Singapura
mencampuri urusan kamu di tanah air kamu dan
menyerahkan hak Melayu atas nama agenda syaitan kamu,
kamu adalah sebenar-benar Pengkhianat Agama Bangsa
dan Negara. Bertaubatlah"
Dilapurkan oleh KZ Ahmad
www.kzahmad.blogspot.com
|