“LEGASI TUN RAZAK : PRESIDEN
PROWARIS MEMECAH TRADISI TAKUT MENGKRITIK KEPIMIMPINAN
MELAYU TERTINGGI YANG DATANG DARIPADA KELUARGA SENDIRI” Oleh
Rais Satimin
“Para jemputan Legasi Tun Razak yang dianjurkan oleh Akademi
Pemuda UMNO pada 15 dan 16 Jun 2007 terperanjat apabila
Feriz Omar, Presiden ProWaris menggemparkan dewan dengan
lantang dengan mengeluarkan hujah-hujah mengkritik YABhg Tun
Musa Hitam berkaitan dengan isu WPI”.
Pada 15-16 Jun 2007 menyaksikan suatu acara yang mengundang
pelbagai reaksi dan emosi rakyat terhadap kenangan serta
jasa yang dicurahkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak,
Perdana Malaysia yang Kedua.
Sekalipun, ia adalah acara yang dikendalikan oleh Pemuda
UMNO Malaysia, ia berjaya menarik kehadiran pelbagai parti
politik, ahli-ahli korporat serta badan-badan bukan kerajaan,
NGO seperti ProWaris Malaysia.
Dalam sesi-sesi yang disertai oleh para hadirin, ramai tokoh
kepimpinan muda yang menampilkan pandangan radikal yang
berani mempelbagaikan pendekatan kepimpinan
organisasi-organisasi Melayu yang kepada sesetengah
penganalisis seperti, sudah hambar, tidak relevan dengan
suasana hari ini dan perlu diberi nafas baru.
Kehadiran ProWaris dalam sesi soal jawab dalam forum bersama
2 tokoh politik yang disegani UMNO iaitu Tengku Razaleigh
Hamzah dan Tun Musa Hitam sudah diramalkan akan berlaku
pertembungan hangat.
Menyedari falsafah perjuangan ProWaris yang “apolical” iaitu
sanggup mengetepikan perbezaan falsafah politik demi
mencapai Agenda Melayu dan Islam, ramai yang menantikan
isu-isu yang dibangkitkan oleh Presiden ProWaris sendiri
iaitu Saudara Feriz Omar.
Sekalipun ucapan Tengku Razaliegh Hamzah, bekas Menteri
Kewangan Malaysia disingkatkan oleh Datuk Mohd Annuar Zaini
selaku moderator untuk sesi tersebut, Presiden Prowaris itu
telah berjaya mengupas isu sebenar Bangsa Melayu hari ini
berbanding dengan Bangsa Melayu ketika pentadbiran
Allahyarham Tun Abd Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Katanya “Sesungguhnya cabaran Allahyarham Tun Razak untuk
menyatu-padukan bangsa Melayu, Cina dan India adalah TIDAK
BEGITU MENCABAR kerana rakyat Malaysia pada ketika itu
rata-rata bermentaliti “HERD SOCIETY” yang bermakna sentiasa
mengikut arahan pemimpin”.
Fakta yang dibangkitkan oleh Presiden ProWaris itu adalah
benar kerana rakyat Malaysia hari ini adalah ternyata jauh
lebih berbeza kerana hari ini golongan cerdik -pandai
semakin ramai dan tidak putus-putus mengkritik mempersoalkan
dasar kerajaan.
Feriz dengan lantang menyatakan bahawa “Ini jelas dan nyata
kerana Melayu hari telah berpecah tiga iaitu UMNO, PAS dan
Keadilan”.
Beliau kemudiannya merujuk kepada Perkara 43 halaman 19
dalam ucapan Tengku Razaleigh yang tidak sempat habis
sampaikan oleh Tengku, “Kaum Cina nampaknya tidak berpecah.
Walaupun mereka mempunyai tiga atau lebih parti politik,
mereka bersatu apabila menghadapi kepentingan bahasa,
pendidikan, ekonomi dan kepentingan politik mereka.
Apa-apa desakan atau tuntutan yang tidak dapat disuarakan
secara terus terang oleh parti Cina dalam Barisan Nasional,
tuntutan itu akan dilancarkan oleh parti Cina yang lain,
misalnya Parti DAP, atau oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan
(NGO) cina, iaitu Dong Ziao Jong atau Shiu Qiu yang cukup
besar dan berpengaruh, disegani atau digeruni oleh pari MCA,
Gerakan dan DAP.
Tidak ada parti politik Cina yang berani menggertak atau
mencegah kedua NGO Cina daripada bersuara menentang atau
mengkritik kerajaan atau menuntut itu dan ini daripada
kerajaan.”
Feriz lantas melaungkan “Sesungguhnya hak perjuangan Agenda
Melayu adalah bukan 100% hak mutlak UMNO; perjuangan Agenda
Islam adalah bukan 100% hak mutlak PAS; dan perjuangan
menuntut keadilan adalah bukan hak mutlak Parti Keadilan
Rakyat. “
Laungannya yang lantang mendapat tepukan gemuruh dari
seluruh ruang dewan.
YBM Tengku Razaleigh mengakui bahawa itu adalah kenyataan
yang tepat dan sesungguhnya kita perlu menggerakkan NGO-NGO
Melayu untuk lebih berani tampil dan pada masa yang sama,
Bangsa Melayu perlu memberi sokongan penuh ke atas NGO-NGO
Melayu demi Agenda Melayu dan Islam.
Tidak habis dengan isu pertama, Presiden ProWaris itu
menerjah dengan soalan mengenai Isu Wilayah Pembagunan
Iskandar, suatu persoalan yang ditujukan khas kepada YABhg
Tun Musa Htam.
Katanya “ .... Sir, in the past few moths you have been
aggressively promoting Iskandar Development Region (IDR). If
today we are celebrating Tun Razak, a leader who is claimed
to be a democratic leader who would seek people’s opinion
before making decision, what would he say to you if he were
still alive today?”
Tun Musa yang mungkin tidak sangka akan isu WPI dibangkitkan
dalam acara menghargai Allahyarham Tun Razak terpaksa
membuka bicara dengan satu lawak jenaka kononnya untuk
menenangkan suasana dewan “Pasal soalan kedua tu, kita
kurang faham kerana Feriz bercakap orang putih ....” dengan
harapan mengalihkan pandangan ramai.
Tanpa dijangka, Presiden ProWaris itu menuju ke mikrofon
lantas berkata “... Tun kalau tak faham, saya boleh
terjemahan satu persatu, atau Tun saja buat-buat tak faham
...” untuk mengelakkan Tun Musa dari menepis isu sebenar WPI.
Pada ketika itu, suasana dewan menjadi sepi seketika.
Seluruh dewan terperanjat dengan kenyataan Tun Musa setelah
itu. Katanya “ . . . . Sorry, Feriz I am not trying to
expose you here, but mungkin tuan-tuan dan puan-puan tidak
tahu bahawa Feriz Omar adalah ahli keluarga saya sendiri
.... dan oleh itu saya terpaksa menjawab isu WPI ini”.
Katanya dengan ringkas, “WPI adalah sebenarnya suatu projek
terancang untuk mengantarabangsakan Malaysia. Pendekatan
cara sebegini diiktiraf oleh Tun Ismail sendiri berpuluh
tahun dahulu bahawa ia adalah pendekatan terbaik untuk kita
membuka ruang dengan negara-negara jiran agar
“berunding-niaga” secara diplomatik dengan tujuan
memposisikan ekonomi negara berdasarkan kemudahan
infrastruktur seperti lapangan kapal terbang, lebuhraya dan
pelabuhan yang terbina dengan pelaburan kerajaan yang
berbilion ringgit”.
Dalam suatu sesi saya bersama Feriz selepas forum tersebut,
beliau menyatakan bahawa “Isu yang ditujukan sebenarnya
bukan kerana Melayu menolak mana-mana pembangunan negara
tetapi hari ini, Rakyat Malaysia terutamanya Bangsa Melayu
masih tidak puas hati dengan kerajaan yang sentiasa lari
daripada berdiskusi dengan Rakyat. Terimalah hakikat bahawa
Bangsa Melayu tidak mahu kerajaan melakukan kesilapan yang
sama dalam membangunkan Goergetown dan Kuala Lumpur”.
“Tidak kira sama ada saya adalah cucu kepada Tun Musa atau
tidak, ini persoalan kerisauan Bangsa Melayu terhadap sebuah
pembangunan di tanah nenek moyang Melayu Johor yang
asal-usul tertubuhnya Malaysia dan menjadi kubu kuat
kepimpinan Melayu pada hari ini !!” tegasnya.
Pada pandangan saya, ini adalah suatu insiden yang perlu
dirakamkan kerana ia adalah realiti sebenar evolusi politik
Melayu yang bercanggah dengan “trend” kepimpinan muda Melayu
yang lain. Dalam pertembungan Feriz-Tun Musa itu, kita tidak
lihat situasi yang boleh dikatakan biadap atau bersikap
kurang ajar tetapi suatu tindakan tegas Melayu Muda dan
dibuat untuk memastikan masej itu sampai kapada Tun Musa.
Hari ini, kita lihat bahawa kepimpinan Melayu Muda terlalu
terikut sangat dengan tradisi lama, kepimpinan Melayu yang
takut menegur kepimpinan tertinggi Melayu apatah lagi
daripada keluarga sendiri. Mungkin kerana takut “KEHILANGAN
BANTUAN TANGAN GHAIB” atau “KEHILANGAN KEDUDUKAN DALAM
PARTI”.
Kita nanti saja bila KJ berani membidas Pak Lah; atau
pandangan Mukhriz tidak lagi sealiran dengan Tun Mahathir.
Itu pun kalau mereka berani . . . atau takut tak dapat
mencium kerusi Perdana Menteri.
RAIS SATIMIN
Penganalisis Perjuangan Melayu & Islam
25 Jun 2007