BALIK KE MUKA UTAMA

 


 

WILAYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR

 

satu enjakan konsep

 

Rahim Zain

mantan Ketua Pengarah

Unit Penyelidikan Sosio-Ekonomi

Jabatan Perdana Menteri

 

Ringkasan cadangan konsep

 

Kesediaan orang Melayu mengorban keistimewaan untuk menjayakan WPI adalah satu tanda positif dan perlu diambil kesempatan dari perubahan fikiran itu secara smart.

 

Tanah (seluas 2700 ha. yang pada mulanya ditanda) untuk dimajukan dibawah projek Wilayah Pembangunan Iskandar perlu dimajukan secara berstrategy pintar untuk mencapai dua matlamat sama besar. Pertama ialah bagi membina satu Bandaraya baru yang menjadi pusat perbankan, perdagangan dan perindustrian dan perkhidmatan antarabangsa yang berdaya tinggi dengan segala kemudahan dan kecangihan untuk menarik pelabur dan pengusaha serta professional untuk menjadikan Bandaraya itu pilihan mereka. Kedua ialah untuk menjadikan Bandaraya mega itu lebih menarik dari Singapura dalam semua aspek sehingga Singapura tidak lagi menjadi jiran yang memberi masalah. Undang-undang khas mesti diadakan bagi wilayah itu supaya ia dapat maju lebih dari Singapura( tanah+persekitaran+sumber insan).

 

Bagi mencapai matlamat besar itu perancangan pelaksanaanya mesti rapi bagi mengambil kira elemen global dan faktor kejayaan serta dana yang cukup dalam jangka masa yang munasabah. Pembangunan yang hanya berat kepada memaju hartanah dan menumpu kepada apa yang ada untuk keuntungan dan kegiatan paras biasa adalah satu kesilapan besar. Dengan cara itu Singapura akan menjadikan wilayah itu serambi Temasik.

 

WPI perlu dimaju sebagai pusat PERKHIDMATAN dalam semua bidang termasuk kewangan dan perbankan, baik perbankan Islam dan perkhidmatan professional dan kepakaran tinggi untuk dunia. Konsep yang dipakai untuk memajukan WPI mesti melebihi pemikiran bagi memajukan  Langkawi, Labuan, dan Multi-media Super Corridor. Kuala Lumpur, Langkawi, Labuan, Putrajaya dan Cyberjaya mesti di‘pindah’ ke WPI. WPI mesti dijadikan jendela keupayaan Malaysia mencapai 2020.

 

Idea besar yang disokong oleh perancangan dan pelaksanaan yang berdaya tinggi dari seluruh dunia boleh memberi kejayaan. Dubai dan Abu Dhabi adalah contoh yang Malaysia boleh atasi. Kerja seperti itu perlu kepada Pelaksana besar seperti yang pernah Negara lihat dari apa yang dibuat oleh Tun Dr Mahthir.  

 

 

Tun Musa Hitam telah melontar pandangan bahawa Malaysia patut mengecualikan pembangunan di Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) daripada dasar memberi keutamaan kepada orang Melayu bagi membantu  menarik dana pelabur asing. Musa mahu memberi kelonggaran seluas mungkin kepada pelabur asing. Dasar keistimewaan orang Melayu pada pandangan beliau mungkin menjadi penghalang kepada kedatangan pelabur asing ke WPI. Kenyataan yang lantang dikeluar dengan tidak semena-mena itu memeranjatkan.  Orang Melayu  kononnya sudah berupaya sama dengan kaum lain dan boleh duduk sama tinggi dan  mampu berperanan dalam konteks kegiatan di Wilayah Pembangunan Iskandar nanti. Memang ada ramai individu Melayu yang berkeupayaan, tetapi yang berjaya sebagai entrepreneur belum ramai, yang makan gaji ramai. Yang menghairankan ialah kenapa tiba-tiba saja logic itu timbul dan timbul secara tidak perlu didebat lagi. Kenapa hanya pemimpin Johor sahaja yang perlu diberi penerangan mengenai perkara itu?  Nampaknya sekali lagi orang Melayu akan dihanyutkan oleh pemimpin Melayu yang berkepentingan jangka pendek dan tidak mahu berfikir panjang, mendalam, dan dengan bijak bagi memajukan Negara dan sambil itu  menuju matlamat orang Melayu sama.

 

Satu lepas satu penghakisan kepentingan Melayu dibuat  oleh pemimpin Melayu sendiri tanpa orang Melayu diajak berkira dalam soal yang maha penting. Jambatan Melayu dibakar, dibina semula, dan dibakar lagi. Orang Melayu dianggap hanya layak jadi penonton. Adakah ini caranya? Apabila pemimpin Melayu bercakap tentang NEP perlu dihapuskan kita teringat kepada ucapan Pak Lah yang panjang lebar memperkenalkan misi nasional dan Dasar Ekonomi Nasional; dan benarkah orang Melayu sudah berupaya berperanan dan berenang tanpa risiko besar dari jerung di WPI. Beberapa isu perlu diberi penjelasan oleh pemimpin-pemimpin Melayu dalam Panel Penasihat PWI.  Siapa yang mahu projek itu? Apa bentuk dan isi projek itu? Apakah keistimewaan projek itu? Apakah rasional di sebalik projek itu? Adakah projek itu satu kaedah untuk memberi isi kepada RMK9 bagi mengimbang pembangunan Negara? Utara dengan projeknya, Pantai Timur dengan projeknya dan Johor pun perlu diambil hati dengan prokek besar juga. Dan dalam zaman orang memburu harta dan kekayaan peluang seperti itu sangat ditunggu.

 

Cara projek itu disambut membayangkan betapa selapisnya orang politik berfikir. Cepat mereka sama-sama mengiakan keputusan yang menjanji faedah jangka pendek. Rakyat belum sempat faham implikasi dasar dan program yang sebegitu menggeledak tetapi orang politik sudah mahu terbang dengan projek, dan untuk mudah terbang sanggup pula dengan mudah melepas beban sosio-politik orang  Kebijaksanaan yang diharap dari mereka dalam menerajui politik Negara dicampak ke dalam Selat Teberau. Sikap mahu maju dan berkesediaan membakar jambatan orang Melayu adalah satu pilihan yang bijak jika itu terbit dari kesedaran yang mendalam dan persediaan yang cukup bagi menghadapi perjalanan dan bukan pengembaraan. Orang Melayu seluruhnya mesti diberi faham dan dipimpin untuk melompat masuk ke alam baru kerana itu menjanjikan kemajuan dan maruah bangsa.

 

Malangnya dalam suasana orang Melayu gusar dalam keadaan masih tertinggal  sekonyong-konyong ada yang mahu sekali lagi membakar jambatan yang baru mula dibina semula. GABEM dengan jihad ekonomi baru sahaja menunjuk betapa belum berdayanya orang Melayu, tetapi manusia yang mahu apa yang mereka mahu sanggup melupakan dan melepaskan beban berfikir secara berat dengan mengambil jalan mudah. Itu smart tetapi tidak bijak; bagus bagi jangka pendek tetapi malang bagi jangka panjang.

 

Lebih dari dua puluh tahun dahulu apabila masalah kejiranan telah ditimbulkan oleh Singapura satu cadangan telah penulis suarakan bagi menghapuskan daya jiran membuat onar tidak habis-habis satu lepas satu. Malangnya itu belum ada yang dapat  melihat ciri-ciri dan implikasi strategy catur dalam cadangan sedemikian. Cadangan itu menarik perhatian kepada adanya terbentang luas cara menghapuskan masalah Malaysia dibuli oleh Singapura. Semua tahu bahawa Singapura dimajukan didepan mata kita melalui pengurusan dan dasar serta undang-undang dan  infrastruktur yang bermutu tinggi bagi pembangunan industri dan perkhidmatan. Modal insan telah dimajukan dan diurus dengan bijak oleh pentadbir dan orang politik. Cara untuk meletak Singapura di tempat yang selesa bagi kita ialah dengan menubuhkan satu wilayah istimewa (seluas separuh atau sesuku dari kawasan Singapura) di mana dasar, undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa bukan saja disamakan dengan segala undang-undang yang berkuatkuasa di Singapura tetapi dilebihkan lagi dari itu dengan insentif dan tarikan lain sehingga pelabur asing  dapat melihat bahawa WPI memberi advantage yang lebih baik yang tidak mudah mereka tolak. Dalam proses itu seluruh Malaysia di luar kawasan itu tidak terjejas dan dapat dimajukan mengikut tempo yang sesuai dan mengikut dasar Malaysia.  

 

Jika Pulau Pinang pernah pada satu masa berdiri sebagai kawasan kastam sendiri kenapa tidak satu jalur bumi di wilayah selatan Johor yang berdepan dengan Singapura atau satu wilayah kecil digariskan untuk ditadbir secara exclusive sebagai bumi Malaysia yang istimewa. Sampai hari ini penulis tertanya-tanya adakah perubahan status Pulau Pinang membantu Singapura maju dengan pesat tanpa saingan. Jika WPI diasingkan dengan ‘firewall’ supaya seluruh Malaysia di luar kawasan itu tidak jejas dalam kehidupan dalam undang-undang yang ada, tidak ada suara negative yang boleh menegak hujah emosi. Kawasan itu akan diberi undang-undang dan pengurusan yang lebih hebat sehingga secebis kawasan Malaysia sudah sama rata dengan Singapura dimata pebur asing. Apa lagi dengan persekitaran dan muka bumi yang boleh dijadikan lebih menarik; ada bukit-bukau untuk kediaman temperate, dan ada laut dan hutan yang memberi pelbagaian kepada orang asing yang memilih menjadi Malaysia tapak perushaan dan perdagangan, dan perkhidmatan. Pendek kata secebis bumi Johor boleh dijadikan dua kali lebih baik dari Singapura yang luasnya sekangkang kera itu. Institusi dan organizasi yang besar-besar dalam dunia perlu ditarik secara strategic supaya bertapak di WPI. Perkhidmatan bagi ASEAN boleh perhebatkan dari WPI dengan kaedah yang perlu diengineerkan. Dengan adanya Malaysia yang memberi kemudahan yang lebih menarik hubungan kejiranan akan bertukar wajah kepada yang sangat positif.

 

Cadangan itu berasakan kepada andaiain bahawa pembangunan Singapura telah dimungkinkan oleh ramai orang Malaysia dari semenanjung, terutama dari Johor, Melaka dan Kelantan. Apabila British telah meninggal Singapura dalam keadaan mencabar, pengkalan tentera darat, laut dan udara telah dijadikan tapak permulaan perushaan swasta. Tenaga kerja peringkat atas, menengah dan bawah dari Malaysia dipujuk untuk kekal menjana industri di sana. Mereka yang bekerja di pengkalan tentera darat, laut dan udara dan di organisasi British di pulau itulah yang meneruskan kehidupan ekonomi Singapura. Tidak ada magic tentang kejayaan Singapura. Proses itu jelas kelihatan oleh kita di Malaysia. Malaysia boleh tiru tetapi tidak mahu tiru. Tidak ada perkara yang luarbiasa dalam proses pembangunan Singapura bagi pentadbiran yang faham tentang ilmu pengurusan yang cekap. Yang ada di Singapura ialah pemimpin  yang tidak bertolak ansur dengan amalan yang merosakkan disiplin dan yang korup. Andaian juga mengambil kira bahawa Malauysia juga mempunyai rakyat yang sama atau lebih bijak untuk mengurus jika dipimpin dengan visi dan dasar yang jelas. WPI boleh menjadi dan perlu dirancang dan diusahakan supaya muncul sebagai pusat kewangan yang hebat; konsep pembanunan Labuan, Langkawi, Multi-media Super Corridor, Putrajaya, dan Cyberjaya  boleh dipakai di WPI.

 

Governor Bank Negara Malaysia boleh dikatakan sia-sia menerima sanjungan dan penghormatan sebagai Governor yang terbaik di Asia jika Malaysia tidak mahu dan tidak tahu mengambil kesempatan dari penghormatan itu untuk menojolkan beliau dan perkhidmatan kewangan Malysia sebagai yang reliable dan credible. Di bawah strategy yang betul dan tajam siapa kata Malaysia belum layak! Islamic banking dan segala bentuk perkhidmatan kewangan canggih boleh dipusatkan di WPI. Kuala Lumpur dan Labuan boleh di’pindah’ ke situ.  Ibu pejabat bank-bank antara bangsa lain boleh digalak supaya berpindah dari KL ke WPI. Begitu juga dengan ibu pejabat perdagangan dan perindustrian anatara bangsa yang sudah bertapak di Malaysia. Dimana undang-undang tidak mengizinkan kosep baru undang-undang beru perlu diwujudkan untuk menjadikan visi WPI visi hebat.  Malaysia 2020 bermula disitu lebih awal. Perubahan perlu dibuat . Pengorbanan orang Johor dan orang Malysia membuka jendela sedemikian mesti berbaloi melaluoi strategy yang pintar. Ia harus dilihat hari ini dan di hari depan sebagai tindakan positif dan berani berdepan dengan cabaran globalisasi. Pemusatan pembangunan berdaya tinggi di WPI sebagai ‘gated’ atau dipagari akan melindugi seluruh Malaysia diluar kawasan itu untuk dimajukan mengikut tempo dan dasar yang berbeza tetapi tidak kurang dinamismanya. Rakyat perlu diajak berfikiran positif dan boleh diajak berfikiran positif jika konsep WPI memberi nilai dan strategy pintar. Jika setakat memajukan kawasan tanpa visi mengatasi Singaoura secara berperancang pegorbanan yang akan dibuat oleh orang Melayu dan rakyat tidak memberi makna istimewa. Janganlah bercakap tentang globalisasi jika pengorbanan tidak mahu dibuat. Dan jangan pula biarkan hujah nostaljia orang Melayu menjadi alasan menolak prospek yang baik bagi orang Melayu dan Malaysia. Proses perubahan perlu dipandu dan dipimpin dengan hebat dari atas sekali.   Seluruh Malaysia menunggu. Pak Lah menempa sejarah.

 

Prospek yang baik bergantung kepada keberanian dan kesungguhan untuk berdiri menggerak minda rakyat untuk melihat kepada visi dengan jelas dan berani. Seluruh rakyat Malysia akan digalak dan dipastikan supaya menghantar dan bersedia menghatar yang terbaik dari kalangan mereka untuk berkhidmat di WPI sebagai misi national dan khidmat Negara. Bayangkan gelombang semangat positif jika seluruh Negara dijangkiti dengan visi mahu maju dibawah misi besar itu. Lihat bagaimana Dr Mahathir mengepalai projek Putrajaya dan Cyberjaya dan bayangkan jika beliau atau orang seumpama beliau ditugas memimpin. Pokoknya WPI tidak patut dimajukan lansung jika tidak ada strategy yang pintar yang mengekalkan kuasa di tangan rakyat Malaysia walaupun pelabur asing diberi kebebasan. Pelabur dan pengusaha serta professional Singapura boleh menjadi enjin pembangunan bersama dengan yang lain. WPI boleh menjadi jendela Malaysia, dan inspirasi bagi kawasan-kawasan lain di seluruh Malaysia. Apa lagi bilamana pemimpin Johor sudah rela dengan pegorbanan. Yang tinggal ialah mengajak seluruh rakyat Malysia bergerak sama menyokong atas dasar dan kepercayaan yang betul. Begitu juga  pelaksana projek WPI hendaklah terdiri dari kalangan individu Malaysia yang istimewa pintar dan berkebolehan tinggi dan pengalaman yang luas dan istimewa.

 

Pembangunan hendaklah berbaloi dengan pengorbanan orang Melayu Johor dan seluruh orang Melayu dan rakyat Malaysia. Kekurangan dalam rancangan  awal boleh diperbetulkan dengan adanya rethinking. Lautan biru menunggu. Dato Seri Najib tentu menunggu mahu melihat mereka yang diberi tugas memperaktikkan Strategy Lautan Biru yang beliau sentiasa galakkan. Projek WPI boleh dijadikan sumber inspirasi bagi membakar jiwa professional dan executive dan seluruh rakyat Malaysia kearah 2020. Segala institusi pengajian tinggi dan latihan yang beraspirasi tinggi akan menyambut kehadhiran WPI yang mega sebagai destinasi yang selayaknya bagi insan yang dibimbing oleh mereka. Pemimpin pembangunan WPI  perlu hebat. Kehebatan sedemikian oleh anak Malaysia pernah ditunjuk oleh Tun Dr. Mahathir apabila beliau membawa gergasi ICT duduk semeja untuk menolong Malaysia. Tanpa PELAKSANA yang hebat dan yang faham apa yang diperlukan bagi menjadikan WPI pembangunan mega bertaraf global semua akan jadi impian ditengah hari. Sudah tentu tenaga luar yang berdaya tinggi termasuk dari Singapura perlu digembeleng untuk pelaksanaan sebagaimana juga pelabur mega digembeling dari seluruh dunia bukan sahaja sebagai pelabur tetapi sebagai yang berdaya menghidupkan kegiatan perkhidmatan, perdagangan dan perindustrian.

 

Dalam keadaan sekarang ramai orang Melayu sudah meluah perasaan menentang usaha memajukam WPI tetapi hujah yang diberi oleh pemimpin tidak meyakinkan orang Melayu.      Bahkan pemimpin yang mahu dilihat bersama rakyat dan pemikiran rakyat sahut menyahut memberi kata-kata yang dianggap sedap didengar. Gambaran yang boleh dipegang oleh orang Melayu tidak diberi. Inilah masanya untuk pemimpin bertindak membimbing pemikiran rakyat ke jalan yang betul. Rakyat perlu diajak berfikir dan menerima apa yang perlu ditelan walaupun pahit dengan berasaskan kepada kepintaran strategy yang memihak kepada negara. Oleh demikian pembenaan strategy adalah penting supaya semua pihak bercakap dan bertindak mengikut strategy. Jangan pula pemimpin Melayu jadi seperti akhbar bahasa Melayu yang hanya mahu dilihat sebagai pembimbing pemikiran tetapi kolot. Yang akan memalingkan penentangan terhadap WPI ialah strategy pintar yang meyakinkan. 

 

Cadangan seperti ini pernah dikemukakan tetapi ia mendahului zaman. Minda pemimpin pada masa itu belum boleh terima cadangan yang membawa enjakan paradigma. Memang cadangan seperti itu membawa implikasi pelaburan besar, dan cabaran besar dalam serba serbi. Tetapi sekarang dengan adanya kenyataan tentang kesediaan berfikir besar dan kesediaan membakar jambatan bagi mengejar kemajuan maka idea untuk memajukan wilayah selatan Johor rakyat Malaysia perlu diajak melihat kepada kemungkinan memajukan WPI dengan berasaskan kepada strategy utama untuk  menghapus masalah dengan jiran. Selaki gus kedudukan kejiranan Selat Teberau akan dapat diletak diatas tapak yang selayaknya dengan tidak menghalang penglibatan pelaburan dan apa saja. Tanpa asas sedemikian Malaysia akan menghadapi igauan sepanjang zaman. Pembangunan yang hebat sambil mengambil kira keperluan menghapus irritation dari jiran dan membina hubungan yang baik adalah lebih bererti dari pembangunan tanpa visi dan misi nasional. Jika pembangunan adalah setakat memberi peluang untuk syarikat GLC dan bukan GLC membuat duit dibawah RMK9 itu adalah sia-sia.

 

Mahukah projek Wilayah Pembangunan Iskandar itu dibawa ke drawing board semula untuk disuntik strategy yang pintar untuk menjadikanya lebih hebat seperti yang  pernah menjadi impian anak Malaysia itu? Jika orang Melayu di Johor sudah bersedia memajukan bumi sebebas rupa eloklah pengorbanan mereka itu dijadikan tapak untuk memajukan maruah seluruh Negara. Seperti Tanjung Pelepas telah menunjukkan bahawa  Malaysia di tangan orang bijak dapat menghasilkan projek yang bijak begitu juga konsep dan projek WPI harus diselamatkan dari kesempitan matlamat pemajuan real estate kepada penggunaan tanah yang berpotensi tinggi itu untuk menjadikan Singapura jiran yang tidak boleh lagi terus menyakitkan hati Malaysia. Malaysia tidak perlu berkelahi dengan jiran. Hanya Malaysia yang tidak pandai memajukan diri sendiri yang layak dilanyak oleh Singapura. Dari sentiment yang dibayangkan oleh pemimpin dari Johor masanya sudah tiba untuk kerajaan pusat mengambil kira strategy dan pemikiran yang Pak Lah dan  Dato’ Seri Najib mahu dari rakyat, iaitu minda kelas satu dan melihat kepada lautan biru. Jika Singapura masih berusaha mahu tambah muka bumi dengan menambak laut kita yang sudah ada  muka bumi yang luas dengan laut, bukit bukau, pantai indah dan kawasan untuk industri, kediaman, dan riadhah sudah tentu dapat menggabungkan pembangunan yang boleh menjadikan WPI dua kali lebih menarik dari Singapura dan menjadikan Wilayah itu ‘PUSAT’ bagi industri perkhidmatan, perdagangan, riadhah, hiburan dan apa saja bagi dunia global. Kenapa tidak.

 

Dengan WPI sebagai pusat pembangunan baru yang hebat sebagai visi dan Misi Nasional Kuala Lumpur boleh kekal sebagai Bandaraya sebagaimana ia dapat terima kelahiran Putrajaya. Bank dan ibu pejabat serta gedong perdagangan dan perindustrian  bertaraf antarabangsa yang sudah wujud dalam Negara boleh diberi insentif untuk pindah bagi menjayakan projek yang bermakna besar kepada Negara. Cadangan seperti ini mungkin hanya bererti kepada pihak yang mahu berfikir. Peluang keemasan ini harapnya tidak diketepikan dan fikiran besar tidak dianggap mendahului zaman sebagai khayalan. Jika peluang mengatur langkah secara strategic tidak dibuat hari ini tahulah bahawa hari esok bukan kita yang punya, dan lebih cepat Melayu hilang dari dunia. WPI sudah pasti akan dicorak oleh orang pintar dan pelabur yang menjajah dalam senyum.

 

Pemimpin Melayu di Johor terutamanya yang tidak kering gusi senyum apabila bercakap tentang kehebatan WPI dan sambutan pelabur asing yang besar dari Cina dan lain-lain perlu mencari sudut yang tenang untuk juga berfikir panjang. Walaupun ada Melayu yang sudah boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah kononnya dengan tokoh koperat lain untuk berperanan di WPI perkara kedudukan orang Melayu di WPI perlu dirancang dan disokong dengan dasar yang pintar. Jika perancangan dan projek WPI telah diilhamkan oleh birokrat sebagai memberi isi kepada RMK9 (ada Koridor Utara, ada Koridor Timur, ada Koridor Selatan -WPI- bagi tujuan menyama rata peluang kepada rakyat dan menyedapkan hati pemimpin-pemimpin diwilayah) tanpa dijana oleh visi besar dan pula projek itu dengan cara perkiraan mudah dibawah scenario kecil telah diagihkan kepada GLC sebagai penggerak (Sime Darby bagi Korodor Utara, Petronas bagi Koridor Timur dan Khazanah bagi Koridor Selatan-WPI-) maka projek WPI itu akan berjaya dari segi keperluan dalam Negara. Dan apabila cepat dilihat oleh pemaju hartanah sebagai peluang buat duit cepat maka WPI akan dimajukan setakat dan  mengikut selera pemaju.

 

Di tangan pemaju real estate sudah tentu WPI  akan dimajukan sebagai pembangunan hartanah biasa seperti yang telah pun digaris di dalam pelan struktur dan pelan bangunan yang sudah dipamirkan di PWTC semasa Perhimpunan Agung UMNO yang lalu. Tanpa pembangunan yang strategic bukan sahaja Johor tetapi Malaysia tidak akan dapat melepaskan diri dari kerenah Singapura. WPI adalah peluang keemasan untuk Malaysia bertindak bijak dan global. Tenaga manusia Singapura adalah sama dengan tenaga manusia Malaysia. Yang berbeza ialah kepintaran menteri-menteri Singapura membentuk dasar dan program dan menguatkuasakannya secara no nonsense. Malaysia boleh tiru dan boleh buat lebih dari itu. DYMM Sultan Johor akan menjadi raja satu wilayah yang benar-benar hebat sebagai pusat perkhidmatan kewangan, perdagangan dan perindustrian.

 

Eloklah pemaju-pemaju jangan terlalu ghairah mahu membuat  roadshow seperti yang dicadangkan akan dibuat keseluruh dunia, dan telah pun dibuat di Cina sebelum strategy diperkemaskan. Dari apa yang dilihat nampaknya perancangan projek itu perlu dihebatkan matlamatnya dalam konteks menjadikan usaha Malaysia di WPI satu langkah yang bervisi jauh dan besar. Hendaknya janganlah dibuat sesuatu dalam kawasan yang berpotesi besar sebelum option yang terbaik dicari dan dipilih. Hendaknya janganlah dijadikan Wilayah Pembangunan Iskandar sebagai satu kawasan yang ada di dalamnya kawasan yang meleset di mana orang Melayu dikhaskan untuk berperanan. Cukuplah dengan apa yang dilihat berlaku di Kuala Lumpur. WPI dan senario yang dibayangkan ini hanya ada sekali sahaja untuk meletak Singapura dalam konteks Malaysia maju. Ambil lah masa untuk merenung dan merombak. Dalam konteks FTA dan kesediaan orang Melayu membakar jambatan biarlah pengorbanan akan berbaloi dan mengelak keadaan di mana maruah orang Melayu hilang dalam wilayah yang maju. Biarlah langkah itu hebat dan sudah tentu akan lebih mudah pelabur asing yang maha besar ditarik kepada projek dan program yang hebat seperti di Dubai dan Abu Dhabi.

 

Semua wilayah dalam dunia yang berdaya menarik pelabur memberi peluang kepada pelabur mengambil bahagian dalam pembangunan yang bervisi tinggi dan tidak menyekat. Pelabur Singapura yang besar sudah tentu perlu mendapat tempat. Dengan hujah yang diberi untuk FTA masanya sudah juga tiba untuk Malaysia segera menyusulinya dengan dasar dan program yang bervisi tinngi setimpal dengan pengorbanan yang sanggup dibuat. 

 

Jika kejayaan WPI secara lansung dan tidak lansung kelak menjadi sebagai projek yang menolong melepas Singapura dari kesesakan ruang hidup dan ruang kerja tanpa kepentingan Malaysia sendiri dijamin dari dibuli itu adalah satu perbuatan tidak bijak walaupun menguntungkan. Berulang-ulang telah terjadi bila mana hartanah yang dimaju dengan berlebihan dari keupayaan membeli oleh rakyat Malaysia sendiri ‘terpaksa’ atau ‘didesak’ oleh pemaju untuk dijual kepada warga Singapura semata-mata diatas alasan pragmatisma. Pada kali ini Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Johor  tidak perlu berbuat demikian seolah-olah seperti hilang punca untuk maju. Sudah berapa banyak rumah dan ruang pejabat terpaksa jatuh ke tangan orang asing semata-mata bagi menyelamat pemaju hartanah swasta dan badan kerajaan yang tidak cermat dalam perancangan atau segaja mengambil kesempatan dari sifat baik  kerajaan. Dan jika tidak dikawal pemaju, baik swasta atau agensi kerajaan, akan berlumba-lumba mahu tunjuk keuntungan dengan membina bangunan pejabat, kedai dan kediaman untuk dijual kepada orang Singapura. Jika perkara seperti itu berlaku sudah tentu Singapura akan dibebaskan  dari beban sosio-ekonomi dengan ihsan Malaysia yang tidak pandai main catur. Bolehkah diharap bahawa Singapura yang lebih ringan dan lapang dengan ruang baru yang ditawarkan oleh WPI, dan Singapura yang dapat bernafas lega dan bertenaga tidak akan ‘merogol’ Malaysia dalam apa saja bentuk perkhidmatan, perdagangan dan perindustian yang halal dari segi WTO dan lain-lain perjanjian di bawah nama globalisasi. Mahukah orang Johor mengambil langkah memestikan supaya perkara  sedemikian tidak berlaku sambil menjaga kejiranan ditahap yang baik, progresif dan damai. Lebih berat orang Johor bergantung kepada Singapura  lebih seksa pengabdian akan wujud dengan cara halus.       

 

Apa akan jadi misalnya jika Singapura berpura-pura menggalak pelancaran pembangunan WPI dengan memberi gambaran bahawa projek itu baik dan akan mendapat sambutan dari pelabur asing berasakan hanya bentuk rancangan yang ada. Apakata jika Singapura sendiri menghulur bahu untuk menolong menarik pelabur asing melalui pengaruhnya sebagai pusat kewangan antarabangsa. Tidakkah mungkin pemaju dan eksekutif yang terlibat akan menari ria diatas sambutan positif demikian oleh Singapura. Mungkinkah petugas yang  dikehendaki menunjuk kejayaan pelaksanaan  hanya mahu projek berjalan dan mahu menunjuk kehebatan diri mereka membuat kerja walaupun pada akhirnya WPI melepas ketangan yang tidak lagi pentingkan kedudukan Malaysia. Apabila kerja pembangunan sudah mula dan berbilion sudah dilaburkan untuk infrastruktur dan bangunan tetapi pelabur asing bagi menghidupkan wilayah dengan kegiatan perkhidmatan perdagangan dan perindustrian tidak masuk atau masuk melalui tapisan Singapura mungkinkah ketika itu  Singapura akan menari ria. Si luncai akan terjun dengan labu-labunya. Pelaburan sudah di buat. Senario ini barang dijauhkan Allah dari berulang. Tetapi jika manusia abai dan tamak serta tidak mahu berfikir panjang kemungkinan besar gambar yang ditayangkan itu akan menjadi reality.  Pernah beberapa kali berlaku keadaan di mana  projek besar yang dimajukan tanpa perancangan yang baik terpaksa diselamatkan dengan suntikan daya beli Singapura.

 

Pelaburan dan spekulasi  tidak dapat dipisah. Biasanya pembeli akan sapu semua dahulu dengan harapan kawasan itu menarik pelaburan perdagangan dan peindustrian dan memberi pulangan baik kepada pelabur awal. Jika modal yang dibawa masuk ialah modal untuk infrastruktur dan bangunan besar kemungkinan keadaan mendesak akan muncul awal. Nada Tun Musa Hitam tentang membuka pintu seluas-luasnya dengan membuang tanggungjawab terhadap kemajuan bumiputra dan melonggar undang-undang supaya dapat menarik ramai pelabur dalam projek yang sangat besar sudah pun membayagkan betapa terdesaknya beliau dan Jawatankuasa WPI untuk mempastikan supaya projek itu dapat dilancar. Apa kata jika dalam keadaan orang Johor menghulur tangan Kerajaan Singapura  pasang mainan yang selama ini ia  tidak henti-henti berlatih bagi memerangkap. Malaysia berwaspada dan bertindak bagi menentukan supaya segala aspek projek tidak akan membawa bala. Tun Musa sudah tunjuk kesediaan membakar jambatan. Jambatan boleh dibakar dalam WPI. Jika WPI perlu dikecilkan lagi itu pun boleh dibuat tetapi jangan kecil sangat. WPI akan menjadi pace setter kepada Malaysia Maju. 2020 akan wujud di WPI. Jalan yang lebih bijak bagi memajukan WPI ada. Ramai akan menolong memberi input strategy jika jendela dibuka. Dan ramai akan menolong menangkis kritikan jika perlu, asalkan WPI bervisi tinggi dan jauh, dan berpijak ke bumi.

 

WPI yang bervisi mega dan berpijak ke bumi seperti yang dicadangkan membuka peluang keemasan untuk pemimpin politik Melayu berpindah daripada kepimpinan bermatlamat mendapat sokongan undi kepada kepimpinan yang membimbing fikiran dan menunjuk arah masa depan yang betul dan baik kepada orang Melayu Johor dan rakyat Malaysia amnya. WPI membuka peluang kepada pemimpin Melayu memindah paras pemikiran orang Melayu dan ajensi-ajensi memajukan Melayu dari berfikir cara lama. Cakap-cakap pemimpin Melayu untuk menyedapkan rasa orang Melayu seperti memberi assurance kepada orang Melayu bahawa kerajaan akan mengadakan kawasan atau tapak supaya orang Melayu mendapat tempat untuk bergiat dalam WPI adalah manifastasi jiwa yang tidak ada keyakinan diri untuk mengajak orang Melayu berfikir secara jelas tentang pengorbanan yang berbaloi dan pembangunan.  Inilah peluang untuk mengintegrasikan penyertaan orang Melayu yang berdaya tinggi kedalam arus pembangunan dimana yang hebat dan yang mampu bersaing serta yang berdaya berperanan sama pandai sama ligat dengan kaum-kaum lain dan bangsa lain digalak dan diransang untuk mengambil bahagian. Peluang untuk orang Melayu dalam kawasan istimewa itu mesti berupa peluang kepada mereka yang tidak perlu kepada tongkat. MARA, UDA, dan ajensi-ajensi lain tidak ada tempat dan tidak harus diberi peranan dalam WPI.  Mereka dikehedaki berperanan dengan lebih berkesan diluar WPI untuk menyedia orang Melayu supaya layak dan berdaya untuk berenang dalam lautan WPI dan di mana-mana. Adalah satu kesilapan besar untuk mengambil langkah yang kelak akan mengaitkan orang Melayu dengan kegiatan dan kawasan meleset dalam wilayah yang kita mahu menjadi jendela kejayaan.

 

Kepimpinan yang takut memimpin dalam gelora kerana tidak pandai mengemudi adalah satu finomena yang perlu diatasi. Pemimpin-pemimpin seperti itu tidak perlu mengundur diri tetapi sebaliknya perlu meneguhkan kebolehan dengan ilmu dan kepakaran bagi menghadapi cabaran berfikir dan bertindak. Orang Melayu tidak mempunyai ramai pemimpin dan pemimpin pelapis dalam masa terdekat untuk memimpin secara bervisi dan berupaya melaksanakan visi. Orang Melayu juga tidak ramai dari kalangan pengusaha tulin. Yang melonjak ke kedudukan koprat kerana dianugrah dengan peluang dan kekayaan dari kerajaan belum boleh dilepas ke dalam gelanggang WPI. Ramai yang menjadi orang makan gaji dan oleh itu belum boleh diletak dalam katogari ushawan yang sejati. Amat sukar untuk dikenalpasti siapa yang patut mengganti siapa diperingkat atas. Oleh  hal demikian pemimpin yang sudah ada ditempat masing-masing perlu segera melayakkan diri untuk berperanan dalam mode yang mencabar dan berhijrah dari corak kepimpinan MARA dan UDA kepada kepimpinan Malaysia boleh. Kepimpinan yang mahu WPI dimajukan dalam skop perancangan yang sudah diumumkan setakat ini yang dapat diibaratkan seperti pembangunan Putrajaya dan Cyberjaya  akan berjaya memajukan hartanah tetapi kejayaan itu sendiri akan menggelisahkan orang Melayu dan Negara.  Pengisian yang hebat dari peglibatan entity besar dan dinamik dari seluruh dunia perlu menjadi keutamaan. Pak Lah sendiri perlu berperanan sebagai super PELAKSANA bagi menarik pelabur dan pemain yang hebat di dunia untuk menghidupkan WPI sebagai pusat perkhidmatan global.

 

WPI perlu dimaju sebagai pusat PERKHIDMATAN dalam semua bidang dengan berfokus kepada kewangan dan perbankan, baik perbankan Islam dan perkhidmatan professional dengan kepakaran tinggi untuk dunia. Konsep yang dipakai untuk memajukan WPI mesti melebihi pemikiran bagi memajukan  Langkawi, Labuan, dan Multi-media Super Corridor, Dubai, dan Abu Dabi. Kuala Lumpur, Langkawi, Labuan, Putrajaya dan Cyberjaya mesti di‘pindah’ ke WPI. WPI mesti dijadikan jendela keupayaan Malaysia mencapai 2020.

 

Idea besar yang disokong oleh perancangan dan pelaksanaan yang berdaya tinggi dari seluruh dunia boleh memberi kejayaan. Dubai dan Abu Dabi adalah contoh yang Malaysia boleh atasi. Kerja seperti itu perlu kepada Pelaksana besar seperti yang pernah Negara lihat dari apa yang dibuat oleh Tun Dr Mahthir.  


 


 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762