|
PILIHANRAYA MALAYSIA
ADALAH PILIHANRAYA SIA-SIA.
Sebagai manusia, kita wajib saling mengingati.
Maklumlah manusia ini makhlul yang mudah lupa akan
perkara yang perlu mereka ingat. Memandangkan kita
berhadapan dengan masalah masing-masing, maka kita
terdorong untuk memikirkan perkara yang penting
diantara yang penting. Tidak sedar bahawa ada yang
penting yang perlu kita fikirkan di dalam satu masa.
Diantara perkara PENTING lagi MUSTAHAK yang perlu
kita ingat tentang negara kita adalah seperti
berikut: -
Dari ukuran yang dibuat, telah dikelaskan 167 buah
negara itu kepada empat kategori :
a. negara demokrasi penuh ( 28 buah negara )
b. negara demokrasi tercemar ( 54 buah negara )
c. negara bercampur-campur amalan demokrasinya ( 30
buah negara )
d. negara otokratik atau kuku besi ( 55 buah negara
)
Negara yang berada di tangga teratas adalah Sweden,
manakala negara ditangga tercorot adalah Korea
Selatan.
Malaysia berada ditangga ke 81, iaitu lebih teruk
dari India ( 35 ), Mongolia ( 56 ), Sri Lanka ( 57
), Filipina ( 63 ), Indonesia ( 65 ) dan Bangladesh
( 75 ).
Masihkah kita ingat? Ini bermakna DEMOKRASI di
MALAYSIA adalah diantara DEMOKRASI YANG TERBURUK di
dalam dunia. Maka sejak dahulu ramai pihak yang
mengharapkan pemulihan dilakukan. Perkara pokok yang
diperbincangkan adalah SISTEM PILIHARAYA di
Malaysia. Namun sehingga sekarang, adakah sebarang
perubahan dilakukan? Menyedihkan, sehingga saat ini.
untuk melihat PILIHANRAYA dinegara kita berjalan
secara jujur dan telus adalah seperti ingin melihat
KUCING BERTANDUK.
Sesungguhnya, benarlah kiranya PAS bertindak untuk
memulaukan pilihanraya BATU TALAM, MACAP dan IJOK
kerana sesungguhnya, kita tidak akan menang kerana
kemenangan itu adalah milik BN. Untuk apa? Untuk
kekal berkuasa dan untuk kekal memonopoli kekayaan
negara.
Jika pilihanraya masih disertai oleh pembangkang,
ditakuti, rakyat hilang kepercayaan kepada parti
pembangkang pula kerana sudah tahu bahawa
pilihanraya itu tidak telus, tapi masih mahu
berpilihanraya. Atau mungkin ada diantara
pembangkang yang dibayar untuk menjadi LAWAN kepada
parti BN seperti yang berlaku di Batu Talam.
Bagaimana dengan pilihanraya di tempat lain? Sendiri
mahu fikir.
Selain dari itu, pilihanraya di Malaysia
menghasilkan satu budaya yang tidak sihat. Yakni,
perbalahan antara penyokong sehingga menyebabkan
cedera teruk dan terpaksa di hantar ke hospital
untuk rawatan. Bukan kah ini jelas menunjukkan
bahawa sikap mereka yang berpilihanraya bakal
berhadapan dengan risiko kepada penyokong. Manakala
ada pula pihak yang diugut kerana menyertai
satu-satu parti itu.
Penulis sebenarnya merasakan perasaan yang
bercampur-campur tentang pilihanraya. Ada yang lucu
dan ada yang menyedihkan. Lucunya apabila kedua-dua
pihak cuba untuk menjatuhkan lawan masing-masing
dengan kenyataan yang bermacam-macam ketika kempen
pilihanraya. Yang menyedihkan pula ada pihak yang
luka dan cedera hanya untuk mempertahankan kefahaman
politik masing-masing. Tidak matang dan tidak
menggunakan akal fikiran ketika pilihanraya.
Setelah cedera dan berhempas pulas, parti menerima
kekalahan. Rakyat berpecah belah, saudara
berpisah-pisah dan pasangan bercerai berai kerana
berbeza fahaman. Sedangkan diantara mereka telah
membuat pilihan sokongan dan keputusan yang salah,
yakni berpolitik ketika demokrasi tidak sedemokrasi
yang sepatutnya.
Bagi penulis, menunggu keputusan pilihanraya di
Malaysia tidak lah seghairah menunggu keputusan
INDEKS DEMOKRASI negara kita. Samaada ia semakin
maju atau semakin mundur. Apa yang kita lihat adalah
apa yang kita perolehi. Tidak seperti pilihanraya di
Malaysia yang dikendalikan oleh badan yang pro
kepada kerajaan. Agensi yang menilai demokrasi
diseluruh dunia bersih dari sebarang rasuah dan upah,
maka ianya satu keputusan sebenar-benarnya.
Menyertai pilihanraya yang sudah diketahui tidak
bersih adalah sama dengan menyokong ketidak adilan
berterusan. Ianya adalah sama dengan mengetahui
rasuah seseorang itu tetapi dalam masa yang sama
mengharapkan orang itu belanja kita secawan kopu.
Tidak BERPILIHANRAYA adalah satu tindakan yang wajar.
Contohi lah parti HAMAS yang memulaukan pilihanraya
di Palestine kerana sikap kerajaan yang diragui dan
tidak telus. Manakala Parti FATAH adalah umpama
parti yang mendorong kepada BARAT dan akhir parti
ini telah kalah kerana sistem pilihanraya diubah dan
menjadi lebih jujur. Setelah perubahan dilakukan di
dalam pilihanraya, barulah rakyat dapat mengerti
erti sebenar pilihanraya.
Maka perlu lah diingatkan bahawa selagi SPR dan
agensi lain condong membantu BN di dalam setiap
pilihanraya, maka PILIHANRAYA di Malaysia adalah
PILIHANRAYA yang sia-sia dan membuang masa
semata-mata. Biar lah belanja wang itu kepada
perkara yang lebih berfaedah dari menghabiskan wang
kepada perkara yang tidak berguna. Jangan pula
menyesal apabila wang sudah habis, parti kalah dan
merungut kesana kemari. Mengkritik SPR, POLIS, FRU
dan PARTI LAWAN, sedangkan kita sudah tahu siapa
mereka sebenarnya, tetapi kita sengaja buat-buat
lupa atau ADA PIHAK YANG MAHU KITA LUPA. Apa yang
perlu kita lakukan kini adalah bersihkan dulu sistem
demokrasi kita, barulah kita berpilihanraya.
|