KUALA
LUMPUR, 20 September
2007 –
Presiden ProWaris
hari ini mengucapkan
jutaan terima kasih
di atas pengakuan
Dato' Zaid Ibrahim
mengenai penglibatan
firma beliau dalam
penggubalan Akta WPI
664.
Petikan daripada
artikel yang lalu
dari Akhbar Siasah
baru-baru ini ada
menyatakan bahawa
firma guaman Zaid
Ibrahim & Co (ZICO)
adalah firma guaman
yang diasaskan oleh
Dato' Zaid Ibrahim,
sekarang ini Ahli
Parlimen Kota Bahru
dengan 9 rangkaian
di Asia Tenggara.
Hari ini, Zaid
Ibrahim mempunyai
rakan kongsi seramai
42 orang yang mana
33 orang (82%)
adalah bukan Melayu
dan hanya 9 orang
(18%) daripadanya
adalah Melayu.
Feriz Omar yang
ditemuramah oleh
Media ProWaris itu
berkata, " Saya
berharap agar Dato'
Zaid tidak salah
faham mengenai isu
ini kerana pengakuan
penglibatan firma
Zaid Ibrahim dalam
penggubalan Akta WPI
664 sebenarnya
adalah dari Dato'
Abdul Ghani Othman,
Menteri Besar Johor
dan bukannya tuduhan
yang dibuat oleh
ProWaris".
"Namun demikian,
Dato' Zaid Ibrahim
telahpun membantu
ProWaris dalam "Jejak
Audit" (Audit Trail)
mengenai isu Akta
WPI 664 yang
bercanggah dengan
Perlembagaan
Persekutuan" katanya
lagi.
Media ProWaris
menghimbau
pengalaman-pengalaman
yang lalu di mana
ProWaris sering
berhadapan dengan
kes salah faham
sebegini. "Benar"
kata Feriz. "ProWaris
tidak pernah dan
tidak akan
mempolitikkan
mana-mana isu,
apatah lagi
ditunggang oleh
mana-mana pihak
berkepentingan
politik seperti yang
dituduh oleh Dato'
Zaid" kata beliau.
"Kalau seseorang itu
membaca Dokumen
Merah Hitam 20
Tuntutan
ProWaris-Mapan
Terhadap WPI, pasti
dia akan benar-benar
faham bahawa isu WPI
ini dikupas secara
profesional oleh
ProWaris". Dokumen
tersebut yang telah
diisytihar sebagai
Dokumen Awam sudah
boleh dimuat turun
melalui laman
www.prowaris.org
lebih sebulan yang
lalu.
Apabila ditanya
bagaimana salah
faham sebegini boleh
berlaku, Feriz
menjawab' "Mengikut
pengalaman kami
selalunya ia akan
berlaku apabila
sesuatu isu itu
melibatkan
pemimpin-pemimpin
politik yang pada
masa yang sama
memberikan
perkhidmatan
profesional kepada
Kerajaan".
"Gara-gara itulah
kami sentiasa
menasihatkan
ahli-ahli ProWaris untuk
meninggalkan kerjaya
profesional mereka
jika mereka ingin
berpolitik. Ini
sedikit sebanyak
akan dapat
mengelakkan isu
etika ahli
profesional itu
dipertikaikan ramai".
Feriz
menambah,"Sempena
bulan Ramadhan yang
Mulia ini dan Syawal
yang bakal menjelang,
saya memohon maaf
kepada Dato' Zaid
berkenaan dengan isu
ini. Saya berharap
Dato' Zaid dapat
melihat usaha
ProWaris ini dari
perspektif peranan
serta tanggungjawab
sebuah badan NGO
dalam mempertahankan
Kesucian Agama
Islam, Kedaulatan
Raja-Raja Melayu,
Keselamatan Negara,
hak kepentingan
Orang-Orang Melayu
dan memastikan
kerajaan hari ini
benar-benar
mengamalkan
demokrasi
berpelembagaan
Malaysia".
Dalam usaha
seterusnya, ProWaris
dijangka akan
menghantar salinan
Dokumen Merah Hitam
itu kepada Majlis
Raja-Raja tidak lama