|
LAWATI LAMAN WEB
WWW.PROWARIS.ORG
DAN DAFTARLAH DENGAN
PROWARIS@YAHOOGROUPS.COM
BUKU MERAH
HITAM 20 TUNTUTAN TERHADAP WPI DIISYTIHAR DOKUMEN
UMUM Oleh Media ProWaris
Tanggal 15 Ogos 2007
adalah merupakan tarikh keramat perjuangan Melayu
dan Islam Malaysia. Tarikh itu menandakan tarikh
pengumuman rasmi telah dibuat oleh Feriz Omar,
Presiden Pertubuhan Profesional Melayu & Pewaris
Bangsa (ProWaris) mengishtiharkan 'Dokumen Merah
Hitam' yang menyenaraikan 20 tuntutan Prowaris-MAPAN
terhadap WPI dijadikan "Dokumen Umum".
Pengisytiharan yang
disambut dengan tepukan gemuruh tidak kurang
daripada 300 pemimpin-pemimpin NGO, penulis-penulis
media perdana dan alternatif di Majlis Dialog
Bersama Tun Mahathir yang dianjurkan oleh
Jawatankuasa Ad-Hoc Prihatin (PRIMA).
Dalam majlis yang sama,
YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad mengiktiraf kesahihan
kandungan Buku Merah-Hitam Dokumen 20 Tuntutan
ProWaris-Mapan sekaligus dengan lantangnya menyeru
agar semua pejuang Melayu melalui NGO,
penulis-penulis media perdana dan media alternatif
untuk bangkit dan menggembling tenaga membeti
sokongan padu terhadap perjuangan kebenaran yang
danjurkan oleh ProWaris.
Tun Mahathir juga
melahirkan kebimbangan bahawa satu hari nanti dalam
30 tahun yang akan datang tanpa perancangan dan
pengendalian teliti, WPI akan menjadi satu lagi
wilayah baru Singapura di Malaysia.
Dalam program ucapan
Tun Mahathir itu juga, Presiden ProWaris mengambil
kesempatan untuk bangkit dan menyampaikan pandangan
dan hasrat perjuangan ProWaris kepada Tun Mahathir
dan para hadirin.
Feriz Omar telah
meluahkan persaan kesalnya yang teramat sangat
terhadap YAB Perdana Menteri kerana hasrat beliau
untuk bertemu Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi
sendiri untuk membincangkan isu yang amat kritikal
ini dalam keadaan tertutup demi menjaga kehormatan
pemimpin Melayu tertinggi itu, telah diperlekehkan
dan tidak diendahkan langsung oleh YAB Perdana
Menteri.
Media ProWaris hari ini
difahamkan bahawa YAB Perdana Menteri masih diam
membatu sekalipun ProWaris telah menyampaikan dua
(2) salinan Dokumen Merah-Hitam dan lima (5)
makluman kepada Perdana Menteri. Sesungguhnya, ini
dengan jelas menunjukkan sikap kerajaan secara
terang-terangan membenarkan negara jiran, Singapura
campur tangan dalam pembangunan WPI.
Setelah 10 hari pertama
diberi dan ditambahkan 10 hari lagi dan kemudian 10
hari lagi maka ProWaris mengisytiharkan dokumen yang
dibuat atas kajian intelek hasil kerja kumpulan yang
digelar HarakahDaily sebagai "Golongan Professional
Melayu Elit" ini dijadikan Dokumen Umum untuk
dijuangkan bersama oleh semua pihak yang terlibat.
Tun Mahathir dalam
ucapannya meletakkan kebimbangan dengan dasar yang
dibuat kerajaan Abdullah dalam membuka ruang kepada
negara asing melabur dan mendapatkan aset dalam
pembangunan WPI.
Secara sinis beliau
menegur bahawa kepimpinan negara kini terlalu bijak
memandangkan untuk membuat pembangunan di WPI perlu
mendapatkan 'izin' dari Singapura dengan melantik
menteri dari negara jiran sebagai penasihat bersama.
Kalau beginilah caranya,
Tun Mahathir menasihatkan kepimpinan Abdullah "Jangan
hanya WPI sahaja perlu dibuat dengan 'izin' dari
Singapura, sebaliknya Koridor Utara (NCER) juga
bolehlah dibuat dengan meminta izin dari Menteri
Thailand".
|