BALIK KE MUKA UTAMA

 


 

Dari http://alhusseyn51.blogspot.com/2007/04/memorandum-prowaris-yang-dilupakan.html

Sukacita saya mengimbas semula suatu berita berkaitan satu memorandum yang pernah digubal dan dihantar oleh sebuah badan NGO negara kita; saperti mana yang dilaporkan berikut :

BERITA HARIAN - KUALA LUMPUR 23 NOV 2005 : Sekumpulan profesional Bumiputera yang menubuhkan Generasi Profesional dan Pewaris Bangsa (PROWARIS), mahu Badan Pencegah Rasuah (BPR) diletakkan di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Parlimen supaya badan itu lebih diyakini awam.

Pada masa sama, PROWARIS (www.prowaris.org) juga mahu supaya kerajaan melakukan kajian semula terhadap struktur kewangan dan korporat Penerbangan Malaysia (MAS), dalam usaha memulihkan semula kedudukan syarikat terbabit dan mengembalikan kegemilangan imejnya.

Presiden Prowaris, Feriz Omar, berkata BPR perlu diperbadankan sebagai satu Badan Di-Raja kerana tugas dan tanggungjawabnya sama penting dengan organisasi seperti Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) dan Kastam Di-Raja Malaysia (KDRM).

Satu memorandum mengenai perkara itu sudah dihantar PROWARIS kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail; Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC), Datuk Shahrir Abdul Samad, semalam.

Feriz berkata, ketika ini kuasa mutlak BPR terletak pada Perdana Menteri dan badan itu sendiri, menyebabkan pelaksanaan tugas dan tanggungjawab badan itu dilihat tidak telus dan terbuka.

"Kita tidak mempertikaikan kewibawaan Perdana Menteri atau BPR, tetapi kita mempertikaikan sistem yang sedia ada.

"Sepatutnya, laporan semua kes rasuah wajar dibentangkan di Parlimen supaya seluruh rakyat Malaysia mengetahui," katanya di pejabat Prowaris di sini, semalam.

Feriz turut melahirkan kebimbangannya dengan kenyataan Ketua Pengarah BPR, Datuk Zulkipfli Mat Nor, dalam satu forum seperti yang disiarkan sebuah akhbar bahawa BPR tidak perlu memberi sebab atas tindakannya jika ia memutuskan untuk tidak mendedahkan hasil siasatan.

"Sekiranya BPR bertanggungjawab mengawasi rakyat Malaysia, siapa pula yang mengawasi BPR?" katanya.

Syabas diucapkan kepada PROWARIS. Saya rasa PROWARIS perlu tidak berhenti setakad di situ sahaja. Teruskan perjuangan tersebut. Hantar lagi memorandum ulangan kepada yang di Pertuan Agong yang baru ini. Baginda perlu diberi peluang untuk bertindak sesuatu demi kesejahteraan rakyat semua.

--
The Best Way To Predict The Future Is To Create It - Feriz Omar & Partners (Strategists & Advisors)

 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762