|
POLIS BERTINDAK , TAHNIAH PASUKAN POLIS KITA
Saya berpendapat, Hasil daripada aduan dan komplain
orang ramai yang tidak pernah putus berkaitan isu
mat rempit dan pelumba haram (kereta atau motorsikal)
di sekitar lembah klang , pihak Polis telah
mengadakan operasi setiap hari dan malam tadi saya
mempunyai pengalaman tersendiri setelah terserempak
dengan aksi polis melepaskan tembakan kepada sebuah
kereta yang cuba merempuhnya. Ceritanya boleh saya
susun seperti berikut;
Dalam jam lebih kurang 4.20pagi , 09/09/07( ahad ) saya
seperti biasa jika mempunyai kelapangan akan
berlegar sekitar bandaraya untuk melihat aksi-aksi
mat rempit atau apa sahaja aktiviti penghuni kota
besar ini untuk menjadikan bahan kajian tesis sosial
dan budaya bangsa di Uni saya.
Setiba saya di hadapan Quality Hotel, berpandu
kepada cahaya lampu kereta yang tinggi dan
banyak,kelihatan beberapa buah kereta dipandu laju
dari arah belakang saya dan kelihatan dengan jelas
sebuah wira hitam memotong dan menghadang/melintang
di depan sebuah wira bernombor DAD 5818 lampu
isyarat persimpangan samedaby hala ke Kg.Baru dan
kelihatan sebuah kereta Pajero hitam berAntena
tinggi menghimpit kereta DAD 5818 disebelah kiri dan
dalam masa yang sama beberapa buah motosikal
kelihatan berhenti dengan mengejut berhampiran
kereta DAD 5818. Saya memperlahankan kereta dan
berhenti kerana lampu merah. TIba-tiba saya dengar
jeritan POLIS! POLIS! sambil kesemua mereka yang
mengepung kereta DAD 5818 tadi keluar /turun dari
kenderaan masing-masing dan meluru ke arah kereta
DAD 5818 sambil menunjukkan sesuatu (rasanya kad
kuasa).TIba-tiba kereta DAD 5818 tersebut mengundur
secara laju dan merempuh 2 kereta di belakangnya (
sebuah wira dan sebuah hilux ). Saya ketika itu
berada di belakang kereta wira yang di rempuh
tersebut. Kereta Pajero hitam cuba menghadang kereta
DAD 5818 tetapi kereta DAD 5818 yang gila itu
membuat U Turn dengan laju dan hampir merempuh
pegawai Polis yang menjerit tadi dan lalu saya
dengar 3 das tembakkan yang menyebabkan saya keluar
dan meniarap disebelah kereta saya,bila saya bangun
saya lihat pegawai polis (baju biru dibelakangnya
tertulis TEAM SAM MALAYSIA ) mengejar kereta DAD
5818 dengan terhencut-hencut, yang telah dipandu
melawan arus dan lari masuk ke kawasan Qualiti
Hotel. Jalan mula sesak dengan kereta dan orang
ramai. Saya lihat dari jauh pegawai yang melepaskan
tembakan tadi dengan dibantu oleh anggota-anggota
lain berjaya menangkap pemandu dan penumpang DAD
5818 tersebut. Dalam masa yang sama 4-5 kereta jenis
honda yang dipandu laju pada waktu itu di tahan oleh
anggota Polis dan di bawa ke Balai termasuk sebuah
motor RXZ putih yang tidak mempunyai lampu depan/belakang
dan ditunggang secara merbahaya.
Hasil dari kes spontan berlaku depan mata saya ini
dan hasil dari soal balas dari individu yang berada
di situ saya boleh buat kesimpulan bergini;
Pihak Polis bertindak dengan pantas dengan menembak
dan menahan suspek.Pihak Polis dengan pantas dan
tegas mengawal kesesakan jalanraya dan keadaan
kembali normal dalam 20 min. Pihak Polis bergadai
nyawa untuk memastikan indek jenayah di bandaraya
turun supaya pelancong dan pelabur asing suka dan
selamat tinggal di ibukota. Pihak Polis pada waktu
itu yang saya lihat serba kekurangan dari segi
jumlah anggota,peralatan dan kenderaan tetapi
berjaya menjalankan tugas dengan sangat cekap dan
berwibawa.Tahniah kepada semua anggota Polis yang
terlibat dalam operasi mereka itu.(Kesemua mereka
berpakaian preman dan kenderaan mereka tidak
mempunyai logo Polis-satu penyamaran yang baik).
Seperkara lagi yang membuatkan saya teruja, adalah
cara dan sikap seorang pegawai Polis (yang memakai
topi KAWASAKI) yang menegur secara lembut beberapa
pemandu teksi dan kereta awam yang tidak memakai
talipinggang keledar dengan suara lembutnya.."
kenapa awak tak pakai tali pinggang kaledar?,kenapa
tak patuh undang-undang, apakah nyawa kamu dan
keluarga kamu pihak Polis juga yang perlu jaga?..."
sambil masing-masing tersipu-sipu malu dan mula
kelang kabut menarik tali pinggang keledar. Yang
peliknya pegawai Polis tersebut boleh 'cool'
sedangkan beberapa minit tadi rakannya terpaksa
melepaskan 3 das tembakan dan hampir dilanggar
kereta penjenayah tadi.Sepatutnya disaman saja
kesemua pemandu itu.
Kepada mat rempit dan pelumba haram, kalau anda
memilih kawasan bandaraya sebagai litar bongkak anda,
anda adalah SILAP. anda akan berdepan dengan pasukan
Polis yang hebat tadi.
Dari saya,
Ahmad Kadir Baker
UPM
|