|
Kenyataan Media
Daripada : PKR Bahagian
Kuala Langat
No. PPM –
SEL. 1429-89-461
AJK PKR
Kuala Langat Letak Jawatan dan AJK keluar dari PKR
bersama 317 ahli
PKR Kuala Langat yang bermesyuarat
pada 11hb Julai 2007 telah membuat keputusan sebulat
suara untuk membubarkan sepenuhnya Jawatan Kuasa PKR
Kuala Langat dan sebahagian AJK PKR Kuala Langat
membuat keputusan untuk keluar dari PKR berkuat
kuasa serta merta pada 11hb Julai 2007.
Mesyuarat juga menyatakan rasa
kecewa terhadap kegagalan seluruh barisan pimpinan
PKR samada diperingkat MPT mahupun Wanita Pusat bagi
setiap penggal untuk turun padang. Pimpinan sekadar
hanya sibuk bertanding merebut jawatan tetapi gagal
melaksanakan tugas. Ini juga antara lain yang
menyebabkan Wanita Bahagian Kuala Langat gagal
mengadakan Mesyuarat Agong pada pemilihan yang lalu
walaupun pembantu khas kepada Presiden PKR, Faekah
Husin adalah merupakan wanita Kuala Langat.
Jawatan kuasa yang telah meletakkan
jawatan dan keluar PKR bersama ahli berharap dapat
meneruskan perjuangan yang lebih jelas bersama GERAK
yang diasaskan oleh Saudara Ezam. Kami juga amat
yakin bahawa PKR bahagian Kuala Langat lumpuh
sepenuhnya kerana AJK Bahagian yang bertindak keluar
Parti adalah merupakan kekuatan, tulang belakang dan
penggerak PKR di Kuala Langat selama ini.
Bersama membuat keputusan untuk
membubarkan dan keluar dari PKR adalah :
Ketua Bahagian
: Abdul Razak Halidi
Naib Ketua
: Pragas A/L Kandasamy
Setiausaha
: Abdil Anas Bin Hashim
Bendahari
: Jahlaila Binti Senawi
Ketua Penerangan
: Saifuddin Bin Sulaiman
AJK
Bahagian :
Roslani Md Ariff
Miswannuddin Bin Ramlan
Razali Bin Ahmad
Asmadi Bin Awang
Arman Bin Abdul Karnain
Sabirin Bin Sarif
Murad Bun Jani
Jamal Bin Senawi
Shahrudin Bin Karnain
Ahmad Hilmi Bin Abdul Hadi
Abdul Rani Bin Hj Kamel
Abdul Razak Bin Halidi
Ketua Bahagian PKR Kuala Langat
|