|
PENINDASAN DI KAMPUS
IPTA : POLITIK
ADALAH MOTIFNYA!
Oleh:
ABDULLAH A. KARIM
EXCO DEWAN PEMUDA
PAS PUSAT/BEKAS
PRESIDEN
PERSATUAN MAHASISWA
UKM (PMUKM)
2001/2002
Insiden-insiden
terkini sebagaimana
yang dilaporkan di
dalam media
alternatif berkaitan
dengan tindakan
ganas pihak berkuasa
beberapa IPTA
tempatan seperti UPM
dan UIA terhadap
para mahasiswa yang
dipercayai menyokong
parti pelajar yang
bukan dari kelompok
pro-Aspirasi sejak
seminggu lepas,
bukanlah suatu
perkara yang luar
biasa setiap kali
menjelang
pilihanraya,
terutama semenjak
tahun 2001/2002.
Maka. tidak perlulah
Naib Canselor UPM
yang bertaraf
Profesor Datuk Dr
untuk mengeluarkan
satu kenyataan bodoh
semata-mata untuk
menjustifikasikan
tindakan para �samseng
bergaji� yang
terdiri dari
pegawai-pegawai
keselamatan dan Hal
Ehwal Pelajar (HEP)
UPM menggeledah dan
merampas komputer
riba dan lain-lain
peralatan peribadi
milik seorang
pelajar bernama Yee
Yang Yang oleh
kerana dari
kenyataan itu
sendiri terbongkar
jelas bahawa ianya
bermotifkan politik,
selain ditambah
alasan yang hingga
sekarang masih belum
dibuktikan, iaitulah
kononnya pelajar
terbabit menyimpan
bahan-bahan
pornografi di dalam
komputernya.
Di dalam satu
kenyataan media
bertarikh 17hb
September 2007, Naib
Canselor UPM
menyatakan antara
lain bahawa semasa
Bahagian Keselamatan
UPM menjalankan
penggeledahan ke
atas bilik yang
didiami pelajar
terbabit, mereka
telah menemui
sejumlah
risala-risalah yang
�dicetak oleh
persatuan yang tidak
berdaftar�, justeru
ianya merupakan satu
kesalahan di bawah
Perkara 12 (1)
Kaedah-Kaedah UPM (Tatatertib
Pelajar-Pelajar).
Persoalan yang ingin
kita ajukan kepada
pihak pentadbir dan
HEP UPM ialah,
apakah dia kandungan
risalah-risalah atau
bahan cetak yang
dijumpai di dalam
bilik asrama Yee
Yang Yang pada malam
14hb September
tersebut dan
sekiranya
risalah-risalah
terbabit diterbitkan
oleh �persatuan yang
tidak berdaftar�,
sila namakan
persatuan tersebut.
Saya fikir pihak
berkuasa UPM telah
terperangkap dalam
mainan sandiwara
politik yang
dipentaskannya
sendiri. Walaupun
mereka
cuba memperbesarkan isu bahan-bahan
lucah dengan tujuan
memperkecil maruah
dan kredibiliti
pelajar terbabit,
namun isu sebenar
disini ialah apabila
mereka menemui
risalah-risalah
tersebut di dalam
bilik Yee Yang Yang.
Dari maklumat sahih
yang saya perolehi
dari UPM sendiri,
risalah yang ditemui
di dalam bilik Yee
Yang Yang ialah
risalah-risalah
berkaitan dengan
pilihanraya kampus
yang dikeluarkan
oleh sebuah parti
pelajar yang
menggelarkan diri
mereka sebagai
Barisan Mahasiswa
Bersatu (BMB). BMB
ini merupakan
gabungan beberapa
pertubuhan pelajar
yang progresif yang
terdiri dari
berbilang kaum
dengan tujuan untuk
mencabar parti
Aspirasi yang
diketahui umum
disokong sepenuhnya
oleh Kementerian
Pengajian Tinggi (KPT)
dan Naib Canselor
serta seluruh organ
pentadbiran UPM itu
sendiri. BMB ini
telah ditubuhkan
beberapa minggu lalu
dan telah memberikan
satu impak besar
terhadap politik
kampus UPM.
Maka, tujuan sebenar
operasi
penggeledahan itu
dilakukan oleh
pentadbir UPM yang
bersekongkol dengan
parti Aspirasi
adalah untuk
mengesan dan
menggertak mana-mana
pelajar yang dikesan
sebagai aktivis dan
penggerak BMB
tersebut. Kejadian
yang menimpa Yee
Yang Yang terbut
bukanlah kejadian
terpencil. Bahkan
pada hari Isnin yang
lepas (17hb
September) bilik
yang diduduki salah
seorang pimpinan
Persatuan Mahasiswa
Islam UPM (PMIUPM)
pula yang digeledah.
Cuma kali ini
computer peribadi
pelajar terbabit
tidak pula dirampas.
Mungkin mereka lebih
berhati-hati selepas
tersilap langkap
dalam kes Yee Yang
Yang. PMIUPM
sememangnya
diketahui umum
sebagai salah satu
persatuan pelajar
yang ikut serta
menubuhkan BMB
tersebut. Setelah
diamati, alasan
bodoh kononnya
operasi
penggelededahan
tersebut dilakukan
untuk menyiasat kes
kecurian di kampus
tersebut selain dari
alasan pelajar
terbabit menyimpan
bahan-bahan lucah,
hanya timbul selepas
Yee Yang Yang dan
kawan-kawannya
menghebohkan
penganiayaan
tersebut di dalam
media alternatif,
beserta dengan bukti
rakaman audio visual
yang boleh
disaksikan oleh
berjuta manusia dari
seluruh dunia.
Pimpinan-pimpinan
politik dan NGO
berbondong-bondong
membuat kenyataan
mengecam perlakuan
UPM ke atas pelajar
terbabit. Mungkin
akibat terasa bara
tekanan yang datang,
maka sebagai
damage control,
Naib Canselor UPM
terpaksa
mengeluarkan satu
kenyataan bertulis
untuk menutup
bangkai yang
busuknya sekampung.
Apa masalah
sekiranya Yee Yang
Yang dan mana-mana
pelajar UPM yang
lain bergerak atas
platform BMB untuk
bertanding dalam
pilihanraya kampus?
Jika para pelajar
pro kerajaan bebas
bertanding atas nama
parti ASPIRASI, sila
Naib Canselor UPM
jelaskan prinsip
perlembagaan dan
demokrasi yang mana
yang membenarkan
hanya satu parti
sahaja dibenarkan
untuk bergerak dan
parti-parti lain
dianggap sebagai
�pertubuhan haram�?.
Kesalahan Yee Yang
Yang yang sebenarnya
di mata pentadbir
UPM adalah kerana
Yee menjadi
penggerak kepada BMB
yang menjadi lawan
kepada ASPIRASI.
Maka disini,
jelaslah bahawa
politiklah yang
mejadi motif
sebenar.
Sebagaimana yang
kita maklumi, sejak
sekian lama
pilihanraya kampus
terutamanya di
kampus-kampus utama
di Lembah Kelang
sentiasa menarik
perhatian ramai dan
dianggap sebagai medan pertandingan proksi di antara kumpulan
pelajar pro kerajaan
dan juga pro
pembangkang meskipun
acapkali dinafikan.
Sejak dari
pertengahan tahun
90an hinggalah ke
sekitar tahun
2000/2001,
pilihanraya di
hampir kesemua
kampus tanahair
dikuasai mutlak oleh
para pelajar yang
dilabelkan sebagai
pro pembangkang.
Dalam menghadapi
pilihanraya
tersebut, kumpulan
�pro pembangkang�
ini biasanya terdiri
dari gabungan
Persatuan Mahasiswa
Islam (PMI) yang
dianggap sebagai
persatuan yang
paling berpengaruh
di kampus-kampus,
bersama-sama dengan
kumpulan pelajar
progresif dari kaum
Cina dan India
seperti DEMA dan
lain-lain. Selepas
peristiwa Reformasi
1998, gabungan ini
turut diperkuatkan
lagi dengan
kemasukan kumpulan
pelajar pro ABIM dan
JIM hingga
menjadikan mereka
menang besar di
kampus-kampus.
Manakala kumpulan
pelajar pro UMNO/BN
amat tidak popular
hingga kalah teruk
dan hilang wang
pertaruhan.
Pilihanraya Umum
1999 dilihat sebagai
turning point
utama yang
menyebabkan kerajaan
UMNO/BN mula
memikirkan secara
serius untuk
membunuh terus
sebarang potensi
suara kritikal yang
ada pada generasi
muda di kampus.
Pilihanraya Umum ke
10 tersebut
menyaksikan buat
pertama kali dalam
sejarah politik
Malaysia, generasi
muda melayu yang
berpendidikan
menolak UMNO/BN.
Mujurlah lebih
kurang 650,000 orang
pengundi muda yang
baru mendaftar
sebagai pemilih,
dinafikan hak mereka
untuk mengundi di
dalam Pilihanraya
tersebut. Jika
tidak, bertambah
parahlah kekalahan
yang dialami oleh
UMNO/BN terutamanya
di kawasan majoriti
Melayu.
Selepas berhadapan
dengan perkembangan
yang amat
membimbangkan ini,
maka UMNO/BN melalui
Kementerian
Pendidikan dan juga
Biro Pendidikan
Pemuda UMNO yang
pada waktu itu
diterajui oleh Dato
Dr Adham Baba dengan
turut dibantu
sepenuhnya oleh Biro
Tatanegara (BTN)
Jabatan Perdana
Menteri, telah
memulakan gerak
kerja intensif untuk
untuk menghapuskan
terus pengaruh yang
ada pada gerakan
pelajar Islam yang
mana tindakan ini
adalah selaras
dengan program induk
UMNO/BN pasca
Pilihanraya Umum
1999 iaitulah untuk
mendapatkan kembali
sokongan generasi
muda terpelajar
walau dengan apa
cara sekalipun.
Manifestasi usaha
terancang ini bukan
sahaja dpat dilihat
dengan grand
design menguasai
politik kampus, tapi
termasuklah juga
pendekatan lain
seperti
memperkenalkan
Program Latihan
Khidmat Negara
(PLKN) bagi remaja
lepasan SPM dan juga
pengwujudan sayap
Puteri UMNO.
Di kampus-kampus
bermula sekitar
tahun 2001/2002,
Bahagian Hal Ehwal
Pelajar (HEP)
berperanan
sepenuhnya untuk
menjayakan agenda
perdana UMNO/BN ini
dan telah digerakkan
sebagai jentera
utama untuk
berhadapan dengan
MPP-MPP dan PMI-PMI.
Buat pertama kali
dalam sejarah
pengajian tinggi
negara, Timbalan
Naib Canselor,
Pegawai-pegawai HEP,
Pengetua dan
Felo-Felo Kolej
bertukar menjadi
lebih teruk dari
Pengerusi JKKK atau
pun Ketua Cawangan
UMNO! Mereka tidak
lagi berperanan
untuk membimbing
pelajar dan
meningkatkan taraf
akademik IPT, tetapi
telah berubah
menjadi pencacai
UMNO/BN untuk
bermusuh dengan
pemimpin pelajar
dalam kedaan gaji
dan elaun mereka
dibayar oleh wang
rakyat tanpa mengira
parti.
Mesyuarat-mesyuarat
HEP yang diatur
menjelang setiap
kali pilihanraya
kampus tidak lagi
membincangkan
bagaimana untuk
meningkatkan prestij
IPTA atau bagaimana
untuk menyiapkan
para graduan yang
dapat memenuhi
kehendak industri
dan pasaran kerja.
Sebaliknya
mesyuarat-mesyuarat
tersebut sepenuhnya
digunakan untuk
mencatur strategi
bagaimana untuk
memenangkan kumpulan
pro kerajaan di
kampus. Seiring
dengan itu,
program-program
anjuran MPP dan PMI
dan
persatuan-persatuan
yang dikenal pasti
dikuasai oleh mereka
yang tidak sehaluan
dengan dasar
kerajaan
kebanyakannya
disekat. MPP yang
seharusnya menjadi
badan perwakilan
pelajar bagi
memperjuangkan
kebajikan pelajar
telah dihalang dari
berperanan,hinggakan
smapai ke tahap MPP
dihalang untuk
bertemu dengan
pelajar yang berada
di bawah
kepimpinannya.
Bahkan yang lebih
teruk, Minggu
Orientasi digunakan
sepenuhnya untuk
memburukkan MPP dan
PMI-PMI dan
parti-parti
pembangkang
disamping pelajar
baru diugut supaya
tidak terlibat
dengan sebarang
kegiatan anjuran PMI
yang sekiranya
diengkari boleh
dikenakan tindakan
disiplin di bawah
Akta Uniuversiti dan
Kolej Universiti.
Usaha jahat pakatan
UMNO/BN dan HEP ini
mencapai kemuncaknya
di dalam Pilihanraya
Kampus Sesi
2003/2004 apabila
buat pertama kalinya
HEP menaja parti
politik pelajar yang
sah dan berdaftar
yang dikenali
sebagai Kumpulan
Aspirasi di hampir
kesemua kampus IPTA
bagi bertanding di
dalam pilihanraya
kampus sesi
tersebut. Perbuatan
ini jelas menyalahi
undang-undang
pilihanraya yang
digubal oleh HEP
sendiri. Usaha
terancang UMNO/BN
ini terus disahut
oleh media-media
utama yang
mempopularkan label
pro-.aspirasi dan
pro pembangkang.
Tambah menjijikkan,
hanya parti Aspirasi
sahaja yang
dibenarkan wujud
untuk bertanding
secara berkumpulan,
manakala kumpulan
selain dari aspirasi
tidak dibenarkan
untuk ditubuhkan
bahkan jika ada
pelajar yang
bertanding secara
berkumpulan selain
dari aspirasi diugut
untuk diambil
tindakan dan
dibatalkan
pencalonan mereka!
Di kebanyakan
kampus, Timbalan
Naib Canselor HEP
sendiri yang
dilantik sebagai
Penaung atau pun
Penasihat kepada
parti aspirasi ini
dan mereka
dibenarkan bergerak
dan berkempen secara
rasmi di seluruh
kampus. Padahal pada
masa yang sama,
Timbalan Naib
Canselor HEP di
kebanyakan IPTA
merupakan Pengerusi
kepada Urusetia atau
pun Suruhanjaya
Pilihanraya (SPR)
yang dilantik bagi
mengendalikan
perjalan pilihanraya
MPP. Begitu juga
dengan
pegawai-pegawai HEP
dan
Pengetua-Pengetua
Kolej yang turut
dilantik sebagai
urusetia SPR.
Keadaan ini samalah
ibarat Pengerusi
Tetap UMNO atau pun
Presiden UMNO
dilantik sebagai
Pengerusi
Suruhanjaya
Pilihanraya (SPR)
bagi mengendalikan
Pilihanraya Umum
yang UMNO/BN turut
bertandung! Dalam
keadaan calon-calon
lain tidak
dibenarkan
mengadakan kempen
terbuka, sudut
pidato dan juga
menerbitkan risalah
propaganda kempen,
parti Aspirasi
menikmati semua
keistimewaan
tersebut dengan
segala roadshow dan
ceramah mereka
dijadikan program
rasmi kolej-kolej
kediaman dengan
penghuni-penghuni
kolej diwajibkan
untuk menghadirinya.
Penerbitan risalah
dan buletin kempen
mereka juga ditaja
sepenuhnya oleh HEP
dan dengan mudah
mendapat cop
kebenaran untuk
disebarkan secara
meluas di dalam
kampus. Risalah
kempen dari
calon-calon lain
dianggap sebagai �risalah
haram� dan sesiapa
yang memiliki dan
mengedarkannya boleh
dikenakan tindakan
tatatertib. Perkara
inilah yang sedang
berlaku di UPM
sekarang.
Para
pelajar terutamnya
pelajar-pelajar baru
saban malam
dikumpulkan pada
malam-malam kempen
untuk dibrainwash
oleh
Pengetua-pengetua
dan felo-felo kolej
kediaman dan diugut
berulangkali supaya
hanya menyokong
calon tajaan
universiti (aspirasi)
dan tidak mengundi
calon-calon yang
lain yang dilabel
sebagai calon
gerakan bawah tanah
dan pro pembangkang.
Malahan ugutan yang
diberikan sampai ke
tahap tukang-tukang
ugut ini mendakwa
yang undi para
pelajar tidak rahsia
dan mereka boleh
mengetahui siapa
yang diundi oleh
para pelajar. Jika
didapati para
pelajar mengundi
calon selain dari
aspirasi, pelajar
tersebut tidak akan
dibenarkan untuk
menjadi penghuni
kolej kediaman
tersebut pada
semester akan datang.
Di UKM sebagai
contoh, pada saat
kempen pilihanraya
sedang berjalan,
pada ketika itulah
Unit Perumahan HEP
mengeluarkan borang
permohonan untuk
tinggal di kolej
pada semester yang
akan datang dimana
borang tersebut
perlu diisi dengan
mendapat tandatangan
pengetua�pengetua
kolej yang memang
hampir kesemuanya
adalah penasihat
kepada parti
Aspirasi di
peringkat kolej
kediaman. Ini
bertujuan untuk
memberi tekanan
psikologi kepada
pelajar-pelajar
untuk hanya mengundi
calon-calon Aspirasi.
Pada hari pengundian
pula, pentadbiran
kolej akan
mengeluarkan senarai
nama calon-calon
Aspirasi yang mesti
diundi oleh para
pelajar dengan cara
ditampalkan senarai
tersebut di papan
tanda rasmi kolej
kediaman. Kempen
ugut ini kelihatan
begitu berjaya
sekali menimbulkan
ketakutan dikalangan
pelajar. Tidak cukup
dengan itu, bilik
para pelajar yang
disyaki menjadi
aktivis kumpulan
yang bukan Aspirasi
seperti BMB di UPM
digeledah dan dicari
apa jua bukti untuk
mengaitkan pelajar
tersebut sebagai
terbabit dengan
pertubuhan haram dan
underground.
Bermula pada tahun
2003 juga,
diperkenalkan
beberapa peraturan
baru yang amat berat
sebelah dan amat
tidak munasabah
serta menjadikan
pilihanraya pelajar
lebih rendah
martabatnya daripada
proses memilih
pengawas atau pun
ketua darjah di
sekolah rendah.
Peraturan ini pula
dari segi
implementasinya
hanya terpakai
kepada calon-calon
bukan dari kumpulan
aspirasi di samping
memberikan banyak
advantage kepada
calon-calon
Aspirasi, antaranya
:
1)
Rapat
umum dan kempen
pidato terbuka bagi
calon memperkenalkan
dirinya dan
manifestonya telah
diharamkan dan
diganti dengan
kempen pidato
melalui rakaman
video yang mana
kandungan ucapan
calon hendaklah
disahkan terlebih
dahulu oleh
Suruhanjaya
Piliahnraya (SPR).
Tetapi pada masa
yang sama
calon-calon Aspirasi
dibenarkan berkempen
secara terbuka di
kolej-kolej kediaman
melalui
majlis-majlis kempen
yang dianjurkan
secara rasmi oleh
Pengetua-pengetua
kolej kediaman.
2)
Pusat
pembuangan undi yang
selama ini
diletakkan di
fakulti-fakulti
dimana dekan-dekan
fakulti bertindak
selaku pegawai
pengurus pilihanraya
(returning
officer) telah
dipindahkan ke
kolej-kolej kediaman
dibawah seliaan
pengetua-pengetua
kolej yang
berkebetulan turut
menjadi penasihat
kepada parti
aspirasi di
peringkat kolej
kediaman. Sedangkan
tindakan memindahkan
pengendaliaan
pilihanraya ke kolej
kediaman di bawah
seliaan pengetua
kolej adalah jelas
bertentangan dengan
Artikel 48 (2)(a)
Jadual Pertama, Akta
Universiti dan Kolej
Universiti 1971.
3)
Proses pengiraan
undi tidak lagi
dijalankan secara
yang telus dimana
Counting Agent
calon-calon tidak
dibenarkan lagi
untuk memerikasa
kertas undi an
mengikuti pengiraan
undi dari dekat
sebagaimana yang
dibenarkan sebelum
ini. Di kebanyakan
universiti pengiraan
undi dijalankan oleh
kakitangan-kakitangan
kolej dan HEP dengan
cara yang
tergesa-gesa dan
penuh kerahsiaan dan
menimbulkan banyak
persoalan dari segi
ketelusannya.
4) Poster-poster
dan banner-banner
calon- calon yang
bertanding telah
diseragamkan bentuk
dan saiznya dan
diuruskan sepenuhnya
oleh Suruhanjaya
Pilihanraya (SPR).
5)
Proses pengisian
borang penamaan
calon telah
diperketatkan
prosedurnya dengan
calon-calon perlu
mendapatkan
tandatangan dari
Pengetua Kolej dan
pegawai-pegawai HEP.
Terdapat banyak kes
calon-calon bukan
aspirasi dinafikan
hak untuk
mendapatkan
tandatangan oleh
pegawai-pegawai HEP
dan Pengetua Kolej
yang sememangnya
menjadi penasihat
kepada parti
Aspirasi.
6)
Tempoh kempen telah
disingkatkan kepada
hanya dua hari
setengah sahaja
berbanding dengan
sekurang-kurangnya 7
hari sebelum ini.
Tempoh singkat ini
tidak mencukupi bagi
calon selain
aspirasi. Sedangkan
calon-calon aspirasi
yang dibantu kempen
mereka oleh
pentadbir universiti
telah mula berkempen
sejak dari permulaan
semester lagi
melalui Minggu
Orientasi.
7)
Di
UIA bermula pada
tahun 2005,
diperkenalkan
prosedur
selection before the
election yang
amat tidak munasabah
dimana sesiapa yang
berhasrat menjadi
calon dikehendaki
melepasi ujian
personaliti,
public speaking
dan ujian Bahasa
Inggeris.
Selama setahun
kempen jahat dan
berat sebelah ini
berjalan dengan
ditambah dengan
peraturan gila yang
dilaksanakan, maka
kesannya kelihatan
begitu ketara dalam
pilihanrata kampus
2003/2004. Mood
politik pelajar
semakin menurun
bahkan majoriti
pelajar IPTA
mengundi dalam
keadaan takut dan
penuh tekanan yang
membuatkan mereka
tidak dapat membuat
pilihan yang bebas.
Memang kalangan
pelajar kita masih
punya idealisme yang
utuh, tapi pada masa
yang sama mereka
juga harus
memikirkan survival
diri dan pengajian
mereka. Satu undi
kepada calon bukan
aspirasi, bermakna
mereka berdepan
dengan risiko
disingkirkan dari
kolej kediaman atau
pun dikenakan
tindakan tatatertib.
Dengan keadaan
pilihanraya yang
dijalankan cukup
kotor dan jijik,
maka keputusannya
awal-awal lagi telah
dapat dijangkakan.
Buat pertama kali
dalam tempoh lapan
tahun, kumpulan
pelajar progresif
tewas teruk di
hampir kesemua
kampus-kampus yang
selama ini
menyaksikan kumpulan
pro kerajaan begitu
sukar untuk menang,
kecuali di UM dan di
UIA. Gerakan pelajar
Islam dan lain-lain
kumpulan pelajar
progresif telah
disembelih terlebih
dahulu pada tahun
2003 sebelum dari
PAS dan PKR
diganyang dalam
Pilihanraya Umum
2004! Situasi
penyelewengan dan
ketidakadilan dalam
proses pengendalian
pilihanraya kampus
terus berlarutan
pada sesi 2004/2005,
2005/2006 dan
2006/2007 yang
menyaksikan kumpulan
Aspirasi terus
berkuasa selama
empat sesi
berturut-berturut
atas segala penipuan
dan pencabulan
demokrasi yang
dikonspirasikan
bersama UMNO/BN di
luar kampus.
SUHAKAM sendiri
pernah menerbitkan
suatu laporan
bertajuk � Report
on the Allegations
of Unfair Practices
in relation to
University
Elections� pada
penghujung tahun
2004 dimana laporan
tersebut telah
memuatkan berbagai
senarai laporan 18
salah laku dan
penyelewengan yang
di dakwa berlaku
semasa pilihanraya
kampus 2003/2004.
Laporan tersebut
juga menyebut bahawa
SUHAKAM telah
menulis surat kepada
11 buah IPTA untuk
mendapatkan
penjelasan berhubung
dengan salahlaku dan
penyelewengan semasa
pilihanreaya
tersebut, tetapi
malangnya, hampir
kesemua IPTA
terbabit tidak
mempedulikan
langsung surat yang
dihantar oleh
SUHAKAM. Logik yang
dapat disimpulkan,
sekiranya kesemua 18
salahlaku tersebut
adalah tidak benar
dan hanya rekaan,
maka sudah tentulah
kesemua IPTA
terbabit akan
menafikan
sekeras-kerasnya.
Ataupun tindakan
yang paling bijak
ialah membenarkan
SUHAKAM memantau
sendiri perjalanan
pilihanraya kampus
bagi sesi-sesi
seterusnya. Tetapi
jelaslah bahawa
IPTA-IPTA tersebut cuba
menyembunyikan
sesuatu dan amat
takut sekiranya
segala bentuk
ketidakadilan yang
dilakukan semasa
mengendalikan
pilihanraya kampus
diketahui dan
didedahkan oleh
SUHAKAM. Maka tidak
hairanlah, hingga ke
pilihanraya kampus
yang terbaru yang
diadakan pada
September tahun
lepas, kesemua IPTA
di Malaysia secara
tegas menghalang
SUHAKAM dari
menjalankan gerak
kerja pemantauan
yang sememangnya
menjadi salah satu
tugasnya yang
diperuntukkan oleh
undang-undang.
Justeru, insiden
malang yang berlaku
di UPM dan beberapa
kampus IPTA lain
menjelang
pilihanraya kampus
sesi 2007/2008 ini
hanyalah
penyembungan dan
rentetan dari
siri-siri penindasan
yang dilakukan oleh
UMNO/BN dengan
memperalatkan para
pentadbir IPTA itu
sendiri. Jangan
diharap Menteri
Pengajian Tinggi
akan bertindak tegas
untuk menghentikan
penindasan ini,
melainkan ianya
medapat restu senyap
dari beliau
disebabkan jelas
ianya menguntungkan
politik pemerintah.
Maka apa yang perlu
dilakukan oleh kita
semua
aktivis-aktivis di
luar tembok kampus
ini adalah untuk
kita memperhebatkan
tekanan dan desakan
kita selain dari
menghulurkan
sebeberapa banyak
bantuan yang boleh
kita berikan kepada
pelajar-pelajar yang
progresif samada
dari segi kewangan
ataupun bantuan lain
seperti khidmat
nasihat guaman,
strategi dan
sebagainya. Jangan
terlalu pedulikan
sekatan Akta
Universiti dan Kolej
Universiti 1971 yang
menghalang
penglibatan pelajar
dengan parti politik
dan NGO kerana akta
ini telah lebih dulu
dicabul oleh
pemerintah UMNO/BN
sejak dari mula
ianya diperkenalkan!
Kepada pimpinan BA
dan NGO, saya
merasakan sudah tiba
masanya untuk kita
bergerak secara
terang di dalam
kampus, sebagaimana
yang dilakukan oleh
UMNO/BN.
Yang benar,
ABDULLAH A. KARIM
Bertarikh : 20hb
September 2007
|