BALIK KE MUKA UTAMA

 


 

Pelik
muazin subuh <muazzin_subuh@yahoo.com.my>
 

Saya rasa pelik. Sekarang kononnya kita sedar orang Melayu terdesak di bumi sendiri dan tercetuslah niat hendak mencari titik pertemuan di antara UMNO dan PAS. Tidak disangkal tujuannya memang murni dan terbit dari kesedaran bahawa Melayu tidak lagi boleh kelihatan berbalah dan berpecah belah.

Saya tertanya apakah kesedaran sedemikian juga tersemai di lubuk hati kepimpinan UMNO khasnya? Bagaimana kita hendak mengemukakan hujah perasaan demikian juga dirasai mereka sedangkan tindak-tanduk kepimpinan menunjukkan sebaliknya. Dari pucuk kepimpinan hingga ahli biasa bertuhankan duniawi.

Dengarkan sahaja kata-kata kesat bapak Menteri dalam berita TV3 Ahad lalu mengejek kepimpinan PAS. Gaya mereka tidak langsung mengenal batas dan sempadan. “Statement” Naib Presiden UMNO itu meletakkan PAS dalam keadaan boleh di peleceh dan ditertawakan. Setinggi mana pula integriti/budi pekerti kepimpinan UMNO, dikata dari keturunan bangsawan dan ulama terhadap bangsanya sendiri? Adat orang Melayu bertandang ke tempat orang ada adab-adabnya. Sekurang-kurangnya beri salam. Tunjukkan kita dari keturunan terhormat dan dihormati.

Lagi pelik UMNO masih bercakap tentang integriti dan pelbagai lagi. Mereka faham ke yang dituturkan? Contoh - apa jadi dengan retorik Mahathir ‘I’ll drive the sword of fear into their hearts’ Dia faham tak?

Saya tidak mempersoalkan dari segi logik politik, tetapi  akhlak seorang yang mengaku Islam dan menjadi ahli parti yang melaungkan prinsip membela agama, bangsa dan negara.

Saya akui ini politik namanya.  Menurut Mahahtir dalam gelanggang politik - hari ini musuh, esok menjadi teman. Itu hujah nafsu bukan tuntutan agama. 

Bukan kah ini pelik! UMNO parti orang Melayu. Menurut ta’rif Perlembangan kita semua beragama Islam. Ertinya Melayu itu Islam agamanya. Tetapi ke mana dicampakkan tuntutan agama yang diakui Allah swt diredhaiNya?

Statement sedemikian membuat hati pilu dan sayu. Lebih pilu kerana dilemparkan terhadap darah daging sendiri. Sebaliknya kita begitu cermat dan berlapik beria-ia dalam mengeluarkan kenyataan terhadap kepimpinan kaum lain.

Bukan kepalang sopan dan santunnya kita menuturkan kata-kata terhadap kaum lain. Kenapa, mereka rakan kongsi kita? Boleh disimpulkan juga hormat kita kepada bukan Islam mengatasi yang Islam itu sendiri! ‘Yes, if I can’t beat you I join you, dah kita lupakan!!’

Mungkin ada yang berpendapat politik dan agama adalah dua perkara berlainan dan dipisahkan. Atau dek kerana hendak lari dari tuntutan agama yang diturunkan Allah bahawa sesama Islam itu bersaudara, maka diilhamkan suatu aliran dinamakan Islam Hadhari!

Kalau inilah alasan dan hujahnya saya tidak hairan kalau umat Melayu direnung musibah perpecahan dan perbalahan. Sebabnya segala yang kita buat tidak merujuk kepada agama yang suci. Yang haram jadi halal dan sebaliknya, pembohongan, rasuah dan penindasan berleluasa, yang berkuasa kaya raya dan si miskin hidup papa kedana. 

Ingat dan kenang pepatah orang tuan, ‘Busuk-busuk daging dibasuh di makan jua’

Risiko dan padah menanti kita amat berat dan besar. Tiada formula ajaib menghindarkan kepupusan bangsa Melayu melainkan AGAMA.

 


 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762