BALIK KE MUKA UTAMA

 


 

Pelajaran dari Perayaan ulang tahun kemerdekaaan ke 50

 

        oleh Rahim Zain

 

Perayaan ulangtahun kemerdekaan yang baru berlalu meninggalakan teladan dan sempadan. Jika berpandukan kepada apa yang dapat dilihat, didengar dan dibaca dari media nyatalah Negara kita telah melepas satu peluang yang begitu baik untuk menyatakan dengan jelas bahawa keinginan kepada perpaduan meliputi seluruh rakyat. Rakyat dari semua kaum, yang majority dan minority seharusnya ‘ditunjuk’ sebagai terlibat sama dalam menyusun program dan bersama-sama merayakan peristiwa yang bersejarah itu. Tetapi siapakah yang bertanggungjawab mencorakkan peristiwa itu yang nampaknya lebih kepada perayaan oleh UMNO dan BN?  Rakyat tidak tahu apakah itu yang kerajaan mahu tetapi rakyat sudah nampak apa yang media telah lakukan. Dato Seri Najib telah bersuara sebagai negarawan yang dapat dibanggakan apabila diambang perayaan ulangtahun ke 50 kemerdekaan beliau mahu supaya undi tidak direbut sehingga memecah-belahkan rakyat dan merosak ketenteraman. Mesej itu meniup angin perubahan yang cukup segar dalam demokrasi bersesuaian dengan perayaan ulangtahun 50 kemerdekaan. Nada negarawan Dato Seri Najib yang memberi ingat kepada anak buah sendiri itu membawa mesej positif kepada semua rakyat tentang demokrasi danpilihan raya supaya masyarakt tidak berpecah setiap kali pilihan raya diadakan.  Gesaan sedemikian tidak kedengaran semenjak bermulanya politik perbalahan 50 tahun dulu. Rakyat mahu pemimpin muncul menyatakan visi seperti Najib dan menyusuli gesaan sedemikian dengan mengajak pemimpin-pemimpin lain disekeliling menyahut misi.

 

Sayangnya mesej Dato Seri Najib yang bermakna besar kepada pembinaan Negara tidak nampak meresap kedalam jiwa petugas dan jiwa media, seolal-olah mesej itu mereka tidak dengar dan tidak mahu terima dan hayati. Mesej besar itu berlalu dan mungkin sudah dilupai. Rakyat juga boleh beranggapan bahawa apa yang dilihat, didengar dan dibaca itu adalah hasil daripada minda professional yang ditugas untuk menjayakan perayaan secara ‘buta tuli’ lebih kepada hiburan dan tarik pelancung dari berat kepada mengamil peluang memaut hati rakyat membina Negara secara inclusive. Tidak siapa yang engkar tentang perayaan ulangtahun kemerdekaan yang ke 50. Tidak ada yang menafikan sanjungan terhadap khidmat Perdana Menteri selama ini satu lepas satu. Tidak ada yang tidak akui bahawa Malaysia sudah jauh maju dari zaman Malaya. Tidak ada yang mempertikai tentang perbelanjaan untuk perayaan birthday yang bersejarah itu. Rakyat berbangga dan bersyukur dapat hidup dalam keadaan damai, makmur, dan pesat membangun. Mesej Dato Seri Najib itu perlu dihidupkan oleh semua lapisan rakyat supaya amalan pilihan raya dapat mengembalikan kekuatan Negara dalam memilih anak watan yang cemerlang untuk mengendalikan kemajuan Negara baik dari apa parti pun.

 

Namun demikian apa yang dibayangkan oleh petugas media yang terlibat dalam penyiaran dan penulisan memberi gambaran bahawa generasi selepas merdeka tidak tahu sejarah, tidak belajar sejarah, tidak tahu erti demokrasi, dan tidak faham persekitaran sosial di tanah air. Jika petugas media yang belum bersedia dilepas tangan untuk menyusun program tanpa bimbingan maka ketua masing-masing pun tidak dapat lari dari kesan negatif yang telah ditinggalkan oleh hasil kerja anak buah masing-masing. Unsur negatif adalah nampak kecil tetapi bersifat seperti virus jika tidak dicegah dari merebak. Sama ada dibuat dengan sengaja atau tidak adalah jelas sepanjang perayaan yang baru lalu adalah milik UMNO dan BN. Di stadium Negara makin jelas rakyat dari kalangan parti-parti lain tidak ada tempat dalam skrip atau minda penyampai program. Di majlis itu disebut-sebut UMNO dan BN dan  tidak kedengaran secara melekat di otak dan hati rakyat bahawa rakyat yang bukan UMNO dan BN pun turut meraya kemerdekaan. Tidakkah undi popular orang Melayu telah banyak berhijrah?

 

Di dalam demokrasi yang sepatutnya pihak majoriti dan pihak minority kesemuanya adalah rakyat dalam satu sistem yang tidak harus menjadi mangsa pilih bulu dalam satu peristiwa perayaan kemerdekaan yang cukup bererti dalam pembinaan Negara. Alangkah baiknya bagi semua jika ada yang berjiwa besar untuk memberi luang kepada pemimpin di luar UMNO dan BN bersama dengan pengikut masing-masing sama-sama beriang ria dan bersyukur sebagai satu bangsa dan satu Negara, dan sambil itu memperlihatkan perpaduan sebagai warga Negara walaupun berbeza politik. Bagi yang mahu kepada perpaduan dalam ertikata sebenar apa yang tidak dibuat itu adalah satu kepincangan. Dan jika kepincangan itu tidak dibaiki maka cakap-cakap tentang perpaduan atau kemuafakatan akan kekal sebagai usaha berbelah-belah dan berpihak-pihak. Perbelahan ini akan terus menjadi lebih merosakkan jika dipakai sebagai satu cara mengendali urusan Negara oleh petugas seperti petugas KeKWA dan media.

 

Satu perkara yang berulang-ulang disebut dalam sajak atau iklan atau perbualan sesama penyiar radio dan TV ialah tentang pejuang kemerdekaan yang sanggup mati dan yang menyabung nyawa menunmpah darah. Mereka yang muda-muda di radio dan TV telah terbawa-bawa oleh istilah perjuangan kemerdekaan dan telah mengkhayalkan imej perjuangan seperti yang berlaku di Indonesia atau di negara-negara lain, mungkin kononnya untuk menghebatkan perjuangan kemerdekaan yang selayaknya dirayakan dengan hebat juga. Mereka itu lasung tidak mencermin tuntutan kemerdekaan secara tidak mahu bertumpah darah dan tidak juga mencermin nasib pejuang Melayu yang mahu menuntut kemerdekaan mutlak.   Orang Melayu yang diapikan dengan gambaran pengorbanan sedemikian sudah tentu mempunyai imej lain tentang kemerdekaan berbanding dengan kaum lain yang tidak menonton chanel TV yang sama atau membaca dan mendegar dari media yang sama. Juga orang Melayu tidak dapat terima imej pejuang yang merengkuk dalam penjara dan berakhir di tali gantung tanpa pembelaan oleh orang Melayu yang ikut telunjuk Penjajah memilih jalan perundingan untuk mencapai kemerdekaan. Gunalah gelaran yang tepat.

 

Pejuang adalah pejuang. Parajurit yang makan gaji dan bertindak atas suruhan adalah parajurit makan gaji. Darjat mereka berlainan. Dan jika ikhlas dengan sejarah berilah tempat kepada pejuang dan perwira yang sudah lama meninggal kita dengan jasa mereka membuka pintu hati orang Melayu kepada erti maruah bangsa. 50 tahun adalah cukup panjang untuk keluarga dan sahabat handai menunggu pemulihan kedudukan sebenar pejuang tanah air setelah sekian lama ditenggelamkan oleh pihak yang memilih berunding untuk mendapat kemerdekaan. Pejuang yang sanggup mati telah diketepikan kerana itulah cara yang Penjajah mahu dan yang kebetulan pula satu cara meleyapkan kemungkinan mereka muncul dengan hebat dalam system demokrasi. Matlamat itu telah dicapai dengan jaya dengan bantuan Penjajah. Amat tidak adil jika penyajak, penyair, dan presenter Melayu di TV menyebut tentang perjuangan kemerdekaan dengan imej darah dan maut sedangkan tokoh-tokoh itu tidak sedikit pun diperkatakan. Apakah imej demikian juga diungkit oleh media bukan Melayu? Sebenarnya adalah lebih baik jika nada kedamaian dan perundingan ditonjolkan dari membangkit imej perjuangan berdarah dan maut sebagai perjuangan kemerdekaan. Apa yang dilakukan oleh mereka dalam pasukan keselamata penjajah adalah khidmat keselamatan dan mesti dianggap sebagai jasa khidmat keselamatan dibawah Penjajah dan disanjung seeloknya yang patut dibawah label itu. Kelemahan memberi gelaran dan sanjungan yang salah tempat sedemikian perlu dicegah dari berulang.

 

Berikutan dengan keghairahan hendak menghebatkan perjuagan kemerdekaan tahun demi tahun vetran telah diarak. Oleh kerana kemerdekaan dicapai secara perundingan dan pejuang yang sebenar telah disisih, dipenjara, digantung, dan dibiar bermastautin dinegara lain sebenarnya pejuang kemerdekaan yang sanggup mati atau bertumpah darah sudah lama hilang dari kedudukan yang mulia dalam masyarakat. Buku sejarah tidak merekod kedudukan yang sebenar dan mereka pergi tanpa batu nesan pejuang. Oleh itu yang diarak tahun demi tahun sebagai perwira itu siapa? Mereka adalah asykar penjajah. Mereka adaklah orang makan gaji yang menjaga keselamatan Negara. Mereka adalah sukarelawan yang mahu menolong penjajah melawan jepun dan selepas itu diupah oleh penjajah dan menjadi suruhan penjajah dalam masa aman. Sukarelewan yang menjadi ajen British atau orang suruhan British di dalam hutan adalah bukan perwira perjuangan kemerdekaan. Jika Negara tidak dapat tampilkan pejuang sejati terimalah hakikat bahawa mereka tidak ada bersama kita lagi, berilah penghormatan dan pengiktirafan kepada yang masih hidup secara selayaknya.

 

Dan perbuatan memberi bintang kepada mereka yang diluar takrif pejuang kemerdekaan  dalam suasana merayakan kemerdekaan adalah mengelirukan. Orang makan gaji dengan orang yang berani mati untuk menuntut kemerdekaan sebagai pejuang adalah sangat berbeza darjatnya. Motivasi orang makan gaji adalah makan gaji. Mati orang makan gaji tidak sama dengan mati pejuang. Orang makan gaji mati mungkin kerana keberanian berhadapan dengan musuh dan mati bertempur dengan musuh bukan dengan penjajah atau pasukan penjajah. Atau mereka mati kerana tidak bersedia menghadapi musuh, atau tidak pandai, atau tidak cekap, atau pesawat terhempas, atau lori masuk gaung. Begitu juga dengan kecederaan yang dialami. Negara dan buku sejarah perlu mengasingkan perwira pejuang kemerdekaan dengan vetran asykar penjajah atau asykar Malaya atau ajen British dalam hutan, atau anggota keselamatan yang melawan pengganas setelah Negara merdeka supaya kecelaruan yang ditunjuk dalam program ulangtahun kemerdekaan tidak berlaku lagi di masa hadapan.        


 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762