BALIK KE MUKA UTAMA

 


 

Ruj. Kami : SU/PAS/KR/1.02(8)
Tarikh : 18 Rabiul Akhir 1428 6 Mei 2007

Kepada :

Yang Di Pertua dan Pegawai Daerah
Majlis Perbandaran Seremban. Faks : 7637449
Majlis Perbandaran Nilai. Faks : 7997300/7400
Majlis Daerah Rembau. Faks : 6855117

Assalamualaikum,

Tuan ,

PENGAWALAN RUMAH JUDI DAN PENJUALAN MINUMAN KERAS

Merujuk kepada perkara di atas PAS Kawasan Rembau melahirkan rasa kebimbangan yang amat sangat terhadap gejala keruntuhan akhlak terutama di kalangan orang Islam dan orang Melayu di kawasan ini.

2. Justeru itu pihak kami mengharapkan agar pihak tuan dapat mempastikan agar pemberian lesen rumah judi serta lesen penjualan arak adalah terkawal dan tidak melibatkan orang Islam secara langsung atau tidak langsung.

3. Sepertimana yang termaktub dalam Rang Undang-Undang Rumah Perjudian Terbuka (Pindaan) 2000 Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 kerajaan telah mengadakan kawalan yang ketat ke atas aktiviti perjudian yang di antaranya adalah, kerajaan tidak lagi mengeluarkan lesen-lesen baru bagi semua bentuk perjudian dan adalah dilarang orang yang beragama Islam, mereka di bawah umur 21 tahun dan murid sekolah daripada memasuki premis-premis perjudian.

4. Sementara dalam isu penjualan minuman keras ataupun arak menurut syarat-syarat pemegang lesen di bawah Seksyen 35 Akta Eksais 1976 , Lesen Kedai Runcit, Peniaga Borong dan Rumah Awam telah menetapkan antaranya pemegang lesen runcit tidak dibenarkan pelanggannya minum arak di kedainya, mempamerkan lesennya pada setiap masa di suatu tempat yang mudah dilihat di premis berlesen, hendaklah beroperasi antara waktu-waktu yang ditetapkan, pemegang lesen tidak boleh mengadakan atau membenarkan sebarang pertunjukkan muzik atau lain-lain hiburan dalam premis berlesen kecuali mendapat kebenaran Ketua Pegawai Polis atau Pesuruhjaya Polis, pemegang lesen tidak boleh membenarkan pelanggannya mabuk atau melakukan kekacauan atau perjudian di dalam premis berlesennya, pemegang lesen tidak boleh membekal atau menjual liquor kepada seseorang yang mabuk atau seseorang yang dibawah umur 18 tahun, pemegang lesen tidak boleh menjual liquor yang memabukkan kepada seseorang yang beragama Islam, hendaklah mengadakan Papan Kenyataan "MEMINUM ARAK DAN SEUMPAMA DENGANNYA ADALAH HARAM BAGI ORANG-ORANG ISLAM". Papan Kenyataan ini hendaklah dipamerkan di bahagian bar bagi rumah-rumah awam. Pemegang terlebih dahulu hendaklah mendapat lesen iklan daripada Majlis Daerah, Pemegang Lesen Rumah Awam tidak dibenarkan mengambil/menempatkan pekerja wanita/lelaki Islam di bahagian bar.

5. Disamping itu pihak kami juga menggesa agar Penguatkuasa Jabatan Agama Islam menguatkuasakan Seksyen 79A Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) (Pindaan) 2004 yang menyatakan : Orang Islam yang berjudi atau didapati berada di tempat perjudian adalah melakukan suatu kesalahan di bawah dan apabila disabitkan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM 3,000.00 atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya , terutamanya di pekan Rembau, pekan Rantau dan pekan Senawang  Kerjasama daripada pihak tuan adalah amat diharapkan dan dihargai untuk membentuk generasi warganegara Malaysia amnya serta orang Islam dan bangsa Melayu khususnya yang berakhlak mulia dengan itu akan mengurangkan gejala yang tidak sihat di kawasan ini yang bukan sahaja merugikan diri mereka, malah membinasakan institusi kekeluargaan dan masyarakat Islam khususnya serta rakyat amnya.

Sekian, terima kasih.

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM

Yang menjalankan amanah ,
Rosli bin Yaakop
Yang Di Pertua PAS Kawasan Rembau
PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN REMBAU PPM/NS 26/52-7824
Kg Senama, Jalan Rembau-Tampin, 73000 Rembau,
N.Sembilan
Tel/Faks : 06-6776254 , HP : 019-2171942
http://pasns.blogspot.com

s.k. :
1. YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hassan
Fax : 7631394
2. Ketua Polis Daerah Rembau Fax : 6857363
3. Ketua Polis Negeri Sembilan Fax : 7623506
4. Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri
Sembilan Faks : 7631395
5. Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan - Fax
: 7620648
6. Bahagian Penguatkuasa JHEAINS Fax : 7672767
7. Semua Ketua Cawangan PAS dalam Parlimen Rembau
8. Semua Ketua Cawangan UMNO dalam Parlimen Rembau
9. Semua Nazir dan Imam Masjid serta Surau dalam
Parlimen Rembau
10. Semua Penghulu dan Pengerusi JKKK dalam Parlimen
Rembau


Blog PAS N.Sembilan http://pasns.blogspot.com Laman Web Pemuda PAS  NS www.sriminang.com & Pemuda PAS Seremban www.pemudapasseremban.net  Blog AMKNS http://amkns.blogspot.com & Blog Cikgu Badrul  http://chegubard.blogspot.com 




 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762