KENYATAAN AKHBAR
PARTI MAHASISWA
NEGARA
BERHUBUNG
AMARAN DATUK
MUSTAPA MOHAMED,
MENTERI
PENGAJIAN TINGGI
BUAT PELAJAR DAN
MAHASISWA
12 Februari
2008
(Selasa)
Parti Mahasiswa
Negara (PMN)
amat terkilan
dengan kenyataan
Datuk Mustapa
Mohamed hari ini
di dalam media
perdana kerana
mengugut akan
memberikan
tindakan keras
kepada mahasiswa
dan pensyarah
yang terlibat
dalam kempen
parti politik.
Parti Mahasiswa
Negara (PMN)
ingin menegaskan
di sini bahawa
kenyataan itu
sama sekali
tidak demokratik
dan menghakis
kredibiliti
beliau sebagai
seorang Menteri
Pengajian
Tinggi.
Kenyataan itu
juga
menggambarkan
bahawa beliau
seorang menteri
yang tidak telus
dalam soal
memegang dan
melaksanakan
prinsip yang
telah ditetapkan
oleh
perlembagaan.
PMN juga ingin
mengingatkan
kepada Datuk
Mustapa bahawa
beliau jangan
sekali-kali
menutup mata
terhadap
mahasiswa,
pensyarah
termasuk Naib
dan Timbalan
Naib Cancelor
yang terlibat
dengan UMNO atau
Barisan
Nasional. PMN
sedang berusaha
untuk
mengumpulkan
bukti-bukti yang
menunjukkan
keterlibatan
mereka dengan
UMNO.
Pihak UMNO juga
telah
memperkudakan NC
dan TNC dalam
politik
terutamanya
campur tangan
UMNO dalam
Pilihan Raya
Kampus sejak
bertahun-tahun
lamanya. Adakah
UMNO tidak
pernah
mengadakan
mesyuarat
bersama NC, TNC
mahupun staf
universiti bagi
menjayakan
agenda mereka?
Adakah UMNO
tidak pernah
memperuntukkan
perbelanjaan
yang besar
semata-mata
ingin
memenangkan
calon-calon
aspirasi mereka
dalam Pilihan
Raya Kampus?
Adakah penubuhan
GPMS di
universiti-universiti
adalah semangat
untuk
mengumnokan
mahasiswa di
universiti?
Adakah Ketua
Biro Ekonomi
Pemuda UMNO
Pusat yang
menjadi Presiden
GPMS kebangsaan?
PMN juga tidak
akan
teragak-agak
mengheret dan
mengumumkan
mahasiswa
aspirasi dan
tenaga akademik
di universiti
yang terlibat
dengan UMNO,
Pemuda UMNO,
Putera UMNO,
Wanita UMNO dan
Puteri UMNO.
Seksyen 15 Akta
Universiti dan
Kolej Universiti
(AUKU 1971)
jelas
bertentangan
dengan semangat
demokrasi dan
hak asasi
seorang
warganegara.
Gerak kerja
kempen dalam
pilihanraya
adalah satu
usaha untuk
membantu dan
menyokong
sesebuah parti.
Begitu juga
dengan
pembuangan undi,
ia juga satu
simbolik untuk
menyokong
sesebuah parti
politik. Dalam
sesebuah negara
yang mengamalkan
demokrasi,
rakyat termasuk
mahasiswa berhak
untuk memilih
mana-mana
pemimpin yang
layak untuk
menjadi pemimpin
mereka. Secara
fitrahnya juga,
seorang manusia
itu berhak
turut serta
dalam mana-mana
kumpulan untuk
memperjuangkan
keadilan dan
kebenaran kepada
manusia. Manusia
itu sendiri
bersifat sosial
dan ingin
melibatkan diri
dengan manusia
yang lain. Jika
dalam Islam,
sembahyang
berjema’ah juga
mengajar
seseorang untuk
berpolitik.
Sekiranya imam
melakukan
kesalahan,
mana-mana makmum
berhak menegur
imam tersebut
walaupun makmum
tersebut seorang
perempuan.
PMN berpandangan
bahawa Datuk
Mustapa sendiri
agak tertekan
dengan
kebangkitan
golongan pelajar
dan akademik
yang semakin
cerdik untuk
menilai situasi
politik yang
berlaku di dalam
negara. PMN
sendiri ingin
menegaskan
kepada KPT
supaya bukan
hanya menyibuk
memikirkan soal
menyekat hak
mahasiswa dan
pensyarah tetapi
memikirkan dan
melaksanakan
perancangan
untuk
meningkatkan
ranking atau
daya saing IPTA
di mata dunia,
soal kebejatan
sosial yang
berlaku
dikalangan
pelajar, soal
penafian
biasiswa dan
mengenakan caj
yang tinggi
dalam pinjaman
PTPTN, masalah
pengangguran dan
sebagainya.
Disediakan oleh,
Ahmad Fawwaz Abd
Aziz
Setiausaha
Politik
Parti Mahasiswa
Negara
013-697 3646