BALIK KE MUKA UTAMA

 


 


LAYARI LAMAN WWW.PROWARIS.ORG DAN LAWATI LAMAN WWW.PROWARIS.ORG

THE AWAKENING, PEMIMPIN DAN TERHUTANG BUDI Oleh KZ Ahmad - Orang Kita

Pertama
 


The Awakening, tema yang digunakan oleh PROWARIS antaranya menggesa angkatan muda melayu terutamanya di kampus kampus IPTA bangkit menyediakan diri menghadapi dunia professional. Untuk kebangkitan ini, orang Melayu mesti berdikari, bekerja dan beramal bersungguh-sungguh. Orang Melayu mesti mengubah budaya berfikir dan sahsiah mereka serta hendaklah bergantung kepada usaha mereka sendiri.

Kelemahan sahsiah adalah punca utama kelemahan satu-satu bangsa. Ini adalah kesimpulan yang telah dibuat oleh Allahyarham Pendita Za'ba dalam salah satu karangan beliau.

Menurut Za'ba lagi, kemunduran orang Melayu adalah disebabkan sebahagian besar dari mereka tidak percaya pada kebolehan diri sendiri. Orang Melayu lemah cita-cita. Orang Melayu kurang hemah. Orang Melayu terlalu menggantungkan diri dan harapan kepada orang lain. Orang Melayu lebih cenderung meminta bantuan dan pertolongan orang lain. Pada hari ini, orang Melayu tidak mundur sebenarnya, tetapi tertinggal.

Mereka sepatutnya menjalankan bahagian tangunggjawab dirinya sendiri tanpa bergantung kepada orang lain. Mereka tidak boleh meletakkan tanggungjawab diri sendiri kepada orang lain untuk menyempurnakannya.

Orang Melayu akan menang secara keseluruhannya dalam apa jua perlumbaan sekiranya setiap dari individu Melayu itu kuat hati, tekun dan sabar dalam menjalankan tanggungjawabnya sendiri dengan bergantung kepada ikhtiar serta usaha dirinya sendiri. Iktiar dan usaha ini pula hanyalah layak digantungkan kepada Allah sahaja.

Tidak dinafikan banyak perkara orang Melayu memerlukan pertolongan. Tetapi setiap pertolongan yang dihulurkan haruslah di terima dengan berpada-pada. Bukan menerimanya membabi buta tanpa memahami apakah keperluan meminta dan menerima pertolongan.

Hubungan memberi dan menerima adalah merupakan hubungan insan semata mata atas sifat tanggungjawab yang mana kemudiannya akan dibawa kembali kepada Allah.

Oleh itu menerima pertolongan dari sesiapa pun bukan bermakna mesti ikut telunjuk orang yang memberi! Ucapan terimakasih atau kadar tanda perhargaan kepada si pemberi serta dipanjatkan kepada Allah adalah mencukupi. Seterusnya berusaha lah bersungguh sungguh memperbaiki diri sendiri. Jangan sampai alpa menerima pertolongan yang akhirnya menyebabkan jiwa orang Melayu di rantai oleh si pemberi!

Orang berbudi kita berbahasa. Berbahasa orang Melayu pada hari ini mestilah dengan definasi atau pengertian. Bukan berbahasa bodoh!

Perbuatan meminta dan menerima pertolongan ini mesti mempunyai batasan. Tanpa batasan, perbuatan ini akan menjuruskan orang Melayu menjadi bangsa yang meminta-minta, berharap-harap dan sekali gus menjadikan orang Melayu sebagai bangsa subsidi. Apabila berada di tahap ini, kecelakaan akan menimpa orang Melayu. Hidungnya tercucuk bak lembu. Tengkuk dan bahunya terpasung agar mudah diheret ke sana sini. Mudah di rotan-rotan serta diugut-ugut untuk dikorbankan andaikata tiada ketaatan.

Orang Melayu bukan bangsa lembu dan kerbau sembelihan! 

Kedua

Orang Melayu terhutang budi. Pada Siapa?

Apa yang diperkatakan oleh Za'ba, berlaku pada hari ini. Orang Melayu rata-rata mengambil tindakan mudah dengan menggantungkan harapan kehidupan mereka bulat-bulat kepada orang lain.

Dalam konteks politik hari ini, orang Melayu menggantungkan harapan kehidupan mereka kepada pemimpin. Hidup orang Melayu adalah atas ihsan pemimpin. Dari nenek moyang hingga ke generasi akan datang, hidup-mati orang Melayu ditentukan oleh pemimpin.

Pemimpin Melayu memang arif dalam memberikan pertolongan. Misalnya sewaktu musim pilihanraya. Mereka datang berduyun duyun memberikan pertolongan dengan senyuman dan berhemah tinggi.

Kalau zip seluar tersangkut, nescaya diperbetulkan oleh puteri UMNO sekelip mata. Kalau ada orang sakit atau kematian, nescaya lebai-lebai PAS berhempas pulas menyabarkan keluarga si pesakit atau balu si mati dengan hembusan hembusan ayat-ayat suci dan hadith. Kalau berlaku ketikadilan sosial maka pemimpin KEADILAN akan menyalak, mengaum-ngaum sengau menegakkan hak kemanusiaan orang Melayu.

Orang Melayu pula janganlah mengambil sikap sombong. Terimalah apa jua pertolongan dengan seadanya. Bila lagi hendak merasa keajaiban jenis pertolongan bermusim ini! Hendak menunggu YB yang lain-lain mati, entahkan bila.

Tetapi ingat! Terimalah pertolongan ini dengan pengertian. Hargailah pertolongan ini dengan berpada-pada. Jangan sampai menjerat jiwa sendiri dengan sumpah terhutang budi! Sumpah terhutang budi ini sudah terbukti membinasakan orang Melayu. Sumpah ini tidak membangunkan orang Melayu.

Bahasa terhutang budi ini hanya merantai jiwa orang Melayu dan keturunannya supaya tunduk bodoh kepada pemimpin-pemimpin dajal.

Ketiga

Terhutang budi, jiwa dan raga ku beri! Undi sebagai bukti! Sampai bila-bila orang Melayu terbelenggu sebegini! Jati diri orang Melayu ditukar ganti oleh pemimpinnya dengan nilai sehelai kain pelekat India ! Bangsat sungguhkah orang Melayu!.

Senario orang Melayu akan berubah sekiranya mereka faham bahawa bergantung kepada ikhtiar dan usaha sendiri untuk berubah mampu memerdekakan jiwa mereka. Meminta dan menerima pertolongan pula tidaklah bermakna mereka kena taat buta kepada pemimpin serta menyerahkan seluruh jiwa dan raga. Pelacur pun tidak menyerahkan jiwa dan raga sepenuhnya kepada si pembeli walaupun di beli dengan harga yang mahal.

Lagipun memang menjadi tanggungjawab pemimpin memberi dan ini bukanlah satu perkara yang menghairankan. Bukan soal pemimpin ini dan itu bagus kerana kelihatan pemurah. Tetapi memberi itu ada dalam pakej seorang pemimpin dalam usahanya memakmurkan rakyat.

Orang Melayu mesti mengubah senario politik hari ini! Orang Melayu memberi undi, pemimpin Melayu menerima undi. Orang Melayu kena jadikan pemimpin Melayu pula meminta-minta dan terhutang budi! Orang Melayu mesti merantai pemimpinnya supaya mereka taat kepada bangsa dan agamanya.

Kita adalah orang Melayu akar umbi. Akar Umbi yang mutlak menentukan, siapakah pemimpin Melayu yang layak mewakili kita untuk melaungkan Hidup Melayu!

Kalau tidak layak, peramkan sahaja pemimpin itu!

Sekian.

KZ Ahmad - 'Orang Kita'
www.prowaris.org
22 April 2007

LAYARI LAMAN WWW.PROWARIS.ORG DAN LAWATI LAMAN WWW.PROWARIS.ORG


 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762