|
Bangsa vs bangsa
Assalamualaikum..
Kita telah menyambut
hari kemerdekaan bagi Negara kita. Tarikh keramat
itu merupakan satu tarikh yang diingati oleh seluruh
rakyat Negara ini. Bermula dari tarikh tersebut
semua rakyat Malaysia tidak kira suku kaum, bangsa
dan agama meraikannya pada setiap tahun. Seluruh
rakyat Malaysia bergabung tenaga membangunkan
Negara, berkongsi setiap apa yang ada di bumi
bertuah ini. Berpegang kepada prinsip perkongsian
ini, Negara mengecapi kestabilan politik, keamanan
dan pembangunan menyeluruh seperti ekonomi, social,
kebudayaan dan sebagainya yang berterusan sehingga
ke hari ini.
Namun pada akhir-akhir
ini wujud suara-suara yang boleh dikatakan cuba
untuk menggugat dan sekali gus memecahkan tradisi
lama yang telah di persetujui bersama oleh
pemimpin-pemimpin serta pejuang-pejuang tanah air
yang terdahulu iaitu dengan menuntut hak yang
melampau bagi pihak masing-masing. Wakil daripada
etnik India dan Cina masing-masing telah mencurahkan
niat serta keinginan bangsa masing-masing kepada
kerajaan. Mereka menyatakan dengan niat kononnya
untuk mendapatkan ‘keadilan’ bagi pihak bangsa
mereka.
Apa yang adil dan apa
yang tidak adil kita sendiri tidak faham, malahan
kemungkinan mereka sendiri tidak faham apa yang adil
dan apa yang tidak adil. Mereka ini diibaratkan cuba
menjolok sarang tebuan atau pun mereka ini cuba-cuba
untuk ‘ mengail’ ikan di daratan dan berharap
umpannya dimakan oleh ‘ikan-ikan’ yang besar lagi
gagah di dalam Negara ini.
Mereka sudah berani
untuk membuat tuntutan yang orang melayu sendiri
tidak pernah menuntut dan mungkin juga tidak pernah
terfikir untuk menuntutnya. Mereka telah lupa, orang
melayu sudah terlalu banyak ‘bertolak-ansur’ dengan
mereka. Mereka sudah lupa di mana asal usul mereka.
Mereka telah lupa apa yang mereka ( pemimpin mereka
yang terdahulu ) berjanji kepada bangsa melayu di
suatu masa terdahulu. Mereka sudah lupa siapa mereka
dan siapa bangsa melayu. Mereka lupa segala-galanya,
pengorbanan, pemberian, penganugerahan dan sifat
orang melayu yang paling agung ‘orang memberi kita
menerima, orang berbudi kita berbahasa’. Mereka lupa
di mana mereka berdiri. Mereka lupa kata-kata nenek
moyang mereka.
Jika kita toleh sedikit
mengenai sejarah kedua-dua bangsa ini, mereka
mempunyai Maharaja/Raja masing-masing tetapi kini
Maharaja/Raja mereka telah hilang dalam sejarah
mereka sendiri. Sejarah mereka membuktikan
bahawasanya kedua-dua bangsa ini akan berperang
sesama sendiri, saling bunuh membunuh, membuat kacau
bilau dan yang paling perit sekali ialah mereka ini
meruntuhkan Negara mereka sendiri di suatu masa
dahulu. Mereka akan bersekongkol dengan bangsa asing
untuk menjatuhkan kerajaan mereka. Kita lihat pada
hari ini, Negara asal mereka masih tidak lagi dalam
keadaan yang stabil, kemiskinan melampau masih
berleluasa, perebutan kuasa masih berlaku dan
berbagai-bagai lagi permasalahan yang timbul di
ketika ini berhubung dengan kedua-dua Negara
tersebut yang dikenali sebagai China dan India.
Jika kita lihat sejarah
Negara China, Hong Kong jatuh ke tangan British
manakala Taiwan jatuh ke tangan Belanda. Negara
mereka terbahagi-bahagi kepada beberapa banyak
bahagian. Mereka saling berperang dan berperang
sesame sendiri malahan ada yang sanggup bersekongkol
dengan bangsa asing bagi menakluki Negara mereka. Di
zaman keghairahan pihak Jepun untuk menawan dunia
semasa Perang Dunia Ke-2 juga kita dapat menyaksikan
pihak Jepun menang mudah keatas Negara yang begitu
besar dan ramai penduduknya. Negara China boleh
dikatakan adalah salah satu Negara yang terawal
bertamadun di dunia ini. Mereka mempunyai system
pentadbiran yang sistematik, segalanya tersusun.
Tetapi kenapa dan mengapa boleh terjadi begini,
jawapan yang paling asas dan mudahnya adalah mereka
tidak bersatu padu dan mementingkan diri sendiri.
Mereka tidak peduli pesanan nenek moyang mereka.
Begitu juga dengan
Negara India, mereka juga asyik berperang sesama
sendiri. Negara mereka juga luas tetapi nikmat
keamanan tidak wujud dalam Negara mereka. Rakyat
mereka kebuluran di sana-sini, pembangunan tidak
menyuluruh, ekonomi tidak stabil dan Negara mereka
juga boleh dikategorikan sebagai salah satu Negara
yang miskin di dunia ini.
Jika kita meneliti
latar belakang kaum ini, mereka boleh dikategorikan
sebagai pendatang dan pengkhianat kepada bangsa
serta Negara asal mereka. Mereka lari meninggalkan
Negara dan tidak sanggup sama-sama berjuang dengan
perajurit mereka untuk mempertahankan Negara asal
mereka suatu masa dahulu.
Mereka ini tidak peduli
siapa itu Raja, siapa itu pemimpin Negara, siapa itu
pengkhianat, apa itu Negara, apa itu kemerdekaan,
apa itu perlembagaan Negara, apa itu keharmonian dan
sebagainya lagi. Mereka hanya pentingkan survival
diri sendiri. Selagi mereka boleh menumpang dan
mencekik di mana-mana sekali pun, mereka akan berada
di situ. Mereka akan sedaya upaya akan menyelamatkan
diri mereka sendiri. Mereka ini diibratkan seperti
parasit yang membaham serta memusnahkan mangsanya
secara perlahan-lahan. Pedulikan hak orang lain
janji kita dapat apa yang kita mahukan. Selamatkan
diri kita dulu baru selamatkan orang lain. Dapatkan
seberapa banyak harta yang boleh dan jangan
pedulikan orang lain.
Itulah sifat-sifat yang
ada pada mereka ini. Sehingga ke hari ini ada
sesetengah daripada mereka ini masih
mengagung-agungkan Negara asal mereka. Padahal
mereka telah lupa bahawa mereka adalah pengecut dan
pengkhianat yang telah berpaling tadah terhadap
Negara mereka suatu masa dahulu.
Bermain-main di fikiran
kita, adakah mereka ini akan sanggup mengadaikan
jiwa raga mereka dan sanggup berkorban kepada Negara
ini demi menjaga maruah dan kedaulatannya. Adakah
kata-kata patriotik yang keluar dari mulut mereka
adalah tulus dan suci dari hati dan nurani yang
ikhlas. Adakah kata-kata tersebut untuk menyedapkan
telinga bangsa melayu yang mendengarnya namun
hakikatnya hati mereka kosong tentang hal-hal yang
berkaitan dengan Negara ini. Siapa tahu hati
masing-masing.
Mereka tidak sedar
mereka sebenarnya adalah bangsa pendatang pada suatu
masa dahulu. Mereka datang dan menumpang di tanah
milik orang melayu. Mereka meminta belas ehsan orang
melayu pada suatu masa dahulu. Ketika itu hidup
mereka diibaratkan seperti ‘telur di hujung tanduk’
sahaja. Orang melayu sanggup ‘memberi dan berkongsi
bersama mereka’. Banyak keistimewaan yang telah
orang melayu berikan kepada mereka. Mereka telah
lupa pengorbanan orang melayu terhadap mereka.
Mereka kononnya hanya menuntut hak mereka tetapi
mereka tidak sedar apa yang mereka tuntut itu adalah
hak orang melayu. Hak orang melayu yang telah sekian
lama dipersetujui dan diperakui oleh permimpin
mereka suatu masa dahulu.
Mereka perlu sedar,
mereka adalah rakyat pendatang di Negara ini dan
mereka seharusnya bersikap seperti orang asing yang
telah diberi keistimewaan. Mereka seharusnya ingat
semua itu. Kini mereka dibenarkan beranak pinak,
menggerakkan kebudayaan dan agama masing-masing,
menjalankan ideology masing-masing dan sebagainya di
Negara ini. Mereka sepatutnya berterima kasih kepada
orang melayu. Mereka tidak sepatutnya menyentuh
perasaan orang melayu dan cuba untuk mengambil
hak-hak yang telah diperuntukkan kepada orang melayu.
Sudah sampai masanya
bangsa melayu meminta balasan daripada bangsa-bangsa
tersebut. Mereka dikategorikan sebagai bangsa yang
lebih berada berbanding dengan bangsa melayu. Sudah
sampai masa mereka menolong dan menyokong bangsa
melayu. Mereka telah pun dapat berdiri dengan kaki
sendiri. Kegiatan ekonomi mereka telah berkembang
dan telah mencapai kemuncaknya. Mereka telah
bersedia dan berkemampuan untuk membalas jasa orang
melayu terhadap mereka.
Kini kita menyambut
hari kemerdekaan yang ke-50. Sepatutnya tidak kira
apa suku, bangsa dan agama di Negara ini
meraikannya bersama-sama. Sama-sama syukur dengan
apa yang telah diperolehi. Sama-sama bergandingan
menuju kearah kebaikan bersama. Negara ini pada hari
ini adalah kerana kestabilannya dan kestabilan
tersebut berpunca daripada sikap kerjasama dan kerja
keras semua bangsa yang ada di Negara ini.
Tiada gunanya kita
menyambut kemerdekaan jika jiwa dan fikiran
masing-masing tidak merdeka. Masing-masing menyimpan
rasa curiga terhadap bangsa-bangsa tertentu.
Masing-masing menyimpan rasa tidak puas hati, iri
hati dan marah terhadap bangsa lain ( terutamanya
terhadap bangsa melayu ). Itu adalah tidak kena pada
tempatnya. Berilah sedikit kelebihan kepada bangsa
melayu agar bangsa melayu berdiri sama tinggi dan
duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa lain di
Negara ini.
Kunci kejayaan Negara
adalah kerana sikap tolong menolong, perkongsian dan
perpaduan antara kaum. Pegangilah prinsip ini dan
ianya perlu diperturunkan dari generasi ke generasi
agar Negara ini tidak rosak seperti yang terjadi
pada suatu masa dahulu. Jangan jadikan pentas
politik untuk kepentingan tertentu. Pemimpin yang
rosak akan merosakkan Negaranya. Selamatkanlah
negaraku tercinta ini daripada anasir-anasir yang
boleh merosakkannya. MERDEKA…MERDEKA…MERDEKA….
Wassalam
ORANG KAMPUNG.
|