|
Bukan rahsia! Puteri
Reformasi Nurul Izzah akan ditentukan dalam
kepimpinan Angkatan Muda Keadilan
Heboh akan kehadiran anak Anwar Ibrahim dalam
senario politik tanah air. Masanya sudah tiba,
demikian kenyataan Nurul Izzah Anwar apabila di temu
bual oleh www.malaysiakini.com. Puteri Reformasi itu
akan terus memperjuangkan agenda yang dibawa oleh
ayahnya Anwar Ibrahim dan hari ini merupakan
koordinator di pejabat Anwar Ibrahim.
Bertanyakan isu ini
kepada salah seorang tokoh reformasi jalanan yang
belum mahu namanya disiarkan, beliau berkata "
memang Nurul Izzah adalah "Puteri Reformasi" sewaktu
bapanya dipecat, difitnah dan di penjara tetapi
semua perjuangan tersebut ada kait mengait dengan
keluarga. Kita ambil contoh seorang lagi yang bagi
saya wajar dinobatkan sebagai puteri reformasi
jalanan - Nora Mohd Nor.
Beliau hadir kerana
terpanggil dengan isu dan keadaan. Beliau berjuang
memang kerana Anwar Ibrahim di fitnah tetapi Anwar
bukan “figure” yang ada kaitan kekeluargaan dengan
beliau. Malangnya di mana Nora sekarang selain dari
hanya muncul di program demonstrasi beliau masih
lagi dianggap orang kecil yang tidak perlu diberi
penghormatan yang sewajarnya.
Mungkin hari itu kita sebut kronisme sebagai satu
musuh kepada pentadbiran yang sedia ada tetapi hari
ini semua mereka yang rapat dengan keadilan tahu,
Nurul akan dibawa masuk bertopengkan demokrasi
tetapi berlandaskan kronisme.
Ini bukan sesuatu yang asing lagi dalam keadilan.
Ramai yang rapat dengan Anwar kini diberi tempat –
tempat istimewa tetapi tokoh – tokoh pejuang yang
telah berkorban gagal diiktiraf malah untuk makan
“free” bersama Anwar juga dikira sebagai program
membazir.
PKR hari ini bergolak dan Anwar Ibrahim gagal
memimpin khususnya mengotakan apa yang dilaungkan
sebelum beliau di penjara.
|