|
Norazimah Mohd Nor - temu bual eksklusif bersama
www.umno-reform.com
www.umno-reform.com berjaya mendapatkan temu
bual eksklusif dengan Norazimah Mohd Nor atau lebih
dikenali dengan nama Nora. Norazimah Mohd Nor di
gelar Sri Kandi perjuangan reformasi, di tangkap
sebanyak 9 kali dan merupakan wanita yang kukuh
menuntut perubahan atau reformasi. Aktif dan akan
menghadirkan diri pada setiap perhimpunan –
demonstrasi menetapkan bahawa perjuangan ini adalah
untuk membebaskan rakyat dari belenggu ketakutan
yang menjadi penghalang kepada suara – suara
kebenaran dan keadilan. Nora, amat popular di
kalangan mereka yang terlibat dalam menuntut
reformasi dan merupakan ikon pada setiap demonstrasi
yang menuntut pembelaan suara dan hak rakyat. Dengan
pengorbanan selama hampir 7 tahun, hari ini Nora
meninggalkan Parti Keadilan Rakyat. Golongan mereka
yang terbabit dalam perjuangan reformasi terkejut
dan banyak yang mengirim SMS mengatakan
www.umno-reform.com melakukan fitnah untuk terus
memburukkan Parti Keadilan Rakyat untuk politik
UMNO. Hari ini, masa ini mungkin mereka yang
mengirim SMS menghentam
www.umno-reform.com akur dengan kebenaran berita
bahawa Norazimah Mohd Nor, Sri Kandi perjuangan
reformasi telah meninggalkan Parti Keadilan
Rakyat untuk menyertai Parti Islam Se Malaysia PAS
dengan satu matlamat, menurutnya untuk terus membela
mereka yang ditindas oleh mana-mana pihak khususnya
pihak berkuasa yang lupa pada rakyat.
Mengapa dan kenapa? Bukankah beliau adalah aktivis
reformasi, satu kumpulan pendesak yang terwujud
apabila Anwar Ibrahim dipecat dan dipenjarakan.
Bukankah itu perjuangan Nora Mohd Nor dalam
menyertai Parti Keadilan Rakyat? Kenapa berundur
sedangkan nama Nora adalah ikon dalam gerakan
reformasi?
Nora, dalam soal balas mengatakan bahawa ;
Benar, bahawa saya
telah mengambil keputusan untuk meninggalkan PKR
kerana PKR yang terbit hasil dari tuntutan reformasi
yakni Parti Keadilan Rakyat kini semakin
meminggirkan perjuangan rakyat yang selama ini
dilakukan secara agresif dan bersungguh-sungguh.
Hari ini Parti Keadilan Rakyat hanya berfungsi
sebagai satu parti politik acuan UMNO dan perjuangan
agresif membela rakyat kini kendur. Hari ini PKR
hanya parti dalam dewan-dewan perbincangan antara
segelintir mereka yang dirujuk sebagai kronis Anwar
Ibrahim.
Maksud Nora, perjuangan membela rakyat PKR semakin
terhakis, kenapa?
Perjuangan PKR adalah hasil dari dukungan rakyat dan
laungan bahawa suara rakyat adalah suara keramat
tetapi setelah terbebasnya Anwar Ibrahim dari
penjara beliau semakin jauh dari golongan reformasi
khususnya dan rakyat amnya. Setelah Anwar Ibrahim
bebas, hari ini parti itu bergolak. Hari ini, janji
demi janji untuk mengembalikan perjuangan menuntut
reformasi dibuat. Berbagai-bagai retorik disumbat
untuk golongan-golongan reformasi untuk terus
menyokong beliau. Malangnya beliau tidak
mempedulikan kehadiran golongan – golongan ini yang
telah banyak berkorban bukan sahaja untuk menuntut
pembebasan beliau malah menjadi suara pendesak atas
kepincangan yang dilakukan kerajaan. Hari ini seakan
telinga Anwar hanya boleh disumbat dengan kebenaran
dari orang yang terapat dengannya tanpa beliau tahu
apa perkara sebenar yang berlaku.
Nora kecewa?
Kecewa? Sebagai mereka yang sensitif terhadap
masalah yang dihadapi oleh rakyat, perjuangan itu
tidak mempunyai perkataan “kecewa”. Nora sedikit pun
tidak terkilan, kerana kehadiran Nora dalam menuntut
reformasi tidak melekat hanya kepada Anwar Ibrahim.
Kita mempertaruhkan masa kita untuk menjadi suara
rakyat, menzahirkan harapan mereka bukan terikat
pada Anwar Ibrahim. Golongan reformis telah diajar
oleh Anwar Ibrahim untuk berani bersuara sewaktu
awal tuntutan reformasi, kenapa pula bila ada yang
tidak kena dalam Parti Keadilan Rakyat itu sendiri
maka kita perlu diam. Itu bermuka – muka namanya.
Ada beza ke Anwar Ibrahim sewaktu mula gerakan
reformasi dan sekarang? Banyak
bezanya. Gerakan Reformasi sudah hilang momentumnya.
Kalau dahulu perjuangan mendedahkan rasuah dan
kepincangan yang dilakukan oleh kerajaan dibuat
dengan bersungguh-sungguh dan dihadiri oleh ramai
penyokong, reformasi hari ini kini tidak lagi
begitu. Mereka mual dengan mainan politik dalam
Keadilan. Hari ini mereka yang ada dalam KEADILAN
hanya mahu membodek Anwar Ibrahim kalau-kalau
terpilih untuk bertanding dalam pilihanraya. Mereka
mahu jadi kepimpinan tinggi dalam parti dan bukan
untuk sama-sama berjuang dan berkorban tetapi untuk
status dan “glamour” sahaja. Parti Keadilan Rakyat
kini heboh untuk bertanding jawatan, mahukan jawatan
tetapi untuk berkorban adalah golongan daif dan
rakyat marhaen. Suasana Parti Keadilan Rakyat kini
berubah. Suasananya hanya memikirkan tempat dan
kedudukan. Suasana hari ini cukup janggal bagi Nora
kerana masing-masing hanya mahu membodek Anwar
Ibrahim dan Anwar pula hidup dalam alam bodek mereka
. Suasana berpolitik dengan keterlaluan dalam parti
menyingkatkan masa untuk perjuangan. Kepimpinan
tertinggi parti hanya mahu nampak seperti berjuang ,
tidak mahu bergelumang dengan perjuangan rakyat
tetapi lebih selesa membuat kenyataan media di hotel
terkemuka. Parti Keadilan Rakyat kini menghindarkan
diri dari isu – isu rakyat tetapi lebih kepada isu
politik.
Anwar Ibrahim punca semua ini?
Bagi saya semua berpunca dari kegagalan Anwar
Ibrahim yang lupa pada perjuangan asal yang
dibentuknya. Kalau pada tahun 1998 Anwar Ibrahim
bangkit dengan semangat rakyat, hari ini Anwar
Ibrahim hilang semua itu. Hari ini Anwar Ibrahim
bagi saya hanya seorang politikus yang tidak ada
beza dengan yang lain – memikirkan politik diri
sendiri.
Setelah beliau keluar dari penjara, Anwar Ibrahim
sendiri gagal untuk mentadbir sehinggakan antara
orang – orang kanan beliau sendiri bercakaran
merebut kasih dari Anwar Ibrahim. Bagi yang tidak
erti untuk mencium tangan maka mereka akan tersisih.
Banyak insiden golongan reformis dan ahli parti
keluar dari parti namun mungkin untuk Anwar Ibrahim
beliau lebih rela mereka ini keluar dari menyusahkan
beliau untuk agenda peribadi dirinya sendiri.
Nora tidak akan menuruti mereka yang hanya mahu
mencium tangan Anwar Ibrahim. Kalau itu sekarang
syarat untuk masuk Keadilan maka Keadilan yang kami
kenal sudah mati. Apa yang berlaku dalam Keadilan
semakin hari semakin buruk. Anwar Ibrahim dan Wan
Azizah mahu parti itu seperti parti keluarga mereka.
Mereka mahu agenda Parti Keadilan agenda mereka dan
ramai yang masih terpengaruh dengan manis kata-kata.
Reformasi adalah tuntutan perubahan. Kalau reformasi
itu tidak boleh menegur dan mengkritik Parti
Keadilan Nasional maka semestilah ini akan jadi
seperti kepimpinan UMNO.
Nora masuk UMNO ?
Tidak, Nora sekarang menyertai PAS dalam usaha bukan
untuk berpolitik tetapi untuk menyertai
program-program mereka yang membela rakyat. Nora
akan tetapi menyokong perubahan atau reformasi dalam
menuntut kebenaran dalam negara ini. Nora akan
teruskan menyokong sebarang usaha untuk kepentingan
rakyat.
Pesanan Nora dan kata-kata penamat?
Ini bukan kenyataan emosi kerana kekecewaan. Nora
bukan ahli politik tetapi lebih kepada aktivis
rakyat. Kita seharusnya mempunyai pendirian yang
bebas dan tidak terikat semata-mata kerana agenda
diri sendiri. Kita perjuangkan masalah rakyat yang
semakin hari semakin kritikal.
Artikel ini sudah diambil awal tetapi kami sempat
bertanyakan Nora mengenai Kemerdekaan.
Kita merdeka pada tahun 1957 dan hari ini kita hanya
menyambut kemerdekaan yang kita kecap pada tahun itu
dan bukan untuk tahun – tahun sekarang ini. Tidak
ada erti kemerdekaan yang ada sekiranya kerajaan
berterusan menyusahkan rakyat, menindas rakyat
miskin dan bertindak membelakangi rakyat.
Kemerdekaan Malaysia adalah kemerdekaan palsu yang
hanya layak untuk disambut dengan laungan nyanyian
dan pertunjukan fesyen, beruniform dan mereka yang
berdiri atas platform setelah kenyang membaham hak
rakyat.
Terima Kasih Nora Mohd Nor – dan Parti Keadilan
Rakyat masih terus dibuai mimpi, mimpi Anwar Ibrahim
untuk Anwar Ibrahim sedangkan golongan bawahan yang
menyokong beliau dahulu terus menyepikan diri -
suntingan Anuar Mohd Nor
|