BALIK KE MUKA UTAMA

 


 

Mukhriz perlu cabar Khairy, demi UMNO

Kenyataan Mukhriz untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO amat dialu-alukan. Demikian menurut email yang kami terima bertajuk, Mukhriz perlu cabar Khairy demi UMNO. Email tersebut menyokong hasrat Mukhriz untuk mencuba nasib pada pemilihan Ketua Pemuda UMNO. Menurut email itu lagi, Mukhriz perlu menyatakan hasrat sekarang dan tidak mengambil kira sama ada Ketua Pemuda yang ada sekarang ini Datuk Hishammuddin menyatakan hasratnya atau tidak. Hishammuddin perlu meninggalkan kerusi Ketua Pemuda.

Itu harus menjadi satu kepastian. Beliau sudah memegang jawatan itu tanpa bertanding sekian lama. Kita perlu suntikan baru kerana Khairy Jamaluddin hadir dengan berbagai-bagai kontroversi yang melibatkan diri beliau sebagai menantu Perdana Menteri. Khairy sepatutnya kekal dengan jawatan sedia ada tanpa terburu – buru mahukan jawatan Ketua Pemuda. Setakat ini, kalau Khairy menyatakan hasrat untuk bertanding - ini hanya berdasarkan kekuatan beliau sebagai menantu Perdana Menteri. 

Apa pun kita pasti tahu laluan Mukhriz tidak akan mudah dengan kekuatan Khairy sebagai menantu Perdana Menteri dan budaya UMNO yang tidak akan berubah dalam isu – isu berkaitan dengan memberi sokongan untuk mendapat pulangan. Hasrat ini akan menyebabkan  laluan Mukhriz menjadi sukar. Namun itu bukan penghalang. Pemuda UMNO harus menyedari bahawa pra –syarat untuk menjadi Pemuda UMNO yang pro aktif, berwibawa dan berani adalah perlepasan diri mereka dari kongkongan.

Dalam hal ini bagaimana Khairy mahu menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua Pemuda sedangkan Pak Lah adalah bapa mertuanya. Ini akan menyebabkan Pergerakan Pemuda UMNO hilang idealisme, hilang kekuatan mereka kerana mereka akan senantiasa akur tanpa memberi pandangan yang beza. Pendek kata, Khairy tidak mungkin dapat berjuang dalam Pemuda melainkan hanya mengangguk keputusan yang dibuat oleh kabinet yang lazimnya adalah keputusan Perdana Menteri.

Saya syorkan agar Mukhriz berterus terang sekarang dalam hasrat dan keinginan bertanding untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO.    
 


 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762