untuk SMS : 012-6544762

Forum terbuka | Maklum balas1| Maklumbalas | Pendaftaran E-Grup | Permohonan Email | blog arahkita | 22/07/2007 Sang Kelembai  yahoo messenger untuk menghantar mesej ke Anuar Mohd Nor - anuarmohdnor@yahoo.com

 

Negara Islam atau Negara Sekular klik sini

 
 
 

Prowaris bukan menghalang pembangunan tetapi mahukan pembangunan itu sejajar dengan kepentingan agama, bangsa dan negara kita dan bukan negara luar yang lain- Editor 1.  Sebenarnya dalam isu Wilayah Pembangunan Iskandar kami di fahamkan bahawa terdapat kelemahan- kelemahan yang perlu diselesaikan khususnya yang melibatkan kedaulatan negara. Pro Waris yang diterajui oleh Sdra Feriz Omar membawa kita menyedari hakikat sebenar WPI. Ini bukan soal jadi pembangkang, ini soal penyatuan dan membela nasib orang - orang Melayu dalam alaf yang mencabar ini. Saya secara peribadi memberi hormat pada Feriz Omar dan anggota Prowaris yang penuh dedikasi mahu mempertahankan agenda Melayu. Perjuangan Pro Waris perlu dilihat oleh generasi baru Malaysia kerana sehingga hari ini Prowaris yang sama nampak lebih telus dalam memperjuangkan agenda agama, bangsa dan negara tanpa sekatan wadah politik - Syabas dari Anuar Mohd Nor

 

LAMAN PUNGUTAN SUARA RAKYAT TERHADAP WILAYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR


Lawati Segera klik pada gambar

 

SMS diterima

Apakah tidak jelas lagi untuk En Anuar Mohd Nor bahawa UMNO tidak boleh berubah atau di reform. Kita dapat melihat anggota UMNO hanya mementingkan diri sendiri dan hanya retorik sahaja apabila bercerita mengenai Melayu. Mereka gunakan alasan Melayu untuk gunakan Melayu. Saya cadangkan editor umno-reform mula keluar dari harapan dan melihat situasi yang sebenarnya.

SMS diterima

Betul ke Prowaris menentang Wilayah Pembangunan Iskandar dan menyelar Abdullah Badawi sebagai menjual kedaulatan negara? Bukankah Prowaris rata-rata orang UMNO. Kalau begitu pendirian mereka maka ini adalah kali pertama aku lihat orang UMNO bangkit dan kalau betul maka perjuangan mereka tidak salah dan patut di hormati. Boleh dapat detail mengenai memo mereka?

SMS diterima  

Apa komen editor mengenai kenyataan Hisham yang memberi amaran kepada MCA isu negara Islam dan negara sekular? Boleh beri ulasan ringkas?

Editor1 mengulas :

Saya tidak percaya penyelesaian melalui "amaran" oleh Hishammuddin. Malah saya percaya dalam isu ini UMNO kena buat ketetapan, kalau Negara Islam biar ianya jelas menunjukkan kita negara Islam. Jangan negara Islam dalam waktu tertentu dan waktu-waktu lain kita tidak nampak bahawa kita negara Islam. Sebenarnya kalangan UMNO juga keliru dengan kenyataan negara Islam.       
 

 


Wilayah Pembangunan Iskandar - Pro Waris pertikai polisi dalam memelihara kesucian Agama Islam , hak kepentingan Bangsa Melayu dan menjaga keselamatan serta kedaulatan negara

Apabila ditanya mengenai mengapa Dokumen 20 Tuntutan ProWaris-MAPAN dihimpunkan, Feriz menjawab "ProWaris-MAPAN tidak sama-sekali menolak pembangunan negara, namun setelah mengkaji segala dokumen berkaitan dengan WPI seperti Program Pembangunan Bersepadu atau lebih dikenali sebagai Comprehensive Development Programme (CDP), Polisi-Polisi Hartanah dan Akta IRDA 664, ProWaris-MAPAN merasakan bahawa terdapat banyak polisi-polisi WPI yang boleh dipertikaikan dan perlu diperkukuhkan demi memelihara kesucian Agama Islam, hak kepentingan Bangsa Melayu dan yang lebih penting dalam menjaga keselamatan serta kedaulatan negara kita". KLIK SINI
 


www.arahkita.blogspot.com

Topik diskusi panas sepanjang Februari ini dalam arahkita


Yang Buruk dalam UMNO - REFORM 22/11/2006
klik sini

 

www.sangkelembai2006.blogspot.com

22/07/2007 Golongan ini biasanya tidak memegang jawatan dalam politik tetapi akan menjadi penyalur kewangan kepada orang UMNO khasnya orang UMNO yang berkuasa seperti Menteri, Menteri Besar membawalah kepada Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negeri dalam masa pemilihan UMNO dan Pilihan Raya Kebangsaan atau Kecil.

Bila Najib Tun Razak berkata akan lahir pemimpin yang tidak berkualiti kerana pemimpin itu hulur kepada perwakilan untuk mengangkatnya menjadi pemimpin, persoalan yang semua orang berminat untuk tahu ialah isu, kenapa rendah sangat moral ahli-ahli UMNO dan agaknya berapa harga hulur itu, RM100 , RM 200 atau RM 1000 ke, untuk satu undi.klik sini

 


Kenyataan rasmi.( Keluar Parti Keadilan Rakyat)

Merujuk kepada email saudara Mohd Hanapi Ali Murtada pada 07/16/2007 yang dihantar  kepada semua bahagian di Selangor. Saya ingin menyatakan secara rasmi dan menyenaraikan ahli jawatan kuasa bahagian Sepang yang mengistiharkan melepaskan jawatan dan keluar dariPKR. Tindakan ini juga di suarakan oleh ramai ahli dibahagian Sepang yang secara terus Menyatakan sokongan untuk bertindak keluar dari PKR. Klik Sini


Bila Tien letak gambar fitnah,
email dari Tuah berdarah

Saya terpanggil untuk mengkritik Tien Chua, hatta sifat pembangkang khususnya Parti Keadilan Rakyat yang tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Tien Chua yang melakukan gambar super - imposed mengenai Najib dan Altantuya. Parti Keadilan Rakyat harus mengambil tindakan atas Ketua Penerangan mereka.

Namun sehingga hari ini, PKR akur dengan tindakan Tien yang jelas mempunyai niat jahat. Sungguhpun begitu bagi saya ahli PKR adalah kalangan mereka yang sudah terpengaruh dengan perjuangan menuntut keadilan sedangkan mereka nampak berat sebelah apabila kepimpinan mereka sendiri yang melakukan kesalahan. Namun perang gambar memfitnah kini menjadi trend pula.

Kalau kita fikirkan gambar-gambar Anwar yang dikatakan sensitif menarik perhatian mereka untuk mencemuh orang yang mempamerkan namun sekiranya mereka melakukan, itu tidak menjadi hal. Saya minta editor berani mengeluarkan imej berikut yang sebenarnya memberi banyak gambaran mengenai anwar Ibrahim. Lihat salah satu gambar berikut- harap editor laman ini dapat menyiarkannya :

Adakah pembangkang tidak marah dengan gambar sedemikian, sungguh pun kita sudah tahu kesahihan gambar ini.

Kita juga tidak perlu menyiarkan gambar-gambar super imposed cukup mempamerkan gambar berikut untuk mengamit kenangan. Orang tersebut adalah Sukma. Gambarnya sahaja sudah membuat penyokong Keadilan marah tetapi akan terus menafikan isu - isu berkiatan dengan Anwar dan Sukma :

Sukma ini turut menjadi tanda tanya dan merupakan gambar sensitif untuk penyokong Keadilan - mengapa, adakah Anwar setelah bebas terkedu dengan senario politik yang ada sehingga hari ini PKR adalah seperti hidup tetapi menanti saat kecundangnya.

Tetapi amat menarik sekali kedudukan gambar berbalas gambar, akhirnya semua mencari parti untuk wang saku. Saya sengaja meminta editor ini kalau berani menyiarkan semula gambar tersebut.Fikirkan lah.

 

 

     

 

 

 


Powered by TagBoard Message Board

Name

URL or Email

Messages(smilies)


 

 

Search this site or the web powered:  FreeFind
  Site search Websearch 


Email Login signup Password     

Januari 2006 - one | two | three | four | Febuari 2006 - Feb1 | Feb2 | Feb 3 | Feb 4 March 2006 - Mac 1Mac06 two | March 3 | March 4| april 01| april 02 | april 03 | april 04 | mei 01| mei 02 | mei03 | mei04 2006 | june 01| june 02 | june 03 | june04 | minggu1 julai 06 |minggu 2 Julai 06 | minggu 3 julai 06 | minggu 4julai 06 | Ogos | minggu 1ogos 06 | minggu 2 Ogos 06 | minggu 3 Ogos 06 | minggu 4 ogos 06 |minggu 1 sept 06 | minggu 2 sept 06 | minggu 3 sept06 | minggu 4 sept 06 | additional Sept 06 | additional Sept 06 | minggu 1 Okt 06 | minggu 2 Okt 06 | minggu 2 Okt 2006 | minggu 1 Nov 2006 | minggu 2 Nov 2006 | minggu 3 Nov 2006 | minggu 4nov 2006 | minggu akhir nov 2006 | minggu 1 Dec 06 | minggu2 Dec 06 | minggu 3 Dec 06 | minggu4 dis 06 | akhir 2006

 

minggu1_Januari | minggu2_jan07 | minggu3_jan07 | minggu4_jan07 | minggu 1feb2007 | minggu 2 Feb 07 | minggu 3 Feb 07 | minggu 4 Feb 07 | minggu1mac07 | minggu3mac07 | minggu4march07 | minggu3april07 | end april 07 | minggu2may07 | end of May| minggu1jun07 | minggu04jun07 | minggu1july07| minggu2july07 | minggu3july07 |

Penafian editor
Email yang di terima adalah pendapat pelayar dan bukan pendapat peribadi kami di www.umno-reform.com atau editor laman ini.
Kami tidak bertanggungjawab terhadap kiriman dan akan membuat pindaan terhadap artikel yang menggunakan bahasa yang melampau sungguhpun tidak akan mengubah isi atau intipati email tersebut.

www.umno-reform.com 
hubungi kami di 012-6544762 email editor1@umno-reform.com