|
Mengulas dengan izin
Minang Menung
Alhamdulillah saya panjatkan syukur kepada Allah swt
kerana petunjuk dan hidayahnya kepada sebilangan
individu Melayu yang mampu dan sanggup bersuara
berkenaan hak orang Melayu di tanah airnya sendiri.
Tiada perkataan yang lebih layak rasanya boleh saya
ucapkan melainkan syabas kepada saudara Rahim Zain
(nama pena?) yang berani bukan sahaja membuka mulut
tetapi membuka mata kepimpinan Melayu di mana
kelemahan mereka selama 50 tahun negara kita
Merdeka.
Tidak keterlaluan kalau saya katakan dek
kelemahan pendirian dan semangat kemelayuan
kepimpinan Melayu itulah yang telah menyebabkan kita
orang Melayu kehilangan semua hak sebagai peribumi
Nusantara yang menurut istilah geography - ‘The
Malay Archipelego’. Kerana lenyapnya dari pegangan
hidup roh Islam yang termaktub dan dihormati
Perlembagaan, itulah yang telah meletakkan orang
Melayu dalam keadaan serba tak-kena dan lemah dan
langsung tak berdaya menangani kebiadaban melampau
kaum pendatang.
Justeru mereka hanya melihat dengan mata yang buta
dan mendengar dengan telinga yang tuli hak Melayu
dicabar, dipersenda dan diperlekeh. Betapa hibanya
Junungan besar kita Mohamad Rasulallah pun tidak
terlepas dari penghinaan dan cercaan.
Kepimpinan Melayu hanya berpuas hati
dengan permohonan maaf kerana konon ‘tidak
disengajakan’ walhal yang diperlekeh Raja dan Islam
milik bangsa Melayu. Maruah Melayu dinilai sekadar
‘maaf atau ‘sorrylah’ kepada menterinya sendiri.
Apakah ini tidak mencerminkan sifat kurang ajar dan
bongkak bangsa ini.
Sambil itu saya ingin memberi pandangan
berhubung komen seorang pelayar (dipercayai bukan
Melayu) mengenai tulisan ‘Beralih Tuan’ saudara
Annuar Mohd Nor. Pelayar yang dimaksudkan sebenarnya
tidak faham atau mengerti apa it ‘keadilan’ Dia
bertanya macam mana golongan bukan bumiputera nak
memuaskan hati tuan…?
Keadilan atau istilah Inggerisnya – fair,
justice dll. Dalam konteks apa yang menjadi
keresahan Melayu dewasa ini – keadilan kepada dan
bagi orang Melayu bererti ‘meletakkan sesuatu pada
tempatnya hak - hak’. Dalam erti kata lain istilah
Inggerisnya di sini adalah ‘FAIR.’
Menurut istilah perundangan ‘keadilan’
atau ‘Justice’ juga menjurus kepada pengertian
‘meletakkan sesuatu pada tempatnya yang hak.
Untuk mudah memahami ‘keadilan = ‘Fair’
kita ambil contoh situasi seorang bapa mempunyai dua
orang anak – lelaki dan perempuan. Adakah si bapa
berlaku ‘adil atau fair’ memperuntukkan kepada tiap
seorang anaknya lima meter kain sama corak sama
warna sama harga untuk dibuat pakaian?
Jawapannya tidak. Ini hakikat - kerana peruntukan si
bapa tidak menepati fitrah dan naluri masing-masing
anak lelaki dan perempuannya. Tetapi si bapa
kelihatan adil atau fair bukan – corak sama dan
warna pakaian anak-anaknya pun sama!!
Begitu juga dalam isu perundangan.
Apakah saudara pelayar menganggap dan mengakui
sebagai adil kesalahan membunuh orang ditangani di
bawah undang-undang jalan raya? Pasti pelayar (kalau
dia berpelajaran dan berpendidikan) merungut tak
adil jika ini yang dilakukan pihak berkuasa.
Sebenarnya orang Melayu bersuara
sekarang menuntut keadilan bukan semata-mata kerana
kedudukan ekonomi atau wealth/kekayaan. Tidak,
bukan ini persoalan yang dihadapi penduduk Malaysia
dan menjadi masalah besar kepada orang Melayu.
Persoalannya adalah maruah ‘bangsa dan keturunan
Melayu itu yang diinjak oleh kaum mendatang di bumi
Melayu itu sendiri (The Malay Archipelego –
otherwise there’s not such terminology in
geography). Dan maruah itu merangkumi segala sesuatu
seperti yang disenaraikan penulis saudara Rahim
Zain:
1) Kedudukan atau status serta kuasa orang Melayu
dalam negara sediri. 2) Kedudukan dan keadaan
berajakan Raja Melayu secara mutlak sebagai warisan
bagi orang Melayu – seperti Brunei. 3) Kedudukan
Raja Melayu sebagai pemerintah negeri Melayu. 4)
Kehilangan pemerintahan mengikut undang-undang Islam
bagi Negeri Melayu yang sebelum dijajah mempunyai
undang-undang tersendiri yang berasakan hukum Islam.
5) Kehilangan qanun Negeri Melayu. 6) Kehilangan
bumi Melayu secara mutlak. 7) Kehilangan hak anak
watan yang wujud sebelum Inggeris mula menjajah.
Seluruh muka bumi negeri Melayu adalah milik bangsa
Melayu. Ugama yang dianuti oleh orang Melayu adalah
Islam dan adat resam serta budaya rakyat adalah adat
istiadat Melayu. Semua itu hilang dengan tercapainya
kemerdekaan bersyarat.
Berhubung kemusykilan siapakah yang menganggap hak
itu tidak adil dan mahu menghapuskannya? Atau di
manakah pemimpin politik bukan Melayu yang layak
bersuara bagi menyatakan yang adil kepada satu
persetujuan yang terhormat pada satu masa dulu?
Pencarian kita sepatutnya sudah terungkai sekiranya
orang Melayu mengenang dan mengkaji sejarah bermula
dari zaman keagungan kesultanan Melayu di Melaka.
Dalam kesedaran mungkin elok kita layang kenangan
pada zaman menjelang penjajahan Inggeris di
negeri-negeri Melayu seawal 1786 di Pulau Pinang,
Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.
Secara peribadi kaum China dianggap menjadi factor
yang mencetus campur tangan asing melalui
persengketaan antara puak ‘Ghee Hin an Hai San’.
Mereka pintar mengambil kesempatan membuat ‘in-road’
dan mengukuhkan ‘their presence’ dalam kehidupan
tempatan.
Bagi saya kaum mendatang boleh didengari tetapi
tidak boleh dipercayai jauh sekali diyakini. MPAJA
membuktikan hakikat ini tahun 1941.
Kelicikan mereka dapat memperdaya British Military
Administration BMA membekalkan senjata kononnya mahu
membantu mengusir Jepun. Janji meletakkan senjata
selepas Jepun kalah ditolak ke tepi. Dengan wajah
Bintang Tiga mereka menentang British dan mengintai
penguasaan bumi Melayu.
Kemudian berlaku satu peristiwa yang membongkar
ketidakikhlasan mereka. Setelah Melayu bangkit
kerana hilangan kesabaran dimaki-hamun party
component menyarung jersey ‘I can’t beat/fight you
I join you.’
Lantas masih sanggup dan percaya kah kita dengan
retorik ‘bukan budaya kita menikam rakan dari
belakang’
Kegelisahan dan peminggiran Melayu di bumi sendiri,
berpunca dari kepimpinan politik Melayu sendiri.
Kerana keghairahan untuk tampak benar-benar hendak
berkongsi kuasa kita hapuskan satu demi satu hak
warisan Melayu. Bermula dengan tulisan Jawi di
sekolah 1962/63. Sejak itu penghakisan hak Melayu
berterusan tanpa kepimpinan politik sedar atau
menyedari padah kepada bangsa. Keputusan-keputusan
politik dibuat langsung tidak mengambil kira atau
mengutamakan masa depan orang Melayu dan implikasi
ke atas ketuanan Melayu.
Tulisan Jawi dihapuskan atas sebab kononnya bukan
warisan Melayu - walhal ia berkait rapat dengan
agama orang Melayu, Islam. Biasanya hujah sedemikian
digunakan UMNO dalam semua keputusan. Akibat dasar
itu anak Melayu ramai yang tidak tahu membaca
al-Quran terus membelakangkan agama. Timbul masalah
gejala sosial anak muda sekarang, hasil generasi
yang buta AL Quran.
Pindaan Perlembagaan selepas krisis dengan Raja-Raja
melucutkan hak kuasa Raja-Raja Melayu. Mahathir
Mohammad mencanangkan ke merata pelosok tanah air
dengan berbagai rekaan. Raja - lambang kedaulatan
Melayu, tidak lebih dari panggilan nama. (Kalau kita
sendiri tidak mendaulatkan Raja kita, apalagi kaum
lain!) Keputusan politik ini ketara sekali
mementingkan kedudukan dan kuasa politik semasa
insan yang berkuasa.
Mungkin kita masih belum lupa pengisytiharan
penukaran Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia –
satu lagi penghakisan warisan Melayu demi
mencerminkan penerimaan semua kaum. Hakikat adalah
sebaliknya. Rakan kongsi kita tidak mahu berganjak
sedikitpun, apalagi memperkecilkan peranan bahasa
mereka. Melayu umum iakan sahaja sebagaimana
dikehendaki kepimpinan politik.
Kesimpulannya, keputusan yang akhirnya menjadi
dasar berpaksi pada popularity dan keuntungan
material yang dibawa kuasa politik itu.
Setakat ini ini kita seakan-akan sudah melihat di
mana kesilapan kita yang memberi ruang kepada kaum
mendatang menghentam kita semua mereka. Kepimpinan
dan orang Melayu sendiri yang membuang agamanya ke
belakang. Maka kita hilang petunjuk Maha Pencipta.
Pun begitu apakah Melayu memang munasabah atau wajar
terus merasa resah gelisah, merintih atau kesal akan
nasib yang menimpa? Kemurungan tidak membawa kita ke
mana.
Sejak kebelakangan ini kesedaran sudah merata
termasuk - bekas kepimpinan Melayu sudah bersuara.
Apa yang perlu diperbetul dan diperbaiki adalah
kesatuan Melayu itu sendiri.
Saya berpendapat, sebenarnya bukan sia-sia cerdik
pandai Melayu memaktubkan Islam, hak keistimewaan
orang Melayu, Raja-Raja Melayu dan Bahasa Melayu
dalam Perlembagaan negara. Pengasas bangsa kita
tidak setolol dan sebodoh seperti yang disangka
seorang dua Menteri yang menggelar konon Melayu
bodoh atau Melayu tidak glokal kalau masih memikir
soal syurga neraka yang tidak relevan!!
Justeru mulai saat ini sama-samalah kita balik dan
berpegang kuat-kuat pada Sunnahtullah dan
Sunah Rasul. Junjungan kita bersabda antara
lain mengenai persaudaraan dalam Islam bahawa ‘belum
sempurna iman seorang Muslim selagi belum mencintai
saudara seagamanya’ Kita hilangkan (kalau ada)
prasangka terhadap sesama Islam. Ucapkan
‘assalamu’alaikum’ tiap kali berjumpa dengan insan
Muslim sambil hulurkan dengan senyuman
Ayuh buka minda kita. Islam tidak menghalang kita
berpolitik, boleh sahaja. Tetapi jangan sampai kita
melanggar perintah Allah dan seruan Nabi.
Insyallah setiap penyakit manusia/alam, Islam ada
penawarnya.
Dato Seri Najib telah bersuara sebagai negarawan
yang dapat dibanggakan apabila diambang perayaan
ulang tahun ke 50 kemerdekaan beliau mahu supaya
undi tidak direbut sehingga memecahbelahkan rakyat
dan merosak ketenteraman. Mesej itu meniup angin
perubahan yang cukup segar dalam demokrasi
bersesuaian dengan perayaan ulang tahun 50
kemerdekaan. Nada negarawan Dato Seri Najib yang
memberi ingat kepada anak buah sendiri itu membawa
mesej positif kepada semua rakyat tentang demokrasi
dan pilihan raya supaya masyarakat tidak berpecah
setiap kali pilihan raya diadakan.
|