|
Menyorot REFORMASI
Semakin
sepi perjuangan itu.
Lorong
– lorong perbahasan, jalan-jalan keringat, darah
akibat dipukul serta kepedihan mata dan kulit –
kulit kini tidak diingati lagi.
Semangat gelora, hempas pulas dan pekikan reformasi
semakin sayup terdengar dan hanya tinggal sisa-sisa
kenangan, semakin bercampur – antara manis
perjuangan dan pedih hujung jalan.
Tinggal
kenangan,
Lorong-lorong
di Bangsar Utama, Sogo dan Kampung Baru menjadi
tumpah semangat juang,
Menjadi
bekas tempat melaungkan kebenaran,
Mendesak
pembaharuan dan menjadi saksi kita dalam satu
persaudaraan melaungkan REFORMASI.
Semuanya kenangan,
Ada
yang mengatakan bahawa terbebasnya Anwar Ibrahim
menyaksikan yang jauh dari perjuangan semakin ke
hadapan dalam parti dan yang tercalar dalam
perjuangan semakin jauh dari parti.
Hari
ini kemeja itu kemas digosok. Mendabik dada dengan
jawatan tinggi parti, mengakui sama seperti kita,
berpeluh di jalan raya menanti hadirnya kayu-kayu
keras untuk membelasah tubuh kerdil yang laungannya
menjadi gegaran perjuangan menuntut dikembalikan
suara rakyat suara keramat; namun sebenarnya, namun
sebenarnya tidak pernah mengerti erti pengorbanan
dan tidak pernah tahu kesulitan perjuangan.
Reformasi – Reformasi- Reformasi
Aku
tidak berdiri tinggi dalam struktur parti.
Aku
bukan mengerti mencari ruangan helah untuk berdiri
tinggi memimpin parti.
Aku
adalah antara ribuan yang terbabit dalam perjuangan
yang tidak dikenali – malah berdiri sekecil semut
dalam perjuangan ini.
Aku
berarak sekitar kota, bertemu dengan mereka yang
kini ada yang sudah tamat nyawa di dunia, tapi
teriang riang suara mereka – membisikkan kata syahdu
perjuangan bersama.
Ini lah
hakikat aku, berlaga bahu bersama yang lain,
berlarian dan akhirnya tertambat jua dan berdiri di
tepian pintu mahkamah yang mahu menyumbat keadilan
yang mereka ertikan dalam jiwa kita.
Mereka
turut ada di situ, sokongan dalam waktu gari di
tangan, keringat di kening dan berair mata kepedihan
simbahan air sebagai hadiah kepada perjuangan ini.
Itu
aku, itu mereka dan itu rakyat-rakyat kecil yang
mahu bangga menyebut erti keadilan, yang mahu bangga
memperjuangkan hasrat rakyat dan mahu bangga bahawa
ini satu pengorbanan demi anak bangsa yang semakin
keliru mencari erti kebenaran.
Di situ
dia berdiri dan di sini dia mati
Catatan
ini ringkas, seringkas 7 tahun perjuangan.
Seringkas ianya ditamatkan.
Namun
yang aku nampak ada di situ – anak muda kerdil
tubuhnya, menjadi penyambung perjuangan idolanya,
meletakkan jiwa nya , mengosongkan hidup keluarganya
tetapi penuh memberi erti pada kita.
Aku
juga pernah mengkritiknya, tak kala kaku jalannya,
tak kala sepi diri nya tetapi aku mengerti susah
senang hidupnya. Hari ini perjuangannya menyala jua
tapi hatinya sudah sungul kecewa melihat wadah
politik itu terkubur dan mati dalam Parti Keadilan
Rakyat - lalu dia melangkah keluar.
Sia –
sia,
Kalau
ada yang mengatakan bahawa ini adalah agenda besar
dan kita kecil tidak perlu tahu. Kita genggam obor
itu, menerangi jalan mereka untuk mereka dan demi
mereka.
Aku
sudah tidak kenal kembali mereka, yang kini
menerajui wadah itu.
Namun
hala tuju dan suatu janji akan pahat di dada – andai
upaya,
Aku
akan duduk antara jemaah yang tidak sebaris dengan
Anwar Ibrahim.
Rupa-rupanya, kita hanya umpan pengorbanan demi
agenda yang besar tapi bukan untuk kita.
Aku
tunduk hormat pada Ezam Mohd Nor
nukilan orang
Black 14 – hari yang terus dilupakan
|