|
MASA DEPAN POLITIK
ORANG MELAYU
oleh Dr Nordin Selat dan ditulis ditahun 1977
Tidak seorang pun tahu tentang masa depan.Mungkin
masa depan itu cerah.Mungkin masa depan itu
gelap.Mungkin masa depan itu tidak ada sama sekali.
Kita cuma tahu manusia boleh berusaha dan mereka
masa depannya.Usaha itulah yang akan menentukan sama
ada masa depan itu cerah,gelap atau musnah sama
sekali.
Mencari masa depan tidak sama dengan bermimpi.Masa
depan orang Melayu mesti berasaskan pada realiti
hari ini, pada masalah-masalah hari ini, pada apa
yang kita mahu dan telah kita capai, dan pada apa
yang kita mahu tetapi belum tercapai, pada apa yang
kita boleh buat dan pada apa yang kita tidak boleh
buat.
REALITI banyak.
Realiti Pertama :
Politik ialah perjuangan.Kalau orang Melayu mahu
terus berkuasa alam politik orang Melayu mesti
sanggup berjuang.Orang Melayu mesti tahu apakah yang
mereka perjuangkan itu.Satu parti ialah kumpulan
manusia yang mempunyai perjuangan yang sama.Apakah
perjuangan orang Melayu sekarang.Sana sini kita
dengar orang Melayu bergaduh fasal balak, fasal
bijih, fasal tanah, fasal gadai negeri pada
Cina.Tidak pernah fasal orang Melayu masih
miskin.Bila perjuangan mati orang Melayu mati.
Realiti Kedua :
Politik ialah Kuasa.Kita berpolitik kerana kita mahu
parti kita berkuasa.Bila berkuasa kita pilih
beberapa orang anggota parti untuk membentuk
kerajaan.Pemimpin-pemimpin inilah yang
bertanggungjawab menggunakan kuasa ini untuk
melaksanakan apa yang diperjuangkan oleh
parti.Tetapi hari ini orang Melayu heboh dengan soal
pemimpin-pemimpin yang tidak jujur, yang tidak
berkebolehan melaksanakan cita-cita orang
Melayu.Negeri-negeri yang terlibat ialah Negeri
Sembilan, Kelantan, Melaka, Perak, Kedah.Pagar sudah
makan padi.
Realiti Ketiga :
Seorang pemimpin mempunyai pengikut-pengikut.Kita
harus akui apabila pengikut jujur, pemimpin juga
mahu tidak mahu akan turut jujur.Tetapi banyak
pengikut ampu bodek kerana hendak itu, hendak
ini.Sebelum mesyuarat agung pengikut 'hot'
menyatakan si anu tak ada guna.Bila mesyuarat agung,
si anu menang juga.Ada pengikut yang boleh dibeli
undinya.Pengikut yang jujur sahaja boleh melahirkan
pemimpin yang jujur.Bila kita memilih, kita dasarkan
pada otak kita, bukan perut.
Realiti Keempat :
Politik di negara kita ialah pilihanraya.Dalam
pilihanraya siapa dapat banyak undi dia menang.Masa
depan orang Melayu bergantung pada undi orang
Melayu.Tak usahlah harap pada bangsa lain.Untuk
menang orang Melayu mesti ramai bilangannya.
Realiti Kelima :
Orang Melayu sekarang mempunyai kuasa politik di
luar bandar.DI bandar, bangsa lain yang
berkuasa.Orang Melayu tidak laku.Pulau Pinang bukan
orang Melayu punya.Ipoh bukan orang Melayu
punya.Kuala Lumpur bukan orang Melayu punya.Gua
Musang orang Melayu punya.
Realiti Keenam :
Orang Melayu yang sedar dan mahu berkecimpung dalam
politik ialah rakyat biasa.Orang-orang Melayu yang
berpelajaran tinggi tidak mahu berpolitik. Mereka
anggap politik untuk orang bodoh.Satu trend yang
perlu difikirkan ialah bila orang Melayu bertambah
cerdik, mereka tidak mahu berpolitik.Mereka tidak
mahu mengundi.Mereka tidak mahu berparti seolah-olah
faktor menyatupadukan orang Melayu ialah kebodohan,
bukan kecerdikan.makin cerdik orang Melayu, makin
bankrap bangsa Melayu.
Realiti Ketujuh :
UMNO mestilah merupakan satu parti yang dinamis,
bukan satu parti yang statis. Ia mesti dapat
menyahut cabaran-cabaran baru.cabaran-cabaran baru
memerlukan pemimpin-pemimpin baru.Soal siapa
menjerit dan menggenggam tangan pada tahun 1946
tidak timbul.Tahun 1946 lain masalah.Tahun 1977 lain
masalah.UMNO mesti faham kekuatan dan
kelemahannya.Mana yang kuat dipertahankan. Mana yang
lemah diganti.
Realiti Kelapan :
Kita banyak musuh dan lawan.Kita mesti kenal musuh
kita, dan lawan kita.Kita kaji strategi mereka.Kita
kaji kelemahan mereka.Kita gunakan semua yang kita
tahu tentang mereka untuk mengalahkan mereka.Mana
yang kita tidak tahu, kita cari.Politik ialah
hidup.Untuk hidup kita mesti bunuh politik orang
lain.Orang lain memang berusaha membunuh kita.Dadah,
dakwah rasuah mesti difikirkan sebagai taktik-taktik
orang lain bagi membunuh politik Melayu.
Realiti Kesembilan :
Masa depan orang Melayu ditentukan oleh golongan
muda Melayu sekarang.Golongan tua akan
mati.Terpulanglah pada generasi hari ini untuk
mencari sifat-sifat politik Melayu yang baik.Mereka
mesti sanggup menegakkan sesuatu demi menjamin masa
depan mereka.Mereka mesti mempunyai kemampuan
semangat untuk bersatu.Mereka mesti sanggup
berjuang.Dan paling penting mereka mesti mempunyai
kemahuan untuk hidup.Permainan politik sekarang
bukan lagi menjerit-jerit. Politik sekarang politik
catur, siapa cerdik dia menang.Masa depan Melayu
bergantung pada otak Melayu yang cekap.
Realiti Kesepuluh :
Sebagai kesimpulan:
Wahai orang Melayu, carilah masa depan kamu sebelum
terlambat.
|